"Ibu, Papa." Panggil Balqis.
"Qis, ada perkara nak beritahu." Sambung Balqis selepas kedua-dua ekor mata milik Ibu dan ayahnya melihat ke arah mereka.
"Cakaplah." Balas Encik Fakhrul memandang ke arah anak bongsunya itu.
"Qis rasa nak teruskan majlis perkahwinan qis." Beritahu Balqis. Dia tahu ibu dan papanya pasti terkejut dengan keputusannya itu.
"Kenapa nak diteruskan? Siapa yang nak kahwin pula?" Hairan Puan Maisarah memikirkan apa yang diberitahu oleh anaknya itu.
"Balqis tetap akan berkahwin pada hari itu." Balas Balqis.
"Dengan siapa pula?"
"Assalamualikum." Kedengaran suara dari luar rumah mereka.
"Wa'alaikumussalam."
Terpacul wajah Rayyan di hadapan muka pintu setelah dibuka oleh pembantu rumah mereka.
"Kamu berdua sudah fikir masak-masak dengan keputusan kamu ni ka?" Tanya Encik Fakhrul memandang ke arah anaknya dan Rayyan silih berganti.
"Uncle, aunty, kami sudah berbincang yang majlis itu akan tetap diteruskan. Kami tak nak family kita dimalukan." Rayyan memberanikan diri untuk bersuara.
"Uncle tak kisah kalau malu disebabkan majlis tak jadi tapi yang uncle kisah pasal anak uncle. Perkahwinan ni bukan mudah seperti kamu berdua sangka. Nampak saja mudah tapi sebenarnya susah. susah untuk menjaga hati antara kamu. Balqis, papa nak tanya kamu. Kamu baru saja kecewa tapi kenapa kamu senang untuk menerima untuk meneruskan perkahwinan ini?" Encik Fakhrul memandang ke arah anaknya.
"pa, please trust me. Balqis sudah fikir masak-masak. Balqis harap papa dan ibu hormat dan setuju dengan keputusan Balqis." Ujar Balqis.
**************************************
"Hey." Aisya merapati teman karibnya itu setelah selesai majlis berinai.
Balqis hanya tersenyum.
"Kenapa aku tengok kau macam tak happy saja?" Tanya Aisya dapat membaca di sebalik riak wajah Balqis yang diperhatikan sejak majlis berinai tadi.
"Kau rasa apa yang buat ni betulka?" Tanya Balqis.
"Kau cakap apa ni. Kau tu dh nak kahwin. Okey, mcm ni. Aku tahu kau nak kahwin dgn Rayyan bukan pilihan hati kau tapi aku yakin Rayyan boleh bahagiakan kau. Trust me." Dgr daripada apa yang diceritakan oleh Balqis, dia sendiri yakin Rayyan org yang terbaik untuk Balqis.
"Aku harap begitulah." Suara Balqis masih kedengaran kendur.
"Ala, kau jangan fikir sangat. Aku rasa Rayyan tu lelaki terbaik untuk kau. Kalau tidak kau takkan pilih dia. Pasti ada sebab kau pilib dia last minit untuk jadi suami kau." Aisya cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Aunty." Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun mendapat Balqis.
"Ya, sayang. Ada apa?"
"Ada orang nak jumpa aunty. Dia kata dia bakal uncle Mia." Beritahu Mia.
"Pergilah jumpa dia. Maybe dia ada perkara nak beritahu kau." Ujar Aisya melihat tiada respon daripada mulut Balqis.
"Aunty, cepatla. Uncle cakap kalau aunty tak jumpa dia, dia tak nak bagi coklat kat Mia." Mia menarik tangan Balqis dan Balqis hanya mengikuti langkah Mia ke taman mini di halaman rumahnya itu.
"Uncle." Panggil Mia melepaskan penganggan tangan Balqis dan meluru ke arah Rayyan.
"Nah, coklat. Terima kasih tolong Uncle." Rayyan memberikan coklat seperti yang dijanjikan olehnya tadi.
