Setahu yang Aela ketahui, Kuil Aramaita bukan sebarang kuil kerana di sini bermulanya satu falsafah yang telah membentuk satu corak pemikiran baharu dalam perkaitan beragama dan peribadatan. Teras falsafah keagamaan ini bermula dengan seorang keramat bertaraf waliwati yang di beri nama Marvya dan beliau juga yang melahirkan Kefalsafahan Orthodoksi Marvya.
Lebih menakjubkan, di sini; Marvya sangat di sanjungi kerana kebaktiannya kepada agama dan kebajikannya terhadap penduduk setempat sungguh mengkagumkan semua. Padan beliau di angkat oleh kebanyakan orang ramai sebagai seorang keramat kerana kebaikan yang telah beliau lakukan. Buktinya, banyak kunjungan dari para penziarah dan pengunjung datang beribadat dan memberikan penghormatan.
Jika di beri peluang dan kesempatan, Aela berkepinginan untuk bertemu dengan ketokohan Marvyana itu, baik secara nyata mahupun di alam lena. Entah anak raja itu hanya berangan dalam ketidakpastian sendiri. Melihat wajah Bangsawati Walda yang sungguh ceria sepanjang perancangan mereka ke Kuil Aramaita sudah cukup menghiburkan kesedihan yang melanda dirinya.
Jarang sekali dia melihat anak Bangsawan Akoda dari Patina itu sebegini. Pasti ada sesuatu yang istimewa terkait dirinya dengan kuil itu, apatah lagi; jika perkara tersebut berkaitan dengan Waliwati Marvya sendiri. Sepertimana Walda, Pendeta Tamota turut menyambut keputusan yang di putuskan Aela; sepenuh hatinya. Kini, mereka bertiga menuju ke Aramaita.
Kali ini, Tamota pula yang mengepala perjalanan mereka kerana dia memang arif dalam bab hal-perihal ibadat dan pantang larang yang ada sebelum, semasa dan selepas berada di situ. Manakala Walda di jadikan pemerhati untuk memerhati sekeliling sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak di ingini termasuk dengan perkara di luar perjangkaan.
Rumah inap yang mereka bertiga tinggalkan kini semakin jauh dari pandangan mata. Di temani oleh nyanyian cengkerik hutan berhampiran denai-denai di sepanjang jalan menuju ke kuil lagenda itu membentuk bagaikan satu okestra musisi yang mempersembahkan diri mereka sebagai sebahagian dari persembahan asli alam semulajadi. Aela curi-curi memandang Walda secara diam-diam.
Tidak pernah lekang walau sedikitpun senyuman manis yang terukir di ketapang bibir anak keturunan bangsawan Patina itu bagaikan semanis Gula-gula Kapas Meiraz. Gula-gula yang sangat di minati ramai itu memang di produksikan di Patina yang merupakan salah satu dari beribu Perkampungan Tersusun Dan Zon Perindustrian Berpusat terletak dalam satu tempat.
Meletakan ketepi segala imbauan akan pengisahan sejarah yang pernah Aela pelajari dengan intelektual peribadi, mereka bertiga akhirnya sampai ke Kuil Aramaita yang tersergam indah di depan kepala mata mereka. Rumah ibadat yang di hiasi motif keagamaan dalam blok bata putih seputih warna menenangkan hati dan perasaan mereka bertiga untuk seketika.
Pendeta Tamota sebagai pemandu arah memberikan kepada kedua orang teman istimewanya itu tanda isyarat menyatakan bahawa masing-masing melakukan hal-hal sendiri tanpa berbuat sebarang masalah. Setelah isyarat itu di fahami; Aela dan Bangsawati Walda mula mengasingkan diri mencari tempat yang kurang dari keramaian. Anak Bangsawan Akoda itu terus hilang dari pandangan.
Setelah sejenak bertafakur panjang, Aela tanpa dia sedar; dia telah di sapa oleh seseorang yang dia tidak kenali sepanjang hidupnya. Aela tersentak tetapi mulutnya bagaikan terkunci rapat. "Sudah lama saya menantikan kedatangan kamu, wahai Bazeana-Tolkatan... Ingatlah; doa saya selalu mengiringi kamu; duhai Aelaylanya-ku..." Lembaga itu lesap dengan serta-merta. "M-Marvya... K-ke-kenapa???"
