Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 43 - Player Killer dan Kontrak Pewaris Kuasa

Chapter 43 - Player Killer dan Kontrak Pewaris Kuasa

Rin dan yang lain sedang menjalani latihan di luar Cirk. Setelah penat berlatih, mereka berehat di bawah pokok berdekatan dengan tembok barat Cirk Capital.

"Ok sudah-sudahlah berehat jom sambung latihan!" arah Ren tegas.

"Yu-kun sangat berbeza dalam game kan. dia lebih.. tegas." kata Minori.

"Yep, dan kawaii. Dia pakai baju type apa tu?" kata Akira.

"Dia pakai baju type warrior. Semalam dia dah tahap 20.. dah upgrade job." jelas Rin.

"Wah cepatnya dia level up. Baru seminggu lebih game ni release." kata Okumura.

"Awak dah level berapa Okumura-san?" tanya Rin.

"Saya baru level 15."

"Baguslah tu. Saya target nak naik level 20 hari ni." kata Rin.

"Sensei nak ambil job upgrade apa? Knight ke Warrior?" tanya Okumura.

"Mestilah warrior. Saya nak ambil job Dark Berserk Knight mesti dari Warrior class."

"Apa maksud awak Rin?" Minori kurang faham apa yang dikatakan oleh Rin tadi.

"Maksud dia kalau awak dah target nak jadi sniper. Awak mestilah ambil job upgrede yang mengarah kepada future job awak tu.. kalau tak awak tak boleh jadi seperti apa yang awak mahukan." kata Itsuka sambil menunjukkan papan putih yang terlukis Class tree bagi game Elguard Online yang entah dari mana.

"Wah, macam mana awak tahu semua ni Itsuka-chan?" kata Minori kagum dengan info yang diberikan oleh Itsuka.

"Er, takdelah hehe. Saya ni suka study benda yang saya nak buat." kata Itsuka-chan.

Letupan besar mengegarkan Cirk Capital. Letupan tersebut berada di tempat spawn pemain baru. Ramai pemain yang berada di sana mula membanjiri tempat tersebut untuk melihat apa yang sedang berlaku. Rin dan yang lain juga bergegas ke sana.

"Itukan.." kata Minori.

"Macam kenal je." kata Kazuo.

"Eh! Tu macam Fia lah.." kata Akira.

"Macam mana dia boleh masuk dalam game ni dia kan program?" Kazuo mencelah.

Apabila menyedari yang letupan tu hanyalah pemain yang baru log masuk mereka mula bersurai.

"Letupan tu dari pemain yang baru masuk?"

"Ye, entah macam mana tu berlaku."

"Bug kot."

Rin dan yang lain pergi kearah Fia yang nampak seperti terpinga-pinga.

"Fia, macam mana awak masuk dalam game ni?" tanya Yu.

"Ehehe.. saya cuba-cuba je .. tak sangka pula menjadi." jawab Fia.

"Wah baguslah.. makin ramai kan Rin.. eh mana Rin?" kata Okumura.

"Dia kata nak buat quest. untuk naikkan level dia." jelas Yu.

"Oh, jom Fia kita gi training hehe." ajak Tsumiki.

"Training ke pergi bersembang.." kata Minori dengan muka mengejek.

"Eh, awak pun apa kurangnya... tak nak tahu ke pasal Rin." balas Tsumiki.

"Apa diorang bincangkan tu?" tanya Okumura.

"Entahlah.. Baik sambung latihan dari layan kerenah diorang tu." kata Kinra.

"Oi budak nakal.. nak pergi mana tu huh.." Takanashi bertanya dengan nada mencari pasal.

"Kau ni pekak apa.. aku nak pergi latihanlah!"

"Ceh.. aku dengarlah .. saja je nak sakitkan hati kau hahah."

"Hmph." kata Kinra sebelum pergi dari situ.

Rin berada di suatu lorong yang sunyi.

"Hmm.. Map ni kata ada quest kat sini.." katanya sambil melihat petanya. "Mungkin yang ni." dia terlihat papan tanda Nacre Tavern. Dia memasuki premis tersebut. Tiada sesiapa kelihatan. Premis tersebut seperti telah dirompak kerena barang-barang kedai berselerakan di lantai. Meja dan kerusi bertaburan. "Hello.. ada orang tak ni.. saya nak ambil quest ni."

Apasal pula takde orang ni... hmm selalunya quest keluar bila NPC perlukan bantuan..

Dia pergi ke kaunter kedai tersebut. Dia menyedari ada seorang NPC sedang diikat.

"Hahah! Dapat pun awak!"

Rin diserang dari belakang. Dia sempat mengelak libasan pemain tersebut.

"Cis!"

Empat orang pemain sedang mengepung Rin dan purata tahap mereka ialah 15-17. Kelas mereka tidak dapat dipastikan kerana mereka memakai jaket berhud.

"Cepat bunuh dia."

"PK?" Bisik hati Rin selepas nampak IGN pada bar Hp musuh.

