Setelah berkelana selama dua hari dua malam; Aela Bazea, Bangsawati Walda dan Pendeta Tamota akhirnya tiba di Desa Eugeyna yang di katakan oleh sang Pendeta itu. Desa itu kelihatan riuh dengan aktiviti perniagaan, perdagangan dan pertukangan. Baik dari seserumit ukiran kaca halus berpancaneka warna sehingga sesukar perleburan beraneka logam murni.
Seni jalanan meriah berada di sini sana berserta gemuruh pesta ria dari rumah inap dan bar-bar malam berdekatan meraikan lagi kedatangan mereka bertiga di sana. Tatapan pertama Walda, tidak lain dan tidak bukan; kulineri berprestij tinggi. Tetapi tidak bagi Tamota, dia sedang memikirkan bagaimanakah caranya dia dapat mempelawa Aela, sendirian.
Aela yang di temani oleh Pendeta Tamota hanya banyak berdiam diri dari berbicara. Entah kenapa. Detak hatinya merasakan sesuatu. Memandangkan Bangsawati Walda tiada di depan mata, Tamota menyusun kata. "Ampun tuanku puteri, patik berhajat hati ingin tuanku puteri memperkenankan permintaan patik yang tidak seberapa ini..." Aela memandang Tamota, lalu menangagguk.
"Patik ingin membawa tuanku puteri ke tempat yang istimewa yang berada di dalam Desa Eugenya ini... Patik berharap permintaan patik ini di perkenankan..." Mata Aela bersinar-sinar bila di mohon oleh Pendeta Tamota sedemikian rupa. Anak gahara Raja Mahkota Tolka itu membalas semula. "Bagaimana pula dengan Walda??? Takkan kita biarkan dia???"
"Jangan khawatir, tuanku puteri; dia pasti akan menemui kita... Yang penting, kita harus bergerak sekarang, sementara masih malam...," ujar Tamota dengan penuh hemat. Sekali lagi Aela mengangguk kepala tanda dia mengiya. Dengan ketiadaan Bangsawati Walda, Tamota dengan mudah akan dapat membuat kejutan pada semua penduduk Desa Eugenya; di keesokan harinya.
---
Ekspedisi membawa pulang Aela Bazea terhenti di Kuil Aramaita setelah beberapa hari Aela Bazea bersama pedampingannya sudah pergi dari tempat keramat itu. Ketua ekspedisi mengarah orang-orang ikutannya mengumpul sebanyak mana maklumat berkenaan dengan anak gahara Raja Mahkota Tolka dan dari apa yang mereka perolehi adalah dia pernah datang ke sini.
Setelah beribadat untuk seketika, mereka pergi dari keramaian bersama maklumat yang telah di perolehi dari para penziarah, pendeta dan juga rahib Kuil. Apa yang mereka tahu, Aela Bazea bersama dua pendampingnya pernah singgah ke sini dan pergi tanpa meninggalkan sebarang khabar kerana waktu itu penuh dengan keramaian di sini sana.
Ketua ekspedisi mengurut-ngurut manja jangggutnya yang cipuk itu sambil memikirkan sesuatu. Memandangkan Kuil Aramaita bukan sebarangan tempat ibadat, dia menyimpulkan yang Pendeta Tamota yang membawa anak raja itu ke sini. Seperti ada sesuatu yang penting terjadi sebelum mereka semua pergi dari tempat keramat itu. Benak tuanya bagaikan mengiya perkara itu.
Para pengikutnya mendatangi satu persatu dan mengesahkan apa yang sedang bermain di benak fikirannya, cuma perkara penting yang berlaku itu kepada bekas Pemerintah Beraja Phyttha-Barrada; tiada siapa yang dapat menjawabkan. Sebelum kejauhan dari Kuil Aramaita itu, dia melihat Waliwati Marvya Ketiga sedang melambai-lambai dengan senyuman dalam pakaian serba putih berselendangan.
Matanya terpaku seketika; setelah itu bila di usap-usap, ketua ekspedisi tidak dapat melihat kembali figura perempuan keramat itu. Perempuan yang kelihatan muda itu bagai hilang tanpa jejak dan entah kemana perginya. Tanpa berfikir panjang, dia menyusun anak buahnya dan meneruskan lagi pencarian mereka; sehingga anak raja itu di jumpai mereka.