"Pandai you pujuk budak untuk panggil i kan?" Balqis memeluk tubuhnya.
"Of course, i kena belajar nanti i nak kena pujuk you pula." Balas Rayyan.
"Yala tu. Ada apa nak jumpa i?"
"Takkan nak jumpa bakal isteri pun tak boleh." Seronok pula dia nak menyakat Bakal isterinya ini.
"I tak kata tak boleh tapi kenapa you nak jumpa i? Macamlah tak boleh jumpa esok."
"Hari ini lain and esok lain sebabnya esok you akan jadi my wife." Makin seronok pula dia menyakat.
"Cakap la cepat. I ada banyak benda lagi nak buat."
"Janganla garang sgt. Esok kan you nak jadi wife. You kena belanja cakap lemah-lembut dgn i nanti takut x cium bau syurga."
"Esok itu cerita lain. Cepatlah. Nanti ibu cari." Desak Balqis.
"Okey2. Ambil ni." Rayyan menyerahkan sebuah kotak kecil kepada Balqis.
"Apa ni? Boleh i buka." Balqis menyambut huluran Rayyan. Rayyan mengangguk.
"Gelang? Untuk i?" Balqis membuka kotak tersebut yang berisi gelang tangan berwarna emas.
"Yes, untuk you. Takkan i nak bagi pada makcik-makcik kat sana pula." Rayyan menunjuk ke arah sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual mungkin jiran Balqis.
"Tapi untuk apa? Kenapa you tak bagi esok saja?" Balqis hairan. Bukannya mereka tidak berjumpa pada keesokan harinya.
"I nak you pakai masa majlis nikah kita esok. You tahu tak actually gelang ni i nak bagi pada you masa i nak melamar you tapi time i balik Malaysia mummy dah beritahu you sudah bertunang dengan abang i. Masa tu bertapa kecewanya i bila yang i tahu orang yang i tunggu selama ni akan jadi milik orang tapi now i happy." Jawab Rayyan panjang lebar.
"Wait. You kenal i ka sebelum ni?"
"Yes, i sangat kenal you lebih dari abang i or Aisya kenal you but kalau nak tahu lagi you kena la kahwin dengan i dulu." Rayyan tersenyum nakal.
"Kalau i tak tahu pun esok i akan jadi wife you dah." Balas Balqis.
"Sudahlah. I nak masuk nanti ibu cari pula. Thanks for this." Balqis mengangkat kotak di tangannya.
"Welcome."
"Take care. Jumpa esok, Encik bakal suami." Ucap Balqis tersenyum.
"Encik apa i tak dengar?" Sengaja dia mahu menguji Balqis.
"Tak ada apa-apa. I masuk dulu. Bye." Balqis beredar sambil menyumpah seranah dirinya yang terlepas cakap. Malu dibuatnya.
Rayyan hanya tersenyum.
*************************************
"Boleh ibu masuk." Puan Maisarah muncul di hadapan muka bilik Balqis.
"Masuklah, ibu." Balqis tersenyum.
"Ibu gembira sangat dapat tengok anak ibh bakal berkahwin." Beritahu Puan Maisarah. Dia sendiri tak sangka dalam beberapa lepas yang anak perempuannya ini beritahu yang dua akan berkahwin.
"Qis pun tak sangka yang Qis akan dapat penggati Abang Raykal dengan begitu cepat sekali." Balas Balqis. Dia sendiri tak sangka hatinya cepat memberi jawapan untuk lamaran Rayyan.
"Itulah namanya jodoh walaupun kita sudah merancang tapi Allah yang menentu. Jodoh, pertemuan dan kematian itu hanya rahsia yang Allah sahaja yang tahu."
"Ibu rasa Rayyan tu orang yang macam mana?" Tanya Balqis.
"Kenapa kamu tanya ibu? Patutnya kamu tahu kenapa kamu pilih Rayyan sebagai suami kamu."
