"Apa kau nak balik Korea lusa?" Terkejut Aisya mendengar apa yg diberitahu oleh Balqis.
"Iya, aku rasa sudah tak ada kepentingan aku tinggal kat Malaysia. Nak kahwin bakal suami sudah tinggalkan aku." Balqis cuba ketawa menutup dukanya yang masih berada di hatinya. Sesungguhnya dia kecewa tapi dia bersyukur Allah masih beri dia kekuatan untuk hidup.
"Sabarlah, aku doakan kau dpt jodoh yang terbaik. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau sebab itu Allah tak takdirkan kau dgn dia. Jgn sedih. Lagi satu, kau sudah beritahu ibu dan ayh kau?" Aisya memeluk bahu sahabatnya itu. Dia juga turut bersedih dgn apa yang terjadi pada sahabat baiknya itu.
"Sudah, mereka ikut sahaja keputusan aku. Mereka cakap maybe di sana aku boleh cepat lupakan apa yg berlaku di sini. Lagipun banyak perkara yang aku perlu selesaikan di sana. Kau jgn risau pasal aku. Aku akan okey." Balas Balqis tersenyum walaupun tawar.
"Aku tak boleh temankan balik sana sebab aku perlu teman mak aku buat operation tapi aku janji lepas mak aku sembuh aku terus balik sana." Beritahu Aisya. Dia perlu temankan emaknya yang akan menjalani pembedahan kecil.
"Tak apa aku faham. Lagipun abang aku kan kat sana buat sementara. Dia boleh temankan aku. " Beritahu Balqis.
"Serius, abang kau pergi sana?" Aisya mula teruja.
"Ya, katanya dia akan projek dgn syarikat korea. Projek apa aku tak tahu la. Kau sukalah tu." Usik Balqis. Bukannya dia tak tahu sahabat baiknya sudah lama simpan perasaan terhadap abangnya sejak zaman sekolah menengah lagi. Katanya cinta pandang pertama.
"Mana ada? Aku tanya saja. So aku tak perlu risaukan kau sangat."
"Yelah tu, Mcmlah aku baru kenal kau hari ni."
"Balqis, Aisya." Panggil kak Za di muka pintu.
"Ada apa, Kak Za?"
"Siapa?" Tanya Balqis lagi.
"Katanya kawan masa sama kanak-kanak Balqis dulu." Jawab Kak Za.
"Entah-entah budak lelaki yang kau selalu cerita itu?" Aisya meneka.
"Dia kat mana sekarang? "
"Kat depan." Beritahu Kak Za.
"Okey, thanks." Balqis terus meluru keluar. Dalam hati terus berharap dapat berjumpa dengan budak lelaki itu dan banyak soalan yang dia mahu bertanya kepada budak lelaki itu. Kaki Balqis terhenti melihat susuk tubuh yang duduk di sofa berhadapan dengannya.
"Rayyan, jom kita selfie." Seorang pekerja mendekati Rayyan yang berada di sofa.
"Apa filem abang akan datang?"
"Now abang tengok shoot filem aksi so nanti korang kena tengok." Balas Rayyan.
Balqis hanya memeluk tubuh melihat adegan di hadapannya dan pada masa yang sama timbul sedikit perasaan cemburu dalam hatinya. Pelik.
"Wah, tak sabarnya nak tengok." Teruja pekerja perempuan itu.
"Cik Balqis." Semua pekerja terus bangun melihat Balqis berdiri di hadapan mereka.
"Apa kata you guys sambung kerja korang." Arah Balqis mendekati mereka yang berada di situ.
"Okey." Balas pekerjanya.
"And for you. Kalau datang sini nak kacau pekerja i baik you balik." Balqis memandang ke arah Rayyan yang berkaca mata hitam. Matanya menikam mata Rayyan di sebalik kaca mata itu.
"Buat apa i nak kacau pekerja you. Baik i dtg kacau my future wife." Selamba Rayyan membalas.
Mata Balqis membulat mendengar perkataan future wife dari mulut Rayyan.
"Apa yang you cakap ni? You sudah gila ka?" Marah Balqis.
"You sudah lupa?" Rayyan mendekati Balqis.
"Apa yang i lupa?" Balqis tidak faham.
"Pasal pertaruhan kita?"
"Pertaruhan?" Balqis cuba ingat kembali.
"I ingat you main-main saja. You serius?" Balqis memperlahankan suaranya tidak mahu pekerjanya mendengar perbualan mereka.
"I tak pernah main-main. Apakata you ambil barang you sekarang. Banyak lagi kerja kita nak buat. " Balas Rayyan.
"Kerja apa?"
"Pergi ambil or i umumkan sekarang perkahwinan kita." Arah Rayyan.
"Bila masa i setuju nak kahwin dengan you?"
"Fine. You guys dengar sini.." Jerit Rayyan membuatkan beberapa pekerja dan pelanggan melihat ke arah mereka.
"Okey, i pergi ambil." Balqis melangkah dengan tidak puas hati.
