Chereads / Dark Room (Aplikasi) / Chapter 2 - Kod

Chapter 2 - Kod

"Kamu betul-betul yakin ke dengan keputusan kamu ni, Eyra?"soal Erma yang diulit kegelisahan.

Eyra mengangguk. Bukannya dia tidak mahu beritahu kakak iparnya atas pemergiannnya ke Australia nanti tetapi dia terlupa kerana sibuk dengan majlis yang akan diadakan pada esok hari. Dia membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Malaysia buat sementara waktu sehinggalah hati kecilnya betul-betul pulih sepenuhnya.

Zhariff iaitu abang turut memahami akan maksud sebenar pemergiannya. Dia sangat kenal akan adiknya. Walaupun Eyra tidak pernah menceritakan tentang perasaannya terhadap Aaron namun dia tahu isi hati gadis itu.

Dalam suasana yang suram itu, Syana datang memeluk Eyra. Dia memang rapat dengan Syana kerana tinggal bersamanya. Eyra mengambil gadis kecil yang berusia 3 tahun untuk duduk di atas ribanya.

Pipinya dicium berkali-kali oleh Eyra berselang seli dengan air matanya yang tidak mampu ditahan lagi. Memang sukar untuk dia berpisah dengan Syana tetapi untuk menghilang rasa sakitnya dia perlu pergi buat sementara waktu.

"Kenapa Cik Su nangis?"soal Syana. Sementara ibu bapa Syana hanya diam seribu bahasa. Tidak mampu memberikan sebarang jawapan kepada pertanyaan Syana. Siapa lagi ibu bapa Syana kalau bukan Erma dan Zhariff.

Sudah 3 tahun mereka berkahwin dan alhamdulillah akhirnya mereka dikurniakan seorang puteri yang cukup manis.

"Mana ada Ciksu nangis. Tadi ada habuk masuk dalam mata Cik Su"kata Eyra.

Erma hanya memerhati gelagat mereka. Agaknya kalau Syana tahu Eyra akan pergi nanti bagaimana dengan keadaan Syana nanti sedangkan kedua-dua mereka selama ini mempunyai hubungan yang rapat.

Bagi menghilang suasana itu, Zhariff mengambil remote control untuk memasang televisyen. Waktu yang biasanya mereka akan menonton berita.

"Sekitar jam 12 malam seorang gadis yang bernama Asmawati Binti Abdullah yang berusia 25 tahun telah disahkan hilang dari rumah. Kehilangan gadis yang berusia 25 tahun itu telah dinyatakan oleh ibunya apabila ibunya ingin mengejutkan anak gadis mereka untuk solat berjemaah bersama dengan mereka. Sebelum kejadian itu berlaku, dia telah meminta izin daripada ibu bapanya untuk belajar di rumah kawannya. Melalui maklumat yang diterima daripada kawan kepada gadis tersebut, gadis itu meminta diri untuk pulang ke rumah pada jam 10 malam...".

"Makin hari makin banyak orang yang hilang. Tak tahulah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ini mesti kes ikut pakwe dia"bebel abangnya.

"Entahlah bang. Harap-harap benda macam ni tak jadi dekat keluarga kita"sambung Erma.

Eyra hanya diam. Dia sendiri tidak memahami akan kejadian itu. Sejak akhir-akhirnya berita tentang orang hilang semakin banyak. Dia pernah bertanya mengenai hal itu kepada Aaron kerana dia bekerja dalam bidang jenayah siber.

Aaron sendiri tidak dapat menyelesaikan permasalahan itu kerana masih belum menemui sebarang bukti yang boleh menjadi bukti kepada kejadian itu berlaku. Namun menurut mereka, kehilangan mereka kemungkinan besar ada kaitan dengan aplikasi yang sekarang ini sedang tular di seluruh negara.

Yang menjadikan kes ini begitu sukar untuk diselesaikan adalah kerana mereka masih belum menemui aplikasi yang dimaksudkan. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja boleh memasang aplikasi tersebut.

Telefon Eyra tiba-tiba sahaja berdering. Dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja. Awalnya dia mahu mengangkat panggilan tersebut tetapi apabila melihat nama Aaron yang terpapar di telefonnya niatnya terus terhenti.

Dia masih belum kuat untuk berbicara dengan Aaron. Seharian ini dia menyibuk diri untuk mengelakkan diri daripada bertemu dengan Aaron. Lagipun sekarang lebih banyak meluangkan masa bersama dengan Aina yang merangkap orang yang akan menjadi isterinya pada keesokkan hari.

