-BAB7-"Semua pelajar terdiam dan menundukkan kepala,terasa dengan apa yang Cikgu Naziha katakan.
Aryan memandang Aisy yang sudah tertidur."Siapa kau sebenarnya.."Bisik Aryan.-BAB 7-
*********
Cikgu Naziha melangkahkan kaki keluar dari kelas 5Alfa setelah subjek Matematik sudah selesai.Kini 5Alfa sedang menunggu subjek seterusnya iaitu sejarah.
Setelah Cikgu Naziha keluar dari kelas semua pelajar 5Alfa mula bising dan melihat ke arah Aisy yang masih tidur.Mereka masih terkejut akan kejadian tadi yang mana Aisy dapat menjawab kesemua soalan yang baru dipelajari dengan betul sedangkan dia hanya tidur dari masa pertama sampai sekarang.
"Weyh hebatnya dia macam mana dia boleh jawab semua soalan tu dengan betul.."
"Uish memang gadis idaman betul lah si Aisy ni dah lah cantik,body pon boleh tahan lagi satu pandai pulak tu.."
"Berapa IQ dia agaknya,sampai dia boleh jawab soalan tu padahal tido je dari tadi.."
"Teringin nak ada IQ macam dia.."
"Harap dia single.."
"Kalau aku dapat si Aisy ni..memang aku jaga elok elok.."
Pelajar 5Alfa mula bising dengan memuji Aisy,mereka seakan akan terpegun dan tertarik dengan Aisy,lebih lebih lagi pelajar lelaki mula jatuh hati dengan Aisy manakala pelajar perempuan mula rasa cemburu akan kecantikkan dan kepandaian yang ada pada diri Aisy.
Aryan yang dari tadi memasang telinga mula berasa panas hati,bukan sahaja panas hati telinga ni pun naik panas bila mendengar ayat ayat yang keluar dari mulut pelajar lelaki yang mula jatuh hati dengan Aisy.Dia pon taktahu kenapa dia merasa sakit hati.
Aryan yang sudah merasa panas dan bengang terus menghentak meja belajarnya dengan kuat sehingga semua pelajar terdiam dan Aisy yang sedang tertidur terus tersedar.
"KORANG SEMUA BOLEH DIAM TAK!!!MEMEKAK KORANG TAHU!!!.."Tengking Aryan.
Aku yang sedap sedap tidur tiba tiba terkejut akan bunyi hentakkan yang kuat di sebelah aku.Aku terus mengangkat kepala dengan wajah terkejut.Gila tak terkejut nak pekak rasa telinga aku,Nasib takda sakit jantung kalau tak dah lama K.O.
Aku terus memandang ke arah Aryan dengan wajah blurr.Aryan terus memandang aku dengan pandangan tajam,dari riak wajahnya menampakkan dia tidak puas hati dengan aku.Apa salah aku,aku tido je tadi,ke aku ada mengigau,yelah mana tahu aku tertampar dia ke tersepak ke masa aku tak sedar.
Dia menatap aku dengan lama.
"Apa?"Tanya ku dengan polos.
Tiba tiba dia bangun dari kerusi dan keluar dari kelas dengan marah.
"Apasalah aku..aku ada buat salah ke..aku tido je kot daritadi.."Bisikku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Terus aku menoleh ke tepi memandang pelajar lain yang dari tadi menjadi penonton.
"Aku ada buat salah ke?"Tanya ku dengan polos pada mereka yang dari tadi seakan akan terkaku.
Mereka semua diam dan menggelengkan kepala tanda aku tidak melakukan apa apa kesalahan.Mereka pon taktahu apa yang dah jadi.
Aku memandang ke arah Eva,entah kenapa rasa nak pandang dia.Eva pon turut memandang aku dengan wajah pelik kerana aku melihat ke arahnya(Apa?).
Aku mengeluh dan meletakkan semula ke atas meja untuk sambung tidur."Lantaklah si singa tu,aku pon taktahu aku buat salah apa,period agakny(Eh jap!lelaki period ke haha)tidur lagi bagus.."Bisikku lalu sambung semula hobiku iaitu tidur di kelas.