"Qis, kau nak pergi mana?" Tanya Aisya melihat Balqis kelam-kabut mengemas barangnya.
"Aku ada hal. Nanti kau tutup butik yer." Beritahu Balqis.
"Kau ada masalah dengan Mamat depan tu?" Tanya Aisya dapat merasakan sesuatu yang disembunyikan oleh Balqis.
"Tak adalah. Aku gerak dulu. Bye." Balqis terus meluru keluar.
"I rasa kita perlu berbincang." Beritahu Balqis menuju ke kereta milik Rayyan
"Berbincang untuk??" Rayyan sengaja buat-buat tak faham.
"Pasal kita." Jawab Balqis.
"Pasal kita?"
"Ya, pasal kita. You betulka nak kahwin dengan i?" Tanya Balqis menghentikan langkahnya.
"You ingat i betul-betul nak kahwin you ka? Memang taklah. You're not my taste." Balas Rayyan sinis.
"So tadi you tipu i jelah?" Balqis inginkan kepastian. Kenapa dia betul-betul rasa kecewa?
"I nak tanya you. You cintakan i tak?" Rayyan mendekatkan jaraknya. Cermin mata yang dipakai olehnya diturunkan sedikit membuatkan mata mereka bertembung.
Balqis terdiam seketika. Entah jawapan apa yang patut dijawab olehnya. Dia sendiri tidak tahu perasaannya sendiri ketika ini.
"Tak boleh jawab kan? Buat apa i nak kahwin dengan perempuan yang tak cintakan i." Ujar Rayyan setelah melihat Balqis berdiam diri sahaja.
"Apa niat sebenarnya you datang kedai i? Kalau nak sakitkan hati i, buang masa you saja sebab sia-sia saja." Balqis memeluk tubuh. Geram pula hatinya.
"You pernah dengar tak alasan 'Just for fun'." Balas Rayyan. Makin dia suka melihat Wajah Balqis yang berubah.
"What?" Makin bertambah geram.
"Napa terkejut?" Rayyan menjongket keningnya.
"Malas i layan you. Menyakitkan hati saja." Balqis mengorak langkah meninggalkan Rayyan. Sakit hati betul dibuatnya.
"Padan muka kau Rayyan daripada nak ajak berbaik, kau pergi cari pasal lagi dengan dia." Ujar Rayyan sendirian mula mengikuti langkah Balqis dari belakang tapi langkahnya terhenti mendengar deringan daripada telefon miliknya.
"Kau kat mana sekarang ni?" Terjah pengurusnya merangkap kawan baiknya sendiri, Hakimi.
"Aku kat Shah Alam. Kenapa?" Balas Rayyan matanya mencari kelibat Balqis Yang hilang.
"Kau jangan lupa malam night kau ada interview filem baru kau." Hakimi mengingatkan kawan baiknya itu
"Mana dia pergi?" Rayyan masih mencari kelibat Balqis.
"Kau cakap apa?" Tanya Hakimi.
"Tak ada apa-apa. Aku letak dulu."
"Ray. Haish." Hakimi mengeluh sendirian.
"Mana dia ni?" Rayyan melangkah mencari Balqis. Kakinya terhenti melihat kereta Balqis berlalu pergi di hadapannya.
"Good job, Rayyan. Sekarang dia pergi dah." Rayyan terus meluru ke arah keretanya.
*************************
Balqis melabuhkan punggung di sebuah kerusi di taman berdekatan dengan butiknya. Dia cuba menenangkan fikirannya. Kenapa dia berasa terlalu kecewa dengan sikap Rayyan tadi?. Dia mengeleng kepala beberapa kali. Tidak mahu dia mengingati pekara itu lagi.
"Kenapa kau bodoh sangat Balqis? Dia terang-terang tengah mainkan kau takkan kau tak nampak." Monolog Balqis.
"Are you okey?!" Sapa suara garau yang duduk di sebelahnya.
"Memang taklah aku okey. Suka hati dia ja nak mainkan aku macam itu. Ingat aku ni tak ada perasaan ka?" Luah Balqis menunduk memandang tanah.
"You ada perasaan kat dia ka?" Tanya suara itu lagi.
"Ofcourse tidak." Balqis menggeleng kepala.
"Tapi kenapa you kecewa?"
"I bukan... You ni kenapa nak...." Balqis mengangkat kepalanya memandang ke sebelah. Terbeliak biji matanya melihat susuk tubuh di sebelahnya. Riak wajahnya terus berubah.
"Kenapa berhenti? Teruskan i nak dengar apa yang you cakap." Balas Rayyan memadang ke arah Balqis.
"Macam you tahu i kat sini?" Tanya Balqis kembali.
"Sebab jodoh kita kuat." Jawab Rayyan tersenyum.
"Haha, lawak." Balqis pura-pura ketawa.
"Lawak kan?"
"Tak langsung." Terus Balqis berubah riak wajah.
"Tak lawak ka? So bagitahu i macam mana nak bagi you rasa lawak?" Ujar Rayyan menggaru kepalanya.
