-BAB 12-Eva yang melihat Aryan mengusap kepala Aisy seperti pasangan kekasih mula merasa tidak puas hati dan bengang. "Siap kau Aisy!.."Jerit hati Eva dengan wajah bengang.-BAB 12-
********
Setelah tamat mata pelajaran pertama semua pelajar melangkahkan kaki keluar dari kelas kerana sudah waktu untuk semua pelajar pergi rehat.Di dalam kelas 5Arfa sunyi sepi hanya tinggal Aryan dan Aisy yang masih tidur di dalam kelas.
"Aisy..Aku nak pergi kantin,nak belikan makanan untuk kau,Jangan pergi mana mana,duduk je dalam kelas,japgi aku sampai bawak makanan kau,lepastu makan ubat..Faham.."Kata Aryan perlahan sambil mengusap lembut kepala Aisy.
"Hmm.."Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Aisy yang masih dengan mata terpejam.Ngantuk sangat lah tu.
Aryan bangun lalu berjalan keluar untuk ke kantin.
******
Selesai sahaja membeli dua donat dan sekotak air susu coklat di kantin Aryan terus berjalan menuju ke kelas.
Sesampai di kelas.Aryan lihat Aisy masih lagi tidur,lalu dia berjalan dan duduk di tempatnya bersebelahan dengan Aisy.
"Aisy..bangun makan ni,aku dah belikan makanan..bangun.."Kejut Aryan dengan berhati hati agar gadis itu tidak terkejut,tangannya pula menggoyang perlahan lengan gadis yang masih tidak sedarkan diri.
"Erm..nantilah..aku ngantuk lah.."Rengek Aisy dengan suara yang lemah sambil matanya masih terpejam.Ngantuk sangat ni!!.
"Aisy Diandra..bangun..dah nak masuk tengah harini,kau tak makan ubat lagi..nanti pengsan.."Kejut Aryan lagi tapi nada suaranya sedikit meninggi.Susah betul nak kejut budakni bangun!.
Tapi Aisy hanya diam masih tidak mahu bangun.
Aryan yang mula hilang sabar terus mencari idea agar gadis ini bangun.
"Pilih salah satu..kau bangun makan sekarang atau pon kau nak kena kiss.."Kata Aryan dengan dingin,penat dah nak kejut budak ni bangun.Degil!!.
"Ermm..siapa kiss.."Tanya Aisy lemah dengan mata masih terpejam.
"AKU "Kata Aryan.
Mendengar sahaja perkataan 'AKU' dari mulut Aryan,mata Aisy terus menjadi segar dengan pantas dia mengangkatkan kepala memandang ke arah Aryan.
"Nak makan ke nak kiss.." Tanya Aryan sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Ish!..nak makan!"Kata Aisy dengan nada tak puas hati.
"Kalau nak dua dua pon boleh.."Kata Aryan bersahaja lalu mengukirkan senyuman nakal.
"Ish!..taknak!..nak makan je!.."Kata Aisy sambil menjeling tajam ke arah Aryan.
"Betul?..taknak dua dua?"Kata Aryan lagi cuba untuk mengusik gadis disebelahnya yang sudah merah kedua dua belah pipi.
"Kau ni!..Aku tidur balik lah!.."Kata Aisy protes.
"Jangan mengade nak tidur balik,aku gurau jelah..Dah pergi tandas cuci muka dulu.."Arah Aryan.
"Alah...nak kena cuci muka ke..malas lah.."Rengek Aisy,malas untuk pergi ke tandas.Dah lah kena turun tangga!.
"Kau nak pergi cuci muka kat tandas atau pon kau nak aku cuci muka kau dengan air susu coklat ni.."Kata Aryan dingin sambil menunjukkan kotak air susu coklat pada Aisy.
"Hmm..boleh lah boleh lah.."Kata Aisy sambil tersenyum nakal.
"Apa yang boleh?"Tanya Aryan bingung dengan dahi berkerut.
"Tu..cuci muka aku dengan air susu coklat..mana tahu elok untuk kulit aku.."Kata Aisy sambil menunjuk air kotak susu coklat di tangan Aryan, sahaja dia ingin mengusik Aryan.
