Chereads / Aela Bazea - Trilogi Yang Pertama : Bermulanya Sebuah Kembara / Chapter 4 - Sejarah Lama Yang Tersingkap Akhirnya Terungkap

Chapter 4 - Sejarah Lama Yang Tersingkap Akhirnya Terungkap

Di dalam ketidaksedaran anak keturunan dari Bangsawan Akoda itu, dia di pertemukan seseorang yang sangat dia kenali sejak sekian lama setelah dia merentasi di antara batas alam nyata dan alam separa sedar. Airmatanya berderu bagaikan air terjun yang deras melalui jeram yang sangat tinggi. Hanya satu perkataan terkeluar dari mulutnya.

"Fhilyphi!!!"

Siapa lagi kalau bukan Permaisuri Fhilyphi, ibunda Aela Bazea itu sendiri? Sungguh benaran Bangsawati Walda sangat merindui akan pertemuan sebegini dengan seorang insan yang sangat dia kasihi. Seakan bertahun lama mereka berdua berpisah jauh dari perkhabaran dan pandangan mata. Baginda Permaisuri sentiasa memberikan senyuman menawan sepanjang waktu temu mereka.

"Kau pasti akan merasa bangga melihat satu-satu anak kau menjadi manusia berguna sekarang walaupun dia tidak pernah sekali pun melihat kau, sahabatku..." Deru Airmata Walda semakin lama semakin tidak terkawal. Entah apakah caranya lagi yang boleh dia lakukan untuk memberhentikan segala esak dan tangis yang bermain di benak lubuk perasaan.

"Jika dia tahu apa yang telah berlaku pada kau; Fhiphi, aku yakin; kau akan di cari walaupun makam kau tidak bernesankan nama sebagai penanda..." Permaisuri Fhilyphi tetap tersenyum dan mula mendekati satu-satunya teman yang paling istimewa di dalam hidupnya, suatu masa dahulu. Beliau bertelut merangkul wajah Walda lalu mendakap segera.

Bangsawati Walda yang agak terperanjat cuba untuk menahan perasaan yang tidak dapat dia bendung untuk sekian lama lagi. Ibunda Aela yang mesra dia panggli 'Fhiphi', di peluk semula; seerat dan semesra yang dia berdaya. Airmatanya merembes keluar dengan lebih deras dari deru yang dia alami sebelum ini. "Oh, Fhiphi kesayanganku..."

Permaisuri Fhilyphi mengusap manja umbun jemala Walda, sahabat istimewa itu dan akhirnya membisikan kepadanya sesuatu dengan suara yang sangat sederhana untuk di dengari oleh cuping telinganya. "Kuizinkan dengan sepenuh hatiku kepada awak, duhai Walda; sahabat yangku sayangi agar terus memerhati dan membimbing Aela, satu-satunya anakandaku sepertimana yang kita hendaki bersama..."

"Kutahu awak benar-benar memegang segala janji dan sumpah yang pernah awak lafazkan kepada saya satu ketika dahulu dan saya takkan pernah melupakan walaupun kita terpisah antara dua dunia yang berbeza..." Ujaran panjang lebar dari Fhiphi itu mempunyai kesan yang sangat ketara kepada Bangsawati Walda dan itu tidak dapat di nafikan.

Semakin berderu deras lagi airmata Walda berembesan keluar. Bagaimana nak dia bertahan untuk mengawal perasaan yang makin berkecamuk antara sedih, gembira; sebak dan terharu pada masa yang sama. Permaisuri Fhilyphi berusaha meredakan gelora yang bergelogak di dada sahabat rapatnya itu. Tak semena-mena airmukanya berubah tanpa dapat Walda menduga. "Wawa, sahabatku..."

"Maafkan saya; saya pinta izin untuk pergi... Masanya sudah tiba dan saya mengharapkan yang terbaik dari awak, dan juga Aela Bazea; anakandaku satu-satunya... Saya akan mendoakan kalian dari jauh semoga tercapai segala tujuan dan impian..." Fhiphi terpaksa melepaskan rangkulan yang di rangkul Bangsawati Walda, selembut mungkin walaupun Walda tak rela.

Permaisuri Fhilyphi terus melangkah pergi dan tidak menoleh kebelakang lagi. Dari kejauhan, Walda melihat Fhiphi melambai-lambaikan tangan dengan linangan airmata membasahi pipi sebagai tanda perpisahan. Seraya dengan kejadian itu, sahabat istimewa kepada bonda Aela Bazea segera terjaga dari lena dan itu mengejutkan Pendeta Tamota dan Aela juga. "Terima kasih, sahabatku..."

