Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 42 - Ujian 2

Chapter 42 - Ujian 2

"Baiklah kelas, keputusan ujian matematik hari tu dah keluar. Kamu boleh semak di papan kenyataan kelas. Ingat ye, siapa yang dapat markah terendah tu faham-faham la hehe." kata cikgu metematik tersebut sebelum berlalu pergi kerana masa rehat tengah hari sudah hampir.

Pelajar kelas 1-B berpusu-pusu ke papan kenyataan untuk mengetahui keputusan mereka. Tidak seperti pelajar lain, Kazuo hanya rileks duduk di tempat duduknya.

"Oi, Kazuo. Kau tak nak tahu ke keputusan kau hah." kata salah seorang pelajar lelaki.

"Ceh.. tak payah tengok pun aku dah tahu." kata Kazuo berlagak.

"Cis berlagak betul."

Orang ramai yang mengerumuni papan kenyataan tersebut telah reda, mereka masing-masing menuju ke kafeteria untuk makan tengah hari. Hanya tinggal Kazuo sahaja di kelas. Oleh kerana sudah tiada orang, dia pergi ke papan kenyataan tersebut.

Wah, Rin boleh tahan juga ye. 84%. Hmm, Akira pula 72%? Bolehla. Minori, haha 56% je? Mana nama Yu-kun ni?

Dia tercari-cari nama Yu-kun kerana tidak berada di senarai bawah.

Takkanlah.. Eh! Dia dapat markah terbaik?! 97%? Wah, pintar juga dia ni eh hehe boleh tahan. Nama aku pula... …. ….. Eh!!!! Paling bawah? 47% je?

Rin menyergah Kazuo dari belakang menyebabkan kazuo terperanjat.

"Ish kau ni."

"Haha.. gome-gome. Jadi macam mana markah kau? Aku nampak santai je kau jawab hari tu." ujar Rin.

"Hehe.." Kazuo memandang ke arah lain cuba untuk mengelak dari menjawab pertanyaan Rin.

"Weh bagitaulah. Oh mesti dapat markah tinggi ni kan."

"Eh takdelah, sebenarnya aku dapat markah terendah."

"Terendah?!"

"Yep, habislah aku..."

"Tulah, hari tu masa ulang kaji kat rumah Kagamine-sensei kau tidur.. Takpe, nanti aku tolong ajarkan kau."

"Arigato Rin. Kaulah kawan terbaik aku huhu." katanya sambil memeluk rakannya itu.

"Eh, sudah-sudahlah kau ni. Nanti lain macam pula orang tengok. Okey aku ke bilik kelab hobi dulu eh."

"Buat apa kat bilik kelab hobi?"

"Ala makan tengah harilah."

"Oh, date ye em biar aku teka.. Tsumiki-senpai?"

"Ish kau ni mana ada date. Makan tengah hari jelah dengan member kelab hobi yang lain. Kau tak nak join ke?"

"Em, aku takde seleralah lepas tengok keputusan aku ni. Gome Rin."

"Oh, takpelah kalau begitu aku pergi dulu."

Kazuo pergi ke pejabat guru. Dia mahu berjumpa dengan guru matematiknya itu.

"Gome menganggu Haruka-sensei."

"Em, ada apa?"

"Saya .. dapat markah terendah sensei.. apa dendanya."

"Oh, baguslah awak datang sendiri ke sini. Hmm.. Dendanya ialah kelas tambahan Math setiap hari."

"Oh, kelas tambahan.. Apa! Setiap hari.. maksudnya Sabtu dan Ahad juga ke Sensei?"

"Taklah.. waktu sekolah je."

"Baiklah kalau begitu. Arigato sensei."

"Mula petang ni. Jangan balik dulu tau."

Kazuo perlahan-lahan keluar dari pejabat guru. Nagisa telah menunggunya di luar.

"Nagisa-chan? Apa yang awak buat kat sini?"

"Saya dah dengar segalanya..."

"Gome, tak dapatlah kita balik sama-sama." kata Kazuo sambil menundukkan pandangannya.

Sebaik sahaja dia menaikkan semula pandangannya, Nagisa sudah tidak berada di sana.

Ek? Aku bermimpi ke ni?

"Haruka-sensei, izinkan saya join kelas tambahan sensei petang ni. Onegai." kata Nagisa sambil tunduk hormat.

"Eh, bukan kamu dari kelas 1-D ke?"

"Onegai, lagipun markah matematik saya teruk baru-baru ni."

"Baiklah, kamu boleh ikut."

"Arigato sensei."