Dengan tangkas Rin mengelak serangan tersebut dan mengambil perlindungan di belakang meja kotak.

"Mana nak sembunyi huh! Kitaorang tau kau salah seorang tester."

"Apa yang korang nak dari saya?"

"Hehe, kami cuma nakkan pedang tu." kata salah seorang PK sambil menunjuk ke arah pedang yang dipegang oleh Rin.

"Pedang?"

"Pedang tu sangat rare kalau pakai mesti power takpun kalau jual konfem kaya raya punya."

"Cis pergilah cari sendiri." bentak Rin.

"Cari sendiri? Pandai, kau tau tak sekarang dungeon tu dah tak wujud! Kalau boleh farm aku tak la sampai nk pk kau."

Tak wujud? Macam mana? Adakah game ni berubah?

"Baik kau bagi je pedang tu sebelum kami sembelih NPC yang ada dalam bilik ni satu per satu." kata ketua PK.

Saya tak boleh biarkan diorang bunuh NPC. Buruk hubungan NPC dengan Player nanti.

Dia membuka inventorinya.

Kontrak? Tak nampak pun sebelum ni. Hmm.. Rin menekan accept contract tanpa membacanya terlebih dahulu.

"Oi... tunggu apa lagi tu.. nak tengok saya pancung diorang ni satu-satu ke?" kata ketua Pk tersebut sambil memberikan lampu hijau kepada rakannya untuk memenggal kepala salah seorang NPC yang telah mereka tangkap.

Belum sempat pedang pk tu sampai ke leher NPC ia berjaya ditahan.

"Itu pedang Saber XII.."

"Nak ke ambillah.." kata penyelamat tadi, berlagak.

"Kau bukan tester tadi! Mana dia?!"

Tanpa membuang masa lelaki tersebut terus sahaja meneutralkan musuh.

"Cis!" ketua pk tersebut melarikan diri.

"Oi tunggu!"

"Tak perlu kejar dia." kata Rin memberhentikan lelaki tersebut.

"Cis tak seronoklah senang sangat."

Rin pergi membuka ikatan NPC yang menjadi tebusan tadi.

"Terima kasih pengembara! Kalau tak kerana awak sudah tentu kami dah..." kata seorang wanita sebelum menangis teresak-esak.

"Sudahlah Jane, yang penting kita dah selamat."

"Apa yang telah terjadi kat sini tadi?" tanya Rin.

"Sebenarnya kami sedang minum kat sini seperti biasa. Tiba-tiba je empat orang pengembara tadi masuk dan menangkap kami. Mereka memaksa kami untuk memberi tanda quest untuk menarik perhatian pemain ke sini." jelas orang tua.

Cis, dah berapa orang pemain mereka bunuh sebelum saya ke sini. Saya mesti beritahu yang lain.

"Apa yang kami boleh lakukan untuk membalas jasa tuan?" kata seorang pemuda.

"Er. Takpelah hehe saya cuma.."

"Bagi je emas, semua settle.." kata lelaki yang telah membantu Rin tadi.

"Weh tak baik macamtu." kata Rin separuh berbisik.

"Takpe kami perlu memberi ganjaran kepada pengembara jika kami mendapat bantuan. Memang tradisi kami." kata seorang remaja lelaki.

"Oh kalau begitu apa-apa pun boleh." kata Rin.

Rin kembali ke TavInn di mana rakan-rakannya berada.

"Rin, awak dari mana ni? Baru je kami nak log keluar tau." kata Tsumiki.

"Er.. dari quest tadi. Mana Kazuo dan Nagisa?"

"Diorang dah log keluar." kata Minori.

"Siapa kat sebelah awak tu sensei?" tanya Takanashi.

"Nama saya Aries, selamat berkenalan."

"Aries? Macam pernah dengar je." kata Kinra.

"Bukanke tu nama fallen angel yang Rin lawan dulu?" kata Itsuka-san.

"Yelah! Tapi.. dia tak sama pun." kata Okumura.

"Fallen angel?" kata Aries.. kepalanya berasa pening apabila mendengar perkataan itu.

"Aries.. awak tak apa-apa ke?" tanya Yu-kun.

"Er, saya tak apa-apa.. hehe jangan risau."

"Macam mana awak jumpa dia Rin?" tanya Akira.

"Er.. entah macam mana ada kontrak dalam inventori saya. Lepastu saya accept dan dia datang."

"Oh macam tu."

"Memandangkan awak dah terima kontrak tu.. awak ialah tuan saya mulai hari ni." kata Aries sambil tunduk hormat.

"Eh?"

"Kontrak tu awak yang bagi ke?" tanya Akira.

Sekali lagi kepalanya sakit.

"Jangan tanya dia soalan macam tu lagi.." kata Yu.

"Gome.."

"Ada sesuatu yang berlaku ni." kata Fia.

"Mungkin nanti dia akan jelaskan semua." kata Rin. "Okeylah saya logout dulu. Jumpa di sekolah esok. Oyasumi."

"Selamat malam Rin."

Latest chapters

Related Books

Popular novel hashtag