Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 33 - Memulai perang kedua terbesar

Chapter 33 - Memulai perang kedua terbesar

Dalam masa berjaga-jaga, semua ketua kongsi sudah bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran yang panjang. Bermula perang di kota war. Kota ini terkenal dengan ketahanan bentengnya dan keluasan yang luas yang memudahkan untuk berperang. Di kota war ini, dilarang membangunkan rumah dan bertani kerana tempat ini sudah berabad abad telah dijadikan tempat berperang.

Dalam hal ini, kongsi gelap lady sudah buntu kerana terjadi ketidak salah fahaman antara Zeti dan anak buahnya dan ia menyebabkan berlaku kerencatan dalam pasukan nya. Mei Tatsumi mula khawatir tentang pasukannya jika masih berlanjutan masalah ini ia akan memberi Dampak yang besar dalam pasukannya dan kemungkinan akan tewas dalam perang ini jika berlanjutan. Mei tatsumi cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengumpul semua anggotanya bagi menyesuaikan masalah ini.

Di sudut lain, kongsi gelap Hasan memulai perang dengan menyerang anggota kongsi gelap Shah. Kongsi gelap Hasan telah lama menaruh dendam kepada Shah akibat kemerosotan ekonomi distrik hitam disebab tindakan Shah yang mengacau kota batu sehingga merencatkan ekonominya.

Di suatu tempat, kongsi gelap dark of darkness, telah merancang untuk mengalahkan kongsi gelap Hasan setelah berakhirnya pertempuran antara kongsi gelap Shah dan kongsi gelap Hasan.

Berbalik kepada budak tebing, mereka masih belum bergerak di tempat mereka. Dalam hal ini mereka belum bersedia untuk berperang dengan kongsi gelap yang lain selain itu mereka tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan namun nasi sudah jadi bubur, mereka perlu teruskan juga Walaupun mereka tidak mahu. Setelah beberapa hari, mereka mula bergerak dengan memantai kongsi gelap lain dari kejauhan selain itu, menganalisa kekuatan mereka.

Peperangan ini telah berlangsung selama lapan hari dengan jumlah korban masih sedikit iaitu seratus lima puluh tiga orang berbanding perang dunia pertama yang mengambil korban sebanyak tujuh belas ribu orang termasuk lah warga tempatan.