Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 10 - Bab 9

Chapter 10 - Bab 9

Aku, Haizeq dan Eiman ke airport sama-sama. Flight delayed 2 jam pulak. Kawasan airport itu lengang. Aku mengantuk lah pulak.

"Korang. Aku nak tidur kejap. Nanti kejut tau." beritahu.

Aku baring dekat kerusi dan tutup badan aku dengan sweater. Aku jadikan beg sebagai bantai. Pastu tidur... Hehehehe.

"Weh, teman Mia kejap. Aku nak pergi tandas kejap." kata Haizeq kepada Eiman.

Eiman mengangguk. Haizeq berlalu pergi. Eiman duduk sebelah aku. Dia betulkan sweater aku.

"Kenapa lah aku tak rapat dengan kau dulu... Aku jealous tengok Haizeq rapat dengan kau..." jelas Eiman. Dia pandang aku.

"Kau tahu tak kau makin cantik?" Eiman mengeluh.

Haih... Cakap sorang-sorang la pulak.

"Kau pernah suka aku, kan? Aku harap kau suka aku lagi..." kata Eiman.

Tangannya menggosok kepala aku perlahan- lahan.

"Sorry, Nayli. Aku tak suka kau dulu... Kesian cutie ni..." kata Eiman lagi.

_____________________________

Aku berlari semampu yang boleh. Dia menjerit dan mengejar aku. Malangnya, aku tersepak batu dan terjatuh. Lelaki itu tangkap aku. Aku tak sempat lari. Aku menangis. Dia bawa aku ke sebuah rumah yang usang dan terletak jauh dari rumah orang lain. Aku menangis sepanjang masa. Dia menampar-nampar aku. Aku semakin kuat menangis.

"Sakit..." adu aku dengan suara yang perlahan. Lelaki itu pandang aku.

"Sakit? Sorry, Nayli." kata lelaki itu. Dia menggosok kepala aku secara perlahan. Psycho!

"Weh... Kenapa kau buat macam ni? Siapa kau?" tanya aku sambil menangis. Lelaki itu buka mask. Aku tak kenal.

"Kenapa kau buat aku macam ni?" tanya aku lagi.

"Kenapa kau tak suka aku?!" tanya lelaki itu.

"Aku tak kenal kau... Kau siapa?" tanya aku.

"Kau tak ingat ke aku siapa?!" tanya dia. Aku menggeleng dan menangis lagi.

"Kenapa?! Kenapa, Nayli?!" tanya lelaki itu sambil menunjal kepala aku.

____________________________

Air mataku jatuh berjurai-jurai. Badanku menggigil.

"Nayli? Nayli! Kenapa ni?" tanya Eiman.

Aku tersedar dari lena. Aku terus memeluk Eiman. Eiman terkejut. Aku menangis lagi. Takut. Teringat apa yang aku mimpi tadi...

"Kenapa, Nayli?" tanya Eiman, risau.

Aku tidak menjawab. Hanya air mata sahaja yang tidak berhenti keluar dari mata. Eiman menggosok belakang aku perlahan-lahan.Aku menenangkan diri.

"Sorry, Eiman." kata aku.

"Takpe. Kenapa ni, Nayli?" tanya Eiman.

Haizeq datang.

"Mia? Kenapa mata bengkak? Hidung merah? Kau nangis ke?" tanya Haizeq.

"Weh, Haizeq. Aku mimpi lagi." kata aku.

"Hah?! Kau mimpi tu lagi?" tanya Haizeq.

"Korang. Mimpi apa?" tanya Eiman.

"Aku mimpi ada orang kejar aku malam-malam. Dia culik aku dan bawak aku pergi kat satu rumah usang jauh daripada rumah orang lain. Dia tanya kenapa tak suka dia. Tapi aku tak kenal dia. Dia tampar-tampar aku. Lepas tu belai-belai aku. Dia macam... Psycho... Aku selalu mimpi tu." cerita aku kepada Eiman. Eiman mengangguk.

Haizeq menghulurkan sebotol air. Dia belikan juga untuk Eiman.

"Thanks." ucapku dan Eiman kepada Haizeq.

Haizeq mengangguk.

"Ok ke tak ni?" tanya Haizeq.

"Ok..." jawabku.

Dalam plane, kami duduk di tempat masing-masing. Aku ditengah-tengah diantara Haizeq dan Eiman.

"Macam mana muka lelaki tu?" tanya Eiman.

"Muka dia boleh tahan..." kata aku.

