Chereads / COFFEE / Chapter 3 - CHAPTER 3

Chapter 3 - CHAPTER 3

"Balqis, Makanlah sikit , sayang. Sudah satu hari kamu tak makan." Pujuk Puan Maisarah.

Balqis hanya menggelengkan kepalanya.

"Balqis, sudahlah. Jangan menangis." Pujuk Puan Maisarah lagi mengurut belakang anaknya lembut. Dia turut simpati dengan nasib anaknya itu tapi dia tidak mahu menyalahkan sesiapa. Semua yang berlaku pasti ada hikmah.

"Ibu, kenapa dia sanggup buat Balqis macam ni?  Apa salah Balqis?" Airmatanya masih tidak mahu berhenti mengalir. Setelah 3 tahun dia menanam cinta pada lelaki yang dianggap dpt menjadi imamnya tapi akhirnya dia dikecewakan begitu sahaja.

"Sabarlah. Ini semua dugaan untuk Balqis." Nasihat Puan Maisarah. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya sedih. Hatinya turut sakit melihat anaknya begitu.

"Ibu mahu Balqis bersabar. Balqis kecewa dengan diri Balqis sendiri. Balqis rasa Balqis jadi punca abang cari perempuan lain. Balqis tak guna. Tunang sendiri pun tak pandai jaga." Ujar Balqis. kecewa, sakit hati dan marah bercampur menjadi satu.

"Balqis, jangan cakap macam tu. Tak ada siapa salahkan Balqis. Ini semua ketentuan Allah. DIA takkan beri ujian pada Balqis jika Balqis tak mampu. Apakata Balqis ambil wuduk dan solat. Doa supaya hati Balqis tenang dan sabar untuk menghadapi ujian ini." Beritahu Puan Maisarah. 

"Kenapa ujian Dia bagi pada Balqis sungguh berat? Balqis rasa macam nak bunuh sahaja diri Balqis." 

"Astagfirullah. Balqis jangan cakap macam itu. Apakata Balqis ambil masa dan tenangkan fikiran or pergi bercuti." Puan Maisarah menguruti  lembut bahu anaknya itu. Dia juga tak sangka ujian yang bakal dilalui oleh anaknya itu sungguh berat. 

"Tak guna, ibu. Kalau dalam fikiran Balqis sentiasa fikirkan dia. Dia cinta pertama Balqis. Tak mungkin semudah itu Balqis dapat lupakan dia." 

"Dengar apa yang ibu nak cakap. Ada dua benda sahaja yang Allah hadirkan dia untuk Balqis sama ada Ujian atau jodoh. Mungkin Raykal bukan jodoh yang terbaik untuk Balqis sebab itu Allah tak takdirkan dia untuk Balqis."

"Habis itu siapa jodoh Balqis?" Tanya Balqis melihat ke arah ibunya. 

"Mungkin satu hari nanti jodoh Balqis akan muncul. Sementara itu Balqis teruslah berdoa kepada Allah. Sudahlah, jangan bersedih. Life must go on." Puan Maisarah menyeka air mata anak bongsunya itu. 

"Boleh ibu tinggalkan Balqis sendirian? Balqis mahu bersendirian." Pinta Balqis memandang ke arahnya ibunya. 

"Yelah. Ingat nasihat ibu tadi. Balqis ambik wuduk dan solat. Minta pentunjuk kepada Allah. One more, jangan lupa makan." Pesan Puan Maisarah menunjuk ke arah dulang yang berisi makanan sebelum keluar dari bilik anaknya itu.

Balqis bersandar pada katilnya. Fikirannya masih terngiang-ngiang kata-kata Raykal semalam. Dia masih memikirkan apa salahnya sehingga tunangnya sendiri mencuranginya pada masa yang hampir dengan tarikh pernikahan mereka. 

"Balqis akan buktikan Balqis akan bahagia dengan orang lain dan orang itu bukannya abang." Balqis menyeka air matanya.

*************************************

Balqis bangun ke arah rak buku yang berada di sudut bilik itu. Satu album gambar ditarik keluar olehnya. Dia membuka album itu yang mengandungi gambarnya bersama Raykal semasa dia belajar di sebuah universiti sehingga beberapa bulan lepas. Dia membelek satu per satu gambar itu. Kemudian dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang berisi barang-barang pemberian Raykal. Dia mahu menghapuskan segala kenangan dia bersama dengan bekas tunangnya itu.

"Selamat tinggal kenangan." Balqis meletakkan kotak tersebut di dalam tong sampah. 

"Sapa pula ni?" Balqis melihat kereta berhenti betul-betul dihadapannya. 

"Assalamualaikum." Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. 

"Haish." Balqis mengeluh geram. 

