Chereads / Dia Milik ku / Chapter 4 - BAB 4 SEKOLAH BARU |

Chapter 4 - BAB 4 SEKOLAH BARU |

Aku melihat jam didinding,sudah menunjukkan pukul 3pagi dan aku masih belum boleh tidur.Lagi pon sudah menjadi kebiasaan aku berjaga di waktu malam dan tidur di waktu siang.Mereka yang pernah mengalami penyakit insomnia(sila google)ni je yang faham macam mana rasanya.Di sekolah lama aku di England semua pelajar dan guru guru tahu yang aku jenis suka tidur di kelas tapi mereka hanya membiarkan sahaja kerana setiap tahun aku menjadi murid cermelang di sekolah sana walaupun di dalam kelas mereka tak nampak aku belajar kerana hanya tertidur sahaja di kelas.Lagi satu mereka taktahu dengan penyakit yang aku hadapi..Yang tahu hanya Kak Zaty dan Mummy sahaja yang tahu.Kerana aku yang menyuruh mereka untuk simpan rahsia tentang apa yang aku alami.Ubat?aku hanya amik bila aku mengalami mimpi buruk sahaja iaitu pada waktu malam kalau aku tertidur,itu pon sekejap dan tersedar kerana mengalami mimpi buruk yang pernah terjadi 10tahun lalu.

Aku membukak laci di tepi katil lalu mengeluarkan sebotol ubat yang diberi oleh Doktor ketika berada di England.Kata Doktor tubuh aku kekurangan darah selepas peristiwa yang telah terjadi sehingga hampir meragut nyawaku.Tapi syukur aku masih mampu bertahan walaupun kandungan darah dalam tubuhku kurang,walau bagaimana pon doktor cakap antibody dalam tubuhku kuat melawan sakit dan ada sebab aku bertahan sehingga sekarang kerana ada banyak benda yang aku nak kena selesaikan.Tapi walau macam mana pon aku kena makan ubat yang telah diberi kerana kalau aku berhenti makan aku akan mudah pengsan dan akan membuat antibody dalam tubuhku menjadi lemah.Selain itu aku perlu berhati hati supaya badan aku tidak terluka dan mengakibatkan darah mengalir keluar itu akan membuatkan darah dalam tubuhku semakin berkurang.Lagi satu doktor cakap susah nak cari darah yang sesuai dengan darahku,jadi aku perlu berhati hati.Perkara ini hanya Kak Zaty dan Mummy sahaja yang tahu,Dan aku menyuruh mereka untuk merahsiakan perkara ini.

Aku menurunni anak tangga sambil membawak sebotol ubat dan berjalan menuju ke dapur untuk mengambil air kosong.

Sesampai di dapur aku mencapai gelas kosong di atas meja lalu menuang air kosong ke dalam gelas dan berjalan ke meja makan.

Aku mengambil dua pil ubat yang berada dalam botol dan memasukkan ke dalam mulut lalu meneguk air kosong di dalam gelas.

Tiba tiba..

"Ubat apa tu?"

"Uhuk!..Uhuk!.."Hampir tersembur air yang berada dalam mulut aku.Nasib aku sempat tahan.

"Err..Ar..Aryan..asal tak tido lagi?..dah pukul 4:00pagi.."Tanya aku tanpa membalas pertanyaannya,Sambil tangan aku menggenggam kemas botol ubatku supaya Aryan tidak perasan.

"Jawab soalan aku..Ubat apa kat tangan kau.."Tanya Aryan dengan dingin.

"Err.."Aku buntu tidak tahu untuk jawab apa..

"Tu vitamin..Aisy memang sentiasa amik vitamin sebab antibody dalam badan dia tak berapa kuat.."Kata Mummy yang tiba tiba muncul di belakang Aryan.

"Aisy..pergi masuk tido..esok nak sekolah.."Kata Mummy.

Aku hanya menganggukkan kepala dan berjalan pergi meninggalkan mereka berdua yang masih berdiri di dapur.

"Nasib tak kantoi.."Bisik aku.

