Chereads / Dia Milik ku / Chapter 5 - BAB 5 SEKOLAH BARU ||

Chapter 5 - BAB 5 SEKOLAH BARU ||

"Ok semua pelajar sila duduk ditempat masing masing...Harini kita akan ada pelajar baru..Pelajar baru sila masuk.."Arah Cikgu Naziha,semua pelajar melihat ke arah luar pintu dan....

Terlopong mulut mereka kecuali Aryan melihat pelajar baru yang berambut pendek paras bahu dengan warna light-brown,mempunyai anak mata berwarna biru dan memilikki kulit putih pucat tapi bibirnya berwarna kemerahan semulajadi menampakkan diri perempuan itu seakan akan seperti Vampire versi cantik yang menyamar jadi manusia seperti di tv(banyak layan movie dorangni) kerana wajahnya yang dingin membuatkan gadis itu mempunyai daya tarikkan yang menarik.

Suasana yang tadinya senyap mula bising kembali bila melihat pelajar baru tu masuk.

"Cantiknya weyh!!"

"Mesti anak mat salleh!!"

"Aduh!..aku dahlah tak pandai speaking!! I love U aku tahu lah.."

"Muka dia macam muka Vampire yang menyamar jadi manusia.."

"Aku rasa mak aku dah jumpa bakal menantu.."

"DAH!!!..SEMUA DIAM!!"Marah Cikgu Naziha membuatkam semua pelajar 5Alfa yang bising kembali senyap.

-END OF Readers POV-

Aku melangkahkan kaki masuk ke 5Alfa yang tadinya bising dan kini bertukar senyap,semua mata tertumpu padaku dengan mulut yang terbukak seperti tidak pernah melihat pelajar baru.Ye aku tahu muka aku tak macam orang melayu,ramai yang ingat aku anak mat salleh dan ada yang memberi gelaran pada aku dengan nama Vampire masa di England kerana kulitku yang putih pucat kerana kekurangan darah,mujur bibir aku tak ikut pucat kang tak pasal pasal orang ingat mayat hidup:|

Aku berdiri menghadap mereka dan mataku tertumpu pada Aryan yang duduk di meja barisan belah kiri di belakang seorang diri.Dia memerhatikan ku dengan wajah dingin tapi aku buat tidak tahu dan mengalihkan pandangan aku ke pelajar lain yang berada di hadapanku.

"Please introduce yourself"Cikgu Naziha menyuruh aku memperkenalkan diri.

"Nama aku Aisy Diandra korang boleh panggil aku Aisy..aku lahir di malaysia tapi dibesarkan di England selama 10tahun dan pindah ke Malaysia semula atas urusan peribadi.."Aku memperkenalkan diri.

Semua pelajar seakan akan terkaku melihat aku memperkenalkan diri kecuali Aryan yang sedang membaca buku tanpa menghiraukan aku.Ada aku kesah,yang dorang ni macam terkejut aku perkenalkan diri kenapa,aku ada salah cakap ke..

"Ada apa apa pertanyaan?.."Tanya Cikgu Naziha pada anak muridnya.

Tiba tiba salah seorang pelajar lelaki mengangkat tangan..

"Ye Haris..ada apa apa awak nak tanya.."Tanya Cikgu Naziha pada budak lelaki yang bernama Haris.

"A..awak boleh cakap melayu ke?"Tanya Haris dengan wajah terkejut.Semua pelajar mengangguk kepala tanda mereka jugak ingin tahu.

Aku dah agak dah...

"Ye..sebab saya memang orang melayu dan lahir di malaysia.."Terang aku.

"Tapi kenapa muka awak macam bukan orang melayu?ke awak ada mix apa apa?"Tanya salah seorang pelajar perempuan.

"Err..sa-"Kata kataku di potong oleh seorang pelajar perempuan yang mejanya tidak jauh dari meja Aryan.

"Cikgu bila kita boleh mula belajar..nak tunggu perempuan ni perkenalkan diri nak amik masa 2jam ke??..dia bukan artis pon.."Kata Eva dengan wajah menyampah sambil bermain main dengan rambutnya.Macam mana aku tahu nama dia Eva,sebab aku tengok name tag dekat baju sekolah dia hehe.

"Hek eleh kau jealous sebab dia lagi cantik dari kau kan.."Kata salah seorang pelajar lelaki.

"Hello..sorry sikit..aku jauh lagi cantik dari dia..dia bukan saingan aku.."Balas Eva berlagak sambil buat gaya Diva.

Aku hanya diam sambil membuat muka malas,malas nak layan minah yang tak berapa nak cermin diri.

