Chereads / Ahli Magis Terulung / Chapter 4 - Teknik 5 elemental naga

Chapter 4 - Teknik 5 elemental naga

Pada keesokan harinya, seawal 6 pagi Aiman suah bangun dan mula melakukan rutin hariannya.Oleh kerana dia tidak sabar untuk memulakan sesi latihan bersama raja naga elemental sejati,dia bercadang untuk menyediakan sarapan kepada ahli keluarganya lebih awal tambahan pula hari ini merupakan hari minggu.Jadi,dia dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap latihannya di dalam cincin itu.Selepas siap menyediakan makanan,dia segera ke kamarnya.

Dalam keadaan bersila,dia meletakkan cincin itu ke dahinya.Sekali lagi,dia kembali lagi ke dunia semalam.Sejurus sahaja di dunia tersebut,melihat raja naga elemental sejati itu sudah menunggu kehadirannya.Aiman berasa bersalah kerana dia melihat muka raja naga elemental sejati masam sahaja.Agaknya sudah lama dia menantikan kehadiran Aiman."Maaf lambat,hehehe"?Aiman menundukkan kepalanya.Dia tidak mahu menyinggung perasaan raja naga elemental sejati itu.

Mana tahu raja naga elemental sejati itu terasa hati dengannya dan tidak mahu menolongnya lagi."Dengar sini baik-baik,teknik yang akan saya ajarkan ini adalah teknik 5 elemental naga"tanpa menghiraukan maaf Aiman,raja naga elemental sejati berkata."Tidak seperti manusia,kami kaum naga juga dilahirkan tanpa mana.Sebaliknya,elemen yang ada di alam semulajadi kami tukarkannyw menjadi mana"ujar naga itu."Kamu Aiman merupakan calon yang sesuai mewarisi teknik rahsia daripada golongan kami iaitu kaum naga 5 elemental."raja naga elemental sejati itu menyambung lagi bicaranya."Ikut arahan aku dan kamu akan berjaya melakukannya.Duduk bersila dan tutup kedua matamu"perintah raja naga elemental sejati itu. Aiman segera mengikut arahannya.'Sekarang aku melakukan magis

mengikut 5 elemen.

Tugas kamu hanya perlu tukarkannya kepada mana dan simpannya di bahagian abdomen kamu."raja naga elemental sejati itu menjauhi sedikit Aiman dalam lebih kurang 3 ke 4 meter."Elemen pertama air"naga itu memberikan isyarat.Sejurus sahaja naga itu memberikan isyarat,air terus keluar daripada mulut naga itu.Air itu bergerak dalam kelajuan yang sangat tinggi ibarat tsunami dalam skala yang kecil.Walaubagaimanapun,air itu tidak menghentam Aiman tetapi sebaliknya mengelilingi Aiman ibarat puting beliung versi air.Aiman yang terperangkap dalam lingkaran tornado air berasa cemas.Peluh membasahi dahinya sedangkan dia tidak berasa panas sama sekali."Fokus Aiman,bayangkan setiap benda mesti ada permulaan dan akhirnya.Bagaimana air batu yang dahulu pepejal akhirnya bertukar betukar menjadi gas dan bagaimana wap air bertukar menjadi pepejal semula.Semua itu adalah manipusi mana."raja naga elemental sejati itu memberikan petunjuk.Aiman yang berasa panik tiba-tiba mendapat ilham.Magis apa itu magis.Aiman berfikir sejenak.Magis adalah memanipulasi elemen semulajadi dengan menggunakan mana.Contohnya,sifat bendalir adalah memenuhi ruang.Secara tidak langsung mana adalah bekas untuk mengawal air.Aiman akhirnya faham apa yang dikatakan raja naga elemental sejati itu.Tanpa membuang masa dia berusaha untuk menukarkan tornado air itu menjadi mana.Tidak lama kemudian,tornado air yang deras mengelilingi Aiman menjadi semakin perlahan dan perlahan yang mana akhirnya berhenti dan jatuh membasahi Aiman.

Selepas sahaja air itu menimpa Aiman,sesuatu serbuk-serbuk kecil bewarna biru mengelilingi Aiman.Serbuk-serbuk itu bergabung sesamanya membentuk menjadi setitis air.Titisan air itu mengandungi kepadatan mana yang sangat tinggi.Bagi orang biasa,mereka mempunyai mana dalam bentuk gas tetapi Aiman dalam bentuk cecair.Secara tidak langsung Aiman memiliki kuantiti mana yang lebih banyak berbanding orang lain.Ini menunjukkan teknik 5 elemental naga lebih hebat berbanding teknik-teknik lain ibarat langit dengan bumi."Sekarang halakan titisan ke dalam tubuh dan simpannya di kawasan abdomen" raja naga elemental sejati menyuruhnya.Mendengar arahan raja naga elemental sejati,Aiman memastikan mana dalam bentuk titisan itu memasuki ke dalm badannya.Selepas itu,mana itu bergerak melalui salur darah ke abdomennya.Disitulah mana disimpan.

