Keesokan harinya,seperti biasa Aiman bersiap untuk pergi bekerja.Oleh kerana sesi persekolah rendah telah tamat, Aiman bercadang untuk berkerja sepenuh masa.Tambah-tambah lagi dia memerlukan lebih banyak duit untuk menampung yuran kemasukan sekolah menengah serta yuran kemasukan sekolah menengah bagi adiknya.
Rutin harian Aiman ialah setiap pagi dia akan menyediakan sarapan terlebih dahulu kepada adiknya Aini serta ayahnya.Hari ini menu sarapan adalah telur mata bersama sup kosong serta lebihan nasi kosong semalam."Ayah,adik sarapan sudah siap ni,marilah makan",Aiman menyahut.Sambil menunggu ayah dan adiknya,Aiman mencedok nasi dan meletakkannya ke tiga buah pinggan.
"Abang,menu apa hari ini?",Aina bertanya sambil menguap kerana dia baru sahaja bangun daripada tidur."Nasi telur dengan sup kosong"Aiman membalas sinis.Pak Hassan berjalan bersama dengan tongkatnya menghampiri meja makan.Pak Hassan walaupun umurnya tidak terlalu tua tetapi wajahnya berkerut mengalahkan orang tua.Matanya layu kelihatan dia tidak cukup tidur."Ayah masih mimpi pasal ibu lagi?",ujar Aiman."Mana ada,semalam kaki kanan ayah sakit tu sebab ayah tak boleh tidur",Pak Hassan selamba menghirup sup.Aiman berasa kesian melihat keadaan ayahnya.
Semenjak ketiadaan arwah isteri Pak Hassan,kehidupan Pak Hassan menjadi tidak terurus.Mana tidaknya,setiap malam Pak Hassan asyik teringatkan isterinya menyebabkan dia jarang tidur.Kesannya,Pak Hassan selalu kelihatan tidak bermaya dan kesan merah serta bengkak jelas kelihatan di kedua-dua belah matanya."Ayah ada nak kirim apa,Aiman nak pergi dah ni?",Aiman menghulurkan tangannya untuk bersalam."Takde Man,tapi duduk dulu sebentar ayah nak cakap sesuatu",Pak Hassan menundingkan jari ke kerusi di hadapannya sebagai isyarat menyuruh Aiman duduk.Aina yang asyik menjamu selera berhenti,dan segera mencuci tangan dan pinggan lantas berundur ke biliknya.Dia tahu bahawa perbualan antara Aiman dengan ayahnya bukan urusannya untuk dia dengari.
"Man 2 bulan lagi sudah masuk tahun baru.Man dah ada perancangan ke nak masuk sekolah apa?.Kalau tak ada,apa kata kamu kerja dengan kawan ayah kat kilang.Gaji pun lumayan".Pak Hassan memberikan pendapat."Man kalau tak keberatan Man nak masuk sekolah magis Panchor Perdana.Man nak nak jadi ahli magis.Man nak bantu keluarga kita".Man menggengam tangannya tanda dia nekad dengan keputusannya.Pak Hassan yang mana sedang menghirup teh o tersembur dek terkejut dengan kenyataan Aiman."Tapi Man,Man sendiri pun tahu yang Man tidak ada mana.Lagipun yuran sekolah tu cekik darah tau.Mana kita mampu".Pak Hassan merungut sambil mengelap kesan tumpahan di atas meja menggunakan tisu."Man tetap nak cuba.Apa kata, kalau Man tak berjaya masuk ke sekolah tu Man akan kerja dengan kawan ayah ok?"Aiman menunjuk jari kelingking ke ayahnya sebagai tanda janji."Baiklah,kalau Man berjaya masuk nanti pinjam duit dengan kawan ayah".Pak Hassan akhirnya akur lalu turut sama melakukan "pinky promise"bersama anaknya."Dah pergi kerja,nanti lewat kan".seloroh Pak Hassan sambil menggusap anaknya.Tanpa membazir masa,Aiman segera bersalaman dengan ayahnya lalu berangkat ke tempat kerjanya."Ina, anak kita sudah matang.Alangkah indahnya kalau Ina ada disini"Pak Hassan ketawa sinis.Disebalik tawa,gugur juga air matanya.