"Dah..dah..Aisy awak pergi duduk kat sebelah Aryan..sebab meja lain dah penuh.."Arah Cikgu Naziha membuatkan semua pelajar terkejut dan ada yang berbisik bisik dan ada yang memandang aku tak puas hati iaitu siapa lagi kalau bukan si Eva berlagak Diva tu.

"Aduh.. kenapa pulak kena duduk kat sebelah singa jantan ni.."keluhku lalu berjalan ke arah meja kosong di sebelah Aryan.

Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Aryan,entah kenapa aku dapat rasakan haba yang panas lalu aku melihat ke arah Aryan dan ya...dia memandang aku seperti singa kelaparan.

"Dah kenapa pulak mamatni..bukan aku yang nak duduk sini..cikgu yang suruh..cikgu pon satu suruh aku duduk dekat sebelah si singa ni kenapa.."Bisik aku dalam hati..

"Kau dengar sini..aku nak kau jangan bagi tahu siapa siapa hubungan kau dengan keluarga aku,anggap je kita tak pernah kenal..lagi satu jangan nak pandai pandai bagitahu yang kau anak angkat Mummy..faham.."Bisik Aryan di sebelah telingaku.

Air liurku ditelan kesat lalu aku mengangguk perlahan kepala tanda faham sambil mata memandang ke arah papan putih di depan.Enggak sanggup gue melihat wajahnya..

*********

Waktu pembelajaran pertama sudah tamat kini tiba masanya waktu pelajar pergi ke kantin untuk rehat.

KRING!..KRING!...KRING..

"Ok..semua pelajar boleh rehat sekarang.."Kata Cikgu Naziha lalu berjalan pergi meninggalkan kelas.

Aryan orang pertama keluar dari kelas untuk bertugas pada waktu rehat.

Aku bangun dan memasukkan buku pembelajaran di bawah meja dan berlalu pergi untuk ke kantin..

Baru sahaja aku ingin melangkah kaki keluar kelas tiba tiba tanganku ditarik kasar dari belakang..

Aku menoleh kebelakang dan melihat Eva yang menarik tanganku manakala di belakangnya ada beberapa pelajar perempuan yang melihatku dengan wajah yang tidak puas hati.

Aku yang sedikit terkejut lalu menaikkan kedua dua keningku(kenapa?).

"Perempuan kau dengar sini!..aku tahu ramai pelajar lelaki kat sini yang jatuh cinta and tergila gilakan kau,tapi bukan bermakna kau boleh dekatti Aryan buah hati aku.."Kata Eva dengan nada suara yang sikit meninggi.

"HA????"Apa yang perempuan ni merepek..Dekatti Aryan??Eva buah hati Aryan??..jadi apa masalahnya??

"Kau takyah nak buat muka peliklah aku tahu kau pon minat Aryan,tipulah kalau takda perempuan yang tak cair dengan Aryan..Aku cakap ni pon sebab ramai pelajar lelaki suka dekat kau..tapi bukan bermakna Aryan akan jatuh cinta dengan kau jadi kau jangan perasan sebab Aryan aku punya faham!!!"Tengking Eva.

"Dah habis??.."Tanyaku dengan malas.

Eva dan beberapa pengikutnya terdiam.

"Sebenarnya aku tak faham sangat apa yang kau maksud kan..cuma aku nak cakap kat kau yang aku tak minat lelaki dingin and garang..Jadi,kalau kau nak culik dia ke khawin dengan dia ke couple dengan dia ke,suka hati kau,aku tak masuk campur..faham.."Kata aku dengan tenang..

"Lagi satu yang korang ni pon suka Aryan ke??"Tanya aku pada pelajar perempuan yang berada di belakang Eva.

Mereka mengangguk tanda mereka jugak suka Aryan.

Aku terus memandang Eva.

"Aku pelik dengan kau..dorang suka Aryan kenapa kau tak bagi amaran dekat dorang,aku yang tak suka ni pulak yang kena..ke kau ni jenis suka bermadu??serupa macam kau gaduh bawak madu.."Kata aku sambil tersenyum sinis,lalu melangkah pergi meninggalkan mereka yang dari tadi seakan akan kaku.

Eva terus memandang ke arah pelajar pelajar perempuan tadi dengan muka tidak puas hati.Mereka yang sedar akan pandangan tajam Eva terus bergerak pergi dengan tergesa gesa meninggalkan Eva.