****

(DI DAPUR)

-MUMMY&ARYAN POV-

"Aryan..sini"Panggil Tengku Balqis sambil menarik kerusi di meja makan dan duduk.

Aryan hanya menurutti dan duduk di kerusi menghadap Mummynya.

"Esok Aisy akan mula sekolah di tempat kita..Mummy dah uruskan segalanya dan dia akan masuk ke kelas kamu.."Kata Mummy.

"Jadi?"Tanya Aryan dengan dingin,tidak berpuas hati kerana Aisy sama kelas dengannya.

"Jadi Mummy nak kamu jaga Aisy di sekolah,kalau ada jadi apa apa dekat Aisy cepat cepat bagitau Mummy..Faham!"

Aryan hanya mampu mengeluh dan memasang wajah tidak puas hati.

"Serabut betul pompuan ni.."Bisik Aryan dalam hati.

-END MUMMY&ARYAN POV-

*******

Selesai sahaja mandi aku memakai uniform sekolah yang telah disediakan oleh Mummy.Skirt pendek sekolah berwarna hitam paras lutut aku betulkan bergitu jugak rambut pendek berwarna light-brown semula jadi paras bahuku selitkan di sebelah kanan menampakkan telinga belah kanan manakala telinga belah kiri masih tertutup oleh rambutku.Aku mencapai beg sekolah dan berjalan keluar dari bilik.

Sesampai di bawah aku nampak Mummy sedang menikmatti makanan pagi seorang diri,kelibat Aryan masih belum nampak.

"Morning Mummy.."Tegur aku lalu duduk di sebelah Mummy.

"Morning Aisy..Aisy nak makan apa?..Mummy dah siap kan nasi goreng..Ke Aisy nak makan sandwich pon Mummy ada buat.."Tanya Mummy sambil senyum gembira ke arahku.

"Err..sorry Mummy..sebenarnya Aisy tak makan pagi.."Kata aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal sebab rasa bersalah.

"Owh..yeke..takpe lah..Mummy faham..tapi Aisy kena minum susu ni supaya bertenaga..lagi pon Kak Zaty kata Aisy makin lemah kebelakangan ni,risau pulak Mummy.."Kata Mummy sambil meletakkan segelas susu dihadapanku.

Aku hanya senyum dan meneguk air susu yang diberi oleh Mummy sehingga kosong.Aku meletakkan cawan tersebut di atas meja dan sedikit terkejut tiba tiba Aryan sudah duduk berhadapan denganku sambil menikmatti nasi goreng.

Sejak bila pulak Mamat ni muncul.

"Kau pahal..tak pernah tengok lelaki hensem makan ke.."Katanya bersahaja sambil menyumbat nasi goreng ke dalam mulutnya.

Srs lah mamat ni.Aku hanya membuat muka menyampah malas nak layan..

"Aryan.."Panggil Mummy.

"Ye.."Balas Aryan.

"Harini Aisy akan tumpang kereta Aryan.."Kata Mummy.

"Ha!..tapi kenapa?!"Tanya Aryan dengan nada suara yang sedikit meninggi sambil matanya memandang tajam ke arahku.

Pahal pulak mamat ni,bukan aku yang nak sangat tumpang dia.

"Takda tapi tapi..dengar arahan Mummy..ke nak Mummy rampas balik kereta tu..biar Aryan gi sekolah jalan kaki..Aisy biar naik dengan Mummy"Ugut Mummy.

Aku hanya memasang wajah biasa sambil mendengar pentengkaran dua beranakni.

"Yelah..yelah.."Balas Aryan tidak puas hati.

"Cepat siap!..lambat aku tinggal!.."Marah Aryan sambil sambung menikmatti nasi gorengnya.

"Kau buta ke?..aku dah siap..kau tu je tak siap makan lagi.."Kataku dengan tenang sambil tangan disilang ke depan dan badan aku sandar ke kerusi sambil menunggu si "singa" habis makan.

Aryan menjeling tajam ke arah aku tanda tidak puas hati.Ada aku kesah..cucuk mata tu japgi.

