"Balqis." Aisya muncul di hadapan pintu kaca sambil tersengih.
"Aisya, bukan kau ka kau patut sedang bercuti ka?" Balqis sedikit terkejut.
"Ya, memang patutnya aku sedang berseronok di kampung tapi disebabkan oleh aku risaukan seorang kawan baik aku ni, aku kena balik KL." Beritahu Aisya mengambil tempat dihl hadapan Balqis.
"Risaukan aku? Aku okey la. Mak kau macam mana?" Balqis hairan dengan alasan yang diberitahu oleh Aisya.
"Mak aku dah keluar hospital kemarin. Dia suruh balik sini teman kau masa hari perkahwinan kau. Dia cakap kau sudah banyak tolong family kami so bila lagi nak balas jasa kau." Jawab Aisya. Dia memang beruntung dapat seorang kawan sebaik Balqis. Jika familynya mengalami masalah pasti ada sahaja dia membantu.
"Aku tak kisah. Kesihatan mak kau lebih penting. Aku dah anggap mak kau macam mak aku sendiri. Kalau dia sakit aku juga susah hati."
"Thanks for everything, beb. Satu lagi aku nak tanya."
"Tanya apa?"
"Kau dengan Raykal ada masalah ka?" Tanya Aisya. Dia dapat ramalkan ada perkara tidak kena melalui raut wajah sahabatnya itu.
"Aku dengan Raykal okey ja tapi aku confused sekarang." Balas Balqis sedikit kendur.
"Kenapa pula? Kau nak kahwin minggu depan tau. Kau jangan main-main." Aisya pelik dulu bukan main Balqis bercinta dengan tunangnya tapi sekarang confuse pula.
"Beb, jom kita pergi lunch. Nanti kat sana aku cerita." Balqis mengambil beg tangannya.
"Kau nak cerita apa?" Aisya sudah tidak sabar mendengar cerita daripada sahabatnya itu.
"Kau ingat tak adik Raykal yang aku cerita pada kau hari tu?"
"Ingat tapi kenapa dengan dia? Kau jangan cakap kau jatuh cinta kat dia. Aku tumbuk kau." Aisya sudah mengenggam penumbuk.
"Tak adalah sampai jatuh cinta tapi aku just rasa lain. Kau tahu tak dia tahu rahsia yang aku tak pernah beritahu sesiapa kecuali ibu dengan ayah aku sahaja. Dia macam tahu sahaja semua pasal aku sedangkan aku tak pernah kenal dia. First time aku jumpa dia pun masa ambil dia kat airport hari itu." Balqis hairan dengan segala pengetahuan Rayyan tentang dirinya melebihi daripada tunangnya sendiri.
"Mungkin dia kawan kau masa kecil dulu? Bukan kau pernah cerita yang selalu mimpi ada seorang budak lelaki selalu bermain dengan kau tapi suatu hari budak lelaki itu tinggalkan kau. Mungkin dia dengan budak lelaki itu adalah orang yang sama?" Balas Aisya.
"Entahlah. Aku pun tak tahu tapi setiap kali mata kami bertembung aku rasa perasaan lain. Perasaan yang aku tak pernah rasa bila dengan Raykal." Balqis mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Mungkin perasaan kau saja. Abaikan jelah. Buat pening kepala kalau fikir. Apakata yang kah fokus pada perkahwinan kau sekarang. Bukan kau kata kau nak ambil baju pengantin hari ni ka?" Aisya mengubah topik.
"Tak jadi. Dia cakap ada urgent meeting pulak. Semakin dekat hari perkahwinan kami lagi dia sibuk. Aku tak fahamlah." Balqis mengeluh panjang.
"Sabarlah. Mungkin saat ini Allah mahu uji kekuatan dan kesabaran korang berdua. Mungkin dia nak habiskan kerja supaya lepas dia kahwin dia ada banyak masa dengan isteri dia yang tercinta." Usik Aisya tersenyum nakal.
"Macam-macamlah kau ni."
"Wei, tengok tu." Aisya menunjuk ke arah beberapa orang pelanggan yang baru sahaja masuk.
"Kenapa?"
"Kau tengoklah sendiri. Ada artis favorite aku." Muka Aisya terus berubah riak wajah. Wajahnya menggambarkan perasaan teruja.
"Kau kenal dia ka?" Tanya Balqis melihat ke arah susuk tubuh yang dimaksudkan oleh Aisya. Riak wajahnya seperti sedikit terkejut.
"Kenal sangat. Kau tak kenal ka?" Tanya Aisya pula.
"Tak. Siapa dia?" Balqis cuba tenang.
"Meh, aku kenalkan."
Balqis pura-pura menunjukkan muka teruja. Teringin juga dia ingin tahu tentang lelaki yang menjadi kegilaan sahabatnya tu.
" Nama dia Rayyan Mikhail. Artis baru tapi sejak drama first dia berlakon terus dia jadi top. Aku suka tengok drama dia. Now, aku dengar dia baru dapat job berlakon kat luar negara. Bertuah sungguh dia. Baru saja jadi pelakon sudah dapat job yang besar-besar. Dia ada master dalam marketing tau. Satu lagi aku dengar pasal dia anak Ceo syarikat besar. Bertuah betul siapa jadi isteri dia. Sudahlah berduit, hensem, pandai, baik bak kata perfect." Aisya tersenyum sambil mencerita tentang artis kegemarannya.
"Yelah tu perfect."
"Kau tak baik cakap macam itu. Kau tak kenal dia tapi aku rasa dia sesuai jadi prince charming kau la." Balas Aisya.
"Prince charming aku? Sya, aku sudah nak kahwin kut. Prince charming aku sudah lama aku jumpa." Ujar Balqis. Memang tidaklah dia mahu jadikan Rayyan sebagai prince charming dia. sudahlah annoying.
