Chereads / Venoms / Chapter 5 - Hidupan Yang Kebal

Chapter 5 - Hidupan Yang Kebal

Melihat spesimen yang berwarna hitam sangat menyukarkan untuk menilai dengan baik bentuk sebenar dan rantai makanannya. Spesimen itu amat terkejut jika bunyi yang datang secara tiba-tiba. Lelaki itu baru sampai di bangsal berdekatan bangunan any khas meletak jerami. Spesimen yang ditemui dekat bangunan lama itu amat menarik untuk dikaji. Dia duduk untuk melihat lebih dekat untuk membuat penilaian. Baju yang lusuh dan seluar yang compang-camping akan mengabur orang yang melihatnya. Dia meletakkan balang kaca atas jerami. Jerami ini akan tempat dia menyembunyikan balang kaca tersebut. Binatang ternakan itu melihat dia seperti hendak menyerang. Binatang ternakan itu tidak letih malah mula mengawal anak-anaknya. Pada hari dia menemui spesimen itu, tiada yang menarik selain dari spesimen hanya mampu menjadi keras dan meniru objek yang berdekatan. Binatang ternakan mula bertindak melanggar barang di dalam bangsal itu. Bangsal yang kukuh itu mula bergoncang. Beberapa buah skru tercabut dari kayu yang utuh. Ada seekor melarikan diri keluar bangsal. Apabila telah jauh binatang itu datang kembali dengan laju. Bangsal itu dimamah usia tunggu untuk hancur sahaja. Lelaki compang-camping itu lekas mengambil bekas berisi spesimen itu. Dek suasana yang agak kusut menyebabkan lelaki itu ingin keluar mendapat tempat yang baik. Lelaki itu mempunyai sedikit peluang jika spesimen jatuh ke tangan polis. Lelaki itu tidak mungkin membiarkan perkara itu terjadi. Binatang itu bertambah liar melihat lelaki itu mula hendak meloloskan diri. Binatang itu mula ingin menanduk lelaki tersebut. Balang kaca yang dipegang terlepas dari tangannya. Lelaki itu hendak mengambil kembali balang kaca itu namun binatang itu berada betul-betul di hadapan lelaki itu. Penutup balang terbuka menyebabkan spesimen itu keluar menyelinap untuk masuk ke dalam mamalia itu. Lelaki itu melihat saja kejadian itu. Secara tiba-tiba binatang itu berada keadaan seperti ingin memuntahkan sesuatu malah lebih dari itu. Kaki mula tidak terkawal dan sedikit ganjil pada wajah binatang itu. Binatang itu makin tidak terkawal hingga tiada rupa asal lagi. Kepalanya sudah terburai dek tekanan yang diberi oleh spesimen. Lelaki itu mula ingin mengenali lebih tentang spesimen itu agar dia mula menjadi orang yang disegani. Malah binatang itu tiada upaya untuk bangun disebabkan kakinya semua telah reput. Lelaki itu mendengar siren polis bingit di luar kandang. Dia mengambil sedikit spesimen pada hujung hidung binatang itu. Mata binatang itu menjadi merah. Setelah lelaki itu ingin meletakkan spesimen ke dalam bekas sesuatu berlaku. 80 peratus spesimen itu membuat sarang labah-labah di penjuru kandang. Kemungkinan mereka berminat pada labah-labah untuk makanan tengahari. Sebaik lelaki itu hendak menutup bekas penutup itu, spesimen itu mengeluarkan bau yang lain macam seperti bangkai. Dia kemudian menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dari kandang yang busuk itu. Polis menjumpai sedikit spesimen yang mula ada di Bangunan Lama. Bangunan lama itu 20 kilometer dari rumah mewah Arthur. Pencarian polis hanya perlu melalui terowong bawah tanah itu, Inspektor Jeff mendahului rakan sejawatnya.