---
Phyttha-Barrada mula membangun dari asas selepas menjadi arang dan debu. Perang saudara sudah usai; Majlis Tentera pula di hukum dengan melaksanakan tugas-tugas sivil dan pemerintahan di atur setelah di meterai aku sumpah antara dua pihak bertelagah. Perjuangan masih jauh namun perjalanan yang penuh onak dan liku sudah mula di harungi.
Mereka tiada pilihan melainkan mereka harus melakukan sesuatu dari tidak melakukan apa-apa. Ketiadaan anak gahara Raja Mahkota Tolka terpaksa mereka telan dengan mengandaikan bahawa Aela Bazea sudah tiada. Kembara untuk memujuk anak raja itu bagi kebanyakan mereka sudah gagal dalam misi mereka. Akhirnya mereka bersepakat menjadikan Pemerintahan Beraja sebagai simbolisma.
Kerajaan Bersama yang di perakukan sebelum ini telah di mansuhkan dan kembalikan semula kepada Kuasa Rakyat berdampingan dengan Dewan Kaunsol sebagai Kerajaan Timbangtara. Manakala sistem utama negara masih kekal sama seperti dahulu, iaitu Sistem Parlimen Berpelembagaan. Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar tanpa halangan. Itu satu perkara yang agak menenangkan.
Dewan Kaunsol sangat berpuas hati dengan perancangan yang di rancangkan ketika ini. Walaupun masih punya kekurangan, Dewan Kaunsol percaya; mereka semua dapat bekerjasama demi masa hadapan Phyttha-Barrada yang lebih cerah. Kerajaan Timbangtara pula sudah menunjukkan prestasinya setelah di perakui dan di sepakati secara sah untuk menjadi wakil kepada rakyat jelata.
Sudah tentu rakyat jelata mengharapkan sesuatu yang baik dan lebih baik dari semua ini. Apa yang telah berlaku harus di biarkan berlalu. Masa sekarang adalah masa untuk hari esok dan masa depan. Mereka tidak boleh berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Jika tidak, sia-sia sajalah segala apa yang telah mereka usaha-samakan.
---
Dia sendiri; di temani dengan kegelapan malam, mengatur langkah berhati-hati. Dia tidak mahu terlalu dekat dan dia juga tidak mahu terlalu jauh dari keberadaan Aela Bazea bersama pengiringnya, Pendeta Tamota. Jika terlalu dia dekat, dia akan ketahuan dan jika dia terlalu jauh pula; mereka berdua akan terlepas dari pandangan dia.
Dia, bukan seorang pembunuh upahan dan dia juga bukan seorang pengintip berbayar. Tetapi dia merasa sesuatu yang aneh sejak anak Raja Mahkota Tolka itu berada di Desa Eugenya. Perempuan muda itu tidak biasa di matanya. Seperti ada sesuatu rahsia di sebalik kehadirannya. Dia cuba untuk mencari dan merungkai sendiri segalanya.
Lelaki itu semakin hairan apabila kedua-dua orang asing itu tiba-tiba mengambil jalan sendiri dan langkahnya mati di situ. Dia merasa rugi, jejak mereka tidak dapat di ikuti lagi. Di hatinya berbisik sesuatu.
Mereka ini bukan calang-calang orang. Pasti ketibaan dan kepergian mereka akan mengejut semua orang... - Bisik hati kecilnya.
Tanpa ada banyak bicara, dia mencatat segala apa yang telah dia ketahui di dalam satu lembaran kertas lusuh lalu kertas itu di simpan kemas di dalam pundik peribadinya. Itu akan menjadi satu nota yang berharga bila tiba masanya. Buat masa ini, dia harus bersabar. Keberadaan mereka masih boleh di jejak.
Menggunakan teknik dan jampi mentera tertentu, dia menghilang diri dari pandangan dalam sekelip mata. Tiada jejak; tiada apa yang tertinggal. Jejak Aela Bazea dan pengiringnya akan dia jejak lagi nanti apabila dia punya kesempatan. Buat masa ini; dia harus merehatkan diri. Tatkala dia tidak ketahui, Pendeta Tamota memulakan gerak langkahnya
Bersambung....