Chereads / Dia Milik ku / Chapter 12 - BAB 12

Chapter 12 - BAB 12

-BAB 11-"GoodNight Aisy.."Bisikku perlahan sebelum terlelap sambil memeluk tubuh kecil gadis yang bernama Aisy.-BAB11-

-END ARYAN POV-

Aku membukak perlahan mataku bila merasakan ada benda berat menindih atas badanku dan alangkah terkejutnya aku bila aku lihat wajah Aryan yang sedang memandangku berada dekat dengan wajahku sambil tangannya sedang memeluk tubuhku.

Aryan yang sudah lama sedar dari tidur hanya tersengih melihat wajah terkejut Aisy.

"Good Morning.."Kata Aryan sambil tersengeh melihat Aisy seakan akan terkaku.

Aku tersedar dari lamunan bila mendengar Aryan bersuara,lantas aku menolak perlahan dadanya agar dia melepaskan pelukkannya,bila merasakan pelukkan Aryan sudah longgar aku dengan pantas bangun dari baringan lalu duduk sambil menghadap ke arahnya yang masih baring mengiring ke arah aku dengan wajah tenang.

Aku yang sedikit terkejut, memandangnya dengan dahi yang berkerut dan tiba tiba baru aku teringat akan peristiwa yang terjadi antara aku dan Aryan bilamana dia cuba untuk memperkosa aku.Lantas aku menarik bantal yang berada di bawah kepala Aryan lalu aku memeluk bantal tersebut untuk menutup badan aku di bahagian depan.Melihat Aryan yang berada di hadapan aku membuatkan aku sedikit gugup dan takut,takut peristiwa haritu terjadi balik.

"Aduh sakitlah.."Ngadu Aryan sambil menggosok rambut berlakangnya bila Aisy tiba tiba menarik bantal yang ketika itu berada di bawah kepalanya.Aryan bangun dari baringannya lalu duduk dan bersandar pada kepala katil.

Aku yang melihat Aryan seakan akan mahu bangun lantas bergerak ke berlakang dengan keadaan masih terduduk di atas tilam.

"Hey..depan sikit nanti jatuh.."Kata Aryan bila melihat kedudukkan Aisy yang hampir ke penghujung katil..kalau berlakang lagi mahu jatuh atas lantai.

Aku hanya diam lalu menggelengkan kepala tanda tidak mahu.Aku mengeratkan lagi perlukkan bantal sambil mata aku tak berkelip memandang Aryan.Takut dia tiba tiba membuat perkara yang tidak baik ke atas diriku.

Aryan yang melihat Aisy seakan akan ketakuttan melihat dirinya terus mengeluh.

"Aku tahu kau masih takut dengan aku lepas peristiwa haritu..Tapi aku betul betul tak sengaja..Aku tak dapat kawal diri aku masatu...Aku pon taktahu apa yang dah jadi dekat diri aku sampai sanggup buat kau macamtu.."Kata Aryan dengan wajah bersalah..

Aku hanya diam dan mendengar setiap kata kata yang keluar dari mulutnya.

"Tapi percaya lah,masa tu aku dalam luar kawalan..aku taktahu apa yang aku buat,aku terlalu ikut perasaan sampai tak dapat kawal diri aku...Tolong maafkan aku..aku menyesal menyesal sangat.."Kata Aryan bersungguh sungguh lalu duduk bersila di hadapanku dengan wajah bersalah.

Hati aku seakan akan terjentik dengan kata katanya.Lagipon aku bukan jenis pendendam atau pon sukar untuk memaafkan orang yang berbuat salah,cuma peristiwa 10tahun lepas je buatkan aku dendam sehingga sekarang bilamana ayah kandung sendiri sanggup menghalau anaknya yang baru berusia 8 dan 7 tahun dari rumah dan lebih menyakitkan hati bila ayah sendiri lebih berpihak kepada orang baru iaitu bini baru dia sendiri hingga sanggup buang anak kandungnya.

Aku menarik nafas dalam dalam lalu menghembus keluar sebelum memandang tepat ke arah wajah Aryan yang masih menunggu jawapan dariku.

"Hmmm k.."Balasku singkat lalu menundukkan wajahku ke bawah.

"Apa yang hmm k?..maafkan ke tak ni?..macam tak ikhlas je?.."Kata Aryan saja ingin mengusik gadis di depannya.

Aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah sebelum mengeluh.

"Ye..aku maafkan.."Kataku dengan nada malas.

"Bagus.."Kata Aryan sambil menggosok rambut gadis di depannya lalu tersenyum.

