Chereads / Venoms / Chapter 6 - Kuasa Yang Leceh

Chapter 6 - Kuasa Yang Leceh

Awal pagi Arthur sudah mula pergi ke bilik bawah tanah bagi kes pembunuhan Murdock yang begitu lambat. Lambat kerana kurang yang melihat kes pembunuhan itu secara terperinci. Murdock mungkin satu-satunya yang boleh menambah minat untuk Arthur melibatkan diri dengan cemerlang jika bangunan lama itu masih berlaku maksiat. Ini akan menambah pengaruhnya apabila masyarakat tahu tidak membuatkan maksiat berlaku sewenang-wenangnya. Dia akan memastikan setiap usahanya akan dikenang dan menjadi perbualan masyarakat awam. Dia berhenti melihat spesimen setelah ada gegaran di atasnya, ini mungkin ada kenderaan melawat bangunan lama. Tetapi masih terlalu awal untuk saintis ingin melihat kembali kesan pembunuhan di situ. Spesimen itu memberi tindakan seperti dirancang seperti ada yang ingin disampaikan. Arthur mendongak ke atas sambil membuat nilaian tentang gegaran tadi. Kenderaan itu tidak berhenti pada jarak yang dibenarkan. Ini mesti kerja orang jahat. Arthur masukkan spesimen ke dalam kotak yang canggih. Matanya ternampak akan spesimen itu hendak bergabung dengan yang lain. Arthur berada di atas bahagian utama rumahnya. Kelihatan sebuah van dari Berita Baharu. Wanita yang cantik mula keluar dari van tersebut. Wanita cantik itu mula membetulkan pakaian yang menjolok mata bagi sepasang yang jahat untuk melakukan lirikan. Seorang wanita berambut pendek keluar dari van itu sambil membawa kamera. Mereka berdua mula memotong pita tersebut untuk mengambil keadaan tingkat bawah bangunan lama itu. Mereka berdua mengambil mudah akan tempat Murdock mati. Walaupun secara saintifik masih belum dikenalpasti kerana terdapat kuasa lain yang campur tangan. Arthur mempunyai sedikit peluang untuk bersedia menerima sebarang tindakan yang mencurigakan oleh kedua-dua mereka. Van mereka diletakkan jauh dari tempat pembunuhan itu. Arthur mengambil binokular yang berhampiran dengannya. Kelihatan mereka masih belum mengenali dalang disebalik pembunuhan itu, Murdock hanya lapisan atas perkara terkutuk itu. Lapisan bawah dibuat untuk mereka telan seperti binatang yang buas. Arthur perlu memulakan caranya untuk mengurangkan wanita-wanita itu terbunuh. Satu daripada mereka masih tidak mahu melihat pembunuhan ini suatu yang amat bahaya. Bahaya dari segi keadaan tempat itu dan kemungkinan ada binatang yang berbisa. Seorang dari mereka seperti sedang memerhati ruang atas rumah milik Arthur.

"Dia ada dia atas loteng."

"Kita masuk dulu dan biar Arthur datang ke perangkap kita, banyak sudah kita hendak maklumat namun gagal. Harap Arthur beri kerjasama buat kali ini."

Sarah Knight begitu menawan sekali apabila bercakap, sedikit sekali kesilapan apabila menuturkan kata-kata. Maklumat tentang kes kematian Dawson ini buat dia ingin mengenali perkara yang membuat kes ini begitu menjadi tumpuan orang ramai. Setiap pekerja sentiasa mengikuti segala informasi tentang pembunuhan itu. Sarah Knight akan mula menambah piala di ruang rumahnya selepas meleraikan kes pembunuhan Murdock.