Chereads / Dia Milik ku / Chapter 16 - BAB 15

Chapter 16 - BAB 15

BAB 14-"Jadi?..kau nak aku buat apa?..menangis,meraung macam drama melayu tv3..kalau kau taknak khawin dengan aku,cari jelah perempuan lain gantikan aku..takkan takda GF kot,rupa boleh tahan..Ke..kau..GAY?"Perli Aku dengan wajah yang tenang lalu melemparkan senyumman sinis ke arah Aryan...-BAB 14-

PANG!

Satu tamparan kuat oleh Aryan hinggap ke pipi kiriku sehingga aku hampir terjatuh, mujur aku sempat mengimbangkan badanku.Sh*t!! kena lagi!..nasib belah kiri!!..kalau belah kanan lagi mahu bengkak!..

"JAGA MULUT KAU AISY!!!..KAU TAKDA HAK NAK KURANG AJAR DENGAN AKU!!..KAU FIKIR KAU SIAPA!!!"Tengking Aryan.Dadanya naik turun naik turun,hatinya bagai sudah terbakar mendengar kata kata yang keluar dari mulut Aisy sehingga dia tidak dapat mengawal dirinya sehingga dia menaik tangan dan menampar pipi Aisy.

Aku hanya tersenyum sinis sambil menahan sakit pada pipi kiriku yang ditampar oleh Aryan.Pelik?..Kalau perempuan lain pasti sudah menangis,tapi aku bukan perempuan lemah yang murah akan air mata bila disakitti,kerana bagi aku,dipukul dan dihina sudah menjadi makanan harianku dari kecil lagi.Air mata pon sudah tidak larat untuk mengalir lagi.Melawan,merayu dan menangis itu bukan diriku.Sehingga orang gelarkan aku gadis hati kering,disebabkan itu orang senang senang memijak kepalaku,tapi apa yang aku mampu buat hanyalah bersabar.Sedangkan keluarga kandungku sendiri pon menghina dan memukul aku pon,aku boleh sabar inikan pulak orang yang tiada ikatan apa apa dengan aku lagi lah aku boleh bersabar.Tapi itu hanya didepan mereka,tapi disebaliknya aku menangis seorang diri tanpa ada yang mengetahui.Iya..itu memang sikap ku dari kecik,tidak suka menunjukkan diri aku ini lemah.Kerana bagi aku mungkin itu hukuman untukku kerana dilahirkan sebagai Gadis Sial atau Gadis Malang..

"Betul apa kau cakap..Aku tak layak nak kurang ajar dengan kau..Tapi kau layak nak kurang ajar dengan aku..hina aku,caci maki aku dan pukul aku..Aku sedar aku dilahirkan di dunia ini memang untuk dipukul,dicaci maki dan dihina sesuka hati.Dan aku tak layak untuk mendapat kebahagiaan..Tak sangka,kau dengan ayah aku takda beza..dua dua sama..sama sama suka menyakitti aku macam aku tiada perasaan.Takpe,aku tak kesah..Teruskan seksa aku kalau itu mampu memberi kepuasan dan kebahagiaan dalam hidup kau.."Kataku tenang sambil mengukirkan senyuman kepura puraan sebelum melangkahkan kaki pergi meninggalkan Aryan dan kelas untuk mencari ketenangan.Dorang boleh menyakitti aku,tapi aku tidak boleh menyakitti mereka..

-ARYAN POV-

Aku seakan akan terkedu mendengar setiap kata kata yang keluar dari mulut Aisy.Entah kenapa tubuh dan mulutku seakan akan terkunci dan hanya anak mataku sahaja yang bergerak,memerhati gerak geri Aisy yang berjalan pergi sehingga susuk tubuh itu hilang dari pandangan mataku.

Aku tersedar bila melihat tubuh gadis itu hilang dari pandangan,entah kemana gadis itu pergi. "ARGH!!..Apa kau buat ni Aryan!!" Jeritku sambil meraup kasar wajahku,menyesal akan perbuatan yang telah aku lakukan terhadapnya.Kali kedua Aryan!..kali kedua kau sakitti dia!!..

-END OF ARYAN POV-

KRING!!!

Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat untuk semua pelajar sudah tamat.

Aku berjalan ke satu tempat iaitu di berlakang block lama dimana Aryan pernah membawakku kesini(KALAU LUPA BOLEH TENGOK BALIK BAB 7).Aku datang sini pon sebab sini je yang sunyi kerana block ni sudah ditinggal lama,jadi tiada pelajar atau guru yang lalu block ni.Aku duduk sambil menyandarkan badanku di dinding sambil meluruskan kaki dan memasukkan kedua dua belah tangan ke dalam poket baju sebelum memejamkan mataku,tiba tiba aku terimbas kembali peristiwa buruk 10tahun lepas..

-FLASHBACK AISY 10TAHUN LEPAS-

"KAU MEMANG ANAK SIAL!!!!"Jerit lelaki itu..

PANG!

DUSH!

GEDEBUK!!