Haizeq dah tertidur. Aku pandang dia. Aku tersengih. Cute. Aku mengantuk lagi lah...

"Tak nak tidur ke?" tanya Eiman.

"Baru nak tidur." kata aku.

"Hahahah. Tidur lah dulu." suruh Eiman.

Aku terlelap.

______________________________

Aku tersedar. Eiman dah tertidur. Aku pandang Haizeq. Dia sedang tersengih sambil melihat phone dia. Aku cuit bahu dia. Haizeq pandang aku.

"Tengok apa tu...?" tanya aku.

"Adalah." jawab Haizeq.

"Ala... Tak nak kawan." Merajuk pulak Nayli ni...

"Yelah. Tapi janji jangan marah." kata Haizeq.

"Ok. Janji." kata aku. Haizeq tunjuk phone dia.

Gambar aku masa tidur...

"Sampai hati..." rajukku.

"Memang sampai pun hati I kat you... Jangan la macam tu. Cute apa." kata Haizeq.

Aku memuncungkan bibir.

"Why are you pout like that? Nak kena kiss dengan I ke? Meh sini..." kata Haizeq. Dia mendekatkan mukanya.

Aku membulatkan mata lalu menutup mulut. Haizeq ketawa. Aku memukulnya perlahan.

"Nak phone jap..." mintaku.

"Kenapa?" tanya Haizeq.

"Nak main Call Of Duty. Phone aku habis bateri..." kata aku. Haizeq ternganga. Aku ketawa kecil. Dia menyerahkan phonenya.

"Kau main COD? Aku tak tahu pun..." kata Haizeq.

"Kenapa pulak tak main? Aku dah level 150." kata aku. Haizeq ternganga lagi.

"Boleh ke main dalam plane?" tanya Haizeq.

"Tak leh lah. Lupa." kata aku tetapi tetap membuka phone Haizeq. Aku terkejut melihat wallpaper phone Haizeq. Gambar tidur aku tadi...

"Haizeq..." panggil aku.

"Ye, saya?" sahut Haizeq.

"Kenapa wallpaper kau letak gambar aku?" tanya aku lalu memuncungkan bibir.

"Kenapa? Takleh ke?" tanya Haizeq.

"Why?" tanya aku lagi.

"Sebab cute. Salah ke? Ni kan phone aku. Suka hati la..." jawab Haizeq.

"Kan banyak lagi gambar lain... Kenapa gambar tidur jugak?" tanya aku.

"Cause I want to. And bila aku tengok muka kau habis hilang semua stress aku." jawab Haizeq, tersenyum.

"Fine lah. Suka hati la." kata aku pula. Haizeq ketawa.

"Mia, aku nak tidur. Nanti kejut aku tau." kata Haizeq.

"Ok..." kata aku.

Haizeq sudah tertidur. Aku tersengih memandangnya. Geramnya! Cute sangat bila dia tidur. Aku mengambil gambar dia pula. Hehehehe... Aku pandang Eiman. Dup Dap Dup Dap. Uish... Handsome nya! Eiman buka mata. Dia kenyit mata dan tersenyum. Mata aku tak berkelip. Dia gosok kepala aku. Aku terkejut.

"Eiman." panggil aku. Dia pandang aku.

"Kau dah ada girlfriend ke?" tanya aku.

"Takde. Kenapa? Nak couple? Nak kahwin pun boleh. Jom la..." jawab Eiman selamba. Aku ternganga. Eiman gelak.

"Boleh ke couple dengan abang Eiman ni? Nampak macam dah ada girlfriend." kataku, gurau.

"Mana ada girlfriend. Kalau ada, abang Eiman tak spend time dengan adik tau..." jawab Eiman.

"Eiman, nak tanya something boleh?" tanya aku.

"Tanya lah." jawab Eiman.

"Tapi janji jangan marah." kata aku. Eiman angguk.

"Kenapa kau mesra pulak bila aku jumpa kau kali ni? Takde lah... Dulu masa sekolah kau sombong... Sorry." luahku.

"Aku pun tak tahu lah, Nayli. Aku tak tahu macam mana aku boleh berubah. Mungkin sebab dah matured kot." kata Eiman. Aku mengangguk.

_____________________________

"Bye. Goodnight, korang." ucapku.

"Jangan lupa bagitahu diorang. Esok nak pergi Bailey beach." kata Haizeq.

"Okay." balasku.

"Bye."

Kitorang plan nak jalan-jalan esok. BFF aku dengan Haizeq,Johan dan Eiman.