Seterusnya,raja naga elemental sejati itu melakukan magis elemen bagi tanah,angin,api dan akhir sekali petir.Adalah sangat penting untuk melakukan mengikut urutan yang betul.Jika elemen petir dahulu digunakan dikhuatiri Aiman akan mengalami kecederaan yang teruk pada tubuh badan atau paling teruk dia mungkin mati.Ini kerana elemen petir sangat

ganas serta sukar dikawal dan tambahan pula Aiman baru pertama kali menggunakan teknik 5 elemental naga.Jadi elemen air sangat sesuai untuk dijadikan elemen pertama.Setelah selesai melakukan proses yang sama 4 elemen yang lain tadi,sekarang terdapat sekarang 5 titisan mana yang bewarna merah,ungu,biru,putih dan oren."Bagus.Sekarang gabungkan kesemua titisan-titisan tadi menjadi satu"raja naga elemental sejati itu mengganguk tanda berpuas hati dengan pencapaian Aiman.Setelah beberapa kali Aiman cuba untuk mengabungkan titisan itu,nampaknya diamasih gagal seakan-akan ada daya yang mengelakkan titisan-titisan itu bercantum.

Sedang dia asyik sibuk menggabungkan titisan-titisan itu,Aiman terdapat suatu teori."Kebiasannya api dengan air tidak dapat bersatu.Apa kata kalau kita gabungkan antara air dengan tanah.Lepastu baru gabungkan dengan api"Aiman berbisik dalam hatinya.Berpegang teguh dengan teorinya,Aiman cuba untuk menjarakkan titisan api dengan titisan air.Manakala titisan air itu dirapatkan dengan titisan tanah.Alangkah terkejutnya apabila serta-merta titisan air dengan titisan tanah itu bergabung.Seterusnya cubaan untuk mengabungkan titisan antara air,tanah dan angin juga berjaya diikuti dengan api dan petir.Raja naga elemental sejati yang dari tadimelihat proses itu tergamam seketika.Dia memerlukan masa sekurang-kurangnya enam hari untuk mencari gabungan elemen yang betul manakala Aiman hanya melakukan dalam masa lebih kurang daripada 4 jam.

Setelah berjaya menggabungkan kesemua titisan 5 elemen itu,titisan itu bertukar menjadi warna keemasan."Mana lagenda!!!!"Aiman menjerit.Mana yang diimpikan-impikan oleh semua orang sekarang dia telah memiliknya.Dengan nada yang tegas serta jelas,raja naga elemental sejati itu bersuara"Man,oleh kerana sekarang telah memiliki mana 5 elemen,kamu boleh menggunakan magis kelima-lima elemen.Tambahan pula,kamu tidak boleh memberitahu siapa-siapa tentang hal ini kerana takut-takut kalau ada seseorang yang akan mencederakan kamu serta keluarga kamu".Ada kata-kata yang mengatakan bahawa jika kamu tidak dapat,maka orang lain pun tak dapat juga.Mempunyai mana lagenda,sudah tentu ramai organisasi yang mahu mendapatkan Aiman.Apa yang merisaukan Aiman adalah jika mereka tidak berjaya memujuknya,mungkin mereka akan mengungutnya dengan menggunakan ahli keluarga terdekat.

Aiman tidak mahu disebabkan dia,ahli keluarganya merana."Man,aku akan mengajarmu bagaimana cara untuk menukar warna mana emasmu.Sekali lagi tutup matamu.Sekarang aktifkan mana anginmu sementara mana elemen yang lain jangan diusik.Ini secara tidak langsung menyebabkan manamu berubah menjadi warna putih"raja naga elemental sejati itu sekali lagi mengajar Aiman.Dengan sekali percubaan sahaja Aiman berjaya melakukannya."Baiklah, setakat ini sahaja latihan hari ini.

Rehat secukupnya dan datang awal esok.Ada banyak benda nak buat esok."seperti biasa raja naga elemental sejati itu terbang meninggalkan Aiman.Berasa gembira dengan latihannya,Aiman keluar kembalu ke dunia asalnya.Sejurus sahaja keluar, Aiman melihat jarum jam sudah menunjukkan jam 12 tengah hari.Nampaknya waktu di dunia di dalam cincinnya adalah dua kali ganda daripada waktu biasa.Oleh kerana terlalu penat,Aiman mengambil keputusan untuk mandi sebelum berehat.Hajatnya Aiman hendak berehat sahaja tetapi entah macam mana dia boleh tertidur sampai keesokan harinya.Mungkin terlalu penat agaknya.