Chereads / Dia Milik ku / Chapter 11 - BAB 11

Chapter 11 - BAB 11

-BAB 10-"Patut lah!..masa Cikgu Naziha suruh Aisy jawab soalan Matematik yang baru kami belajar dia boleh jawab semua soalan dengan betul,padahal dari masa pertama sampai balik tido je kerja.."Kata Aryan dengan penuh yakin,akhirnya terjawab jugak semua teka teki yang bermain di fikirannya mengenai perempuan bernama Aisy ni.-BAB 10-

********

-ARJUNA POV-

Arjuna menikmatti makanan paginya sebelum bergerak ke sekolah.Entah kenapa hari ini dia merasa gembira untuk ke sekolah kerana semalam dia tidak dapat hadir ke sekolah kerena perlu ke luar negara atas urusan penting.Harini dia memutuskan untuk pergi ke sekolah kerana dia tersangat rindu akan gadis yang dia bergitu sayang..

"Kak Aisy.."Guman Arjuna seorang diri tiba tiba sahaja dia tersenyum membayangkan wajah Kakak kesayangannya itu.

Sedang Arjuna menikmatti makanan paginya sambil ditemani oleh beberapa anak buahnya yang sedang berdiri di berlakangnya,tiba tiba pintu rumahnya dibukak dan muncul seorang lelaki berkepala botak dan lengkap berpakaian hitam menghampiri Arjuna yang sedang makan di meja makan.

"Boss.."Panggil lelaki itu sambil membongkokkan sedikit badan di hadapan Arjuna tanda hormat.

Arjuna meletakkan sudu dan garfu di atas pinggannya lalu memandang ke arah lelaki itu sambil menaikkan kedua dua belah keningnya."Apa?"

"Aisy..kakak boss..dia masuk hospital.."Kata lelaki itu sambil kepalanya masih tunduk ke bawah tidak berani memandang wajah Arjuna.

Wajah Arjuna yang tadinya tenang bertukar dingin. "APA!!" Arjuna menghentakkan tangannya di atas meja akibat terkejut akan berita yang di sampaikan oleh anak buahnya itu,Suara Arjuna yang tiba tiba kuat membuatkan bahu anak buahnya terhinjut akibat terkejut.

"Bila!? dan kenapa dia masuk hospital!?"Tanya Aryan risau tapi wajahnya masih dengan riak dingin.

Kesemua anak buah Arjuna menelan kesat air liur kerana gerun melihat wajah Arjuna yang tiba tiba bertukar dingin.Mereka tahu Arjuna sangat menyayangi gadis tersebut sehingga dia tidak benarkan sesiapa menyakitti atau melukai gadis tersebut,kalau dia dapat tahu ada orang yang cuba buat perkara tidak baik dekat gadis itu pasti orang itu akan diseksa oleh Arjuna sebelum di bunuh,tidak kisah orang itu perempuan atau lelaki,tua atau muda pasti dia takkan lepaskan orang itu jika mereka cuba menyakitti Aisy iaitu kakak kandung Arjuna yang selama ini dia cari selepas bertahun tahun berpisah akhirnya dia jumpa jugak,cuma dia perlukan masa yang tepat untuk berterus terang kepada Aisy yang dia adalah adik kandung Aisy.

"Yang sa..saya tahu Aisy dimasukkan di wad sebab dia pengsan dekat rumah keluarga angkatnya,ta..tapi punca dia pengsan kami be..belum tahu..dan sehingga sekarang dia be..lum sedarkan diri lagi.."Kata lelaki botak itu dengan gugup,dahinya sudah basah akibat peluh,bukan panas tapi Takut!!.

Arjuna menggenggam penumbuknya sebelum menghentak kuat di atas meja makan sehingga pinggan mangkuk yang berada di ata meja makan itu bergegar.

"Aku nak kau sentiasa mengawasi Kak Aisy!..dan lindungi dia!..pastikan dia selamat!,kalau kau nampak ada orang yang cuba sakitti Aisy maklumkan pada aku!..tahu lah aku nak buat apa!!.."Kata Arjuna dengan dingin sambil tangannya melonggarkan tali leher yang dipakainya dengan kasar.Panas!!.

Arjuna bangun dan berjalan menaikki tangga.

Anak buahnya memandang pelik ke arah Arjuna yang sedang menaikki tangga.Taknak pergi sekolah ke?

Salah seorang anak buah Arjuna cuba memberanikan diri untuk bertanya."Boss..boss tak pergi sekolah ke.."Tanya salah seorang anak buahnya.

