Setelah aku membukak pintu,berdiri seorang lelaki yang lengkap beruniform sekolah sedang berdiri di hadapan pintu.Lelaki itu seakan terkejut melihat aku lalu wajah terkejut tersebut bertukar menjadi wajah dingin.
Dah kenapa usha aku macam tak puas hati.Aku tahu aku cantik.TIBERRR.
"Kau siapa?"Tanya lelaki itu dengan nada yang dingin sambil melihat aku atas bawah.
"Aku Ai-"Belum sempat aku ingin memperkenalkan diri tiba tiba kata kata ku dipotong oleh Mummy yang menggunakan jutsu apa pon aku tak tahu tetiba je muncul di belakang aku.
"Eh Aryan..anak Mummy dah balik..masuk lah dulu..apa yang bersembang kat pintu ni.."Ajak Mummy.
"Owh..ni lah Tengku Aryan..boleh tahan..tapi sayang bukan jenis yang murah dengan senyuman"Bisikku di dalam hati,lalu berjalan mengikutti dari berlakang Mummy menuju ke ruang tamu bergitu jugak dengan Aryan.
Nak dekat 5minit jugaklah suasana di ruang tamu senyap.Aryan duduk di sofa berhadapan dengan aku.Dari tadi dia hanya memerhatikan aku dengan wajah dinginnya.
Aku yang rasa tidak senang dengan tenungan tajam Aryan ke arah aku,lantas aku memberanikan diri melawan balik tenungan tajam dengan membuat reaksi yang dingin jugak ke arahnya dan bermulalah perlawanan menikam mata antara aku dan dia.Kita tengok siapa yang kelip mata dulu.Nak lawan mata sangatkan..
Tengku Balqis yang melihat suasana yang tegang antara Aisy dan Aryan bila melihat mereka sedang bertikam mata dengan wajah kedua duanya yang dingin,terus cuba untuk bersuara.
"Err..A-"Belum sempat Tengku Balqis menghabiskan kata katanya,Aryan tiba tiba bersuara.
"Kau pahal usha aku tak puas hati.."Tanya Aryan dengan dingin bergitu jugak wajahnya.
"Kau yang usha aku dulu.."Balas aku dengan riak wajah yang biasa dan tenang sambil badanku bersandar pada sofa.
Mummy hanya diam dan memerhati perbualan aku dan Aryan.
"Asal kau ada kat sini..and aku rasa ini pertama kali aku nampak kau..sebelum ni tak..nak kata sepupu aku..aku kenal semua sepupu aku.."Kata Aryan sambil tangan kanannya sedang melonggarkan ikatan tali leher di tengkuknya.
"Chill Tengku Aryan..Mummy yang bawak aku kat sini.."Kata aku bersahaja.
"What?..Mummy?"Aryan tersenyum sinis.
Aku hanya diam menunjuk riak wajah yang biasa.
"Sejak bila pulak Mummy aku ni Mummy kau and aku rasa aku takda adik.."Kata Aryan dengan senyuman sinis sambil kedua dua tangannya berada di dalam poket seluar.
"Sejak tadi..,lagi satu memang aku bukan adik kau sebab aku dengan kau sebaya.."Balasku sambil menaikkan kedua dua belah keningku.
Senyuman sinis yang diberi oleh Aryan terus bertukar dingin mendengar kata kata aku.
"JADI AKU TANYA KAU SIAPA!!..DAN MACAM MANA BOLEH ADA KAT RUMAH AKU!!"Tengking Aryan sambil menghentak tangan kanannya di atas meja.
Mummy yang terkejut akan perubahan sikap anaknya yang sudah seperti gunung berapi yang ingin meletus,lantas bersuara.Manakala aku hanya memasang reaksi biasa sahaja,tidak terkejut akan sikap Aryan pada aku kerana aku dah tahu perangai sebenar Aryan yang garang macam singa dari Kak Siti.
"TENGKU ARYAN BIN TENGKU SYAH ISKANDAR!!"Marah Mummy dengan nada suara yang tinggi dan tegas."Tolong kawal baran kamu tu..,susah sangat ke nak tanya elok elok,Mummy tak pernah ajar kamu untuk kurang ajar dengan orang..lebih lebih lagi dengan perempuan!.."Marah Mummy bila dia rasa tindakkan anaknya sudah melampau,bukan dia tak kenal sikap anaknya yang garang cam singa.
"Aryan dah tanya dia elok elok!!dia yang kurang ajar!!!"Kata Aryan dengan nada suara yang sedikit tinggi dan tidak puas hati.
Eh..dia salahkan aku pulak.
"SUDAH!!..Mulai sekarang dia akan jadi anak angkat Mummy dan Daddy dalam masa yang sama dia sudah menjadi sebahagian dalam keluarga kita!!!"Kata Mummy dengan tegas.
Terkejut Aryan mendengar kata kata Mummynya lalu memandang Aisy dengan wajah tidak puas hati.
"Apa?"Tanya aku dengan polos.Dah kenapa pandang aku,Mummy yang cakap aku pulak yang kena.
Aryan terus mengambil beg sekolah yang berada di atas sofa dengan kasar lalu berjalan pergi menaikki tangga menuju ke biliknya dengan perasaan marah.