*******
-ARYAN POV-
"Argh!!..kenapa aku nak sakit hati pulak bila budak lelaki puji dia!!"Jerit Aryan sambil melemparkan batu kecil ke longkang.Nasib takda pelajar lalu lalang kat situ,tak pasal pasal ingatkan dia gila,dah lah budak hot kat sekolah.
Tapi siapa Aisy sebenarnya,latar belakang dia,tiba tiba je Mummy amik dia jadi anak angkat sampai ke England pulak tu.Siapa perempuan tu yang sebenarnya,aku tahu dia ada sembunyikan sesuatu tentang diri dia.Aku kena cari tahu jugak pasal Aisy..tapi kenapa aku nak tahu sangat pasal dia???
-END OF ARYAN POV-
*******
(waktu rehat)
Semua pelajar telah keluar dari kelas bergitu jugak Aryan,mereka semua keluar pergi rehat.Aku pulak memilih untuk sambung tidur di kelas,bukan apa kalau dia pergi kantin pon nak beli apa.Duit?Aryan dah rampas masa nak gi sekolah.Itu tak kesah sangat yang aku kesah cam mana dia nak beli ubat.Ubat yang dia ada cukup untuk esok je lepastuh habis dah.Nampaknya aku kena sedaya upaya untuk kuatkan badan aku supaya tak pengsan,mungkin nanti ada keajaiban ke kan..
Aku meletakkan kepala di atas meja,lalu melelapkan mataku.
Setelah beberapa minit Aisy terlelap,datang seorang lelaki(Bukan Aryan) yang tidak dikenali masuk ke dalam kelas 5Alfa dan berjalan menghampiri meja Aisy yang sedang tidur.DIA meletakkan kotak sederhana besar yang berisi sepotong kek red velvet dan air kotak coklat di atas meja Aisy "Jangan lupa makan ye..TENGKU AISY DIANDRA BINTI TENGKU ANDIKA.."Kata si DIA dengan perlahan sambil mengusap lembut rambut Aisy yang berwarna light brown itu dengan senyuman manis.DIA melangkahkan kaki meninggalkan Aisy dengan berhati hati agar Aisy tidak sedar akan kehadiranNYA.
-TENGKU AISY DIANDRA BINTI TENGKU ANDIKA??...TENGKU???-
-SIAPA LELAKI TU???MACAM MANA DIA BOLEH TAHU NAMA BAPAK AISY??PADAHAL DEKAT KERTAS PENDAFTARAN AISY TAK LETAK NAMA BAPAK DIA..-
********
Setelah waktu rehat habis Aryan orang pertama masuk ke kelas sambil membawak sebungkus roti coklat dan sekotak air coklat,manakala pelajar lain belum masuk.Aryan duduk di tempatnya lalu melihat ke arah Aisy yang masih tidur.Dia menggelengkan kepala."Dia ni tak tido malam ke..dari masa pertama sampai sekarang tidur je kerja..".Bebel Aryan perlahan supaya Aisy tidak dengar.Baru sahaja dia ingin meletak roti coklat dan air coklat di atas meja Aisy,tiba tiba dia ternampak sekotak kek red velvet dan air kotak coklat di atas meja Aisy."Eh..siapa pulak yang bagi??.."Bisik Aryan sendiri dengan wajah pelik.
-FLASHBACK ARYAN-(BAB 5)
Sedang Aryan berjalan ingin ke kantin dia ternampak Aisy sedang berjalan menuju ke padang sekolah."Aik..tak gi makan ke dia ni?..tadi pagi dah lah tak makan,masa rehat pon tak makan?..ke takda duit?..".Tiba tiba perasaan risau mula muncul dalam dirinya.Dia berjalan ke kantin dan membeli sebungkus roti coklat dan air kotak coklat dan berjalan menuju ke padang sekolah.Aku beli ni pon sebab nanti kalau pengsan aku jugak yang kena,lagi pon Mummy suruh jaga dia,bukan bermakna aku suka dia.Aryan berjalan ke padang dan dari jauh terlihat Aisy sedang bersandar di pokok sambil mata terpejam.Dia terus mengeluarkan buku kecik dan pen yang berada di poket seluarnya(maklumlah pengawas).Lalu menulis sesuatu.
*MAKAN..JANGAN TAK MAKAN AND JANGAN RISAU SAYA TAK JAMPI PON MAKANAN TU;).
