Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Venoms

Leprychaun
--
chs / week
--
NOT RATINGS
20.4k
Views
Synopsis
Seorang lepasan ijazah mula melihat kuasa yang baru itu untuk kegunaan kebaikan. Ramai kawan yang masih tidak mengetahui akan keadaannya setelah membeli gula-gula begitu likat yang disangka untuk dimamah. Namun gula-gula itu mula membuat dia badannya luar biasa. Walaupun rupa selepas bertukar tidak elok namun kuasa itu menyebabkan dia menjadi tumpuan orang ramai.
VIEW MORE

Chapter 1 - Makmal Rahsia

Sebuah bangunan lama di sempadan rumah milik Arthur menjadi tumpuan sejak Krismas yang lalu. Bangunan itu sebelum ini menjadi sarang untuk manusia seperti bangkai hidup melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri. Sarah Knight seorang kolumnis amat berharap dapat membongkar semua rahsia yang ada di dalam bangunan itu. Encik Arthur melihat dari rumahnya. Langsir tingkap dari kapas diselak perlahan-lahan untuk meneliti perkembangan yang terbaru kes kematian Dawson Murdock di lewat malam. Kes itu amat diperincikan oleh para penguatkuasa daerah. Arthur melihat banyak kejadian yang buruk berlaku di sebelah kediamannya. Hari ini berpuluh-puluh para saintis melilit dan membuat kertas kerja terhadap kematian Dawson. Lelaki yang kaya-raya itu sangat teruja melihat pelbagai spekulasi yang tersebar mengenai kematian mengejut Dawson. Kes yang sebegitu amat menarik ramai pihak termasuklah Sarah Knight. Walaupun kes ini sudah mula beransur-ansur reda tetapi masih ada yang melakukan kerja penyiasatan. Encik Arthur mengandaikan is adalah kes bunuh. Kumpulan gangster selalunya datang ke bangunan 22 tingkat itu untuk kegiatan tidak senonoh tidak kira pagi atau malam. Senja ini Arthur melihat sesuatu yang diambil oleh saintis yang disimpan dengan canggih sekali dalam bekas yang tiada oksigen. Ia seakan sejenis gula-gula likat namun warnanya tidak dikenalpasti. Arthur mengambil cermin matanya. Spesimen itu bertindak balas apabila ada goncangan terhadap bekas itu. Adalah itu spesimen itu membunuh Dawson Murdock? Seorang pembunuh upahan dari Denmark namun dilarikan ke bandar tempat kelahiran Encik Arthur untuk perlindungan dari pihak gangster. Wajahnya terpampang di televisyen utama yang memaparkan serba sedikit kes pembunuhannya pada malam Krismas. Pihak bertanggungjawab belum dapat membuat pengesahan punca kematian hanya ada sedikit calar di bahagian tangan. Ia seperti luka yang halus yang tidak mengundang maut. Andaian demi andaian dibuat supaya kes Dawson Murdock ini sebuah kes kematian untuk mendapat sedikit sebanyak tentang rahsia ahli-ahli gangster. Willy Lang adalah antara yang dibawa ke muka pengadilan. Malam kejadian Willy tidak berada di rumah. Sarah Knight melihat melalui tingkap rumah yang tersergam indah bersebelahan bangunan lama itu. Cuaca suram senja menunjukkan Arthur tidak akan membuka mulut tentang kejadian yang menarik ini. "Dia mesti tahu rupa paras pembunuh itu." Arthur menyimpan rahsia atau dia sudah menolak mentah-mentah untuk bersama-sama menyelesaikan kes itu. Setiap polis jumpa klu pasti nama Arthur akan dipaparkan. Kebanyakan maklumat yang penting pasti dicungkil oleh Sarah supaya orang ramai tahu secara lebih dekat. Malam ini suasana menyebelahi Arthur kerana spesimen yang baru ditemui oleh saintis itu boleh menambah pengaruhnya di laman maya. Bilik berhawa dingin begitu menusuk ke badannya. Bilik pakaian yang begitu tersusun dipenuhi dengan fail-fail berkenaan. Pembunuh itu mesti melarikan diri arah belakang bangunan lama. Bangsal berdekatan bangunan itu masih misteri bagi Encik Arthur kerana bangunan selalunya tidak mempunyai bangsal. Matanya tertumpu pada specimen yang dibawa ke dalam van. Semuanya beredar sesudah mengambil specimen itu.