"You ni nak apa sebenarnya?" Balqis geram.
"I nak you." Balas Rayyan ringkas.
"What?"
"Yes, i nak you jadi hak milik i." Ujar Rayyan lagi sambil mengangguk.
"Gila." Balqis bangun melangkah pergi.
"Iriana Balqis, I serius kali ni. I nak jadikan you milik i sepenuhnya." Beritahu Rayyan dia perlu jalankan tindakan dgn segera. Dia tak nak peluangnya kali ini sia2. Biarlah dia pernah kehilangan kali pertama. Dia tak nak perkara yang sama berlaku lagi untuk kali kedua.
"Aku takkan terpedaya lagi dengan permainan kau Rayyan." Balqis terus melangkah ke arah keretanya.
"Balqis." Rayyan bangun mengejar langkah Balqis.
"I tak nak dengar apa yang you nak cakap. So please jangan ganggu I." Balqis menekan button penggera keretanya dan melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"But please." Rayyan turut melangkah masuk ke dalam perut kereta milik Balqis.
"Keluar." Balqis menolak Rayyan.
"Sorry." Rayyan memegang tangan Balqis yang menolaknya.
Balqis terdiam menunggu bait2 ayat Rayyan seterusnya.
"I minta maaf sebab pasal tadi dan pasal i tinggalkan you kat bus stop hari tu. I tahu apa yang terjadi pada you masa kat bus stop. I patah balik after I tinggalkan you sebab I rasa tak sedap hati tapi bila i sampai i tengok you sudah naik kereta dgn lelaki lain. I really sorry. I tak bermaksud nak tinggalkan you. I minta maaf juga untuk masa first time kita jumpa sebab i berkelakuan kasar dgn you. I buat sebab i nak you ingat i. One more, i not my brother and i always be myself so you tak boleh samakan kami berdua." Ucap Rayyan ikhlas.
"Lepaskan tangan i. Kita bukan mahram." Balqis menarik tangannya dari genggaman Rayyan.
"Sorry." Ujar Rayyan.
"Kalau tak apa-apa lagi yang you nak cakap, you boleh keluar. I nak balik." pinta Balqis.
"Mulai sekarang, i nak jaga hati you. I nak you jadi milik i sepenuhnya. I tak you jadi milik orang lain selain daripada i." Luah Rayyan memandang ke arah anak mata Balqis.
"Apa maksud you?" Balqis tidak faham.
"Kita kahwin. I know you akan kata i gila tapi kali i serius. I tak nak sia2kan peluang yang I dpt. I tak nak you jatuh pada org lain lagi." Rayyan tayang muka serius.
"You ingat you sudah dpt kemaafan i, you boleh minta apa2 saja daripada i. Perkahwinan bukan perkara yang main2. Jangan mengarut." Balqis memeluk tubuhnya tidak faham dengan lelaki di sebelahnya ini.
"I kata i serius dan i tak main2. I betul-betul nak kahwin dgn you. Bagi you, maybe you baru kenal i sebab you tak ingat masa lampau you but for me, i sudah kenal you sudah lama dari you kecil lagi." Terang Rayyan.
"You know hati i baru sahaja sakit. Sakit ni pun belum sembuh takkan senang-senang i nak terima you macam saja. Lagipun i tak nak hati i sakit lagi." Balqis menunjukkan ke hatinya.
"Bila hati you akan sembuh? Satu tahun or dua tahun or forever? You kena beri peluang pada hati you untuk terima orang lain jika tidak sampai bila dia takkan sembuh.
"Berikan i masa. I perlu berfikir sebab ini perkara berkaitan dgn hidup i." Beritahu Balqis.
"I give you two choice yes or yes."
"What?"
"I perlukan jawapan sekarang. Kita sudah tiada masa. Majlis itu tinggal 5 hari saja lagi."
"You jgn cakap yang majlis itu pada hari yang sepatutnya i kahwin dgn your brother."
"Yes, semua tetamu sudah dijemput takkan majlis mahu dibatalkan. Kesian family kita."
"Adakah you mahu kahwin dgn i sebab you kesiankan family kita?" Lelaki ini memang tidak boleh dipercayai.
"Listen. Itu salah satu sebab tapi i ada sebab lebih kukuh. I tahu hari itu akan jadi hari paling sedih buat you tapi i janji i akan tukarkan hari itu akan jadi hari bahagia buat you." Ujar Rayyan.
"One more things, duit yang digunakan untuk majlis itu nanti i sudah bayar balik guna duit i. I tak guna duit my brother for our wedding. I tak you terkenang about abang i. Forget about his and only remember about our." Tambah Rayyan.
"Our family?"
"I sudah beritahu mereka. Mereka cakap jawapan semua terserah pada you. So now i only waiting your answer." Rayyan tersenyum.
Balqis terfikir patutlah sejak akhir-akhir ini ibunya selalu suruh pergi berjumpa dgn Rayyan rupanya inilah jawapannya. Patutlah ibunya memaksa di tumpang Rayyan tempoh hari.