Selesai menulis dia mengoyakkan kertas tersebut dan tampal di atas bungkusan roti tersebut.Disebabkan Ego yang tinggi dalam dirinya,dia memilih untuk bagi ke Aisy secara senyap,dia taknak Aisy salah paham sebab bagi dia makanan.
Dia berjalan dengan penuh berhati hati dan meletakkan makanan yang di beli tadi di hadapan Aisy yang masih dengan mata terpejam.-Korang boleh tengok balik kat Bab 5 kalau korang lupa-
-END OF ARYAN FLASHBACK-
***********
"Siapa pulak yang bagi,aku rasa tu bukan makanan yang aku bagi..tapi siapa yang bagi???"Bisik Aryan seorang diri dengan wajah yang berkerut.Roti di tangannya digenggam kuat tanda dia sedang menahan marah.Entah kenapa dia rasa sakit hati,bila melihat makanan yang berada di atas meja Aisy.Dia tahu itu bukan Aisy beli sebab duit Aisy dia dah ambik masa nak gi sekolah,mesti ada orang yang bagi."TAKGUNA!!".Marah Aryan dengan suara yang meninggi sambil tangannya menghentak kuat pada meja belajarnya,kerena tidak dapat menahan kemarahan dalam dirinya.
Aisy yang sedang tertidur terus tersedar dengan hentakkan kuat di sebelahnya.
Aku memegang dadaku akibat terkejut.Ini kalau hari hari camni mahu betul betul K.O ni.Aku terus melihat ke arah Aryan dengan wajah terkejut,aku tahu bunyi tu datang dari dia.
Aku menelan air liur kerana gerun dengan pandangan tajam Aryan ke arah aku."Aduh..apa pulak kali ni..aku rasa aku betul betul mengigau ni,sehingga tertampar atau tertumbuk dia,sebab tu dia pandang aku tak puas hati.."Bisikku seorang diri sambil menggaru kepala yang tak gatal.
Aryan masih memandang aku dengan wajah bengang.Aku melihat sekeliling semua pelajar belum masuk lagi,hanya dia dan Aryan yang berada di dalam kelas,aku terus menelan kesat air liurku.Asal lambat sangat ni dorang masuk kelas.Aku mula tak senang duduk bila melihat Aryan memandang tajam ke arahku."Ar..Aryan a..aku nak mintak maaf sebab aku tahu ak tak sepatutnya pukul kau atau pon kata sesuatu yang menyakitkan kau,tapi percayalah aku mengigau aku tak sedar apa yang aku buat."Kata aku tergagap gagap,air peluh mula menitis.
"Apa kau merepekni.."Tanya Aryan yang tadinya bengang terus memandang pelik ke arah Aisy.
"Eh!..jadi bukan pasal aku ngigau lah..fuhh..lega..ingatkan aku ada buat apa apa masa aku tidur sampai buat kau marah.."Kataku lega sambil mengurut dadaku."Eh!..tapi kalau bukan pasal ngigau asal kau pandang aku tak puas hati.."Tanyaku sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Tu..siapa bagi.."Tanya Aryan dengan dingin sambil menggerakkan kepalanya ke arah kotak kek di atas meja Aisy.
"Ha?..apa?.bagi apa?."Tanya aku kebingungan.Dah kenapa mamat ni.
Aryan mengeluh lalu meletakkan roti yang digenggam tadi di atas meja lalu kedua dua belah tangannya memegang kepala Aisy yang ketika itu sedang memandangnya tanpa perasan ada kek dan air kotak di atas mejanya dan menggerakkan kepala Aisy ke depan untuk melihat kotak kek yang berada di atas meja Aisy.
Terbutang mata aku bila melihat sebuah kotak kek berserta sekotak air coklat yang berada di atas meja.
Aku terus memandang ke arah Aryan."Kau yang bagi ke??."Tanyaku dengan wajah penuh tanda tanya.Baik jugak mamat ni kalau dia yang belikan.
Tiba tiba dahiku dijentik kuat oleh Aryan.
"ADUH!.."Ngaduku kesakittan sambil mengusap dahiku yang merah akibat dijentik oleh Aryan.