"Tak..malas, takda mood!.."Kata Arjuna dingin sambil kakinya melangkah menaikki tangga untuk menuju ke biliknya.Buat apa pergi sekolah kalau Kak Aisy takda..

-END ARJUNA POV-

*************

-ARYAN POV-

Masukni sudah dua hari Aisy tidak sedarkan diri.Mummy pon sudah memaafkan aku lepas apa yang aku lakukan terhadap Aisy.

Aku melangkahkan kakiku masuk ke dalam hospital lalu berjalan menuju ke bilik VIP yang disediakan oleh Mummy untuk Aisy(Sayang betul Mummy dekat Aisy).Terdapat dua orang pengawal yang berjaga di depan bilik tersebut.

Aku melangkahkan kaki masuk kedalam bilik tersebut dan terlihat Aisy masih terlantar di atas katil dengan keadaan tidak sedarkan diri.Mummy pulak takdapat datang sebab ada mesyuarat dekat sekolah jadi dia menyuruh aku untuk melawat Aisy.Tapi kalau Mummy tak suruh pon memang hari hari aku melawat dia.Entah kenapa semenjak kejadian Aisy pengsan dan Daddy cerita semua tentang apa yang dialami oleh Aisy membuatkan aku merasa bertanggungjawab ke atas Aisy.Kisah hidup Aisy membuatkan aku sentiasa ingin melindungi gadis tersebut kerana dia telah banyak menderita,Tapi tulah kadang kadang egonya terlalu tinggi.Cis!!!..pergi jauh lah kau ego!!!...

Aryan menarik kerusi lalu duduk di sebelah Aisy yang masih tidak sedarkan diri.Wajah putih pucat Aisy di pandangnya.Walaupun dia memilikki kulit putih pucat tapi sangat dia terlihat menawan,bibirnya jugak turut pucat sedikit,selamani taklah pucat pon merah je cuma kulit dia je warna putih pucat,tapi lepas dia pengsan bibirnya sedikit bertukar pucat tapi masih CANTIK!!..Rambut depan Aisy yang menutuppi dahi di alihkan kebelakang,lalu di tenung lama wajah gadis itu yang bersih tanpa sebarang cacat cela atau jerawat yang berada di muka gadis itu.Anak matanya yang dari tadi memandang mata Aisy yang masih tertutup terus turun ke hidung lalu berhenti ke bibir mugil Aisy yang sedikit pucat..Tiba tiba peristiwa dimana dia mencium kasar bibir Aisy bermain main di dalam fikirannya..Urmm.. Sweet and tasty!...Ish!!Aryan apa kau merepekni!!..Lantas aku menggelengkan kepala untuk melupakan peristiwa itu.

Aku memandang semula ke arah wajah Aisy dia masih tidak sedarkan diri.Kata Doktor Aisy mungkin mengambil masa 2 hari atau lebih untuk sedarkan diri.Tapi sekarang dah masuk dua hari kenapa tak sedar kan diri!..

"Aisy~~Bangunlah..sampai bila kau nak baring je..kau tak rindu Mummy ke..Mummy risau dekat kau..kau taknak pergi sekolah ke..spm nak dekat..aku tau kau dah pandai tapi bangun lah jugak..siapa nak duduk sebelah aku dekat kelas nanti..bangun lah Aisy.."Kataku perlahan dengan menongkatkan mukaku di atas tilam menghadap wajah Aisy sambil jari telunjukku mencucuk perlahan pipi Aisy berulang kali agar dia bangun.

Aku yang letih baru lepas balik sekolah terus meletakkan kepala di sebelah Aisy di atas tilam sambil memejamkan mata untuk tido sebentar.

********

Aku tersedar dari tidur lalu mengangkat kepalaku bila mendengar satu suara dan Iya! suara itu datang dari Aisy,aku melihat Aisy seperti meracau racau dengan mata yang masih tertutup badanya kaku hanya kepala yang bergerak kiri kanan.

"Ibu..maafkan Aisy ibu..adik..adik jangan tinggalkan kakak adik..."Aisy meracau racau memanggil ibu dan adiknya.

"Aisy..Aisy bangun Aisy..aku ni Aryan.."Panggilku dengan nada risau bila melihat Aisy sedang meracau racau menyebut ibu dan adiknya..

"Aisy..bangun..aku ni Aryan.."Aku menjadi semakin risau bila melihat peluh yang banyak keluar membasahi dahinya.Aku memegang tangannya Panas!!..Dia demam ke??..Lantas aku menekan butang yang berada di tepi katil Aisy.

Tak sampai beberapa minit datang seorang doktor dan seorang nurse masuk kedalam dan menghampiri Aisy..