"Maksud Balqis selama ibu kenal Rayyan dia macam mana?" Jelas Balqis. Sebenarnya dia pun sendiri tidak tahu kenapa hatinya cepat terbuka untuk Rayyan. Mungkin sebab kesungguhan Rayyan.
"Rayyan yang ibu kenal dia seorang baik, selalu ambil berat. Ibu yakin Rayyan dapat menjaga kamu seperti ibu dan papa jaga kamu." Puan Maisarah tersenyum.
"Balqis sayang ibu." Balqis memeluk ibunya.
"Ibu pun. Kamu satunya anak perempuan ibu. Ibu tak nak lihat bersedih. Kalau boleh ibu nak tengok kamu bahagia sampai ibu tutup mata." Ujat Puan Maisarah.
"Qis, janji yang Qis akan bahagia. Ibu doakan yer."
"Insyaallah, ibu akan sentiasa doakan anak ibu ni." Puan Maisarah menggosok bahu anaknya perlahan.
"Terima kasih, ibu sebab sentiasa sokong apa yang Balqis. I love you so much."
"Me too. Ingat pesan ibu nanti dengar cakap suami kamu, jaga makan minum dia mcam mana ibu jaga papa kamu. Kalau ada masalah dengan bincang baik-baik. Jangan main terjah saja. Tanya dia elok-elok." Nasihat Puan Maisarah.
"Baik ibu." Balqis mengangguk tanda faham.
"Aunty, Balqis. Pengantin lelaki sudah sampai. Jom turun." Aisya muncul di hadapan pintu.
"Okey. Jom." Ajak Puan Maisarah.
Balqis melangkah turun diiringi oleh ibunya dan Aisya. Tetamu telah memenuhi ruang tamu rumah keluarganya itu dan beberapa wartawan juga berada di situ. Dia memandang Rayyan yang memakai baju sedondon dengannya sedang rancak berbual dengan papanya. Mungkin papa memberi nasihat sebelum menjadi suami kepada Balqis. Tiba-tiba merenung ke arahnya. Terkedu Balqis dengan segera dia melarikan ekor matanya.
Dengan sekali lafaz Balqis menjadi isterinya kepada Rayyan. Tanpa percintaan, mereka disatukan. Balqis tidak menyangka perkara sebegitu akan terjadi pada dirinya. Mungkin ini jawapan kepada doanya selama ini. Tanpa disedari air mata menitis. Dia berharap Rayyan dapat memberi kebahagiaan kepadanya supaya dapat lupakan segala sakitnya sebelum ini.
"Tahniah, anak ibu sudah menjadi isteri." Ucap Puan Maisarah setelah Balqis menyalami dan memeluknya. Hati ibu mana yang tak sedih melihat anaknya bakal dilepaskan kepada orang lain.
"Terima kasih, ibu." Balqis tersenyum.
Balqis mengalih badannya ke arah ibu mertuanya dan menyalami.
"Selamat datang ke keluarga Mummy. Mummy happy sangat Balqis dapat juga jadi menantu mummy." Ucap Puan Sri Zulaikha tersenyum gembira.
"Thanks you, mummy. Balqis janji akan jadi menantu yang terbaik untuk mummy." Balqis membalas senyuman.
Rayyan bangun melangkah ke arah Balqis. Dia memandang Balqis yang memakai baju pernikahan mereka walaupun baju itu hiasan agak simple tapi masih kelihatan cantik pada Balqis. Dia mengambil tempat bertentangan dengan Balqis. Balqis menghulurkan tangannya dan disarungkan cincin perkahwinan mereka. Balqis menyalami tangan dan mencium tangan suaminya buat pertama kali.
"Thanks sebab sudi terima i sebagai husband you. I appreciate sangat. I janji akan jadi husband yang terbaik untuk you." Ucap Rayyan mencium dahi Balqis.
"Tahniah, bro." Ucap Hakimi.
"Thanks. Esok jangan lupa datang majlis resepsi aku. Kau kan kena jadi pengapit aku." Balas Rayyan.
