Arthur menaiki motorsikal mewah untuk sampai ke tempat kerja. Walaupun dekat dengan rumah mewahnya dia lebih ingin cepat sampai, namun begitu bukan selalu Arthur dibenarkan untuk mengendalikan motorsikal. Sebaik sampai di tempat kerja lebih sepuluh pengurus sudah siap untuk menyambut Arthur. Brandon sudah siap dengan sampel lukisan yang ingin dipersembahkan kepada Arthur agar orang lain tidak melakukan yang sama. Kebanyakan pengurus Arthur akan membentang sampel lukisan semasa di bilik mesyuarat agar lebih senang untuk melakukan pengubahsuaian. Semua pekerja akan bangun mula bangun apabila Arthur berjalan masuk, dia memberi isyarat untuk mereka duduk. Arthur hanya bersahaja malah dia hanya mengenakan seluar dan t-shirt. Dia melihat ke bilik projek di kendalikan oleh Joddy, yang amat menitik beratkan kualiti. Jody seorang yang lain dari yang lain terutama tentang peribadi. Arthur mula untuk melihat kawasan untuk dia meluahkan kreativitinya. Ia memberi peluang untuk bersedia sebarang idea yang lain. Apabila dia selesai di situ Arthur akan mula memberi perhatian kepada sebarang idea dari pengurus-pengurusnya. Arthur mula melihat dua pekerja baru yang sedang mereka sesuatu di bilik projek. Mereka berdua seakan-akan sedang menyampaikan cerita dari minda yang begitu mendalam. Idea mereka mesti asli dan berkualiti. Arthur akan membentang hasil kerjanya sebelum pulang ke rumah mewahnya. "Joddy, ambil satu rekaan yang terbaru untuk saya nilaikan, yang masih belum dijahit."
Jody berkelakuan baik jika Arthur menggunakan intonasi yang senada. Jody seorang yang lain dari yang lain. "Rekaan yang terbaru sudah sampai." Dia melihat Arthur tidak membuat sebarang catitan ke atas rekaan tersebut. Jody masih menunggu. Arthur mencari ruang untuk melihat lebih teliti rekaan yang di letak atas meja kayu berkualiti tinggi. Rekaan menarik dan sesuai dengan persekitaran. Banyak kerja yang masih belum selesai untuk Arthur, dia mahu melihat beberapa rekaan sesuai dengan pelanggan. Cermat Arthur meneliti rekaan yang Adam depan matanya, sehingga tidak sedar Jody masih tegak berdiri depannya. Tina mula masuk ke bilik Arthur untuk meminta pengesahan kertas kerja yang dibuat oleh pengurus-pengurus. Suatu yang normal bagi Arthur sebaik ada di biliknya, yang penuh dengan patung, karpet dan cenderahati. Arthur siap melihat rekaan itu yang terbaru dan memberi tanda bagus, dan menyuruh Jody membuat keputusan untuk perkara yang lain. Tina Martin sedia mula menyampai semua kertas kerja yang baru disahkan. Arthur selalunya mengesahkan selagi perubahan itu sedikit. Kelibat Jody agak biasa bagi Arthur, selalunya dia akan membentangkan dengan cermat rekaan-rekaan. Namun begitu Jody hanya mampu setuju untuk kali ini. Arthur mula mengambil alat pengantara antara manusia iaitu telefon. Segalanya beransur normal untuknya, walaupun nampak berbeza sedikit. Ada sebilangan pengurus tidak menepati janji bagi menyelesaikan subjek rekaan mereka. Arthur pulang ke rumah mewahnya.