Aaron menelefonnya buat kali kedua. Kali ini dia memang perlu angkat. Takkan dia hanya nak mengelak diri daripada Aaron disebabkan masalah hatinya sendiri. Aaron tidak tahu tentang itu. Dia tidak mahu Aaron risau akan dirinya nanti.

"Ya Aaron, ada apa?"soal Eyra yang membuatkan Erma dan Zhariff memandangnya. Mana tidaknya untuk pertama kalinya Eyra mengangkat panggilan telefon Aaron hari ini.

Aaron langsung tidak bersuara. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada Aaron. Lelaki itu hanya sekadar diam tanpa bersuara Eyra aneh dengan sikap Aaron kerana pada kebiasaannya Aaron selalu sahaja bersuara sebelumnya.

Dari telefon itu, Eyra mendengar suara tangisan Aaron yang menahan sebak. Adakah sesuatu yang telah terjadi kepada Aaron sehingga dia berkeadaan begitu? Rasa resah tiba-tiba dengan tiba-tiba.

"Aaron asal kau diam? Kau yang telefon aku tapi kau pula yang diam. Kau dah kenapa?"kata Eyra yang cuba santai walaupun dihatinya cukup bimbang dengan Aaron.

Sekali lagi. Sekali lagi Aaron diam. Semakin bertambah rasa takut di hati Eyra. Mana pernah Aaron diam sebegini. Kali ini daripada tadi Eyra duduk kini dia berdiri. Eyra cuba memejamkan matanya dan cuba untuk bertenang. Dia perlu tenang.

"Aku...aku...aku minta maaf Eyra. Kau dah buat segalanya untuk aku. Aku memang....bersyukur sangat ada kawan macam kau. Sanggup buat apa saja untuk aku. Kau kena ingat Eyra kod persahabatan kita. Untuk kali ni...kali ni aku minta dengan kau satukan balik kod-kod tu"kata Aaron yang masih lagi kedengaran dalam esakkan.

"Apa maksud kau Aaron? Kenapa...". Eyra memandang telefonnya apabila talian mereka dihentikan. Dia keliru. Tidak tahu akan maksud kata-kata Aaron. Semalam Eyra memikirkannya. Dia tidak dapat tidur dengan lena.

Pada pagi itu, Eyra menatap kad jemputan perkahwinan Aaron dan Aina. Andai sahaja di kad itu tertulis nama dirinya dan Aaron. Pasti sahaja dia adalah insan yang paling bahagia. Dia perlu bersiap lebih awal untuk menyiapkan segala persiapan majlis perkahwinan.

Tepat jam 7 pagi, Eyra bergegas untuk ke dewan perkahwinan. Dia perlu mengatur beberapa menu yang baru sahaja selesai dihidangkan di dalam dewan itu. Nampaknya dia akan menjalani hari yang sibuk pada hari ini.

Sedang Eyra leka menyusun gelas-gelas di atas meja para tetamu, dia tersepak kasut seseorang yang berada berhampiran dengannya. Hampir sahaja dia tersadung jatuh tetapi disambut oleh orang berada berhampiran dengannya itu.

"Fuh! Nasib baik you sambut you, i. Kalau tak memang habis i kena ganti baju ni. Thanks...". Kata-kata Eyra terhenti apabila melihat insan yang menolongnya itu. Terus sahaja dia mengeluh. Ingatkan putera kayangan jatuh dari syurga rupanya putera kayangan jatuh dari neraka. Siapa lagi kalau bukan Zafrey yang baru dikenalinya kelmarin.

Malas mahu melayan kerenah. Dia cuba untuk beredar dari tempat itu tetapi dicegah oleh Zafrey yang memegang kemas lengannya. Eyra memandang Zafrey dengan pandangan tajam. Lelaki itu tersenyum sinis memandang Eyra yang kelihatan marah dengan sikapnya itu.

"Lepas atau you memang betul-betul nak kena dengan i?"soal Eyra.

Zafrey langsung tidak menghiraukan ugutan Eyra. Siapa nak takut dengan ugutan anak singa terlepas dari kandang macam Eyra. Makin seronok adalah melihat anak singa mengamuk.

Eyra mengambil garfu yang berada di atas meja untuk menikam tangan Zafrey yang masih berdegil. Melihat 'keseriusan' Eyra itu secara automatik dia melepaskannya. Setelah itu, Eyra pergi meninggalkannya di situ bersendirian.

"Garang betul anak singa ni"omel Zafrey.