Aku sedikit tersentak bila tangan Aryan menggosok rambutku,lalu aku memandang pelik ke arahnya yang sedang tersenyum.Pelik!..selalu dingin je..

"Kau asal pandang aku macamtu?"Tanya Aryan sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Kau demam erk?"Tanyaku dengan serius bukan main main.

Aryan tergelak kecil melihat wajah polos Aisy.

"Aku sepatutnya tanya kau..kau dah tak demam ke?"Kata Aryan dengan masih ada sisa tawanya.

"Demam??"Tanyaku blurr sambil menggaru kepala yang tidak gatal..Bila masa pulak aku demam??.

Wajah Aryan yang tadi gembira terus berubah serius..

"Ish kau ni! takkan demam pon kau tak sedar semalam kau demam panas tahu tak semalam sampai meracau racau panggil ibu dan adik kau nasib aku ada aku apa lagi terus baring sebelah kau and peluk kau tak lama tu kau tak meracau dah and aku pon tertidur sekali dengan kau.."Terang Aryan panjang lebar dengan satu nafas.Dah macam rap dah.

Aku yang tengah blurr dengan mulut sedikit terbukak tak faham apa yang Aryan cakap sebab laju sangat hanya menganggukkan kepala pura pura faham.

Aku melihat jarum yang tercucuk di tanganku lalu mataku melihat setiap ruang yang berada dalam bilik yang aku dudukki.Aku tahu aku dekat hospital tapi bilik ni aku rasa bilik untuk VIP.Mesti Mummy yang sediakan khas untuk aku.Terharu kita hiks!..Aku mengalihkan pandangan ke arah Aryan yang dari tadi memandang ke arahku.

"Berapa lama aku pengsan?.."Aku mula bersuara bila merasakan situasi aku dengan Aryan agak kekok.

"Tak sampai 3 hari.."Terang Aryan sambil tangannya menyelak rambutku yang sedikit menutup mata kananku lalu di selit ke telinga kanan.Aku hanya memasang wajah biasa cuba menyembunyikkan reaksi terkejut.

"Aryan boleh aku tanya sesuatu.."Kataku sambil melihat ke arahnya,aku ingin tanya adakah Aryan sudah tahu semua tentang apa yang dah jadi dalam hidup aku dan punca aku jadi macamni.

"Apa?"

"Ermm..Mummy ada cerita apa apa ke dekat kau pasal aku?"Tanyaku sedikit gugup.

"Mummy cuma cerita yang kau kekurangan darah sebab tu kau kerap pengsan..kenapa?"Tipu Aryan,sebenarnya dia dah tahu semua tentang Aisy,cuma Mummy and Daddy suruh Aryan merahsiakan tentang dia dah tahu semua tentang Aisy,dorang nak biar Aisy sendiri yang cerita dekat Aryan.

Aku melepaskan nafas lega,nasib Mummy tak cerita perkara sebenar cuma Mummy cerita pasal aku kekurangan darah je.

"Doktor cakap kau kena banyak rehat dan jangan buat kerja berat,kau ni tak boleh penat sangat,ingat tu.."Terang Aryan lebih kepada nasihat.

Ingat aku mengandung ke!

"Ok."Itu sahaja aku mampu katakan.

"Aku nak turun bawah nak beli makanan untuk kau.Kau nak makan apa aku beli.."Tanya Aryan lalu turun dari katil dan berdiri di sebelah meja kecil untuk mengambil dompet.

Aku menggelengkan kepala bila melihat jam di dinding menunjukkan pukul 8:00 pagi,aku tak biasa makan pagi.

"Kalau macam tu aku belikan susu nak?..lagi pon kau kena makan ubat lepasni..?"Tanya Aryan lagi,dia tahu Aisy jenis tak makan pagi.

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala,memang setiap pagi aku akan minum susu agar perut aku tak kosong,itu je yang boleh masuk tekak aku pagi pagi,bergitu jugak malam sebelum tidur aku akan minum susu.Hehe..

Aryan menggelengkan kepala lalu tersenyum."Macam budak budak.."Kata Aryan lalu melangkahkan kaki untuk keluar.

Aku hanya tersengih mendengar kata katanya.

SKIP!

Selesai sahaja aku minum susu dan makan ubat aku terus sandarkan badanku atas katil manakala Aryan duduk di sebelahku atas tilam.Dah ada kerusi pon sibuk nak duduk atas tilam dengan aku:-\

"Kau tak sekolah ke?"Tanyaku sambil kepala didongakkan keatas memandang wajah Aryan yang berada disebelah ku,akibat dia yang terlalu tinggi bagiku walaupun kami dalam keadaan duduk terpaksa jugak aku mendongak sedikit kepala untuk memandangnya.