*******

Aku melangkahkan kaki di padang sekolah kerana aku tidak mempunyai wang untuk beli makanan jadi aku memilih untuk ke padang yang tidak mempunyai orang kerana mereka semua di kantin,lalu aku duduk di bawah pokok supaya tidak terkena cahaya matahari.Kang tak pasal pasal pasal jadi udang bakar dah lah kulit aku putih.

Aku sandarkan badanku di batang pokok sambil ditemani dengan hembusan angin yang membuatkan diri aku menjadi tenang.Jenis aku bukan suka duduk dekat tempat tempat yang bising,bagi aku merimaskan.Perlahan lahan aku memejamkan mata untuk menenangkan diri aku sekejap kerana tubuh aku sudah mulai letih disebabkan aku tidak tidur malam.Perkara ini sudah biasa bagi aku masuk je pukul 10:00 pagi mulalah badan ni jadi lemah dan mata ni jadi berat.Lepas rehat mesti aku tidur dalam kelas.

Lepas beberapa minit aku membukak mata dan terdapat Sebungkus Roti coklat dan sekotak air coklat dihadapanku.Hairan siapa pulak yang bagi??aku melihat kiri kanan tiada siapa hanya aku seorang disini.Mataku tertumpu pada nota kuning yang terlekat di atas bungkusan roti tersebut.

*MAKAN..JANGAN TAK MAKAN AND JANGAN RISAU SAYA TAK JAMPI PON MAKANAN TU;).

Siapa pulak yang bagini??

********

Lepas loceng bunyi tanda waktu rehat sudah tamat,aku berjalan masuk ke kelas sambil otak masih berfikir siapa gelaran yang memberi makanan tadi.

Mataku tertumpu pada Aryan yang sedang membaca buku dengan wajah seriusnya.Tak pernah senyum ke mamatni.

Aku menarik kerusi dan duduk disebelah Aryan sambil mata aku melihat ke arahnya.

Takkan mamat beku ni pulak yang bagi??Tak mungkin tak mungkin..mamat ni lagi suka tengok aku mati kebuluran.Tapi siapa yang bagi???

"Dah puas tengok muka aku??.Kat rumah tak puas??"

Tiba tiba Aryan bersuara membuatkan aku tersedar.Aku terus mengalihkan pandangan aku ke hadapan.

"Aduh..malunya..takpasal pasal dia fikir bukan bukan.."Bisikku dalam hati.

"Kau makan apa tadi?"Tanya Aryan sambil matanya masih tertumpu pada buku yang dia baca.

Dah kenapa mamat ni tiba tiba tanya..

"Roti.."Jawabku sepatah.

"Mana kau dapat duit?curi?..aku rasa Mummy takbagi duit pagi tadi.."Kata Aryan tenang tapi ada unsur unsur perli di kata katanya.Matanya masih tertumpu pada buku yang dibaca.

"Ada orang bagi.."Jawabku.

Aryan tersenyum sinis."Hidup kau memang suka mengemis dekat orang ke?..kalau takda duit janganlah sampai mengemis makanan dekat orang lain.."Perli Aryan.

WHAT! MENGEMIS!????

Aku menarik nafas dalam dalam dan hembus.Sabar Aisy..sabar..kau kena sedar kau menumpang dekat rumah dia..

Aku terus memandang ke arahnya."Untuk pengetahuan TENGKU ARYAN..saya buka mengemis,tapi tiba tiba ada manusia yang baik hati bagi saya makanan and..saya tak mintak pon,tiba tiba dah ada depan mata saya..."Terang aku dengan setenang yang mungkin sambil nama TENGKU ARYAN saja ditekankan sambil mengukirkan senyuman paksa dan berbahasakan diri 'saya' 'awak'.

"Dah habis??"Tanya Aryan."Kalau dah kau boleh senyap kot..aku nak baca buku.."Kata Aryan.

Hek eleh mamat ni..berlagak nak mampus!.

Malas nak layan aku terus meletakkan kepala ke atas meja untuk tidur,sebab cikgu cikgu harini ada mesyuarat,jadi boleh lah aku rehat kan badan dan telinga aku yang penat dengar hinaan dari mulut si beku sebelah aku ni.Mulut mengalahkan Mami jarum,nasib kau lelaki!.

BERSAMBUNG...

*AGAK AGAK KORANG SIAPA YANG BAGI MAKANAN TU DEKAT AISY?..ARYAN SI MAMAT BEKU TU KE YANG BAGI ATAU PON PEMINAT MISTERI..HEHE..*

*SORRY KALAU HAMBAR SIKIT BAB NI..MAKLUMLAH MASIH BARU MENCUBA:)*