*****

(Di dalam kereta)

Suasana di dalam kereta agak sunyi,Aku hanya memandang ke luar tingkap manakala Aryan sedang menumpukan permanduannya pada jalan.

"Tak pasal pasal aku kena jadi driver kau..kau ingat kau boss ke.."Kata Aryan dingin sambil matanya masih menumpukan pada jalan.

Aku memandang ke arahnya lalu memandang ke hadapan.

"Takpe esok aku naik teksi,lagi pon aku naik dengan kau harini pon sebab aku tak tahu arah ke sekolah..esok kau tak payah hantar aku.."Jawab ku dengan tenang,tak terasa pon dengan kata katanya.Bukan pertama kali aku diperlakukan seperti patung yang tiada perasaan,jadi dah biasa di layan sepertini.

"Takyah buat cerita sedihlah,ikutkan memang nak kau naik teksi je,aku setuju pon sebab Mummy ugut nak rampas kereta ni balik,kalau tak pandai pandai lah kau jalan kaki gi sekolah.."Katanya dengan dingin.

"Ye..aku tahu..jadi esok kau hantar je aku kat basstop..bukannya Mummy nampak.."Kataku.

"Sukahati kau lah.."Balas Aryan.

(Lepas beberapa minit)

"Aryan berhenti tepi tu.."Arahku sambil tanganku menunjuk ke arah tepi jalan yang tidak jauh dari sekolah.

Aryan memberhentikan keretanya di tempat yang aku tunjuk.

"Asal?"Tanyanya dengan pelik sambil memandang ke arah aku.

"Takpe aku boleh jalan kaki,lagi pon tak jauh sangat sekolah tu..Aku tahu kau taknak orang nampak aku dengan kau,bukannya aku taktahu kau ramai peminat kat sekolah.."Kata aku tenang sambil membetulkan baju sekolahku.

"Mana kau tahu?"Tanya Aryan.

"Kak Siti ada cerita pasal kau kat aku.."Jawabku.

"Dah lah aku turun dulu..esok tak payah hantar aku..aku dah ingat dah arah nak gi sekolah..thanks.."Kata ku lalu keluar dari perut kereta dan berjalan pergi menuju ke sekolah yang tak berapa jauh sangat.

*******

Sesampai di dalam kawasan sekolah semua pelajar yang berada di situ melihat ke arah aku.Tapi aku buat tidak tahu sahaja dan berjalan cool untuk ke perjabat.

Sesampai di pejabat aku berjalan ke arah seorang wanita yang berada di situ.

Wanita itu seakan akan terkejut dengan kehadiranku.

"Err..Good morning, what can I help you with?"Tanya Wanita itu sambil tersenyum manis ke arahku.

"Saya Aisy Diandra pelajar baru pindahan dari England.."Kataku.

"Eh!..boleh cakap melayu ke?"Katanya dengan terkejut.

Aku menganggukkan kepala.

"Yelah..saya lahir kat Malaysia tapi di besarkan di England.."Terangku.

"Owh Aisy Diandra..sorry lah muka kamu macam anak mat salleh.."Katanya sambil tersengeh seperti kerang busuk.

Aku hanya diam.

"Jap ye..Saya call cikgu kelas kamu"Kata Wanita itu.

******

-ARYAN POV-

"Dah sampai ke belum pompuan tu agaknya?"Eh! asal aku kesah..biar jelah dia"

Aryan memarkirkan kereta AudiX yang dibeli oleh Mummynya di tempat VIP.Tempat Khas untuknya yang disediakan oleh Tengku Balqis pengetua dan pemilik sekolah Kingdoll Highschool.

KINGDOLL HIGHSCHOOL SEKOLAH YANG PALING BERPENGARUH DI MALAYSIA.KERANA PELAJAR DI SEKOLAH INI SEMUA MERUPAKAN ANAK ANAK ORANG KAYA DAN PERATURAN DI SEKOLAH INI PON TIDAK TERLALU KETAT MEREKA BEBAS UNTUK MEMAKAI BARANG KEMAS,BAWAK FON DAN MACAM MACAM LAGI.CUMA MEREKA PERLU MEMAKAI PAKAIAN SEKOLAH YANG TELAH DISEDIAKAN.