"Aduh!.."Terjerit kecilku bila Aryan tiba tiba menjentik dahiku.

"Harini hari sabtu lah..mana ada sekolah.."Kata Aryan.

"Mana aku tahu harini hari sabtu.."Kataku perlahan sambil mengusap dahiku akibat dijentik oleh Aryan sebentar tadi lalu mengembungkan pipiku.Memang sudah menjadin kebiasaan aku mengembungkan pipi bila merasa geram atau pon tidak puas hati.Suka hati je jentik dahi aku!.

Aryan yang melihat Aisy mengembungkan pipinya,mahu meletus ketawa dia tapi di tahan.Comel!!.

***********

Setelah 5hari aku mendapat cuti sakit akhirnya kesihatanku semakin membaik dan Mummy pon membenarkan aku pergi ke sekolah.

Ketika di meja makan aku hanya minum air susu yang di sediakan oleh Kak Siti pagi itu.Selesai sahaja minum susu aku menyalam kedua dua tangan orang tua angkat ku sebelum bergerak ke sekolah.Mulai sekarang Pak Mat yang akan hantar aku ke sekolah setelah seminggu Pak Mat mengambil cuti sebelum aku mula sekolah haritu untuk pulang ke kampung dan harini Pak Mat mula bekerja semula.Aryan pulak dari aku di meja makan sehingga aku ingin berangkat ke sekolah masih belum nampak batang hidungnya,keretanya masih ada menandakan dia belum bergerak ke sekolah.

Setelah selesai memakai kasut aku bangun dan melihat Pak Mat sudah menunggu di depan pagar rumah.

Baru sahaja aku ingin melangkahkan kaki,tiba tiba tanganku ditahan dari berlakang,terus aku menolehkan badan ke berlakang untuk melihat siapa yang menahan tanganku.

"Aryan?"Aku sedikit terkejut melihat orang yang menahan tanganku adalah Aryan.

"Naik dengan aku.."Kata Aryan dingin.

Semasa aku sakit Aryan sangat baik dengan aku sentiasa tersenyum layan aku dengan baik tak dingin macam pertama kali aku jumpa dia.Tapi bila aku dah sembuh Aryan kembali menjadi Aryan yang lama iaitu dingin,cuma dia tak sekasar dulu dengan aku,dia menjadi seorang yang tegas dan terlalu mengambil berat tentang aku bila dia tahu antibody aku tak berapa kuat kerana tubuh aku yang kekurangan darah.

"Tapi Pak Mat dah tunggu.."Kataku sambil menunjuk ke arah Pak Mat yang sudah menunggu di depan pagar.

Aryan terus menarik tanganku dan berjalan menuju ke arah Pak Mat.

"Pak Mat..harini biar Aryan yang hantar Aisy.."Kata Aryan yang masih memegang tangan Aisy.

"Takpelah..biar aku naik dengan Pak--"Belum sempat aku menghabiskan kata kataku Aryan lantas memotong.

"Diam,aku tak tanya kau..Naik dengan aku jugak!.."Kata Aryan dengan wajah serius.

Aku menarik tanganku dari genggamannya lalu aku menyilangkan tangan ku tanda protes.

"Ha kalau macam tu,Aisy naik je lah dengan Aryan,boleh lah Pak Mat pergi minum kopi pagi pagi ni dekat kedai mamak sana tu..hehe.."Kata Pak Mat sambil tersengih.

"Ish!..Pak Mat ni.."Terus aku memuncungkan mulutku.Nak curi tulanglah tu..

"Dah jom.."Kata Aryan.

Aryan terus menarik beg berlakang Aisy bila melihat gadis itu hanya berdiri tidak bergerak.

*******

Sesampai di sekolah semua mata yang berada di dalam sekolah memandang ke arahku,lebih lebih lagi pelajar perempuan yang memandang aku tak puas hati.Mana taknya,mereka semua nampak aku datang ke sekolah dengan menaikki kereta dengan Aryan.

Aryan yang berada di sebelahku hanya membuat tidak tahu masih dengan wajah dinginnya.

Aku yang merasa tak selesa mencepatkan langkahku untuk meninggalkan Aryan,tapi dengan pantas Aryan menahan tanganku agar berjalan bersebelahan denganya.

"Cepat cepat nak pergi mana?"Tanya Aryan dingin.

Aku terus melihat sekeliling,semua pelajar perempuan memandang aku tak puas hati dan ada yang mula berbisik bisik bila melihat Aryan memegang lenganku.

