Pada hari berikutnya Aiman kembali ke dunia dalam cincinnya.Kali ini Aiman tiba awal 10 minit kerana takut sekali lagi dimarahi oleh sang raja naga elemental sejati.Sambil menunggu ketibaan raja naga elemental sejati,Aiman duduk bersila serta dalam masa yang sama memejamkan matanya.Menurut teknik 5 elemental naga yang diajarkan raja naga elemental sejati,Aiman mampu menyerap mana yang ada di sekitar dunia dalam cincin dan disimpan di bahagian abdomennya.Sambil Aiman menarik nafas,kelihatan mana yang ada disekelilingnya berputar mengelilingi Aiman lalu masuk melalui rongga hidungnya.Tanpa sedari,titisan bewarna emas itu semakin mengembang.Walaupun saiz titisan emas itu hanya bertambah sedikit sahaja tetapi Aiman tetap dapat merasakannya.
"Bagus Aiman,walaupun hanya ada sedikit perubahan sahaja tetapi ia lebih baik berbanding tiada langsung.Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit,"raja naga elemental sejati tiba-tiba mencelah."Guru!!!,"Aiman bingkas bangun lalu menyapa raja naga elemental sejati.Walaupun raja naga elemental sejati tidak pernah menyebut Aiman sebagai sebagai anak muridnya,tetapi Aiman tetap berkeras untuk memanggilnya guru.Mungkin untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada raja naga elemental sejati kerana telah sudi mengajarnya.
"Baiklah, hari ini aku akan mengajarkan kamu bagaimana cara untuk menggunakan anti mana.Teknik ini dipanggil teknik menguatkan badan elemental naga.Tapi sebelum itu,kamu kena lari hingga ke puncak bukit itu dan datang ke sini semula dalam masa kurang dari 2 jam,"raja naga elemental sejati itu menunjukkan ke arah sebuah bukit yang menyerupai sebuah naga kecil yang terletak tidak jauh daripadanya."Hah!!!!, jauh tu guru"Aiman mengeluh.Tanpa mengendahkan rungutan Aiman,raja naga elemental sejati bahkan mengunggutnya,"Kalau selepas satu kamu tak bergerak juga,lupakan hasrat untuk belajar teknik ini".Raja naga elemental sejati membuat kiraan dari 10.Pada mulanya,Aiman kelihatan ragu-ragu sehingga hampir saja raja naga elemental sejati menyebut nombor satu tetapi Aiman akhirnya mengalah dan mula berlari ke arah bukit tersebut.
Selepas sahaja 2 jam lebih,kelihatan kelibat Aiman yang terhuyung hayang menuju ke arah raja naga elemental sejati.Mukanya kelihatan pucat lesu serta kedua-dua lututnya bergetar seolah-olah tidak mampu menahan berat badannya.Tidak dilupakan juga peluh keringat membasahi seluruh tubuhnya."Baiklah,sekarang salurkan anti-mana ke seluruh bahagian kakimu,"raja naga elemental sejati itu memberi arahan.Aiman yang kelihatan tercunggap-cunggap ketika menarik nafas terpaksa akur dengan arahan gurunya mula menggerakkan benda yang bewarna hitam atau dipanggil sebagai anti mana itu ke kesemua bahagian kakinya.
Setibanya anti mana itu sampai ke bahagian pahanya,tiba-tiba seperti terkena renjatan rasa sakit teramat sangat dirasai oleh Aiman.Aiman yang mana sedang berdiri akhirnya rebah dan berguling-guling di atas tanah menahan rasa sakit."Arghhh sakit!!!!!,"Aiman meraung sekuat mungki."Bertahan Aiman,pastikan anti mana mengalir di seluruh bahagian kakimu,kalau tidak kamu akan lumpuh selamanya,"raja naga elemental sejati memberikan amaran.Walaupun raja naga elemental sejati itu berada dalam keadaan cemas,dia tetap sentiasa bertenang.Mendengar amaran raja naga elemental sejati,Aiman mengacip bibirnya untuk menahan sakit dan tetap memastikan anti mana mengalir di seluruh kakinya.Kalau dulu pahanya terasa sakit,sekarang hampir kesemua bahagian kakinya turut merasakan hal yang sama.Selang beberapa minit kesakitan di seluruh bahagian kakinya reda dan diikuti dengan perasaan nyaman selepas itu.Aiman tergamam melihat kakinya.Tidak seperti kakinya dahulu yang mana kelihatan seperti ranting kayu sekarang telah bertukar menjadi lebih besar dan berotot bak kaki atlet pelari.
"Hmmmm,bagus.Sekarang,oleh kerana kamu lambat setengah jam daripada masa ditetapkan sebagai hukuman tahan batu ini daripada terkena tanah selama setengah jam."raja naga elemental sejati melakukan magis dan terbentuklah sebuah batu besar seberat 30 kg menghempap Aiman.Berbekalkan kekuatan fizikalnya,Aiman cuba menahan batu selama mungkin.Nasib baik Aiman mampu menahan batu itu tepat-tepat setengah jam.Kesan lebam kebiruan muncul di sekeliling bahagian atas badan Aiman.Seperti tadi juga,Aiman sekali lagi mengalirkan anti mana dan menahan kesakitan.
Selang beberapa minit,bahagian atas badan Aiman menjadi lebih berotot.Kekuatan fizikal Aiman juga bertambah secara drastis.Kalau dulu 40 kg sudah terlalu berat untuk diangkat oleh Aiman, sekarang jisim tersebut hanya celah gigi sahaja.Kalau diperhatikan betul-betul bentuk badan Aiman sekarang, ia tidak ubah seperti ahli bina badan."Sesi latihan sekarang sudah tamat.Jangan lupa esok macam biasa.Dah-dah jangan kacau aku nak tidur.Ahhhhh mengantuknya",raja naga elemental menguap."Hehehe,saya pergi dulu guru.Selamat tinggal,"Aiman melambai-lambai tangannya lalu kembali ke alam realiti.Sejurus sahaja kembali dunia asalnya,Aiman cepat-cepat ke tandas.Melihat rupa fizikal badannya,Aiman mengangguk tanda berpuas hati.Dalam masa 2 bulan lagi,tahun baru akan muncul dan Aiman akan memulakan sesi persekolah.Dia perlu membuat persediaan yang rapi dari segi fizikal dan mental.Selepas puas menilik badannya,Aiman segera mandi kerana tidak selesa dengan bau busuk badannya.