Ayiiz, pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain. Namun, baru hari pertama dia wujud di sekolah itu. Dia digilai ramai pelajar perempuan. Mungkin kerana rupa, mungkin juga kerana IQ nya.
'Hana, kalau kamu Ada terserempak Ayiiz panggilkan dia untuk saya' Arah pengurus asrama. Hana cuma mengangguk tanda faham. Dalam perjalanan Hana untuk ke dewan besar, dia terserempak Ayiiz.
'Eh Yiiz, pengurus asrama nak jumpa, nak bagi surat kemasukan asrama tak silap aku.' Hana sampaikan apa yang diamanahkan untuknya. Namun dia dipandang sinis. ' Macam ni ke budak perempuan sekolah ni bercakap? kasar nya.'
Hana terdiam, tidak berkutik. Dia cuba memproses kembali ingatan yang tidak sampai 5 minit. Bahagian mana yang dia kasar ni? Pelik. Kemudian baru dia ingat. Oh lupa pulak, ex budak sekolah agama kan. Dia terus tembak tanpa tarik picu. Tak bagi salam macam buat dosa besar je eleh. Hana terus langkah. Tinggalkan Ayiiz sendiri.
Hana terkenal dengan sikapnya yang kasar. Mana taknya, senior lelaki yang paling senior pun dia bahasakan 'aku kau'. Bukan apa. Bagi Hana, panggilan sebegitu tidak patut dilabel dan dianggap sebagai kurang ajar. Dia cuma selesa begitu. Namun, dia tetap lembut pada fitrahnya.