Di stesen kereta api, Yu-kun, Aisyah dan Akira merupakan orang yang terawal berada di sana.
"Gome, terlewat sedikit." kata Rin mewakili Takanashi dan Minori.
"Takpe, lagipun monorel kita bertolak jam 7:30 pagi." kata Yu-kun.
Semasa mereka semua berjalan di sekitar stesen mereka terserempak pula dengan Okumura Jun dan Kinra.
"Eh? Kamu semua pun nak ke Tokyo ke?" tanya Tsumiki.
"Yep, bila saya dengar tentang game Elguard online versi Portal akan release saya tak dapat tidur malam." kata Okumura Jun.
"Eh, orang tua perisai ada jugalah." kata Kinra mengejek Takanashi.
"Nak kena ke budak!" kata Takanashi dan terus mengajar Kinra.
"Mereka tu tak berubah kan." kata Rin.
Kelihatan Kazuo dan Nagisa menuju kearah mereka sambil berbual.
"Ceh, sweet couple alert.." kata Akira.
Tidak lama kemudian Itsuka-san menyertai mereka.
"Eh, Itsuka-chan pun ada ye." kata Rin.
"Saya dengar kamu semua nak ke Tokyo jadi..."
"Awak nak join kami? Boleh boleh. Takde masalah." kata Akira.
"Wah, baguslah semua ada kat sini." kata Yu-kun teruja.
Ketibaan kereta api mereka untuk ke Tokyo telah diumumkan. Mereka semua menaiki gerabak yang sama. Akira menyedari yang Aisyah membawa bagasi.
"Banyak juga barang yang awak bawa ni ca."
"Dia nak balik ke Malaysia hari ni." jelas Yu-kun.
"Eh! Balik? Awalnye." kata Akira. Dia agak kecewa.
"Yelah, kat Malaysia cuti sekolah dah nak habis."
"Bila penerbangan dia?"
"5 petang ni."
Perjalanan dari bandar ke Tokyo mengambil masa 1 jam setengah. Akhirnya mereka tiba di Tokyo Metropolitan.
"Wah.. dah lama tak ke sini." kata Yu-kun.
"Sebenarnya.. ini pertama kali saya ke sini." kata Nagisa.
"Eh? Kalau begitu pegang tangan saya erat.. takut nanti awak sesat."
"Em.." kata Nagisa sebelum memegang tangan Kazuo dengan erat.
"Melebih pula awak ni Kazuo.." kata Akira. Macam mana Nagisa boleh jatuh cinta dengan orang macam Kazuo tu.
"Akira, apa lagi awak mengelamun tu.. Jom jalan." kata Yu-kun.
"Eh? Ke mana?"
"Memandangkan global launch tu jam 11:30 pagi ni.. ada masa lagi untuk jalan-jalan kejap.. pergi taman nak?"
"Em.. okey."
Rin, Minori dan Tsumiki pula pergi bersiar-siar di pusat membeli belah.
"Alamak.. habislah duit aku.." bisik hati Rin. Rin membayangkan riak muka jahat mereka berdua.
Smartphone Rin berbunyi.
"Fia? Ada apa?"
"Hai Fia-chan." mereka berdua menyapa Fia.
"Hai."
"Eh kamu bertiga dah berkenalan?"
"Ye, Fia selalu masuk kat pc diorang dan bercerita."
"Tentang apa?"
"Adalah... hal perempuan." Mereka sebenarnya bercerita tentang masa silam Rin.
Adik beradik Okumura pula berada di kedai komputer yang agak terkenal di Tokyo.
"Wah.. kamu berdua minat tentang komputer ye." kata penjaga kedai.
"Eh, taklah saya je. Dia tu minat game je. Tengok tu." kata Jun sambil menunjukkan Kinra yang sedang membelek cd game yang dipamerkan di sana.