"Berdosa tau kalau tak jawab salam." Ujar Rayyan memandang ke arah Blaqis. Mata wanita itu sembab dan mukanya sedikit cekung tidak seperti sebelum ini semasa mereka berjumpa. 

"Waalaikumsalam. Kalau nak jumpa ibu i dia ada di dalam." Balas Balqis sebelum melangkah pergi. 

"I tak nak jumpa ibu you. I datang sini nak jumpa gadis di depan i ni." Beritahu Rayyan mendekati Balqis. 

"Ada apa you nak jumpa dengan i?" Balqis mengalih badannya menghadap ke arah Rayyan. Dia terkedu melihat diri tak sampai beberapa inci dengan badan milik Rayyan. 

"I just nak pastikan yang you okey." 

"Kenapa kalau i tak okey pun?  You bukan ada kena - mengena pun or you nak ketawakan i sebab abang kesayangan you sudah tinggalkan i." Balqis menjarakkan dirinya. 

"Kenapa you selalu berfikir negatif pasal i? Niat i baik. Datang sini dan tengok keadaan you." Rayyan naik geram. 

"Nak tahu sebab apa?  Sebab you and your brother sama saja. Dua-dua menyakitkan hati." Balqis meninggikan suaranya. 

"Okey, suatu hari nanti you jangan menyesal jika orang yang you benci itu adalah orang yang you akan sayang dan cinta." Rayyan kembali ke arah keretanya. 

"Hey, i takkan jatuh cinta dengan orang macam you la." Balas Balqis.

"Apakata kita buat pertaruhan?" Ujar Rayyan geram dengan sikap Balqis.

"Pertaruhan apa?"

"Kita kahwin."

"Wah, senangnya you cakap. You ingat kahwin ini perkara main-main ka? I tak nak habiskan sisa hidup dengan org yang i tak cinta especially orang macam you." Balas Balqis.

"Macam ini, kita kahwin kalau dalam masa 2 bulan you tak jatuh cinta pada i, i akan lepaskan you dan i akan letak segala harta i atas nama you tapi kalau you jatuh cinta pada i, i nak you stay dengan i sampai bila-bila." Jelas Rayyan.

"Adakah itu yang you masukkan pertaruhan?"

"Yes, macam mana? Bukan senang i nak bagi harta i pada orang tau." Ujar Rayyan.

"Adakah you terlalu confident yang i akan jatuh cinta pada you sehingga you sanggup lepaskan harta untuk i?"

"I tak kata yang i confident. Kalau i kalah i akan tunaikannya. Setuju?" Rayyan mengangkat sebelah keningnya.

"Okey, bunyi macam menarik. Make sure you kotakan janji you nanti." Balqis tersenyum sinis. Bukan senang orang nak beri harta dengan percuma.

"Okey. One more thing, ini antara kita sahaja. Family kita tidak boleh tahu pasal ini." Rayyan berbisik kepada telinga Balqis.

*************************************

"Ibu." Panggil Balqis mencari ibunya. 

"Ya, ibu kat taman ni." Sahut ibunya dari arah luar rumah. 

"Ibu, Balqis mahu keluar sekejap." Beritahu Balqis. Dia terpandang susuk tubuh yang duduk di hadapan ibunya. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang

"Nak ke mana?" Tanya Puan Maisarah. 

"Nak jumpa client jap. Balqis nak discuss pasal butik Balqis kat Korea." Balas Balqis. 

"Minum la dulu." Pelawa Puan Maisarah. 

"Tak apa,  Balqis nak cepat." Balqis menyalami Ibunya. 

"Naik apa?" Tanya ibunya sekali. 

"Kereta Balqis la."

"Kereta Balqis  masih di bengkel. Takkan Balqis lupa?" puan Maisarah cuba mengingatkan anaknya itu. 

"Ya Allah, Balqis lupa. Pak mat ada?" Balqis gelisah. Sudahlah dia berjanji dgn client nya mahu berjumpa pada pukul 10 pagi. Sekarang sudah 9.30 pagi. 

"Pak Mat hantar ayah kamu ke JB. Apakata kamu tumpang Rayyan. Bolehkan?"

"Rayyan tak ada masalah." Rayyan tayang muka selamba. 

"Tak apalah, ibu. Balqis naik grab saja." 

"La, org tak tawar naik sahaja. Ibu nak kamu tumpang Rayyan."

"Tapi ibu…"

"No reason. Tumpang dia." Tegas Puan Maisarah disebalik itu dia terselip sesuatu rancangan. 

"You nak i hantar kat mana?" Tanya Rayyan setelah keretanya meninggalkan perkarangan rumah Balqis. 

"Hantar saja I kat bus stop." Jawab Balqis dgn muka ketat. 

"Serius?  Kau nak aku hantar kau kat bus stop."

