Melihat Bangsawati Walda mula tersedar dari kepitaman, Aela Bazea dan Pendeta Tamota memberikan dia masa untuk merehatkan diri. Di bawa anak Bangsawan Akoda dari Patina itu ke khemah beradu miliknya. Aela dan Tamota kembali bersembang. Di balik unggun api yang masih berbarakan kayu-kayan yang terbakar. "Rasanya; kembara kita masih jauh..."
Aela angguk kepala tanda mengiya kata-katanya. "Apa yang kita perlu lakukan sekarang; tuanku Puteri Mahkota???" Aela pandang Pendeta muda itu dan Pendeta muda itu juga memandang dia kembali. Terdapat rasa musykil dan gusar di balik kedua-dua pandangan di antara mereka. "Mahu saja beta teruskan kembara ini walaupun tiada penghujung kisah..."
Pendeta Tamota paham benar apa yang cuba di sampaikan oleh anak gahara Raja Mahkota Tolka itu. Namun dia tidak mengendahkan dan membiarkan Aela menyambung semula pembicaraannya. "Mungkin selepas ini, perjalanan kita akan mulai sukar kerana harus meredah lembah yang beronak-liku dan gunung-ganang yang tinggi..." Kali ini Tamota angguk tanda mengiya.
"Kalau tuanku Puteri Mahkota tidak keberatan; masih banyak lagi tempat-tempat menarik di sepanjang kembara tuanku puteri bersama dengan kami untuk di kunjungi..." Aela agak terperanjat bila Pendeta Tamota memberikan ujaran sebegitu rupa. Itu bukan tujuan utama mereka tetapi tidak salah rasanya jika perjalanan mereka di penuhi dengan hal-hal berkaitan agama.
Sudah lama dia tidak merasa dapat berkunjung ke tempat-tempat sebegitu penting dan khusus yang ada di luar Phyttha-Barrada. Sebagai contoh; Kuil Aramaita yang dia dan mereka kunjungi dahulu. Dia takkan pernah sesekali melupakan pertemuan dia dengan Waliwati Marvya Ketiga dari sudut yang sangat peribadi. Dia tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali.
Melihat Aela Bazea tersenyum sendirian membuatkan hati Pendeta itu keriangan. Sudah sekian lama sejak kembara mereka dia tidak melihat senyuman sebegitu manis terukir di raut wajahnya. Dari hemat Tamota, ini bersalingkait dengan apa yang telah di alami anak raja itu sendiri semasa di Aramaita dahulu. Pendeta Tamota mengaturkan semula bicara.
"Mungkin lepas ini kita bertiga akan menziarah Permakaman Diraja Sownya..." Aela kelihatan agak pelik di situ. Dia bagai memikirkan sesuatu. "Sownya... Ermmm... Bukankah Permakam Diraja Sownya itu tempat di makamnya beberapa pahlawan dan srikandi dari berbagai babad dan mitos sejarah?!" Pendeta Tamota angguk kepala sambil memberikan senyuman manja tanda mengiya.
Aela mungkin pertama kali dapat mendengar tempat sedemikian. Tidak seperti Tamota, dia banyak mengembara sepanjang menjadi pendeta di sepanjang hidupnya. Jika tidak, takkan mungkin Manuskripsi Xili berada di dalam simpanannya. Barangkali, ini masa yang sesuai untuk anak raja itu pelajari kehidupan di luar Phytta-Barrada. Itu saja satu-satunya hasrat Pendeta Tamota.
"Kalau itu hendak pendeta; beta turutkan..." Pendeta Tamota tunduk merafak sembah kepada anak raja itu... "Dengan syarat beta; kita akan teruskan kembara beta keluar dari permasalahan... Luar dari kongkongan orang..." Pendeta itu paham benar kenapa tuanku Puteri Mahkota meletak permintaan sebegitu rupa kepada dirinya. Mana mungkin pisang berbuah dua kali???
Tamota ternyata sudah sedia maklum bahawa anak raja itu sudah terkesan secara peribadi dengan apa yang telah dia lalui. Pengkhianatan itu masih lagi terasa dan takkan mudah untuk Aela lupakan walaupun sesaat. Jika dia beri peluang kedua; entah Bazeana itu mahu menerima atau tidak. Semakin hari semakin terserlah ketidakpedulian Aelaylanya.