Aku hanya diam dan melihat Aryan berlalu pergi bergitu sahaja dengan wajah bengang.Mummy hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak lelakinya itu.
******
Selesai sahaja makan malam aku berjalan kesingki ingatkan nak tolong Kak Siti membasuh pinggan.Tapi tak jadi bila aku melihat Kak Siti meletak makanan dan minuman atas dulang.Mungkin nak hantar ke bilik Aryan.Yelah lepas peristiwa yang terjadi petang tadi dia terus tidak keluar dari bilik sehingga sekarang.Makan malam pon dia tak turun untuk makan.
"Kak Siti nak hantar kat bilik Aryan ke?"Tanya aku pura pura taktahu.
"Ha a..lagi pon dari balik sekolah tadi dia tak makan,kang takpasal pasal sakit.Lagi pon Kak Siti japgi nak kena balik kampong jap sebab ada benda nak kena urus kat sana."Terang Kak Siti.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Kalau macamtu biar Aisy jelah yang hantar,Kak Siti pergilah kemas kemas barang..Nanti lambat pulak sampai sana."Kata aku ingin membantu.
"Takpe ke?..lagi pon Aryan kan tengah tak berada baik dengan Aisy,tak pasal pasal kena tengking lagi.."Tanya Kak Siti risau.
"Takpelah,nilah perluang Aisy nak baik balik dengan dia.Pasal kena tengking pon Aisy tak amik hati pon.Bukan Aisy tak biasa diperlakukan bergitu,bahkan pernah kena lebih teruk dari itu."Kata aku sambil mengambil dan mengangkat dulang yang berisi sepinggan nasi berlauk dan segelas air.
"Ha?Maksud Aisy?"Tanya Kak Siti pelik dengan kata kataku.
"Eh..tak..takda apa apa lah..Aisy naik atas dulu ye nak hantar makanan."Kata aku cuba mengelak.
******
Sesampai di tingkat 3 iaitu tingkat paling atas aku berjalan ke arah bilik Aryan iaitu bersebelahan dengan bilikku.
Tanpa membuang masa aku terus menyepak perlahan pintu bilik Aryan berkali kali kerana kedua dua belah tanganku sedang memegang dulang yang berisi makanan dan minuman.
"Oi..bukak"Panggil aku.
Terkejut aku bila pintu dibukak dengan kasar.
"KAU NAK APA LAGI PEREMPUAN!"Tengking Aryan sambil memandang aku tidak puas hati.
"Kau pahal?datang bulan?"Kata aku sambil sebelah kening aku dinaikkan ke atas seperti Ziana Zain..Gituuu..Takkan lelaki pon datang bulan,Takodd Bethulll..
"Kau nak apa sekarang ni?"Tanya Aryan dingin.
Muka hensem tapi buta,takkan tak nampak aku pegang dulang makanan ni,takkan dulang hantaran perkhawinan pulak,tiberr.
"Kau nampak tak kat tangan aku ni ap?"Kata aku dengan nada malas sambil mata aku mengarah ke dulang makanan yang aku bawak.
"Jadi?"Tanyanya.
"Jadi..?aku nak kau amik makanan ni letak kat muka kau buat masker..,Dah tentu tentu lah.. nak suruh kau makan,tapi jangan dulang sekali kau makan sudah lah."Perli aku dengan riak wajah yang malas.
"Yang kau tiba tiba hantar makanan kat aku ni pahal,Kak Siti adakan boleh hantar..Ke kau ada hati dekat aku?"Kata Aryan sambil tersenyum sinis.
Halah..halah jantan ni,ada jugak kena wwe japgi..
"Kau pernah tengok WWE kat tv tak?nak kena?..jangan perasan boleh,aku hantar ni pon sebab Kak Siti tengah kemas baju dia dalam beg."Balas aku.
"Kenapa pulak dia kemas baju?"Tanya Aryan pelik.
Mamat ni banyak tanya pulak,tangan aku dah kebas ni.
"Dia nak lari rumah"Jawab aku selamber,saja nak tengok reaksi dia.
"HA!?"Aryan terkejut.
"Gurau jelah..dia kemas baju nak balik kampong,adahal katanya..hehe"Kata aku bila melihat wajah Aryan seakan akan begitu terkejut.
"KAU-"Belum sempat Aryan ingin mengeluarkan kata kata keramatnya,aku lantas memotong.
"Dah..dah amik ni makan..kalau kau taknak biar aku habiskan,tapi jangan menyesal sebab lauk ni je yang tinggal.Kalau malam nanti kau lapar jangan kau call Kak Siti nangis nangis sebab lapar and jangan suruh aku pulak yang ma--"
Belum sempat aku menghabiskan ayat aku Aryan dengan pantas merampas dulang yang aku pegang lalu masuk kedalam bilik dan menutup pintu tanpa berkata apa apa.
*****
(DALAM BILIK ARYAN )
"Membebel je perempuan ni macam Mummy.."Kata Aryan dengan nada menyampah, lalu dia memegang sudu dan mencedok nasi dan sumbat kedalam mulutnya.
*****
BERSAMBUNG...