Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 38 - Bab 36 : No...money and power is my happiness nothing else.

Chapter 38 - Bab 36 : No...money and power is my happiness nothing else.

Empat beranak itu berdiri tegak memerhati tetamu mereka berangkat pergi menaiki kereta. James bersama Kayla di sisi berdiri di bawah tangga, Kennedy berada di depan pintu dengan tangan bersilang tidak puas hati, sementara Zara berada di tepi James sewaktu memandang Sarah yang berwajah sugul masuk ke dalam kereta.

"Puas hati sekarang?"tanya Zara.

"Lebih daripada puas...macam mana seronok tak?"jawab James sambil berdiri menghadap Zara.

Zara memalingkan kepala untuk memandang James. Renungannya kosong tak berminat.

"Well ini cuma sikit jer. Kalau kamu degil dan masih berani nak tunjuk kepala angin kamu...mungkin kamu kena sedia untuk hadap benda yang lebih teruk dari ni.."ujar James dengan nada bongkak.

"Kau dah buat hubungan aku dengan Sarah rosak dan sekarang kau nak cipta perang dengan musuh kau menggunakan aku?"soal Zara dengan senyuman sinis di bibir.

James menggeleng kepala. Lantas mengusap kepala Zara.

"Perkahwinan kamu dengan keluarga Benz akan menjamin masa depan dan nama syarikat kita Zara...tiada yang rugi, Kamu dapat bersuamikan lelaki paling berpengaruh dalam negara ni dan ayah dapat kuasa dan saham terbanyak dalam sejarah..."

Zara tatap wajah James dengan perasaan sedih.

"Sampai bila kau akan kejar harta dan nama?Kau tahu kekayaan tu takkan menjamin kebahagiaan?"

James mengusap pipi Zara pula.

"No...money and power is my happiness. Nothing else.""ucap James dengan senyuman lebar di bibir.

"Adakah semua ni buat kau bahagia?"tanya Zara lagi.

James mengangguk kepala.

"Kalau macam tu jawapan aku tidak. Tak mungkin aku akan korbankan kebahagiaan aku demi ketamakan kau semata..."kata Zara sambil menatap wajah James dengan renungan sedih dan rindu. Berharap dia dapat rasa apa itu kasih seorang ayah. Apa rasanya kalau dipeluk dengan ayahnya itu.

"Of course kamu akan cakap macam tu. Kamu jangan lupa nyawa nenek kamu ada dalam tangan ayah Zara. Setuju atau tidak kamu akan tetap bertunang dengan Damon..."angguk lelaki itu sebelum beredar dari situ.

Zara melepaskan hela nafas panjang. Tak tahu nak cakap dengan James macam mana lagi. Lalu perhatian Zara beralih pada Kayla yang sejak tadi memberi renungan seperti mahu membunuhnya.

Tapi dia sikit pun tak terkesan. Bukannya sekali dua Kayla pandang dia macam tu.

"Sebelum kau marahkan aku...salahkan James untuk semua ni..dia yang rancang dari awal...kalau dia tak jemput aku dan war-warkan aku adalah anak kandung dia...dia orang takkan pilih aku."Zara berpaling menuruni tangga untuk ke kereta.

Kayla yang dengar tak dapat nak kata apa. Dah memang betul pun apa Zara cakap. Kalau dia marah sekalipun Zara tu, dia tak boleh nafikan sebab kenapa Benz pilih Zara bukan Kennedy. Zara kan anak kandung James. Jadi besar kemungkinan Zara adalah pewaris sah James. Sementara Kennedy bukan.

Pengawal keselamatan yang menjemput Zara tadi membuka pintu sewaktu Zara menghampirinya. Tanpa mengerling ke pengawal itu Zara terus tunduk masuk ke dalam kereta dan memasang seatbelt.

Pengawal itu kemudiannya menutup pintu kereta dan berjalan mengelilingi kereta untuk ke tempat pemandu.

Zara pandang kali terakhir wajah Kayla dan Kennedy semasa kereta itu mula bergerak. Tiada sikit pun garis emosi di wajah Zara waktu itu. Apabila kereta itu sudah keluar dari laman rumah, Zara duduk sandar ke belakang sebelum memejam mata. Menahan rasa sakit yang dirasai.