"AISY DIANDRA!.."Dengan suara marah yang ditekankan sambil memandang tajam ke arah Aisy yang sedang tersengih.NAKAL BETUL!!
"Hehe..ok ok..aku pergi cuci muka kat tandas.."Kata Aisy sambil tersengih seperti kerang busuk bila melihat wajah Aryan bertukar merah menandakan lelaki itu sedang menahan marah.
Aisy bangun lalu melangkahkan kaki keluar dari kelas,sampai di luar kelas Aisy memberhentikan langkahnya lalu menjenguk kepala ke dalam kelas semula sambil memandang ke arah Aryan yang sedang duduk.Tiba tiba muncul idea nakal di dalam otaknya.
Aryan memandang Aisy yang sedang menjenguk kepala ke dalam kelas sambil memandang ke arahnya dengan senyuman nakal.Tak pergi lagi budak ni!.
"Apa kata kau cuba cuci muka kau dulu dengan air susu coklat tu,kalau ok..nanti aku cuba cuci muka aku pulak.."Kata Aisy dengan wajah yang sedang menahan gelak.
"AISY DIANDRA!!..KAU PERGI CUCI MUKA SEKARANG!!.."Marah Aryan,bengang dengan sikap nakal gadis itu yang cuba menguji kesabarannya.
Aisy terus berlari meninggalkan kelas bila melihat Aryan sudah bangun dari duduknya dengan wajah bengang.Baik aku cabut dulu sebelum kena Ngap!.
********
Sesampai di dalam tandas Aku cuba menarik nafas dalam dalam sebelum dihembuskan selepas itu meletus tawaku yang dari tadi aku tahan bila terbayang wajah bengang Aryan.Hahaha..tulah asik kenakan aku je kan..
Setelah puas aku ketawa aku berjalan ke arah singki untuk mencuci muka.Selesai sahaja aku menyuci muka,aku mengeluarkan sapu tangan yang berada di dalam poket baju lalu mengelap wajahku yang basah.Selepas mengeringkan wajahku,aku memasukkan semula sapu tangan ke dalam poket,lalu memusingkan badan untuk keluar dari tandas.Baru sahaja aku memusingkan badanku tiba tiba....
PANG!
Satu tamparan kuat pada pipi kananku yang menyebabkan aku jatuh terduduk di atas lantai.
"Aduh!.."Aku mengusap pipi kanan aku yang sakit akibat ditampar.Boleh tahan kuat sampai aku jatuh terduduk.
"Hei betina!!!"Tengking orang itu.
Aku mendongakkan kepala untuk melihat manusia yang telah menampar dan menengking aku tadi.
"Eva!?"Terkejut aku melihat manusia yang menampar aku ialah Eva.
Eva berdiri dihadapanku dengan wajah bengang sambil ditemanni beberapa pelajar perempuan lain yang jugak memandang aku dengan wajah tak puas hati.
"Asal kau tampar aku.."Tanyaku dengan wajah blurr.Mana tak blurr,takda ribut takda angin tiba tiba tampar aku gila kau!!.
"Kau dengar sini erk perempuan!!..Aku bagi kau Amaran!!..lagi sekali aku nampak kau bermesra dengan Aryan,aku tak teragak agak buat lebih teruk darini!!.."Tengking Eva sambil menggenggam kolar bajuku.
"Ha!?..Aku dengan Aryan takda pape lah.."Jujurku dengan wajah sedikit terkejut.Bila masa pulak aku bermesra dengan Aryan..
"Kau tak payah tipu aku lah perempuan!!..Aku dah nampak semuanya!!..Lagi sekali aku nampak kau rapat dengan Aryan siap kau aku kerja kan!!.."Tengking Eva lalu melepaskan gengganggaman pada kolar baju ku lalu bergerak keluar dari tandas diikutti dengan pelajar perempuan yang lain.
"Aduh..kalau ye pon tak payah lah sampai tampar pipi aku,cakap elok elok tak boleh ke..mesti cita cita nak jadi Kak Long macam dalam cerita bini biniku gangster.."Keluhku seorang diri sambil mengusap pipi aku yang sudah kebas.Aku berdiri lalu memandang ke arah cermin.
