Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 17 - Bab 15 : Damon Benz

Chapter 17 - Bab 15 : Damon Benz

"Macam mana okay tak?Ke tebal sangat?"

"Senget sikit...tambah sini."

"Eh...boleh minta sikit tak lip gloss kau."

"Mana cermin aku tadi?"

Kecoh kelas pengurusan perniagaan itu sewaktu siswa wanita sibuk dadankan diri masing-masing seperti patung Barbie. Sampaikan bilik kuliah itu dipenuhi dengan bau pelbagai jenis wangian.

Naik pening hidung yang menghidunya. Di antara pelajar perempuan di situ, hanya seorang itu sahaja yang bersahaja tidak peduli untuk kelihatan menarik atau mengenakan make up.

Hanya ringkas mengenakan kemeja hitam lengan panjang dan skinny jeans hitam. Rambut panjang hitam berkilatnya di ikat senget ke kanan kepala.

Zara menopang pipi memerhati tingkah pelajar perempuan di barisan depannya dengan minat. Kagum dengan kesungguhan mereka untuk nampak cantik.

Tahu tak dalam bahan kosmetik yang digunakan tu terdapat pelbagai jenis bahan kimia berbahaya. Makin banyak kita consume makin banyak sel-sel kanser boleh terbentuk dalam badan nanti. Memamg tak nampak sekarang, tapi dalam jangka masa yang panjang siapa tahu?

"Asal kau kau berias bagai ni?"soal Zara bernada bosan.

Seorang dari mereka yang sedang mengenakan mascara bersuara.

"Kau tak tahu ke hari ni hari apa?"soalnya.

Zara menjungkit bahu. Apa bendana yang dia kena tahu?

Lalu seorang lagi memandang terkejut ke arah Zara dengan mata terbutang luas.

"Serius kau tak tahu?"

"Heol...apa yang kau buat sampai tak tahu apa yang akan berlaku hari ni?"geleng mereka.

Kening Zara berkerut. Apa yang dia orang cakapkan ni?

"Asal ada orang mati ke??"tanya Zara blur-blur.

Mereka semua berdengus hendak ketawa dengan sikap naif Zara.

"Haih Zara-Zara...hari ni Damon Benz akan buat lawatan ke kolej kita untuk beri sedikit syarahan mengenai pengalaman dia sebagai ahli perniagaan di kelas kita..."jelas mereka bernada kesal.

Zara sikit pun tidak terkutik, malah dia hanya membuat muka tidak suka. La...ingatkan apa tadi. Damon Benz je pun. Bukannya lelaki tu hairan dengan kewujudan mereka di situ. Susah-susah berias tu kenapa.

"Lah...sebab tu jer ke...aku ingatkan ada orang nak mati..."selorohnya sambil mengerling ke tempat duduk kosong di sebelahnya.

Tempat biasanya Daniel duduk. Tapi entah kenapa lelaki tu tak munculkan diri. Teruk sangat ke lelaki itu di kerjakan.

Serba salah pula bila fikirkan lelaki itu. Yalah kalau bukan sebab lelaki itu hendak berterima kasih padanya, pasti Daniel tidak dibelasah dan dirompak oleh tiga lelaki malam tadi. Tambahan pula dia masih tak faham kenapa Daniel sentap tiba-tiba malam tadi. Dia ada salah cakap ke? Ingat nak tanya tentang hal tu dengan Daniel hari ni, tak datang lah pulak lelaki tu.

"Mana senior nerd kesayangan kau tu?Tak datang ke dia hari ni?"tanya pelajar perempuan di sebelah satu lagi pada Zara.

Zara memandang pelajar perempuan itu dengan kening berkerut. Dia ada nama la. Asal panggil dia nerd!

"Kau orang berdua ada apa-apa ke?Aku perhati rapat betul kau orang berdua...dia teman lelaki kau eh?"

Zara berdecit menyampah apabila pelajar perempuan itu membuat muka sewaktu bertanya.

"Kenapa?Ada masalah ke kalau dia teman lelaki aku?"soal Zara yang berasa jengkel dengan sikap sinis pelajar perempuan di situ.

Kenapalah mereka benci sangat pada Daniel. Lelaki tu tak buat salah apapun pada mereka. Tak boleh ke hormat seseorang tu tanpa judge rupa paras seseorang semata? Nanti bila dah tua kerepot berkedut jugak muka tu.

"Wow...so memang betullah dia teman lelaki kau?"

"Apa kau nampak dekat dia?Pelik macam tu..aku tengok pun tak selera kot.."komen mereka.

"Betul...aku tengok dia tu takut-takut jer jenisnya...pandang orang pun tak nak.."tambah mereka lagi.

Zara melepaskan keluhan panjang sambil mengetap bibir. Dia orang ni kan!