Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Ahli Magis Terulung

Daoist473219
--
chs / week
--
NOT RATINGS
24.2k
Views
Synopsis
Aiman seorang budak berumur 12 tahun berasal daripada keluarga susah nekad untuk untuk menjadi ahli magis terkemuka.Hanya dengan menjadi ahli magis sahaja dia dapat mengubah nasib keluarganya kerana kerjaya tersebut disegani ramai dan mempunyai gaji lumayan.Walaubagaimanpun, impiannya untuk menjadi ahli magis ibarat bermimpi di siang hari kerana Aiman dilahirkan tanpa mana.Mana sangat penting penting untuk menjadi ahli magis kerana tanpa mana magis tidak dapat dihasilkan.Lantaran itu,dia sering diejek oleh rakan-rakannya sehingga suatu seorang pak cik tua menghadiahkan sebentuk cincin kerana telah menolongnya.Bermula hari itu,kehidupan Aiman berubah 180 darjah yang mana daripada seorang budak biasa kepada ahli magis terulung.
VIEW MORE

Chapter 1 - Kekecewaan

Seperti hari biasa,Aiman terbaring diatas katil.Bunyi krikk krikk kipas siling memecah suasana dingin malam.Nampaknya malam hari ini lebih sejuk berbanding semalam dek hujan lebat baru reda.Jelas kelihatan titisan-titisan air hujan melipiti kaca tingkap rumahnya.Tatkala orang lain lena dibuai bahtera mimpi tambah-tambah lagi suasana sunyi sepi serta sejuk, Aiman tidak dapat lagi tidur.Di sisinya,tersepik sehelai kertas yang berada di bawah bantalnya.Terpampang jelas keputusan sekolah rendahnya yang mana majoriti subjek yang diambil ditandai dengan huruf G.Mungkin inilah sebabnya Aiman masih tidak dapat tidur.Dahinya berkerut-kerut umpama terpaksa menelan benda yang pahit.Seribu satu masalah bermain-main difikirannya.

"Man,boleh tak tolong jaga adik dengan ayah kamu bila mak tiada",tanpa diduga suara ibunya kembali terngiang-ngiang difikiran Aiman.Itulah pesanan terakhir ibu Aiman sebelum meninggalkannya.Sudah genap 2 tahun berlalu tetapi memori itu masih segar dalam ingatannya.Ayu,ibu Aiman meninggal dunia akibat barah otak tahap kritikal meninggalkan Aiman bersama dengan seorang adik perempuan yang berumur 9 tahun Aini serta Ayahnya Pak Hassan yang baru sahaja mencecah 35 tahun ini.Selang beberapa hari selepas kematian Ayu,Pak Hassan juga telah mengalami kemalangan apabila motor yang ditunggangnya berlanggar kereta yang mana telah menyebabkan kaki kanannya patah.Sudah jatuh ditimpa tanga,Pak Hassan telah hilang sumber pendapatan utamanya iaitu sebagai pemadu lori.Memahami keadaan sulit keluarganya,Aiman terpaksa bekerja sebagai pencuci kereta separuh masa.Oleh kerana sibuk bekerja,pembelajarannya di sekolah pun terabai.Tidak peliklah keputusan ujian peperiksaan disebelahnya kebanyakkannya adalah gagal.

"Aku mesti jadi kuat baru keluarga aku dapat hidup selesa.Nampaknya aku berusaha lebih lagi untuk menjadi ahli magis."Aiman menggengam tangannya ke udara.Bangkit dari posisi baring,Aiman segera duduk bersila.Kedua-duanya matanya ditutup supay senang untuk mengesan kehadiran mana dalam badannya."Sepatutnya proses integrasi antara badan dengan mana berjalan lancar tapi kenapa macam sakit semacam je ni?."Aiman mengeluh.Bukan itu sahaja,proses integrasi antara mana dengan badan hanya berlaku di perut iaitu tempat mana disimpan tetapi Aiman merasakan kesakitan hampir diseluruh badan.Apa yang paling pelik adalah warna mana yang berada disekitar badannya adalah hitam.Semua orang tahu bahawa mana dibahagikan kepada 7 tahap mengikut warna.Ia menentukan bakat seseorang itu.Semakin tinggi tahap mana tahap,semakin tinggi kualiti mana dihasilkan serta semakin tinggi kebarangkalian untuk mendapatkannya.Tahap pertama adalah kelabu,kedua putih,ketiga hijau,keempat biru,kelima unggu,keenam merah dan ketujuh emas.Kebanyakkan ahli magis biasa hanya mempunyai mana tahap 1 hingga 3.Hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai mana tahap 4 hingga 6.Mereka ini digelar ahli magis genius.Bagi tahap mana tahap 7, ia dianggap lagenda sahaja kerana belum ada orang mempunyainya."Biarlah,esok boleh cuba lagi",Aiman menarik kain selimutnya serta menepuk-nepuk bantalnya untuk tidur kerana penat menahan peritnya proses tadi.