Setelah dia memastikan semuanya dalam keadaan baik; Pendeta Tamota mula mendapatkan semula anak gahara Raja Mahkota Tolka; Aela Bazea yang berada tidak jauh dari mana dia tinggalkan sebelum ini. Dengan nafas sengaja di buat tercungap-cungap, dia segera mendapatkan bekas anak raja Phyttha-Barrada itu secepat mungkin. "Ampun Tuanku; patik mohonkan…"
"Ya, Pendeta; kenapa kamu sebegini rupa??? Kamu bagai di kejar sesuatu yang mampu mengancam nyawa kamu… Kamu baik???" Tanya Aela; sedikit kerisauan dengan keadaan Tamota itu. "Semasa patik dalam perjalanan bertemu semula dengan tuanku, patik di kejar pembunuh upahan... Mujur patik pantas melarikan diri… Jika tidak, mati patik di kerjakan…"
Pendeta Tamota menarik nafas singkat berkali-kali dan cuba untuk menghela dengan perlahan-lahan. Aela yang kerisauan tampak mulai merasa tenang setelah dia dapat melihat lagi pendeta muda itu berada di depan kepala matanya. Dia sukar untuk percaya yang pengiring setianya itu akan di buru sebegitu. Namun dia sedikitpun tidak pula meragui.
Kerana dia percaya, Pendeta Tamota tidak berdusta jika tidak membahayakan dirinya atau orang di sekelilingnya. Dengan jarak usia berbeza dalam beberapa tahun; Aela lebih menghormati Pengamal Ajaran Evada itu dari pendeta itu menghormati dirinya sebagai bekas anak raja yang pernah memerintah sebuah kerajaan. Itu sudah menjadi satu budaya bagi mereka.
Manakan tidak, profesi orang agama di pandang sangat tinggi dan sangat mulia di sebabkan oleh kebajikan dan kebaktian mereka yang tidak pernah sirna di telan masa. Tambahan pula; tidak manis pandangan orang jika pemerintah diraja sendiri tidak menghormati golongan agamawan. Pasti mereka akan di cemuh dengan penuh penghinaan. Mengerikan, bukan???
Tamota memulakan bicara yang tertangguh di pertengahan jalan. Tiada penangguhan. "Ampun Tuanku Puteri, beribu ampun; sembah patik beri harap Tuanku Puteri ampuni… Patik ingin mengajak Tuanku Puteri mencemar duli sekiranya Tuanku Puteri memperkenankan permintaan pacal yang hina ini…" Aela memberikan isyarat untuk pendeta muda itu meneruskan bicara. "Patik berkepingin untuk…"
"Ermmm???"
"T-Tuanku Puteri; segan la patik nak khabarkan permintaan patik kepada Tuanku Puteri…"
"Kenapa pula???" Tanya Aela.
"Patik segan untuk meminta sebenarnya; Tuanku Puteri… Tak biasa bagi seorang agamawan meminta-minta sesuatu dari seseorang tanpa sebab dan alasan…" Aela menggeleng kepala.
"Teruskan saja, Pendeta; beta izinkan… Selagi terdaya; beta akan cuba penuhi permintaan Pendeta…" Balas Aela kepada Tamota, dengan sebegitu ringkas.
"Patik… Patik sebenarnya…"
"Pendeta… Jangan begini; berterus-terang saja…:
"Patik ingin Tuanku Puteri mencemar duli dengan mengikut patik dalam perjalanan yang penuh dengan kejutan…" Aela terdiam seketika. Dia bagaikan memikirkan sesuatu di benak fikirannya. "Jangan ragu, Tuanku Puteri; tiada apa yang akan merbahayakan kita…" Jamin pengamal ajaran Evada itu
Aela tidak berkata tidak dan berkata ya. Namun dia iyakan saja demi kepentingan bersama. Itu paling Aela utama. Betapa sukacitanya Tamota, hanya Tuhan saja tahu. Tatkala Bangsawati Walda sedang berhiburan, pendeta itu mengaturkan langkah kanan. Kejutan apa bakal Aela hadapkan??? Semuanya akan terjawab bila masa sudah bertepatan!!!