Lelaki itu menumbuk dan menampar berkali kali tanpa henti tubuh gadis kecil yang berusia 8tahun itu dihadapannya tanpa belas kasihan.Manakala gadis kecil itu hanya diam tidak menangis atau pon mengadu kesakittan walaupun darah sudah mengalir dari luka yang berada di tubuh,hidung dan ditepi mulut gadis kecil itu.

"Ayah!..berhenti ayah!..jangan pukul Kak Aisy ayah!.."Rayu budak lelaki yang berusia 7tahun itu sambil memegang kaki lelaki yang sedang mengamuk itu agar berhenti memukul kakaknya.

"JANGAN SENTUH AKU LAH ANAK TAK GUNA!!"Marah lelaki itu lalu menyepak tubuh budak lelaki itu sehingga terpelanting ke berlakang.

"Arjuna!!"Jerit Aisy sambil menahan sakit bila melihat ayahnya menendang adik lelakinya.

Lelaki itu memberhentikan tindakkannya yang sedang memukul gadis kecil itu yang bernama Aisy.Lalu dia berjalan masuk ketandas dan taklama itu keluar sambil membawak getah paip dan berjalan ke arah budak lelaki yang terduduk sambil menahan sakit di perut akibat ditendang oleh lelaki itu tadi.

Aisy yang melihat ayahnya berjalan ke arah Arjuna sambil memegang getah paip dengan reaksi wajah yang bengang,lantas Aisy bangun dan berlari ke arah Arjuna tanpa menghiraukan kesakittan pada tubuhnya akibat dipukul oleh ayah kandungnya sendiri.Melihat sahaja ayahnya mengangkat getah paip untuk melibas tubuh Arjuna,lantas Aisy memeluk tubuh kecil Arjuna agar libasan getah paip itu tidak terkena pada Arjuna,malah libasan itu kena pada tubuh berlakang Aisy.

"Argh!.."Terjerit kecil Aisy bila merasakan kulit badannya seperti terkoyak bila getah paip itu menyentuh kulit pada badan berlakangnya.Lelaki itu tidak menghiraukan malah dia melibas berkali kali tubuh Aisy yang sedang memeluk Arjuna tanpa belas kasihan.Aisy tidak berganjak malah memperketatkan lagi perlukkannya agar tubuh Arjuna tetap selamat di dalam dakapannya,yang dia tahu tubuh adik kesayangannya tidak turut terluka,biarlah hanya dia yang menanggung penderitaan itu,kerana kematian adik ketiga dan ibunya berpunca dari dirinya sendiri dan menganggap sahaja itu hukuman untuknya tapi bukan untuk adik lelakinya iaitu Arjuna.

-END OF FLASHBACK-

-Readers POV-

Melangkah sahaja Cikgu Nurin iaitu cikgu Sejarah ke dalam kelas 5Alfa,semua pelajar bangun untuk mengucap selamat tengah hari kepada Cikgu Nurin.Setelah mengucap selamat tengah hari,Cikgu Nurin membenarkan semua pelajar untuk duduk.

"Ok semua pelajar boleh bukak bu-"Kata kata Cikgu Nurin terhenti bila melihat meja sebelah Aryan iaitu meja Aisy kosong.Setahunya kehadiran hari ini kosong tetapi kelibat Aisy di mejanya tiada.Cikgu Nurin terus memandang ke arah Aryan. "Aryan..mana Aisy..setahu saya kehadiran 5Alfa penuh harini.."Tanya Cikgu Nurin.Pelik?mana budak Aisy ni pergi.

Semua pelajar memandang ke arah Aryan,manakala Eva hanya diam sambil menundukkan kepala kebawah tidak berani memandang Aryan lepas apa yang terjadi dikantin tadi.

"Err..A..Aisy..dia dekat bilik kesihatan..sebab dia tak sihat katanya.."Tipu Aryan.Dia sendiri tak tahu mana gadis itu pergi sehingga sekarang tidak masuk kelas.Mana kau ni Aisy..

"Owh takpe lah..lagi pon budak Aisy tu bijak..dia masuk ke tak masuk tetap boleh jawab semua soalan dengan betul.."Kata Cikgu Nurin,sempat jugak dia memuji gadis itu.Dia suka akan gadis itu kerana otaknya yang genius setakat hafal satu buku teks sejarah tak sampai satu hari pon gadis itu boleh hafal.Lagi pon dia sudah kenal siapa gadis itu sebenarnya,IQnya bukan calang calang hanya cikgu cikgu disini sahaja tahu siapa Aisy sebenarnya.

Aryan menghela nafas lega kerana Cikgunya percaya akan kata katanya.Tapi hatinya mula merasa risau kerana gadis itu dari tadi tidak masuk dalam kelas,entah kemana gadis itu menghilangkan diri,lagi merisaukan kerana kesihatan Aisy tidak berapa baik..