---
Jauh dari Kuil Aramaita, lebih tepat lagi di Phyttha-Barrada; berlaku pertikaman lidah antara beberapa pihak yang masih lagi terpinga-pinga dengan pemerintahan yang di tadbir oleh Kepimpinan Tentera dan beberapa orang berkepentingan dalam peristiwa pengulingan Aela Bazea dari tampuk utama kerajaan mereka. Rasa kesal dan sebal mereka; membuak amarah memarak bara.
Beberapa individu yang agak di kenali juga mula menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap apa yang telah berlaku. Ada juga di kalangan mereka yang telah di penjara dan di hukum pancung di hadapan keramaian orang untuk menyemaikan rasa takut dengan menyatakan apa yang akan di perlakukan jika mereka semua tetap meneruskan penentangan.
Walaupun di perlaku sebegitu, rakyat jelata tidak pernah mempedulikan bahkan mengolok-olok jika peralihan kuasa pemerintahan negara hanya satu sandiwara dengan pelbagai agenda di sertakan bersama. Buat kali pertama, nama anak gahara Raja Mahkota Tolka bergema dengan laungan keras, "Onna-Kanowa akan kembali jua; memerintah semula tanah-air kita; di atas Singgahsana Zaniya!!!".
Ternyata, hari makin hari; gema suara dan laungan itu semakin berkedengaran sehingga ke negara berjiranan yang agak kaget kerana mereka tidak tahu-menahu tentang perkara sedemikian terjadi. Manakan tidak, tiada dalam sejarah dunia dapat menyimpulkan betapa mudahnya seorang raja yang di perakukan ketuanannya di jatuhkan hanya dengan muslihat dan tipu daya.
Akhirnya, perang saudara mula tercetus di antara dua percanggahan di mana satu pihak menginginkan Sistem Monarki di hapuskan sama sekali dan satu lagi pihak mahukan Sistem Demokrasi seiringan dengan Institusi Raja Berperlembagaan. Di sebabkan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan berbeza, maka; kancah peperangan itu lebih membinasakan dari segi angka korban.
---
Aela yang masih lagi terpinga-pinga dengan perkara yang dia alami, cuba mendapatkan penjelasan baik dari Walda mahupun Tamota. Dia menemui mereka berdua yang sedang merehatkan diri di bawah rimbunan Pepokok Balaqan sambil menanti kedatangannya dan menikmati panorama indah di sekeliling pepokok itu. "Kalian, beta ingin menceritakan kepada kalian berdua sesuatu..."
Pendeta Tamota dapat membaca maksud di sebalik kata-kata Aela lalu dia memberikan isyarat mata supaya menyimpan cerita itu selepas mereka bertiga keluar dari Kuil Aramaita. Walda yang sedikit pelik, hanya mengikut sahaja tanpa mengetahui apa yang ingin di perkatakan Aela. Sebaik Kuil Aramaita tidak lagi kelihatan, Tamota bersuara dengan perlahan.
"Patik tahu yang Baginda Puteri telah melihat sesuatu yang tak patut di lihat orang kebanyakan, bukan???" Aela agak terkejut dengan pertanyaan pendeta tua itu. Dia hanya memberikan beberapa anggukan kepala tanda mengiya. "Adakah kejadian itu melibatkan perjuangan Baginda Puteri sendiri???" Buat kedua kali, anggukan kepala Aela beri sebagai jawapan pasti.
"Patik harap, apa yang telah berlaku kepada diri Baginda Puteri di kuil itu akan menjadi satu anjakan paragidma dalam misi dan visi kita bersama..." Bangawati Walda yang masih kebingungan hanya mendiamkan diri di sepanjang pembicaraan antara Aela dan Pendeta Tamota. "Kirimkanlah salam dan doa sejahtera kepada Marvyana; moga kita berjaya..."
Kali ini, Walda terperanjat besar bila nama Waliwati Marvya terpacul keluar dari mulut Tamota. Airmatanya mula berlinang lalu dia bertelut terduduk. "Akhirnya, termakbul juga hajat dan niat aku setelah sekian lama... Pertemuan yang tidak di sangka-sangka oleh sesiapa mempertemukan Sang Keramat dan Kerabat yang di amanatkan..." Tak semena-mena, Walda kepitaman.
Bersambung...