---
Hari demi hari, Phyttha-Barrada mula bangkit dari keterpurukannya. Kota yang dulu berantakan dengan bangunan yang hancur dan musnah dek perang saudara, mula berdiri megah dengan perlahan-lahan. Banyak hiasan dan dekorasi perkotaan di susun di sini sana. Bagaikan sistem grid pertanian, segala pohon dan pokok-pokok yang di tanam di hiasi seindah-indahnya.
Kemakmuran kota yang pernah di perintah oleh Aela Bazea itu semakin makmur hari ke hari. Berkat dari dua pihak bertelagah yang sanggup duduk semeja atas kepentingan bersama dan harapan untuk masa hadapan yang serupa di bawah seliaan dan pengawasan ketat Dewan Kaunsol. Itu yang terbaik yang termampu mereka dapat lakukan.
Kadar import dan eksport juga seimbang dari semasa ke semasa dan pertukaran matawang makin meningkat dengan pesat membuat pelan jangka panjang yang telah di rencana oleh kerajaan sedia-ada berpusat kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negara. Berdiri juga beberapa infrastruktur asas dan perindustrian ringan turut mengalakan pemodal dan pelabur masuk melabur.
Prasana awam juga di pertingkatkan dengan bertujuan mempermudahan rakyat jelata mereka untuk menjalani hidup seharian dengan lebih baik dan teratur. Tidak terhenti di situ saja, Dewan Kaunsol juga meletakan Agenda Pendidikan Sepanjang Hayat, Percuma Dan Bermakna Untuk Semua supaya Phyttha-Barrada dapat melahirkan semula para ilmuwan, cendiakawan dan agamawan seperti dahulu.
Rangka dan pelan pembangunan telah di renca dan mereka semua berharap dengan ada kerajaan sekarang, dapat mengembalikan semua kedudukan pemerintahan beraja pada tempatnya seperti sebelum ini. Mereka kesal telah mengulingkan pemerintah yang sah demi ego dan kepentingan sendiri. Namun kini tidak lagi. Mereka akan dapatkan Aela Bazea memerintah semula Phyttha-Barrada!!!
---
Dia beraksi lagi, pada malam ini; dia sangat bernasib baik dapat menjejak kembali kedua-dua orang yang sangat dia ingin jejaki sejak mereka berada di sini pada hari yang pertama lagi. Kali ini dia agak kehairanan, kenapa kedua-dua mereka menuju ke tempat yang sangat tidak biasa dari kebiasaan penjejakannya sebelum ini.
Dia dalam keheningan malam menyaksikan keajaiban dan sejarah baru tercipta di depan mata. Pedang Keramat yang sudah sekian lama tertanam di dalam Batu segera tanpa kesukaran di cabut Aela Bazea semudah mencabut pisau sapu dari sebuku mentega. Dan lebih menghairankan lagi, tidak semena-mena; Air Pancutan dari Perak itu mengalirkan air.
Dia terus menggunakan jurus rahsia lalu memotret peristiwa itu di dalam ingatan separa sedaranya. Seraya tangannya mencatit satu kod rahsia di dalam satu lagi lembaran kertas lusuh yang ada di sisinya. Kehairanan dia rupanya tidak berakhir di situ, mereka berdua segera pergi dengan Pendeta Tamota memandang tajam ke arah dia.
Dia yang sangat ketakutan terjeprak lalu menghilangkan diri dengan menggunakan jampi penghilang diri dengan kadar tidak sampai setengah dari kedipan mata. Pendeta Tamota menghela nafas lega lalu memandang anak gahara Raja Mahkota Tolka. "Tugasan kita sudah berakhir di sini, Tuanku Puteri… Izinkan patik membawa Tuanku Puteri pergi…"
Aela tidak berkata banyak, mengiya. Lalu mengikuti saja pendeta muda itu, seiringan. Pendeta Tamota berbicara dengan dirinya. "Kali ini, kejutan sebegini akan segera sampai ke Rumah Agam Pemerintah Nowda. Mujur ada saksi yang akan membuat mereka semua terpinga-pinga sebaik kami sudah tiada di Desa Eugenya…" Tamota keriangan.
Bersambung...