Baru sahaja aku melangkahkan kaki keluar dari kereta semua pelajar perempuan menjerit seperti histeria ada jugak yang pengsan dan ada yang tergedik gedik macam cacing kepanasan.Aku hanya membuat tidak tahu kerana sudah biasa dengan situasi macam ni,aku berjalan sambil memasang wajah dingin,rimas dengan pelajar wanita yang macam tak pernah jumpa lelaki hensem.Cehh! perasan!

-Readers POV-

Suasana kelas 5Alfa yang bising bertukar senyap sebentara lalu kembali bising bila melihat Aryan masuk ke dalam kelas dengan wajah dingin dan berjalan ke arah meja belajarnya.Walaupun wajahnya yang dingin tapi bagi mereka sudah mampu membuat jantung para gadis seperti mahu keluar kerana tergoda dengan wajah kacaknya itu.

"Diam!."Jerit seorang pelajar perempuan membuatkan suasana yang tadinya bising dengan suara jeritan pelajar perempuan yang terjerit seperti histeria terus senyap.Semua mata tertumpu pada pelajar perempuan tersebut.Manakala Aryan membuat tidak tahu dan berjalan menuju ke mejanya yang penuh dengan coklat dan bunga yang diberi oleh peminatnya.

"Korang ingat korang tu cantik ke?..Muka kalau cantik macam aku takpelah ni muka macam tapak kasut sekolah aku ada hati nak dekat Aryan.."Kata perempuan tersebut yang lebih dikenali sebagai Eva atau Tengku Eva dengan berlagak.Eva berjalan ke arah meja Aryan lalu mengambil coklat dan bunga yang banyak diberi oleh peminat Aryan dan membawa hadiah semua tu buang ke tong sampah belakang meja Aryan.Aryan hanya membuat tidak tahu kerana dia tidak suka dengan coklat dan bunga yang diberi oleh peminatnya.

Semua pelajar hanya diam tidak berani melawan kerana mereka semua takut dengan Eva.Dorang kenal sangat dengan perangai gila Eva.Dia tak suka ada perempuan lain rapat dengan Aryan,kalau dia tahu habis perempuan tu dia kerjakan.

"Tengok apalagi!..takda kerja lain!"Marah Eva.

Semua pelajar duduk di tempat masing masing dengan muka menyampah.

Eva berjalan ke meja Aryan dan duduk di sebelah meja Aryan yang kosong.

"Kau berambus sekarang.."Kata Aryan dingin.

"Alah..U..boleh tak I nak duduk sebelah U..lagi pon bukan ada orang duduk sini.."Kata Eva dengan nada suara yang gedik.

"Aku cakap berambus!..berambus lah!..tak faham bahasa ke!"Tengking Aryan.

Eva terus bangun dengan wajah tidak puas hati dan berjalan pergi ke arah meja belajarnya yang berada tidak jauh dari meja Aryan.

Semua pelajar yang melihat hanya tersenyum sinis ke arah Eva,kerana merasa puas bila melihat Eva ditengking oleh Aryan.

Selepas beberapa minit kelas 5Alfa kembali dengan suasana bising kerana cikgu masih belum masuk.

Tiba tiba pintu kelas terbukak,semua pelajar cepat cepat duduk di tempat masing masing bila melihat Cikgu Naziha guru kelas mereka masuk..

"Ok semua pelajar sila duduk ditempat masing masing...Harini kita akan ada pelajar baru..Pelajar baru sila masuk.."Arah Cikgu Naziha,semua pelajar melihat ke arah luar pintu dan....

BERSAMBUNG...

*****

*AGAK AGAK KORANG SIAPA PELAJAR BARU TERSEBUT???NAK TAHU??TUNGGU BAB YANG AKAN DATANG..*

*******