Itsuka pula berada di kedai buku. Dia sedang mencari novel cinta. Kalau saya nak dapatkan Rin.. kenalah belajar tentang apa tu cinta kan? Saya mesti berusaha. Itsuka-chan sebenarnya tidak memahami perasaannya terhadap Rin sendiri.
Takanashi berada di kedai yang menjual peralatan seni mempertahankan diri. Sedang dia mecari peralatan untuk kendo dia perasan ada benda baru yang sedang dipamerkan di sana.
"Eh apa ni? s..i..l..a..t. Pakaian silat? Macam pernah dengar je.."
Tepat jam 11:30 mereka berkumpul semula di venue Global Launch iaitu di Tokyo Tower.
"Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke majlis Global Launch Permainan Video Portal yang pertama! Jangan risau kaunter pembelian akan dibuka sebaik sahaja majlis pembukaan ni tamat." kata pengacara majlis.
Pentas diselubungi dengan asap dan perlahan lahan kotak kaca yang mempamerkan Mini Portal dinaikkan. Kesemua penonton sangat teruja dengan pembukaan tersebut. Video trailer telah disiarkan kelihatan berberapa orang pemain sedang berlawan dengan monster tahap rendah dipaparkan. Ia adalah untuk menarik minat penonton untuk bermain permainan tersebut. Pada akhir video tersebut dipaparkan dua orang pemain sedang berduel antara satu sama lain. Selepas video trailer tersebut Pengarah syarikat M.E.G tampil untuk memberikan ucapan Perasmian majlis tersebut.
"Eh, Rin. Bukankah sepatutnya dia berucap kat Putrajaya.. pusat kawalan permainan ni?" tanya Fia.
"Tak tahulah. Mungkin dia ada sebab."
"Tuan-tuan, saya pasti kamu semua tertanya-tanya kenapa device yang berbahaya seperti Mini Portal dikomersialkan. Ingat dahulu semasa perang dingin antara Amerika Syarikat dan Rusia, mereka mencipta internet yang pada masa itu dipanggil ARPANET untuk tujuan perang.. tapi lihatlah sekarang kita telah menggunakannya secara meluas untuk tujuan komunikasi. Begitu juga dengan Mini Portal yang pada mulanya dicipta untuk tujuan ketenteraan. Tapi sekarang, syarikat saya sedang mengusahakan ia untuk menjadi salah satu device yang akan merevolusikan cara kita bermain permainan video. Saya harap kamu semua akan suka akan device ni Mini Portal gaming console!"
Satu video lagi ditayangkan, ia menunjukkan cara menggunakan Mini Portal Gaming Console. Dari langkah pertama iaitu memasang sensor pada bilik hinggalah log in permainan. Setelah majlis tersebut dirasmikan barulah kaunter pembelian tersebut dibuka. Orang ramai mula menyerbu kaunter pembelian. Mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan konsol yang terhad dijual pada masa itu. Semasa yang lain sibuk beratur, Rin dibawa oleh pengawal peribadi M.E.G ke limo yang disediakan khas untuk Pengarah M.E.G atas lawatannya ke Jepun.
"Rin, saya pasti kita dah berkenalan sebelum ni."
"Tuan.."
"Tuan Isaac.."
"Ada apa bawa saya ke sini?" tanya Rin, keliru.
"Awak dah dapat bungkusan semalam?"
"Ye, kat dalamnya ada Mini Portal kan."
"Baguslah awak dah dapat. Gunakannya sebaiknya. kami sediakan Mini Portal tersebut khas untuk para tester." jelas tuan Isaac."Malam ni tepat jam 7 kesemua server di seluruh dunia akan beroperasi. Jangan risau, kami ada jabatan khas yang memantau pergerakan pemain untuk memastikan keselamatan mereka terjamin. Dan pasal ibu bapa awak. kami akan memberitahu maklumat yang kami dapat dari masa ke semasa." sambungnya.
"Terima kasih tuan."
"Tak, terima kasih Rin. Tanpa persetujuan kamu semua ni takkan terjadi. Siapa sangka pemilik paten peranti yang boleh mengubah dunia dimiliki oleh kamu. Saya secara peribadi mengagumi kamu Rin." kata Tuan Isaac.