"SH*T!! Merahnya pipi aku!!."
***********
Sesampai di kelas aku melihat Aryan sedang duduk dengan wajah yang dingin.
"Asal lama sangat..tidur ke apa dalam tandas.."Perli Aryan dengan wajah dingin,masih tidak nampak kesan merah di pipi Aisy.
Aku hanya tersengih lalu menarik kerusi dan duduk.
Aryan memandang wajah Aisy yang hanya diam dari tadi,baru dia perasan kesan merah pada pipi kanan Aisy yang seperti ditampar seseorang.
Aku menelan kesat air liur bila melihat Aryan memandang tajam ke arah pipi kananku dengan dahi berkerut.Aduh!..Eva pon satu tampar belah kanan kenapa!..tamparlah belah kiri,dah lah Aryan duduk sebelah kanan aku dah sah sah dia perasan.
"Err..ma..mana makanan yang kau beli aku nak ma..makan,waktu rehat pon dah nak ha..habis.."Kata ku tergagap gagap.Masani lah kau nak gagap!.
Aryan hanya diam,lalu dia memegang dagu Aisy dan menolak wajah gadis itu agar memandang ke arahnya.
Aku hanya diam,dalam hati sudah berdegup kencang seperti baru lepas marathon.Mata Aryan menikam tepat ke arah anak mataku.
"Glup!..habislah aku.."Bisikku dalam hati sambil menelan air.
"Jujur dengan aku..siapa tampar kau.."Tanya Aryan dengan dingin sambil matanya tidak berkelip memandang tepat ke anak mata Aisy yang berwarna biru pekat itu.Aku tahu mesti ada orang yang cuba buat tak baik dengan kau Aisy..
"A..Apa kau merepekni..ha-ha..ma..mana ada siapa siapa tampar,A..aku jatuh tadi.." Tipu aku sambil pura pura gelak untuk hilangkan rasa takut.
"JANGAN TIPU AKU AISY!!..Jujur! siapa tampar kau!!.."Tengking Aryan dengan wajah bengang.Aku takkan lepaskan orang yang cuba sakitti Aisy.
Bahuku sedikit terhinjut bila mendengar tengkingngan Aryan. "Ev..Eva.."Jujurku lalu menundukkan kepala ke bawah,tidak sanggup untuk memandang wajah garang Aryan.
Mendengar sahaja nama Eva,Aryan terus berdiri dan keluar dari kelas.Siap kau Eva!
Aku hanya diam dengan kepala yang masih ditundukkan kebawah,jantung aku masih berdegup dengan kencang,macam nak terkeluar rasa jantung ni..Tiba tiba ada satu suara menegur aku..
"Kak Aisy.."
Aku mengangkatkan muka aku tapi hanya menampakkan baju sahaja,lalu aku mendongakkan sedikit kepala ke atas untuk melihat wajahnya.
"Arjuna.."Rupa rupanya lelaki yang menegurku ialah Arjuna yang sedang berdiri di hadapanku dengan senyuman manis,tapi senyuman itu hilang bila dia melihat wajahku.Sekelip mata wajah gembira itu bertukar menjadi dingin,dengan pantas tangan kasar itu memegang pipi kananku yang masih merah akibat ditampar oleh Eva tadi.
Dia mencangkung di hadapan ku untuk menyamakan ketinggiannya dengan aku yang sedang duduk dikerusi,dengan tangan kanannya yang masih memegang pipi kananku.Dengan perlahan dia mengusap pipiku yang terasa agak kebas.
"Tell me who hurt you?"Tanya Arjuna dengan wajah dingin dalam masa yang sama menampakkan wajah risau sambil tangannya tak berhenti mengusap lembut pipi Aisy yang merah itu.Dia pasti mesti ada orang yang telah menampar pipi gebu gadis dihadapannya.
Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum tawar lalu menundukkan kepalaku ke bawah memandang lantai,tidak berani menatap wajah dingin Arjuna.Terdengar satu keluhan berat keluar dari mulut lelaki dihadapannya.