Aku menelan air liur terasa gugup pulak,lalu memandang ke arah Aryan. "Ar..Aryan le..lepaslah..Nanti dorang cakap apa pulak..Aku tak se..selesalah..dari tadi dorang pandang aku ma..macam nak makan aku je.."Kataku tergagap gagap sambil cuba untuk melepaskan genggaman tangan Aryan di lenganku.

Aryan terus memberhentikan langkahnya bergitu jugak aku.

Aryan terus memandang sekeliling dengan wajah tidak puas hati. "KORANG TENGOK APA LAGI!!! TAK RETI MASUK KELAS KE!!!!!! BERAMBUS MASUK KELAS SEKARANG!!!!!!". Jerit Aryan bengang.

Aku menelan air liur dan berdiri kaku tak berani bersuara,seram melihat Aryan yang sudah berubah menjadi Incredible Hulk.Nasib kulit tak bertukar hijau dan nasib dia tak koyak kan baju dia..Eh!..apa kau merepek ni Aisy!..

Semua pelajar terus kelam kabut berlari untuk masuk ke kelas.Tahu takut..

********

Sesampai di kelas semua mata memandang ke arahku,manakala Aryan yang berjalan dihadapanku hanya membuat tidak tahu je.

Hampir je aku nak terlanggar berlakang badan Aryan bilamana lelaki itu tiba tiba menghentikan langkahnya.

Aku melihat di depan Aryan ada seorang gadis dari kelas lain berdiri di hadapan Aryan sambil menghulurkan sepucuk surat.Mesti surat cinta!..

Aku terus mendonggakkan kepala melihat ke arah wajah Aryan.Biasa lah tinggi dia hampir 180 cm,aku pulak baru 157cm hehe..Aryan hanya memandang lama surat itu dengan wajah dingin.Manakala pelajar lain hanya diam dan memerhatikan Aryan dan budak perempuan itu,suasana di kelas 5Arfa menjadi sunyi.

"Lama lagi ke?" Kataku bila melihat suasana dari tadi hanya diam dan Aryan masih tak mengambil surat yang dihulur oleh gadis itu.

Semua mata memandang ke arah aku bergitu jugak Aryan.

"Apa?" Tanyaku bila semua mata memandang ke arahku.

Mereka hanya diam lalu memandang semula ke arah Aryan dan gadis di depannya.Aryan yang tadi memandang ke arahku lalu memandang semula ke arah gadis di depannya dengan wajah dingin.Dia mengambil surat di tangan gadis itu membuatkan gadis itu tersenyum,tapi senyumannya kembali pudar bila Aryan mengoyakkan surat itu tanpa membaca isi di dalam surat tersebut lalu membaling cebisan kertas ke arah gadis di depannya membuatkan gadis itu menangis lalu berlari keluar dari kelas.Malu mungkin..

Aku yang melihat situasi itu hanya menggelengkan kepala.Kesian perempuan tu..

Aryan memandang ke arah Aisy yang berada diberlakangnya.

"Apa?"Tanyaku bila Aryan memandang ke arah aku.

"Tak reti nak duduk?"Tanya Aryan dingin.

"Dah kau halang jalan,macam mana aku nak pergi kat tempat aku..takkan nak duduk kat lantai.."Kataku bersahaja.

Aryan hanya diam lalu berjalan ke mejanya,bergitu jugak aku.Haha..diam terus..

"Dah makan ubat belum?"Tanya Aryan bila Aisy sudah duduk di sebelahnya.

"Belum.."Balasku ringkas lalu meletakkan kepala di atas meja sambil menghadapkan wajah ke arah Aryan yang memandang aku dengan wajah dingin.

"Kenapa belum?"Tanya Aryan dengan wajah serius.

"Nanti masa rehat baru makan..lagi pon aku minum susu je tadi pagi.."Kataku sambil cuba memejamkan mata untuk tidur.

"Nanti masa rehat makan jangan tak makan.."Kata Aryan perlahan tapi boleh didengari oleh Aisy sambil tangannya mengusap lembut kepala Aisy yang sudah memejamkan mata.

Aku menganggukkan kepala dengan mata terpejam sambil membiarkan Aryan mengusap kepalaku,kerana sudah menjadi kebiasaan,Aryan kerap mengusap kepalaku sejak aku aku sakit haritu.

Eva yang melihat Aryan mengusap kepala Aisy seperti pasangan kekasih mula merasa tidak puas hati dan bengang. "Siap kau Aisy!.."Jerit hati Eva dengan wajah bengang.

BERSAMBUNG....