Rin tidak memanjangkan perbualan. Dia kemudian keluar dari limo tersebut dan pergi mencari kawan-kawannya. Dia diserbu oleh pihak media dan soalan bertubi-tubi diberikan kepada Rin.
"Apa Tuan Isaac cakap kepada kamu tadi?"
"Adakah kamu ada kaitan darah dengan Tuan Isaac?"
"Adakah kamu antara 10 tester yang menghabiskan permainan tu?"
"Adakah khabar angin yang seorang tester terbunuh semasa sesi beta test itu benar?"
Rakan-rakan Rin yang melihat kejadian tersebut terus memberikan pertolongan.
"Dia tiada kaitan dengan semua ni." kata Tsumiki cuba untuk menghalang pihak media dari terus menekan Rin dengan soalan.
"Dia ialah pelajar dari Malaysia. mungkin sebab itulah Pengarah M.E.G memanggil dia tadi." kata Kazuo.
"Mari Rin kita pergi dari sini." kata Yu-kun sebelum melarikan Rin.
Akhirnya keadaan menjadi reda.
"Rin kenapa tadi tu?" tanya Itsuka-san.
"Mungkin diorang nampak saya keluar dari limo Tuan Isaac."
"Oh, begitu."
"Sebenarnya kesemua tester telah diberikan Mini Portal khas dari M.E.G." jelas Rin.
"Oh, sebab itulah awak dan tester lain tak beratur tadi ye." kata Minori.
"Jadi kenapa awak semua ikut sedangkan kamu dah ada Mini Portal sendiri?" tanya Tsumiki.
"Hehe saja nak jalan-jalan." kata Okumura.
"Nak hantar adik saya pulang." kata Yu-kun.
"Jadi korang semua dah dapat konsol masing-masing?"
"Nasib baik sempat hehe." kata Kazuo sambil menunjukkan konsolnya. Begitu juga dengan yang lain.
"Jom pulang dah lewat ni." ajak Rin. Jam menunjukkan tepat jam 4 petang.
"Takpelah Rin. Korang semua baliklah dulu. Saya nak hantar adik saya ke airport ni."
"Baiklah kalau begitu.. kami minta diri dulu ye Yu-kun." kata Minori.
"Eh? Awak tak nak balik lagi?" tanya Yu-kun.
"Tak." balas Akira ringkas. "Saya nak teman korang berdua pergi airport." sambungnya dengan suara sebak.
"Ish Aki-nee ni.. macamlah saya nak pergi selamanya." gurau Aisyah.
"Hehe, taklah sampai macam tu sekali." kata Akira.
Mereka bertiga mengambil teksi untuk ke Tokyo International Airport.
"Eh, ada masa lagi ni. Jom bersiar-siar jap." ajak Yu-kun.
Mereka bersiar-siar di sekitar Airport, antara tempat yang mereka pergi ialah kedai cenderamata. Mereka juga sempat minum di kafe.
Kapal terbang yang akan dinaiki oleh Aisyah telah diumumkan tiba dan semua penumpang diminta untuk check-in.
"Saya akan rindukan awak ca."
"Saya akan rindukan Aki-nee juga." kata Aisyah sebelum berpelukan mesra dengan Akira.
"Ca.. ambillah ni. Hadiah dari saya.. maaflah ini je yang saya mampu hehe." sambil menghulurkan keychain I LOVE JAPAN kepada Aisyah.
"Wah, keychainlah. Arigato Aki-nee. Er, jaga abang saya baik-baik tau."
Muka Akira merah padam. Selepas bersalam dengan mereka berdua, Aisyah menuju ke tempat check-in.
"Saya pasti akan rindukan dia." kata Yu.
"Hehe, untung awak dapat adik yang macam tu."
"Jomlah kita balik."
"Em.." Akira memegang erat tangan Yu-kun.