-END OF Readers POV-

Sedang aku menenangkan diriku dengan mata terpejam tiba tiba kakiku disepak perlahan oleh seseorang.Aku membukak mataku dan terlihat seorang lelaki yang aku tidak kenal berdiri dihadapanku,dan lagi membuatkan aku pelik lelaki itu hanya berpakaian biasa.Hanya memakai baju tshirt lengan pendek berwarna putih dan seluar jeans berwarna hitam dan mempunyai kesan koyak di bahagian lutut menandakan dia orang luar bukan seorang pelajar disekolah ni walaupun dia terlihat sebaya denganku.Aku memandang dan menilik wajah lelaki itu.Riak wajahnya yang agak bengis plus dingin macam Aryan jugak,dan rambutnya sedikit panjang dan sedikit perang diselakkan keberlakang menayangkan dahinya yang licin itu dan jugak memilikki anak mata berwarna kelabu nampak seperti seorang ganster tapi Hensem!!!.Antara dia dan Aryan bagi aku sama sama hensem cuma dari gaya lelaki ini menampakkan dia seorang badboy! manakala Aryan macam seorang Boss Mafia hahaha!!..

"Dah puas usha muka aku?"Tanya lelaki itu dengan wajah bengisnya dan berdiri dengan gaya badboy,kedua dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

Aku hanya beriak tenang,kaki yang diluruskan aku silang dalam keadan masih duduk dan bersandar di dinding,kedua dua tanganku dibiarkan di dalam poket baju lalu mendongakkan sedikit kepalaku memandang dingin ke arah lelaki yang berdiri dihadapanku. "Yup..dah puas..Jadi kau dah boleh berambus kot..tak payah nak tayang muka kau kat aku sebab aku tak berminat.."Kataku dengan malas lalu menaikkan sebelah keningku dengan gaya cool.

Lelaki itu sedikit tersentak lalu tersenyum sinis. "Menarik..Kau perempuan pertama yang bercakap kasar dengan aku.."Kata lelaki itu dengan senyuman sinis,kedua dua tangan didalam poket dikeluarkan lalu menyilang tangannya kedada.

Aku hanya beriak tenang tidak bersuara,malas nak layan mamat depan ni,ingat aku cair ke.

"Btw..nama kau?"Tanya lelaki itu

"Kalau aku taknak bagitahu?"Kataku dengan malas lalu menaikkan kedua dua belah keningku.

"Kalau kau tak bagitau pon aku dah tahu nama kau Aisy.."Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis lalu jarinya menunjuk ke arah name tag dekat baju sekolah ku..

"Dah tahu tanya lagi buat apa.."Aku memejamkan mata untuk tidur tanpa menghiraukan lelaki yang masih berdiri dihadapanku.

"Kau taknak tanya nama aku?"Tiba tiba aku merasakan suara lelaki itu dekat dengan telinga kananku.Aku membukak mata dah melihat ke sebelah kanan.Entah bila dia duduk sebelah aku pon aku taktahu.Aku hanya beriak biasa lalu kembali memejamkan mata dan mengabaikan lelaki yang sedang duduk di sebelahku.

"Nama aku King.."Kata lelaki itu walaupun Aisy tidak menanyakan namanya.

Aku yang tadi hanya diam terus tergelak kecil mendengar namanya. "King?..KingKong??.."Perliku dengan mata terpejam.

King terus memandang wajah Aisy tidak puas hati. "Belum pernah ada orang berani bahan nama aku tau.."Kata King tidak puas hati.

Aku membukak mata lalu memandang wajah King yang sedang memandang aku tidak puas hati,aku terus mengukirkan senyuman sinis. "Jadi?..kau nak buat apa?..pukul aku?..nak pukul pukul lah aku tak kesah.."Kataku berlagak.

"No..aku takkan pukul kau..Tapi...aku akan jadikan kau milik aku.."Kata King yang tadinya memasang wajah bengang bertukar dengan wajah sinis,sambil mengukirkan senyuman penuh makna.

"In your dream..kau takkan mampu milikki aku.."Kataku sambil menepuk bahu King lalu bangun dan sempat aku melemparkan senyuman sinis ke arah King sebelum berlalu pergi dengan gaya cool.

King hanya diam dan memerhatikan langkah Aisy sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. "Kita tengok nanti.."King mengukirkan senyuman sinis lalu memasukkan sebatang rokok kedalam mulut.

***********

Aku melihat jam ditangan sudah menunjukkan pukul 1:00 tengah hari lagi 30minit sahaja tinggal untuk balik.Sedang aku berjalan untuk pergi ke kelas,langkahku terhenti bila aku melihat seorang lelaki yang aku sangat kenali keluar dari pejabat dan ditepinya ada seorang wanita tua dan seorang perempuan sebayaku.Tiba tiba jantungku berdegup dengan laju dan tanpaku sedar air mata sudah mengalir membahsahi pipiku,air mataku mengalir dengan deras melihat wajah lelaki tua itu.Perasaan rindu dan dendam bercampur di dalam hatiku,rindu akan senyumannya tapi muncul pulak perasaan benci bila teringat peristiwa 10tahun lepas,Tanganku dikepal kuat sebelum menumbuk dinding disebelahku sambil mata masih memandang jauh lelaki itu dengan pandangan penuh dendam tanpa menghiraukan buku limaku yang sudah sedikit berdarah.Ia tidak sesakit apa yang telah lelaki tua itu buat dulu.

-BERSAMBUNG-