"Kalau aku yang bagi takda maknanya aku nak tanya kau!..siapa yang bagi!!"Marah Aryan.Mana taknya kita tanya dia,dia tanya kita balik.
"Aduh..sorry lah..kau pon takyah lah jentik dahi aku..sakit tahu.."Kataku perlahan sambil menjeling ke arah Aryan lalu memandang semula ke arah kotak kek yang berada di hadapanku.
"Hmm..siapa yang bagi erk??"Kataku sendiri sambil memerhati setiap sudut kotak kek tersebut.
"Kau tak tahu ke?.."Tanya Aryan.
Aku terus memandang Aryan."Kalau aku tahu..aku tak tanya siapa bagi.."Perliku.
Aryan yang mendengar aku seakan akan memerlinya terus bangun untuk menjentik dahiku.Aku yang melihat lantas menutup dahiku menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri menahan tangannya yang sudah bergerak untuk menjentik dahiku.
"Sorry..sorry..gurau je.."Kataku dengan menggelabar sambil tersengih.
"Tahu takut.."Kata Aryan lalu duduk semula ke tempatnya.
"Lagipon daritadi aku tidur,mana tahu siapa bagi,itu pon nasib kau bagitau baru aku perasan ada kek atas meja..Tapi yang aku pelik camna dia tahu aku minat kek red velvet"Terangku.Lagipon aku tak gemar sangat makan kek,tapi kalau kek red velvet memang aku sapu habis.
"Kalau camtu buang je kek tu.."Kata Aryan dengan tenang.
"EH!..Asal pulak nak buang!.."Kataku dengan riak terkejut sambil memeluk kotak kek tersebut.Sayang kot nak buang.Kalau perisa lain takpe lah,ni red velvet kot memang taklah nak buang.
"Aku cakap buang buang lah..mana tahu dia letak racun ke.."Kata Aryan dengan riak wajahnya berubah dingin.
"Taknak!..werrrkkk!.."Kataku sambil menjelir lidah ke arahnya.
"KAU-"Belum sempat Aryan menghabiskan kata kata keramatnya,tiba tiba pelajar lain sudah masuk ke kelas.Kelas yang tadinya sunyi terus riuh rendah bila dorang masuk macam ada berita tergempar,lebih lebih lagi pelajar perempuan masuk dengan wajah yang bergitu gembira dan ada yang tergedik gedik sambil mulut dorang tak berhenti bergosip.Tiba tiba telingaku menangkap setiap ayat yang keluar dari mulut pelajar perempuan.
"Hensem gila dohh budak baru tadi!.."
"Tu lah pasal..dah lah body boleh tahan sado dengan muka dia yang membuatkan hati aku cair!.."
"Aku rasa dia anak mat salleh lah,sebab aku tengok anak mata dia warna biru..hensem siot!.."
"Tapi bagi aku Aryan tetap no satu dia no 2 paling hensem!.."
"Tak dapat Aryan,dapat dia pon jadi lah..hensem teruk!..dengan gaya cool dia..lebih lebih lagi bila dia senyum nampak gigi taring dia yang panjang cam Vampire!.."
"Tapi sayang..aku ingat dia form 5 tapi form 4 muda setahun dari kita.."
"Tulah pasal..mulanya aku tak percaya sebab dia tinggi kot nampak lebih matang..Walau cam mana pon aku minat dia!!.."
"Aku dengar dia pindahan dari England macam si Aisy jugak.."
"Yeke..patut lah muka macam ada mix je..tapi apa nama budak baru tu?.."
"Masa aku lalu perjabat tadi aku dengar nama dia TENGKU ARJUNA.."
"Uish..anak tengku rupanya!..mesti kaya!"
*****
"TENGKU ARJUNA???Asal nama dia sama dengan-...Argh!..tak mungkin salah orang kot..bukannya nama TENGKU ARJUNA tu ada satu je kat dunia ni.."Jerit hatiku lalu mataku tertumpu pada kek red velvet di atas mejaku. "SIAPA yang bagi kek ni?..macam mana DIA tahu aku suka kek red velvet?..atau itu cuma kebertulan.."Bisikku dalam hati,tiba tiba aku teringat kenangan masa kecilku sebelum peristiwa buruk menimpa hidupku.
