Kersikan api membakar kayu api di dalam perapian mengeluarkan serpihan api di udara. Cahaya dari bakaran itu menerangi orang yang duduk di sofa sebelah perapian tersebut. Sambil orang itu membaca buku dengan mimik muka tenang bersahaja, dia ditemani suara esakan dan orang tersedu sedan diselangi dengan hayunan sebatan pada suatu permukaan yang menghuni ruang bilik bacaan itu sejak setengah jam yang lepas.
Sret~~
Sehelai muka surat diselak dengan perlahan.
"Ayah tak faham dengan kamu. Kamu nak ayah cakap bahasa apa supaya kamu faham?Bila ayah kata jangan maknanya jangan. Kenapa kamu perlu berdegil untuk tetap berjumpa dengan orang tua tu?"suara lelaki bernada dalam dan dingin kedengaran.
ZAP!
Sekali lagi bunyi rotan disebat kedengaran. Dan esak tanggis itu semakin menjadi-jadi.
"
"Kenapa?Sebab kamu berjumpa dengan orang tua tu?Supaya kau boleh rancang untuk bolot semua harta dia sendiri?Macam tu?"tuduh James.
"Maafkan kami tuan..."nangis Sarah dengan sedih dalam keadaan melutut dengan kepala tunduk memandang ke bawah. "Kami salah...maafkan kami..."esak Sarah yang sudah tidak tahan melihat Zara di sebelahnya di rotan tanpa belas di belakang badan.
ZAP!
Sarah memejam mata dengan erat, dia mencengkam kain hujung blausnya dengan kuat saat telinganya mendengar suara Zara menahan nafas kerana sakit setiap kali rotan di libas.
Zara sikit pun tidak mengeluarkan suara. Dia yang dikenali dengan perangai degil itu sikit pun tidak mahu menangis atau menjerit apalagi merayu supaya berhenti.
Yang mana membuatkan James, ayah kandung kepada Zara sakit hati. Lelaki itu sakit hati bila Zara sikit pun tidak merayu seperti Sarah.
"Berhenti."arah James. Dia tenung wajah kemerahan Zara dengan kening berkerut.
Selepas seksaan itu berhenti, Zara terus melutut di atas lantai, peluh dingin merintik di seluruh wajah. Bibirnya bawahnya sudah kemerahan hendak berdarah gara-gara di gigit kuat saat menahan sakit.
Sarah yang lihat terus mendapatkan Zara. Memeluk bahu rakannya untuk beri sokongan supaya tidak rebah. Ekoran terlalu sedih Sarah lentokkan dahi ke bahu Zara lalu menangis dengan sebak.
"Apa yang ayah kena buat untuk kamu dengar kata ayah Zara?Kenapa kamu paksa ayah sampai ke tahap ni?Kamu suka ke buat ayah nampak jahat pada kamu?Kenapa kamu tak boleh jadi anak yang baik dan dengar kata seperti Kennedy?"soal James dengan nada kesal.
Zara yang dengar mengetap gigi. Dia tak nak bercakap dengan James. Lelaki yang menjadi punca dia dipisahkan dengan ibu kandungnya sendiri secara paksa. Memisahkan neneknya dari anak sendiri. Menuduh isteri tercinta cubaan hendak merampas kuasa. Hanya kerana mempercayai kata-kata orang lain. Iaitu isteri barunya yang terbaru. Kayla. Terlalu buta dengan kekayaan, lelaki yang sepatutnya yang menjadi pelindung itu berubah menjadi monster. Monster yang mana Zara mahu lupus dari muka bumi ini.
"Bunuh aku!"deram Zara dengan benci."Macam mana kau buat pada ibu aku...BUNUH AKU!!" dengking Zara sekuat hati dengan tenaga yang ada.
James bangun dari duduknya. Dia jalan laju mendekati Zara lantas mencekau kolar baju Zara dengan kasar untuk membangunkan gadis itu dari atas lantai. Meninggalkan Sarah yang sedang kesedihan menangis menyembah lantai. "
"Adakah itu yang kamu mahukan selama ni?" soal James di depan muka Zara."Mati?" kepalanya dilentokkan sedikit semasa memneri renungan mencabar pada Zara.
Zara sikit pun tidak tunjukkan perasaan gentar. Malah dia dengan berani melawan tentangan mata James.
"Kenapa?Kau takut?"cabar Zara dengan sengih jahat meleret di bibirnya.