"Look at me..Jujur dengan Arjuna,siapa yang tampar Kak Aisy.."Tanya Arjuna lemah lembut dengan wajah risau sambil memegang kedua dua belah pipi Aisy lalu mengangkat wajah gadis itu agar memandang ke arahnya.
Aku yang sedikit gugup kerana tidak pandai menipu hanya mengalah lalu berterus terang pada Arjuna. "Eva.."Kataku perlahan.
Riak wajah Arjuna yang tadinya risau terus berubah dingin,lantas dia berdiri niat untuk keluar dari kelas mencari gadis bernama Eva yang telah menyakitti gadisnya,tapi dengan pantas Aisy menahannya dengan memegang lengan kanan Arjuna.Arjuna menoleh ke kanan melihat wajah gadis itu seperti sedang merayu agar tidak pergi.
Aku cepat cepat menahan tangan Arjuna bila melihat lelaki itu bangun dan ingin berjalan keluar dari kelas.Dia memandang wajahku terus aku membuat wajah seakan akan merayu agar dia tidak pergi mencari Eva,cukuplah si singa lagi satu dah keluar cari Eva,jangan singa lain pulak datang cari dia.Mati anak orang nanti!.
"Plss..jangan cari dia.."Rayuku sambil mengelipkan mata ku berulang kali.
"But why?..betina tu dah sakitti Kak Aisy..takkan Arjuna nak biarkan je.."Kata Arjuna dingin.
"Takpe..lagi pon Aryan dah pergi cari dia..Arjuna takyah pergi.."Kataku perlahan sambil menggoyangkan lengan kanan Arjuna,merayu agar dia tidak pergi.Lagi pon Aku taknak masalah ni di perbesarkan.
Arjuna memandang Aisy dengan dahi berkerut. "Siapa Aryan?" Tanya Arjuna pelik tiba tiba sahaja kakaknya menyebut nama seorang lelaki yang dia tak kenal.
"Aryan kawan Kak Aisy..dia duduk sebelah dengan Kak Aisy dalam kelas,lagi satu dia sebenarnya ketua pengawas dan anak pengetua kat sekolah ni..jadi biar jelah dia yang uruskan dah memang tanggungjawab dia sebagai ketua pengawas.."Terangku agar Arjuna tidak risau tentang diriku.
Arjuna melepaskan nafas lega,lega bila dia dengar ada lelaki yang ambil berat tentang Kakaknya,takda lah dia terlalu risau akan keselamatan Aisy.
Arjuna menarik kerusi kosong milik Aryan dan duduk menghadap Aisy.
Arjuna tersenyum tawar dengan perlahan tanganya mengusap lembut pipi Aisy yang masih merah. "Sakit lagi?"Tanya Arjuna tenang tapi dalam hati masih risau melihat pipi gadis dihadapannya agak merah.Mesti sakit!.
Aku hanya menggelengkan kepala lalu mengukirkan senyuman agar lelaki didepannya tidak risau.
-ARYAN POV-
Aku berjalan menurunni tangga dan berjalan laju menuju ke kantin bila terlihat kelibat Eva dan rakan rakannya sedang makan di kantin sambil bergelak ketawa.Kau dah tampar Aisy pastuh kau boleh bersuka ria ye..siap kau!!
Aryan berjalan dengan wajah dingin menghampiri meja yang di dudukki Eva dan rakan rakannya.Eva yang perasan kehadiran Aryan yang sedang menghampirinya lantas mengukirkan senyuman bila melihat jejeka pujaan hatinya datang menghampirinya.
"Hey biy!..kenapa cari I.."Kata Eva dengan gaya gedik lalu berdiri dari duduk dan tersenyum gembira.
Aku hanya tersenyum sinis lalu berjalan menghampirinya,sesampai sahaja di didepan Eva tanpa berfikir panjang aku terus menaikkan tangan aku keatas dan...
PANG!!!
Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Eva sehingga gadis itu jatuh terduduk.Semua pelajar yang berada di kantin semua memandang dengan wajah terkejut dan ada yang tersenyum sinis melihat Eva kena tampar.
BERSAMBUNG.....