"Insyaallah, patutla dua minggu ni kau sibuk lain mcm ja aku tengok. Rupanya nak kahwin." Terkejut juga dia apabila Rayyan beritahunya beberapa yang lepas yang si Rayyan nak kahwin secara tiba-tiba.
"Dah jodoh aku dh sampai. Takkan aku nak tolak. Orang dh setuju. Aku pun on sajalah." Jelas Rayyan.
"Sempat juga kau buat persiapan siap buat majlis grand lagi." Hakimi juga hairan.
"Macam kau tak kenal mummy aku. Dia tu bukan nak buat simple tambah lagi nak sambut menantu mestilah dia buat grand. Lagi satu aku nak cuti selama 2 minggu. Nanti kau uruskan pasal shooting." Beritahu Rayyan.
"Okey, aku nak gerak dulu. Selamat pengantin baru, bro." Hakimi menepuk bahu sahabatnya itu.
"Ibu, mana Balqis?" Rayyan menghampiri ibu mertuanya yang sibuk mengemas.
"Kati dia kata nak naik bilik. kamu pergilah naik bilik juga rehat. Esok nak bersanding pula." Balas Puan Maisarah.
****************
Rayyan membuka pintu bilik milik Balqis.
"Assalamualikum." Ucap Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik.
"Wa'alaikumussalam." Jawab Balqis Yang duduk di meja solek.
"You.." Serentak mereka berdua bersuara.
"Cakaplah dulu." Ujar Rayyan.
"Kalau you nak mandi, i dah letak kain tuala dalam bilik mandi. Nanti you gunalah." Beritahu Balqis sedikit kekok.
"Okey. Thanks."
"Welcome. Apa you nak cakap tadi?" Balqis memusing badannya ke arah Rayyan yang duduk di katil yang sejak dari tadi dia hanya memerhati Rayyan melalui cermin di meja soleknya.
"Nothing. I pergi mandi dulu." Rayyan bangun menuju ke arah ke arah tandas.
"Okey." Balqis menarik nafas panjang. Entah kenapa dia rasa lain bila berbual dengan Rayyan. Mungkin mereka sudah bertukar status.
Rayyan keluar dari tandas melihat ke arah katil. Balqis sudah terlelap. Dia merapati Balqis. Selimut ditarik menyelimuti tubuh Balqis. Dia duduk melihat Balqis.
"I harap you akan ingat siapa sebenarnya i suatu hari nanti." Rayyan merenung wajah isterinya itu.
Tiba-tiba wajah Balqis berkerut seribu.
"Jangan pergi." Ujar Balqis sambil menggeleng kepala.
Rayyan bertambah hairan.
"You." Rayyan menggerakkan sedikit badan Balqis.
Balqis membuka mata dan terus memeluk Rayyan. Rayyan terkedu.
"Sorry, i tak sengaja." Balqis segera meleraikan pelukannya setelah sedar keadaannya sekarang.
"Mimpi buruk?" Tanya Rayyan ringkas.
Balqis hanya mengangguk perlahan-lahan.
"You sambung tidur balik. I nak balik rumah i sekejap." Beritahu Rayyan.
"Untuk?"
"I ada tinggal barang. Esok pagi i datang ambil you." Jawab Rayyan bangun dari katil.
"Pagi esok?"
"Or you nak i stay dengan you malam ni. You boleh peluk i sampai pagi." Usik Rayyan.
"Jumpa esok. Goodnite." Balas Balqis menutup mukanya dengan selimut.
"Tahu takut." Rayyan tersenyum sendiri melangkah keluar.
"Macam mana aku boleh peluk dia?" Balqis menarik selimut dari mukanya memikirkan hal yang terjadi tadi.
"Ah~ malunya." Balqis memupuk mukanya dengan selimut kembali. Sudahlah tidak sampai 24 jam lagi mereka menjadi suami isteri, dia sudah buat hal sebegitu.
"Tapj buat apa nak malu? Aku kan isteri dia." Balqis menarik kembali selimut dari mukanya.