"Ye, i lebih rela naik teksi or bus daripada naik kereta dgn you. I tak suka terhutang budi. Tambah2 dgn org mcm you." Balas Balqis sinis. 

"Okey, fine." Geram pula hati Rayyan mendengar kata2 Balqis. Baru sahaja dia berniat baik tapi terus terbatal. Rayyan memberhentikan kereta di sebelah bus stop. 

"Berapa?" Balqis mengeluarkan dompetnya. 

"Hah?"

"Berapa tambang? I tak suka berhutang budi."

"Ingat i kemaruk sangat ka duit you. i cuma nak hantar you saja." Balas Rayuan bertambah sakit hatinya. 

"Fine, kalau tak nak. Thanks hantar I." Ucap Balqis melangkah keluar dari perut kereta milik Rayyan. 

"Sudah kenapa dgn dia?  Org berniat baik nak hantar tapi tak reti hargai. Kalau ada penjahat ka perompak ka kat situ. Baru padan muka dia." Leter Rayyan memandu keretanya. 

"Tapi kalau jadi apa2 kat dia mcm mana?  Apa aku nak jawab kat aunty nanti." Dgn rasa tidak sedap hati Rayyan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke bus stop

"Kalau niat dia ikhlas, pasti dia halang aku untuk turun di sini. Patutnya dia kata, saya akan hantar awak ke tempat awak nak pergi . Ini tak dia sanggup tinggal aku sorang2 kat bus stop ni. Tak ada hati perut betul sama macam abang dia. Haish,geram aku. Nasib baik aku pandai berdikari."  Leter Balqis duduk di bus stop sambil menunggu grab yang ditempahnya.

"Hai,cik adik manis. Buat apa sorang2 kat sini?" Tanya seorang lelaki mendekati Balqis

"Tak ada apa2 la. Saya pergi dulu." Seram pula dia tengok lelaki yang tersenyum gatal ke arahnya.

"Dudukla sini,biar abang teman. Kita boleh borak2." Lelaki itu menarik tangan Balqis.

"Lepaslah." Balqis menarik tangannya.

"Jgn malu. Abang bukan nak buat apa pun." Tangan lelaki itu mula meraba di tempat lain.

"Hoi!" Satu jerkahan kedengaran.

"Siapa kau?" Tanya lelaki itu.

"Aku husband dia. Jgn ganggu dia." Susuk tubuh itu melangkah ke arah Balqis dan menarik Balqis ke belakangnya.

"Sorry,aku tak tau dia sudah ada suami." Ucap lelaki itu ketakutan.

"Pergi dari sini. Sekali lagi aku nampak kau sentuh  isteri aku atau mana2 perempuan nahas aku kerjakan." Ujar Susuk tubuh itu.

"Okey." Lelaki itu meninggalkan mereka berdua.

"Saya hantar awak." Beritahu lelaki itu.

Balqis hanya mengangguk dan mengikuti lelaki itu ke keretanya. 

"Sorry sebab mengaku saya husband awak." Beritahu Lelaki itu tapi matanya masih fokus pada pemanduannya. 

"It okey, thanks sebab selamatkan saya."

"Welcome, awak buat apa kat situ sorang2?" Tanya lelaki itu. 

"Saya tunggu grab dan panjang ceritanya." 

"Okey, lain kali jgn tunggu sorang2. Bahaya. Mujur tadi saya nampak awak."

"Thanks sekali lagi."

"Okey, awak nak saya hantar awak kat mana?" 

"Pavilion or awak hantar saya kat mana bus stop. Nanti menyusahkan awak pula."

"Tak menyusahkan pun. Lagi tempat awak tuju tu tempat yang sama saya pergi so tak ada yang menyusahkan."

"Thanks hantarkan saya." Ucap Balqis sebelum mereka berpisah. 

"Sekejap,  cik." Lelaki itu menahan Balqis. 

"Kenapa?" Balqis hairan. 

"This my card. Kalau awak rasa perlukan bantuan call saya saja. Insyaallah kalau saya mampu saya akan tolong."  Lelaki itu menghulurkan sekeping bussiness card kepada Balqis. 

"Okey, this my card." Balqis menyerahkan bussiness cardnya kepada lelaki itu. 

"Iriana Balqis.  Nice name! So what should i call you?" Lelaki itu membelek bussiness card milik Balqis. 

"Balqis. Kalau ada masa lapang jemputlah dtg ke butik saya kat area Shah alam or nak jauh sikit Seoul Korea." Pelawa Balqis mesra. 

"Okey, by the way,  Saya Nazim Ammar. Nice to meet you!"  Lelaki memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. 

"Sorry, bukan muhrim. Saya Iriana Balqis. sorry sekali lagi,  saya kena gerak dulu sebab client saya sudah tunggu. Thanks untuk hari ini." Ujar Balqis melangkah pergi meninggalkan lelaki itu.