-FLASHBACK AISY-
(11 TAHUN LALU)
Aisy yang sedang mewarna di kebun bunga milik keluarganya,tiba tiba dia terdengar suara kanak kanak lelaki menjerit namanya dari berlakang.
Aisy yang ketika itu berusia 7 tahun terus menoleh ke berlakang dan terlihat adik laki lakinya yang berusia 6tahun berlari ke arahnya dengan tangan keberlakang seakan akan sedang menyembunyikan sesuatu.
"ARJUNA don't run!..nanti kamu jatuh.."Jerit Aisy risau bila melihat adiknya berlari laju ke arahnya.
Arjuna menghentikan lariannya bila sampai di hadapan kakaknya itu,dia berdiri dengan wajah gembira sambil kedua dua belah tangannya berada di belakang seakan akan sedang menyembunyikan sesuatu.
"Arjuna..Why?..what happened?"Tanya Aisy.
"Kak Aisy..Arjuna ada hadiah untuk kak Aisy.."Kata Arjuna gembira.Mana tak gembira,harini adalah hari ulangtahun Kakak kesayangan dia iaitu Aisy.
"Hadiah apa yang Arjuna nak bagi kat kakak.."Tanya Aisy sambil tersenyum melihat wajah imut adiknya yang gembira macam harini hari jadi dia pulak.
"Nah.."Arjuna menghulurkan kotak sederhana besar ke arahnya.
"Apani??.."Tanya Aisy lalu mengambil kotak yang dihulur oleh adiknya.
"Bukaklah.."Arah Arjuna sambil tersenyum gembira menampakkan barisan giginya yang cantik.
Aisy membukak kotak yang hadiah tersebut..
"WOW!..KEK RED VELVET!.."Teruja Aisy bila melihat kek kegemarannya.
"Ada lagi satu..nah.."Kata Arjuna sambil menghulurkan gelang tangan ke arah Aisy.
Terbutang mata Aisy bila melihat gelang yang di beri oleh Arjuna.
"Cantiknya.."Kata Aisy gembira lalu dia menilik gelang tersebut mempunyai huruf TA&TA yang di ukir pada gelang tersebut.
"Apa maksud TA&TA ni Arjuna??.."Tanya Aisy kebingungan.
"Maksud dari TA&TA tu ialah..TA(TENGKU AIYS)(&)DAN TA(TENGKU ARJUNA) jadi lah TA&TA.."Terang Arjuna.
"Wow..pandai adik pilih.."Puji Aisy sambil mengosok rambut adiknya.
"Tapi Arjuna beli dua..tadaaa!...satu untuk kakak satu untuk Arjuna.."Kata Arjuna sambil menunjuk gelang yang sama berada di pergelangannya.
"Wow..sejak bila adik kakak ni jadi sweet.."Kaya Aisy sambil mencubit kedua dua belah pipi Arjuna..
"Ish apa kak Aisy ni..tak hensem nanti.."Rungut Arjuna sambil mengusap kedua belah pipinya.Sakit tahu.
"Hehe..tapi mana adik dapat duit beli kek and gelang ni..tengok macam mahal.."Tanya Aisy sambil sibuk menyarungkan gelang di pergelangan tangan kirinya.
"Seminggu sebelum hari jadi kak Aisy..Arjuna tolong ibu kemas rumah,cuci pinggan,lipat baju dan macam macam lah Arjuna buat,tapi kena ada upah sebab Arjuna nak beli hadiah untuk kak Aisy.."Terang Arjuna..
Aisy yang mendengar terasa terharu akan kesungguhan adiknya mencari duit untuk beli hadiah untuknya.
"Terima kasih adik..kak Aisy janji kak Aisy akan jaga gelang ni sampai bila bila.."Kata Aisy lalu memeluk tubuh adiknya.
"Arjuna sayang Kak Aisy.."Kata Arjuna sambil memeluk Aisy.
"Kak Aisy pon sayangggg Arjuna.."
-END OF FLASHBACK AISY-
"I miss u TENGKU ARJUNA.."Kata Aisy perlahan sambil melihat gelang di pergelangan tangannya,masuk ni sudah 11tahun dia memakai gelang tersebut..
BERSAMBUNG...