Chereads / Dia Milik ku / Chapter 2 - Bab 2

Chapter 2 - Bab 2

(MALAYSIA)

Sesampai di airport aku hanya berdiri sambil menunggu Tengku Balqis datang menjemputku.Kak Zaty tidak dapat menemaniku kerana dia ada class,jadi terpaksa aku pulang ke Malaysia sendiri.Wajah Tengku Balqis pon aku tak pernah tengok.

Sedang aku berdiri menunggu seseorang untuk menjemputku tiba tiba bahuku ditepuk perlahan.

Lantas aku menoleh kebelakang dan ada seorang wanita yang mungkin berumur 40an berdiri di hadapan ku sambil tersenyum.

"Aisy Diandra?"Tanya wanita tersebut sambil tersenyum.

"Ye..saya Aisy Diandra..Err..ni Tengku Balqis ke??"Tanyaku takut takut salah orang tak ke malu.

Wanita itu tersenyum gembira..

"Betul..panggil je Mummy..sekarang Aisy akan tinggal dengan Mummy..jangan risau Zaty dah cerita semua tentang Aisy..lagi pon Mummy berkenan dengan Aisy..Cantik,peramah dan mempunyai IQ yang tinggi..boleh lah Aisy belajar di sekolah Mummy nanti.."Kata Mummy sambil memegang lembut kedua dua belah tanganku.

Aku hanya tersenyum kekok,kerana belum biasakan diri lagi.

"Ermm..tengku..eh..maksud Aisy..sekolah Mummy??"Tanya aku pelik bila mendengar perkataan "Sekolah Mummy".

"Yup..untuk pengetahuan Aisy..Mummy merupakan pengetua di Kingdoll Highschool..jadi nanti Aisy jugak akan bersekolah disana..Aisy jangan risau semua Mummy dah uruskan.."Terang Mummy.

Aku hanya mengnganggukkan kepala tanda faham.Tiba tiba ada seorang lelaki tua datang menghampiri kami.

"Tengku Balqis.."Tegur lelaki tua itu.

"Owh..Pak Mat..ni saya kenalkan ni Aisy..budak perempuan yang saya ceritakan..Aisy ni Pak Mat driver Mummy.."

"Apa khabar Pak Mat.."Tegur aku dengan sopan santun.

"Khabar baik Aisy..tak sangka pandai Tengku pilih anak angkat comel,cantik dan sopan santun orangnya..mana tahu boleh jadi bakal menantu Tengku nanti.."Kata Pak Mat sambil tersengih ke arah Mummy.

"Bakal menantu???..Mummy ada anak ke??"Bisik aku dalam hati.

"Haha..macam tahu tahu je Pak Mat ni..dah lah kita pulang..kesian Aisy mesti penat.."Kata Mummy sambil mengusap lembut kepalaku.

Entah kenapa hatiku menjadi sayu bila Mummy mengusap lembut kepalaku.

"Ibu..Aisy rindu ibu.."Bisik Aku dalam hati sambil menahan air mata dari jatuh membasahi pipi.

"Aisy..sini beg..biar Pak Mat bawakkan.."Pelawa Pak Mat sambil memegang beg roda yang aku bawak.

"Eh..tak..takpe Pak Mat..Aisy boleh bawak sendiri..lagi pon berat beg Aisy."Aku cuba menghalang Pak Mat dari membawak beg aku,ialah lagi pon Pak Mat dah tua..kesian pulak biarkan dia bawak beg aku.

"Takpe..Pak Mat ni umur je dah 50an..tapi tenaga masih kuat.."Gurau Pak Mat sambil membuat gaya bina badan.

Aku dan Mummy hanya tergelak kecil melihat kelakuan Pak Mat.

.

.

.

SKIP...

.

.

(DI RUMAH MUMMY)

"Besar jugak rumah Mummy"Bisikku dalam hati melihat rumah 3 tingkat Mummy yang mewah dan mempunyai lif.

"Pak Mat tolong bawakkan beg Aisy ke dalam bilik dia."Arah Mummy lalu berjalan ke arah sofa di ruang tamu.

"Aisy..duduk sini sekejap.."Panggil Mummy sambil menepuk perlahan sofa di sebelahnya.

Aku hanya diam dan berjalan ke arah Mummy dan duduk di sebelahnya.

"Mulai sekarang Aisy dah jadi anak Mummy.Jadi Aisy buat je rumah ni macam rumah Aisy..tak payah segan segan ok..kalau ada apa apa masalah bagitau Mummy..."Kata Mummy dengan lemah lembut.

"Baik Mumny..err Aisy nak tanya..Mummy dok sorang je kat rumah ni.."Tanya aku,sebab sunyi je rumah ni.

"Taklah..Mummy ada anak lelaki sorang sebaya dengan Aisy..Nama dia Tengku Aryan dan suami Mummy Tengku Iskandar ada kerja di luar negara nanti baliklah dia..nanti Aisy panggil dia Daddy ok.."Terang Mummy.

"Owh..mana..Tengku Aryan?.."Tanya aku lagi sebab dari tadi tak nampak siapa siapa pon dalam rumah ni.

"Panggil je Aryan..tak payah tengku tengku..Aryan dia ada kelas tambahan di sekolah..petang japgi balik lah dia..lagi satu Aryan tak tahu yang Mummy amik anak angkat..nanti dia balik baru Mummy bagitau.."Terang Mummy

"Owh..errr..Mummy bila Aisy boleh mula sekolah.."Tanya aku seakan akan tidak sabar nak sekolah.Lagi pon nak merasa perbezaan sekolah di Malaysia dan England.