Anak gahara itu tidak memdendami mereka tetapi untuk melupakan segala apa yang mereka lakukan itu yang susah untuk dia hadapkan. Di khianati sedemikian rupa di depan rakyat jelatanya sendiri sungguh sukar untuk di terima dengan berlapang dada. Majlis Tentera yang Aela harapkan; Majlis Tentera juga yang menikam dia secara berdepan.
Sakitnya pengkhianatan yang Bazeana itu rasa tak dapat untuk Pendeta Tamota pahami. Itu sedikit sebanyak merubah pola pemikiran anak gahara itu untuk beberapa ketika. Tamota cuba untuk mengubati hati Aela pada masa yang sama; dia dapat untuk lengkapkan misi peribadinya, menziarah banyak lagi monemen-monemen penting yang berada jauh dari Phyttha-Barrada.
"Kita rehat dahulu sampai Bangsawati Walda memberikan kita lampu hijau untuk ke Permakaman Sownya pula...," Ujar Pendeta Tamota kepada Aela. Aela tidak teragak-agak untuk mengiyakan permintaan Tamota kerana mereka sudah memberi persetujuan dari keputusan sesama mereka. "Apapun, dapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan hari esok..." Pinta Aela kepada Pendeta Tamota.
Pendeta Tamota mengangguk kepala tanda mengiya dan meninggalkan Aela Bazea masih terjaga sedang menguis-nguis bara unggun api yang masih ada untuk menjadi satu unggun api dan di letak kayu-kayan baru yang kering untuk di bakarkan semula menjadi api. Masih banyak perkara yang bermain di benak anak gahara ini. Dia bermonolog.
Bagaimana dengan kembara aku nanti... Perjalanan aku masih jauh dan banyak perkara yang masih belum selesai... Aku tahu ini bukan perkara yang mudah tetapi ianya satu perkara yang perlu untuk aku hadap di masa mendatang...
Aela mula di cengkam rasa mengantuk lalu dia pun masuk tidur ke dalam khemah miliknya.
---
Keluar dari Phyttha-Barrada yang semakin huru-hara, ekspedisi untuk mencari dan memujuk kembali Aela Bazea sudah berkembara beberapa ketika hingga mereka mendapat maklumat yang anak raja itu singgah ke Kuil Aramaita. Jejak terakhir yang mereka semua tahu, sudah beberapa purnama berlalu. Walaupun begitu, mereka agak berpuas hati bahawa maklumat itu benar.
Sekarang pemimpin ekspedisi agak kebingungan untuk mengorak langkah dari mana ke mana. Sebolehnya dia dan beberapa orang bawahannya ingin mengutip lagi maklumat sebanyak mungkin sebelum mereka semua menyambung semula perjalanan yang terhenti buat seketika. Dia mengarahkan beberapa orang dari kumpulan mereka untuk meneruskan misi; mencari segala kemungkinan maklumat yang ada.
Pemimpin kembara ekspedisi mencari dan membujuk anak gahara Raja Mahkota Tolka itu cuba untuk memberi kesimpulan berani dari segala maklumat dan jawapan yang dia telah perolehi.
"Mulai esok; ekpedisi kita akan berpecah kepada tiga kelompok kecil... Inilah saja cara paling berkesan untuk mempercepatkan pencarian kita..." Kebanyakan dari mereka mengangguk-angguk kepala.
"Saya sendiri akan mengetuai kelompok pertama dalam ekspedisi ini... Sebarang perkhabaran atau maklumat tambahan yang akan di perolehi nanti, kita saling berutus surat dengan kaedah pesanan burung merpati... Ada sebarang cadangan lagi???" Orang-orang bawahannya menggeleng kepala. Tanda yang mereka tiada apa-apa lagi perbincangan untuk di bincangkan. "Kalau begitu; bersiap esok!!!"
Semua orang yang berada di bawahan kepimpinannya mula bersurai dari meja perundingan. Dia bersendirian untuk seketika. Masih banyak perkara yang mahu dia selesaikan segera. Berkaitan Aela Bazea, Phyttha-Barrada dan ekspedisi mereka. Dia sudah tahu, tanggungannya berat tetapi dia tetap mahu memikul kesemuanya kerana dia telah di amanah dan di pertanggungjawabkan.
Bersambung...