Semasa Aiman berjalan ke tempat kerja,Aiman sempat terlihat seorang pak cik tua yang berbongkok sedang berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat kayu .Hampir kesemua bahagian wajah orang tua itu berkedut.Baju jubah yang dipakainya juga koyak rabak serta dipenuhi dengan habuk-habuk hitam.Tongkatnya kayunya terlihat terlalu buruk dan mungkin akan patah bila-bila masa sahaja.Tak lupa,peluh juga melitupi muka pakcik tua serta membasahi jubahnya.Wajahnya yang pucat itu seakan-akan dia mahu pengsan menggusarkan Aiman.
Belum sempat Aiman menghampiri pak cik tua itu,seorang lelaki muda lingkungan awal 30-an yang memakai sut hitam serta berkaca mata hitam yang tertera lambang "gucci" telah terlanggar pak cik tua.Tanpa ada belas kasihan,dia tetap meneruskan langkahnya.Mungkin kerana dia telah lewat ke tempat kerja jadi dia mengambil keputusan untuk tidak meminta maaf dahulu walaupun dia tahu bahawa dia bersalah dalam hal ini.
Setibanya Aiman sampai ke tempat pakcik tua itu dan mengangkatnya,Aiman terasa sesuatu yang aneh.Gerak hati Aiman kuat mengatakan bahawa pakcik tua ni bukan biasa-biasa."Pak Cik ok ke,nak saya bawakan ke hospital?",Aiman bertanya."Pak cik tiada apa-apa cuma jatuh,tak payahlah nak bawak ke hospital",pak cik tua menggeleng kepala tanda tidak setuju.Terima kasihlah tolong pakcik nie",Pak Cik tua itu menepuk-nepuk jubahnya yang bertambah kotor akibat jatuh terkena jalan."Kalau tak ada apa pergi dulu pakcik",Aiman melambai tangannya ke arah pak cik tua tersebut."Tunggu dulu,ada sesuatu yang pakcik ingin beritahu"Pak Cik itu sempat memegang bahu Aiman."Pak cik dapt rasakan dalam tubuh kamu ada sesuatu benda yang sangat luar biasa."Pak cik itu menepuk kedua-dua bahu Aiman."Kuasa apa pakcik?",Aiman kehairanan tanpa sedar dia menggaru kepalanya.Setahu Aiman tiada apa-apa yang luar biasa berlaku padanya malah dia juga bahawa dia dilahirkan tanpa mana."Pak Cik tahu yang setiap kali kamu cuba melalukan proses integrasi mana dengan badan,kamu selalu berada sakit di seluruh badan bukan begitu?."Pak cik tua mengusap janggut sambil ketawa."Ini jawapan kepada kepada masalah kamu"sambil memegang tapak tangan Aiman,Pak cik tua itu meletakkan sebentuk cincin diatas tangan Aiman.
Cincin tembaga yang yang berbentuk naga yang sedang membuka mulutnya untuk membaham telah menarik minat Aiman.Kalau dilihat betul-betul ada ukiran yang tertulis"Sang Penguasa".Tanpa sedar,kelibat pak cik tua yang menghadiakannya cincin itu telah tiada.Seribu satu persoalan bermain di fikiran Aiman dan salah satunya adalah siapa pak cik tua itu dan macam mana dia boleh tahu masalah Aiman serta apa kaitannya dengan cincin tersebut.
Walaupun masih terkilan dengan peristiwa,Aiman masih meneruskan perjalannya ke tempat kerja.Setibanya dia ke tempat kerja,perkara pertama yang diterimanya adalah teguran.Bos mana yang tak marah anak buahnya datang lewat hampir sejam ke tempat.Namun begitu,Aiman tidak ambil hati dan meneruskan kerja mencuci kereta seperti biasa.Peristiwa dia dengan Pak cik tua tersebut sedikit sebanyak menjejaskan tumpuannya semasa sedang bekerja.
**********maaf lambat update chapter baru**********