Arnold sudah berada depan laman rumah mewah milik Arthur. Jip yang penuh kelengkapan sudah siap sedia. Arthur melihat kepala rusa yang ditembak musim sejuk lepas. Kepala dihias membelakangi bilik pakaian di dalam cermin tebal. Mata rusa itu tajam melihat dinding seperti mahu menanduk si pembunuh itu. Rakan karibnya, Arnold baru lepas kematian isterinya pada Krismas yang lepas. Semakin lama dia berkawan dengan Arnold lebih banyak ilmu yang Arthur untuk memburu binatang. Koleksi patung bukan pilihan Arnold tetapi disebabkan dia berbakat dalam menembak banyak pihak menawarkan binatang-binatang itu diawet untuk dijadikan perhiasan. Dek kerana sikapnya tidak lokek ilmu bertambah rakan untuk pergi memburu. Buruan yang dia dapat ada yang dibawa pulang untuk hidangan malam. Jika pergi memburu dengan Arnold mereka dan yang lain-lain tidak pulang dengan tangan kosong.
"Encik Arthur ada pegawai di hujung talian, mengenai kematian mengejut Dawson."
"Semua picagari itu masih belum disiarkan di tv."
Buruan mereka bertiga amat banyak sekali cukup isi dapur. Arnold mampu menggugat nafsu setiap pemburu jika dia diberi peluang untuk mengetuai pemburuan. Arthur dimata Arnold seperti membawa tuah apabila memburu. Ketenangan dan sifat tidak meninggi diri membuat banyak sekali habuan selepas pemburuan. Arnold ada juga membawa anak perempuannya, Summer tidak begitu berminat memburu dengan rakan sebayanya. Summer lebih kepada sikap seorang perempuan yang melihat kelembutan dalam erti hidup ini. Arthur jarang bercakap tentang perihal pemburuan dengan para pekerja bawahan di rumah mewah. Banyak kakitangan kadang-kadang mampu melihat haiwan liar yang dibawa pulang. Petang itu mereka dan dua orang lagi bekas askar Amerika Syarikat pergi memburu untuk haiwan yang pelbagai rupa. Mereka memang pernah memburu binatang tapi kehadiran anak perempuan Arnold membuatkan mereka kekok. Pagi itu cuaca jelas kelihatan baik, sesuai untuk mengamati haiwan liar untuk dibawa pulang. Pisau memburu telah selit di rusuk mereka. Tiga jip mula meninggalkan rumah mewah yang begitu menawan sekali. Susan melihat jip milik Arthur melewati taman sekitar rumah mewahnya. Semua pekerja lain mula melangkah keluar untuk melihat Arthur menaiki jip. Arthur melambai mereka kembali. Mungkin ada berita baik untuk setiap dari mereka semasa memburu setelah beberapa ketika jarang memburu. Hasil buruan yang lepas masih ada banyak tersimpan untuk dimasak.
"Awal-awal lagi saya lihat Arnold itu ada simpan niat lain?"
"Susan, tidak elok berkata begitu."
Hutan itu banyak kali memberi hasil buruan yang baik. Pelbagai topik dibincang semasa di dalam jip, Arnold hanya mengangguk setuju. Kadangkala Arnold kadangkala tersentap apabila topik yang dibincang oleh kawan karibnya itu cerita lama namun dia hanya mahu melihat Arthur puas hati. Peranti dilekatkan di jip Arthur. Arthur berhenti bicara apabila ada beberapa notifikasi masuk ke teleponnya. Mungkin tempat kerja mempunyai hal-hal yang memerlukan kehadiran Arthur untuk membuat keputusan. Arthur tidak kemaskini dengan pengurus-pengurusnya untuk memberitahu bahawa dia memburu sehari suntuk.