---

Keadaan di Phyttha-Barrada semakin genting dan tegang semenjak ketiadaan Aela Bazea sebagai pemerintah utama negara. Kehuru-haraan yang makin memuncak memacu kepada perang saudara yang paling berdarah dalam sejarah tanahair mereka. Angka korban kedua belah pihak bertelagah makin meningkat saban hari dan jumlah itu terus bertambah dan tidak pernah sesekali berkurangan.

Pertembungan dua idealogi dan falsafah kepimpinan yang berbeza pendekatan dan pemahaman memburukkan lagi keadaan apabila ketegangan yang semakin teruk itu bertambah lebih teruk bila masing-masing menyatakan harga mati dalam pendirian dan keinginan mereka untuk menerajui tampuk tadbir urus hal ehwal nusa negarabangsa. Jangan di sangka ia bertitik-noktah di situ sahaja.

Menyedihkan, Phyttha-Barrada yang satu ketika dahulu mencapai kemuncak kemajuan dan pemodenan progresif di bawah naungan Institusi Beraja Loka tampaknya menuju ke arah kehancuran yang mereka sendiri cipta. Pelaburan dan pemerdagangan terhenti kerana di sekat oleh seluruh negara berjiran akibat sengketa yang berlanjutan antara warganegara dan pemimpin sesama mereka. Tambahan lagi.

Perekonomian semakin merundum apabila tarif deflasi menurun manakala, inflasi pula menjulang tinggi. Dalam kekacauan itu, ramai di kalangan rakyat jelata dan sebilangan pemimpin mengharapkan Onna-Kanowa yang mereka buang kembali bersemayam di singgsahsana kerajaan. Mereka semua sudah bersepakat, jika arang terconteng itu takkan pernah hilang; asalkan Aela yang terbuang, bertandang pulang.

Terbentuknya satu pasukan khusus untuk memujuk-rayu dan membujuk semula anak Raja Mahkota Tolka itu di bentuk dengan satu tujuan yang jelas lagi terang nyata. Aela Baeza harus kembali walau apapun jua cara demi Phyttha-Barrada yang mulai menghampiri era kehancuran dalam beberapa detik ketika perhitungan masa andai mereka terus mendiamkan diri.

Mereka tahu, ia bukan satu perkara yang mustahil dan juga bukan satu perkara yang mudah apatah lagi mereka sudah tidak tahu di manakah anak raja mahkota itu berada. Entah apa kesudahan ekspedisi mereka nanti; mereka akan terima dengan sepenuh hati tanpa menyalahkan sesiapa lagi. Seboleh-boleh mereka akan terus mencuba sebolehnya.

Pasukan khusus yang di ketuai oleh seorang wakil beraja, dua wakil kerajaan dan beberapa pengiring telah di putus sepakat untuk menjayakan misi tersebut. Masa sedang di perhitungkan di sebalik detak-detik waktu yang berlalu pantas. Masing-masing sudah mempersiapkan diri; baik dari segi mental, fizikal dan spiritual dek kerana misi penting itu.

Tanpa mereka semua tahu yang Aela Bazea semakin jauh dari jejak yang akan mereka ikuti; apatahkan lagi cari. Itu semua mereka tidak akan sesekali mempeduli. Biarpun mati; atau hidup sekalipun untuk mendengar penolakan mentah-mentah oleh Yang Mulia Onna-Kanowa, mereka semua takkan hiraukan. Kebodohan mereka yang buatkan dia terbuang. Itulah kenyataan.

Setelah mendapat restu dari kebanyakan orang di sekeliling mereka termasuk dari kalangan tokoh keagamaan dan kemasyarakatan di sebalik hiruk-piruk dan huru-hara yang sedang melanda; perjalanan mereka untuk menemukan semula dan mendapat kata putus rasmi dari anak gahara mahkota itu, bermula; sebaik kelengkapan, bekalan dan segala persediaan di cukupi dengan teliti.

Dengan langkah kanan, tidak memandang kebelakang; mereka semua terus pergi dan tidak menoleh ke Phyttha-Barrada lagi. Negara yang di ambang kehancuran sendiri oleh tangan para rakyat yang bertelagah sesama mereka bukan lagi urusan utama yang harus bermain di benak fikiran apatah untuk mereka memikir-mikirkan. Hanya satu yang mereka mahu; Aela!!!

Bersambung...