"Kenapani?.."Tanya Doktor bila melihat Aisy yang sedang meracau.Eh dia tanya kita pulak!..

"Entah doktor dia tiba tiba meracau panggil ibu dengan adik dia..lepastu saya pegang tangan dia panas.."Kataku dengan nada risau..

"Baiklah..adik boleh tunggu dekat luar dulu.."Arah Doktor lelaki yang sedikit berumur itu.

Aku terus melangkah keluar dari bilik tersebut dan lantas mengeluarkan fon dari poket seluar untuk menghubungi Mummy dan Daddy.

*******

Mummy,Daddy dan aku menunggu di luar bilik VIP,selepas beberapa minit menunggu akhirnya pintu bilik di bukak.

"Macam mana dengan anak saya doktor?"Tanya Mumny dengan tergesa gesa.

"Aisy dia dah sedar cuma sekarang dia mengalami demam panas,suhu dia tadi mencecah 39°C.Tapi selepas kami memberikan ubat suhu dia menurun sedikit menjadi 37°C..Jadi sekarang dia tengah tidur,Puan dan Tuan jangan risau inshaallah nanti Aisy akan sembuh.."Terang Doktor Sam.

Mummy menghelakan nafas lega"Terima kasih Doktor.."

"Sama sama..Tuan dan Puan boleh masuk melawat Aisy di dalam.."Kata Doktor Sam dengan senyuman sebelum berlalu pergi.

Kami pon masuk ke dalam untuk melihat keadaan Aisy yang sedang tidur selepas diberi ubat oleh Doktor.

"Mummy..Daddy sekarang dah malam,Mummy and Daddy pergilah balik berehat,biar Aryan yang jaga Aisy.."Kataku bila melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8:00malam,kesian melihat mereka penat baru balik kerja,mesti belum rehat lagi.

"Takpe ke Aryan?"Tanya Mummy untuk mendapatkan kepastian.

"Betul..lagi pon esok Aryan tak sekolah..Mummy balik lah rehat,esokkan Mummy kena pergi sekolah ada mesyuarat.."Kataku cuba menyakinkan mereka.

"Kalau macamtu Mummy dan Daddy balik dulu ye..esok lepas mesyuarat Mummy datang balik,kalau ada apa apa berlaku dekat Aisy cepat cepat call Mummy ok.."Pesan Mummy sebelum berlalu pergi untuk pulang.

Selepas Mummy dan Daddy bergerak pulang aku terus duduk di kerusi sebelah Aisy sambil mata masih memerhatikan wajah Aisy yang sedang tidur.Peluh yang membasahi dahinya aku lap menggunakan sapu tanganku.Rambut yang menutuppi sedikit wajahnya aku tolak ke berlakang,entah kenapa aku merasa tenang menatap wajahnya.Sedang aku terleka menatap wajahnya,Aisy tiba tiba bersuara sambil matanya masih tertutup rapat.Mengigau lagi lah ni..

"Ayah..jangan pukul Aisy ayah..maafkan Aisy ayah..sakit ayah..ayah.. sakit ayah.."Aisy mula meracau dengan mata tertutup sambil kepalanya bergerak ke kiri kekanan.

Aku yang melihat Aisy seperti mengalami mimpi buruk lantas bangun dan baring disebelahnya.Nasib tilam yang disediakan sedikit besar.Aku mengangkatkan kepalanya dan meletakkan di atas lengan kiriku manakala tangan kananku memeluk erat tubuhnya.

"Shuhh..tidur..jangan takut..aku ada.."Bisikku di telinganya sambil tangan kananku menepuk perlahan berlakang badannya seperti sedang menidurkan seorang bayi.

Aisy yang tadinya meracau kembali tenang dan tidur dalam dakapanku.Perlahan lahan tangan kananku mengusap rambutnya..

Aku yang sedang mengusap rambutnya sedikit terkejut bila Aisy turut memelukku dengan erat sehingga wajah kami betul betul dekat.Aku hanya tersenyum sambil mataku menatap wajah tenang Aisy yang sedang tidur.Aku tahu Aisy masih tidak sedar yang dia memeluk tubuhku.Tak sabar nak tunggu dia sedar esok,nak tengok reaksi wajah dia bila dia tengok keadaan dia dan aku yang sedang berpelukkan..hahaha..mesti kelakar!..

Aku tergelak kecil sebelum mengeratkan pelukkan ku di tubuhnya..

"GoodNight Aisy.."Bisikku perlahan sebelum terlelap sambil memeluk tubuh kecil gadis yang bernama Aisy.

BERSAMBUNG.....