Chereads / Cinta yang Tersembunyi / Chapter 10 - Bab 10

Chapter 10 - Bab 10

Setelah melihat Rohan turun dari kereta semua staf Yours Truly Textile terkejut dengan kehadirannya. Setahu mereka syarikat ini mungkin akan diambil alih oleh orang lain disebabkan Rohan mengalami kemalangan dan mereka tidak sangka bahawa dia akan kembali ke syarikat mereka. Kehadiran Rohan menyebabkan setengah pekerja kembali bersemangat untuk kerja dan ada yang setengah rasa menyampah ini kerana sifat Rohan yang terlalu tegas.

"Bos dah kembali? Bos sihat?" tanya pengawal keselamatan yang bekerja di syarikatnya lebih 20 tahun.

"Saya sihat. Pak cik lama ke kerja disini?" tanya Rohan sambil berjabat tangan dengan pak cik tersebut.

Pengawal tersebut diam sebentar kerana soalan Rohan agak pelik untuknya.

"Pak cik?" tegur Rohan.

"Maaf bos. Saya kerja di sini sejak bos mula join di syarikat ini." jawab pengawal tersebut dan Rohan senyum dan masuk ke dalam syarikat.

Sebaik sahaja nampak Rohan, Naina dengan serta merta bangun untuk kenalkan dirinya.

"Selamat pagi encik Rohan. Saya Naina P. A encik hire by Mr Aryan dan saya bersedia untuk menolong encik atasa segala urusanyang diperlukan."

Rohan mula rasa sakit kepala apabila dengar Naina merupakan P. A dia.

"Berapa banyak P. A yang pak cik nak hire ini... aduh.. Bencinya." bisik Rohan dalam hati.

"Okay sekejap lagi masuk ke bilik I. I nak tau tentang prestasi syarikat ini semasa ketiadaan I. If can I nak details vendor yang lama dan baru asap" Rohan mengarahkan Naina kemudian pergi menuju ke arah biliknya.

Naina terima panggilan dari Aryan,"Naina dia dah masuk ke? Semua okay kan? I akan sampai dalam 5minit".

"Okay je tapi dia minta I masuk kejap lagi untuk menunjukkan laporan prestasi syarikat dan juga details vendor lama dan baru", balas Naina sambil mencari fail yang diminta oleh Rohan.

"Bagus.. tak apa you masuk once I dah sampai I take over the task", Aryan mula berasa tidak sabar untuk sampai ke syarikat tersebut. Aryan tidak mahu Rohan menyebabkan kehilangan yang besar untuk Aryan dan Rakesh.