"Mana nak tahu. Jodoh last minit." Aisya mengangkat bahu.
"Patutnya kau doakan aku dengan Raykal tu berjodoh panjang. Ini tak cakap benda2 bukan-bukan." Balqis geram.
"Sorry, aku gurau jer. Aku sebagai kawan kau sentiasa mendoakan apa yang terbaik untuk kau. Aku tak nak tengok kau sedih." Ujar Aisya.
**********************************
Deringan telefon membuatkan Balqis terus menuju ke meja soleknya mencapai telefonnya.
"Assalamualaikum." Sapa Balqis lembut.
"Wa'alaikumussalam. Abang nak jumpa Balqis sekejap boleh. Ada perkara abang nak beritahu Balqis." Beritahu Raykal.
"Boleh, abang kat mana sekarang?" Tanya Balqis.
"Depan rumah Balqis."
"Kenapa abang tak masuk dulu?" Balqis hairan selalunya jika tunangnya mahu berjumpa dgnnya pasti tunangnya itu akan masuk ke dalam rumahnya dulu berjumpa dgn ibu dan ayahnya.
"Lain kali, abang nak cepat."
"Okey, tunggu sekejap. Balqis keluar." Balqis segera menamatkan panggilan dan mencapai sweater dan tudung.
"Balqis, kamu nak ke mana malam2 ni?" Tanya puan Maisarah melihat anak yang meluru ke pintu utama.
"Nak jumpa abang sekejap." Balas Balqis.
"Kenapa tak ajak dia masuk dulu?"
"Dia kata nak jumpa sekejap saja." Balqis melangkah keluar dari rumah itu. Dia melihat Raykal sudah berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya.
"Kenapa abang nak jumpa balqis?" Tanya Balqis setelah dia berdiri di hadapan tunangnya itu.
"First, abang nak minta maaf pada Balqis." Ucap Raykal.
"Minta maaf? Abang mana ada buat silap dgn Balqis. Why abang nak kena minta maaf?" Balqis rasa tidak sedap hati dgn perlakuan Raykal.
"Abang perlu juga. Abang sudah buat kesalahan yang besar dgn Balqis."
"Apa maksud abang? Balqis tak faham." Balqis makin keliru. Pelbagai tanda tanya timbul di fikirannya.
"Abang rasa kita tak boleh teruskan perkahwinan ini."
"Abang jgn merepek. Majlis itu akan berlangsung minggu depan. Abang jangan main-main. Tak lawaklah." Riak wajah Balqis bertukar cemas.
"Abang serius. Abang betul2 tak boleh nak teruskan perkahwinan ni."
"But why? Balqis ada buat silap?"
"Tak, Balqis tak buat apa-apa.Abang yang buat silap. Semua salah abang. Abang sebenarnya.... " Lidah Raykal kelu untuk beritahu perkara sebenar di hadapan gadis yang disayanginya.
"Sebenarnya apa?" Balqis mendesak.
"Abang sudah berkahwin. Abang tak boleh tipu Balqis. Abang tak mahu Balqis kecewa." Jelas Raykal sedikit kendur.
"Abang tipu kan? Abang cuba beritahu Balqis abang sengaja usik Balqis kan? Semua ini tak betul kan?" Airmata mula menakung di tubir matanya.
"Abang minta maaf." Ucap Raykal perlahan sambil menunduk. Dia rasa tidak kuat melihat gadis di hadapannya mengalir air mata tapi dia mahu hati gadis itu lebih terluka.
Raykal melangkah ke arah keretanya dan menarik keluar seorang wanita yang memakai baju kurung cotton lalu merapati Balqis yang sedang menangis.
"Ini isteri abang. Kami sudah menikah 3 bulan yang lepas."
"Selama ini abang tipu Balqis. Abang curang dgn Balqis. Abang penipu!" Balqis terduduk.
Puan Maisarah dan Encik Fakhrul segera melangkah keluar mendengar jerkahan anaknya.
"Balqis, kenapa ni?" Tanya Puan Maisrah mendapatkan anak perempuan yang terduduk.
"Ibu tanya si penipu tu. Apa yang dia sudah buat?" Balqis menunding jari ke arah Raykal.
"Apa hal ni, Raykal?" Tanya Dato Fakhrul.
"Rayykal betul minta maaf pada family Uncle. Majlis perkahwinan Raykal dgn Balqis terpaksa dibatalkan." Beritahu Raykal.
"Kenapa? Family kamu dgn family uncle semua sudah buat persediaan. Mana boleh kamu batalkan macam itu sahaja. Mana kami nak letak muka."
"Raykal terpaksa buat semua ni. Raykal tak nak Balqis hidup dalam penipuan."
"Penipuan?"
"Ya, Raykal sudah menikah tiga bulan yang lepas dgn wanita ni. Masa itu Raykal fikir kalau dirahsiakan tidak menjadi masalah tapi makin lama Raykal makin tak dapat menanggungnya. Raykal betul-betul minta maaf pada Uncle, aunty terutama sekali Balqis."
"Family kamu sudah tahu?"
"Sudah, Raykal sudah jelaskan pada mereka dan mereka minta untuk Raykal sendiri yang berterus terang pada family uncle. Uncle jangan risau saya tak akan ganggu Balqis lagi. Lepas ni saya akan bertolak ke Amerika dan menetap di sana."
"Papa, suruh dia balik. Balqis benci tengok muka dia." Balqis bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah."
"Balqis." Puan Maisarah mengejar langkah Balqis.
"Kamu baliklah. Pasal Balqis lama-lama dia akan faham." Dato Fakhrul menepuk bahu Raykal sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Terima kasih, uncle sebab faham keadaan saya."