"Bila Aisy nak?"Tanya Mummy.

Eh kita tanya dia,dia tanya kita balik..

"Esok lah Mummy.."Balasku.

"Esok??..tapi kamu baru sampai Malaysia kan..tak penat ke..Mummy tak kesah kalau kamu nak rehat dulu..minggu depan pon boleh mula sekolah.."Kata Mummy risau aku keletihan sebab baru sampai Malaysia.

"Takpe lah Mummy..lagi pon tahun ni kan Aisy nak SPM..nanti kalau Aisy masuk lambat banyak Aisy tertinggal.."Terangku.

"Kalau macam tu..jap ye.."Siti!..sini sekejap!..bawak baju sekolah yang saya sediakan!"Jerit Mummy memanggil seseorang.

Aku melihat ada seorang wanita yang berusia 40an sedang menurunni tangga sambil membawa pakaian sekolah yang disangkut hanger.

"Ni pakaian sekolah Aisy..Mummy dah sediakan awal awal.."Kata Mummy.

Wanita itu menghulur pakaian sekolah ke arahku sambil tersenyum.

Aku mengambil pakaian tersebut dan membalas senyumman ke arah wanita itu.

"Ini Siti..pembantu dekat dalam rumah ni.."Terang Mummy.

"Apa khabar Kak Siti.."Tegur Aku lalu menghulurkan tangan dan salam.

"Khabar baik Aisy..kalau Aisy ada nak mintak apa apa..lapar ke dahaga ke bagi je tahu Kak Siti.."Terang Kak Siti.

"Baik Kak Siti.."

******

Sesampai di bilik aku terus merebahkan badan di atas tilam kerana keletihan.Gila tak letih berapa jam aku dok dalam kapal terbang tu naik kebas rasanya bontot aku.

Aku terus memejamkan mata untuk tidur,malas nak mandi sebab terlalu letih.Lepas beberapa minit akhirnya aku terlelap.

*******

Aku tersedar dari tidur,lalu melihat jam di pergelagan tangan kiriku.Sudah menunjukkan pukul 5:30ptg.Aku lantas bangun dan berjalan masuk ke tandas untuk mandi..takkan nak tidur pulak kat tandas mesti lah mandi.

Selesai sahaja mandi aku menurunni tangga.Owh ya aku lupa nak bagi tahu,bilik aku berada di tingkat 3 paling atas sekali..dekat situ mempunyai 2 bilik sahaja.Kata Mummy kat situ hanya ada bilik aku manakala bilik lagi satu kepunyaan anak lelakinya Tengku Aryan.

Sesampai di bawah aku berjalan menuju kedapur terlihat Kak Siti sedang sibuk memasak.

"Kak Siti masak apa tu?"Tegur aku sambil berjalan ke arahnya.

"Owh..Aisy..Kak Siti tengah masak Ayam masak lemak..Aisy tak kesahkan?"Tanya Kak Siti.

"Kenapa pulak Kak Siti tanya..saya tak kesah pon Kak Siti nak masak apa.."Jawabku sambil mata aku memerhatikan masakkan yang berada di dalam kuali.

"Yelah..Aisy kan dibesarkan di England..mana tahu lidah Aisy tak biasa dengan makanan melayu.."Kata Kak Siti sambil tangannya sibuk mengacau ayam masak lemak cili api yang berada di dalam kuali.

"Takpe..sekaranglah Aisy nak kena biasakan makanan kat sini..lagi pon Aisy tengok macam sedap je Kak Siti masak..cuma tu lah Aisy tak berapa tahan sangat makan makanan pedas"Kata ku jujur.Maklumlah lama sangat tinggal kat luar negara.Lidah pon jadi lidah omputeh.Nasib tak pelat cakap melayu,tak pasal pasal jadi king coco.

"Tengku Balqis dah bagi tahu Kak Siti yang Aisy tak tahan dengan makanan pedas..jadi Kak Siti tak letak banyak sangat cili.Ni pon Aryan yang call Kak Siti tadi dia teringin nak makan ayam masak lemak cili api.Kak Siti pon masak jelah tak berani cakap apa apa,sebab Tengku Aryan tu garang cam singa."Terang Kak Siti.

Aku hanya mengngangguk tanda faham.Malas nak amik tahu pasal anak lelaki Mummy.Kang tak pasal pasal cakap aku ada hati dekat Tengku Aryan.

"Ingat Aisy nak tolong Kak Siti..Tapi Aisy tak pandai sangat masak masakkan melayu"Kata ku jujur,sebab merasa tidak selesa.

"Eh..takpe lah..lagi pon Aisy dah merupakan Boss muda kat dalam rumah ni..memasak,mengemas rumah memang kerja Kak Siti..Aisy tak perlu rasa tak selesa.."Terang Kak Siti sambil mengusap perlahan rambut ku.

Aku hanya tersenyum sahaja..

Tiba tiba loceng pintu berbunyi tanda ada seseorang datang..

Aku terus memandang Kak Siti..

"Takpe Kak Siti..biar Aisy yang bukakkan pintu.."Kata aku dan berjalan pergi menghampiri pintu lalu pintu tersebut aku bukak..

BERSAMBUNG..