Petang itu mereka berdua sahaja yang tinggal untuk mengikuti kelas tambahan matematik Haruka-sensei. Kazuo nampak sangat gembira mengikuti kelas tersebut kerana Nagisa berada di sana bersama-samanya. Kelas tambahan tersebut tamat pada pukul 5 petang.

"Wah, senang betul soalan tadi. begitu rupanya cara nak selesaikan masalah tu. Haha, ingatkan susah sangat." kata Kazuo.

Mereka berjalan beriringan sambil menikmati suasana pada petang itu.

"Nee..Kazuo-kun.."

"Ada apa Nagisa-chan."

"Betul ke awak sukakan saya? Atau awak cuma..."

"Eh? Apa yang awak cakap ni.. betullah saya sukakan awak.. lagipun..."

"Em?"

"Lagipun.. awaklah gf saya yang pertama.. dan terakhir." kata Kazuo sambil memalingkan muka kearah lain untuk menyembunyikan wajahnya yang kemerahan.

Nagisa membaringkan kepalanya ke bahu Kazuo. "Yang terakhir ye." katanya sambil tersenyum lebar.

"Ada masa lagi ni. Jom kita pergi Cafe." ajak Kazuo.

"Ok jom."

Loceng pintu masuk kafe berbunyi.

"Selamat datang. Eh, Kazuo dan Nagisa. Lewatnya kamu berdua balik hari ni." kata Rin yang sedang mengelap meja.

"Hehe, ada kelas tambahan tadi dengan Haruka-sensei." jelas Kazuo.

"Oh, jadi Nagisa-chan pun ikut sekali ye?"

Nagisa mengangguk.

"Baguslah."

"Mana Tsumiki-senpai?" tanya Kazuo.

"Dia balik awal hari ni. Katanya dia ada kerja nak buat. Nak order apa?"

"Kopi Latte dua." pesan Kazuo.

"Okey. Kopi Latte dua on the way."

"Awak ingat lagi tak hari tu.." Nagisa membuka bicara.

"Ingat apa?" tanya Kazuo.

"Ala masa first date kita.. waktu tu awak masih anggap saya sebagai lelaki."

"Ingat, kenapa?"

"Walaupun saya tahu awak berlakon je masa tu. Saya rasa awak sweet sangat."

"Hehe awak ni.. mana ade."

"Itulah pertama kali saya dating dengan lelaki tau, dan saya ingat itulah yang terakhir bagi saya. Jadi saya, saya cuba menikmatinya hingga ke saat terakhir. Ya di bumbung bangunan tu masa kita tengok bunga api."

"Masa tu saya, nak reject awak sebab saya ingat awak ni lelaki."

"Tapi nasib baiklah Rin-kun beritahu segalanya." kata Nagisa mencelah.

"Kenapa awak tak beritahu perkara sebenar pada saya?"

"Saya ingat awak tahu.. sebab tulah.. tapi bila Rin-kun beritahu segalanya pada masa tu barulah saya sedar yang awak tak tahu yang saya ni sebenarnya perempuan."

"Hehe kita patut berterima kasih dengan dia.. kalau bukan sebab dia kita tak mungkin minum bersama di sini sekarang."

"Betul tu."

"Pesanan sampai." Rin meletakkan dua kopi latte ke meja.

"Arigato Rin-kun." mereka berdua berkata serentak.

"Oh, ya kamu berdua tak online ke malam ni?"

"Ala, gome Rin. Saya ada kerja rumah yang perlu disiapkan jadi tak dapatlah nak online."

"Nagisa-chan?"

"Saya mungkin online. Kenapa?"

"Kami nak buat kem latihan malam ni untuk naikkan level kamu semua. Jadi senang untuk kita buat ekspedisi ke mana-mana nanti."

"Ekspedisi?" Kazuo mencelah.

"Ye, dalam game tu belum ada lagi warp gate di bandar-bandar utama. Tak tahulah kenapa. Jadi kita perlu guna jalan biasa untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain." jelas Rin.

"Oh begitu.. tengoklah kalau saya dapat siapkan kerja saya awal mungkin saya akan online."

Jam menunjukkan pukul 7 petang.

"Baiklah Rin.. kami minta diri dulu." kata Kazuo.

"Jangan lupa online malam ni." Rin mengingatkan Kazuo.

"Kalau dapatlah."

Malam itu, siap sahaja Rin mencuci pinggan dia terus sahaja pergi ke biliknya. Dia menyarungkan Mini Portalnya.

Baiklah.. jom mulakan ..

"Rin-kun.. nak ke mana tu?" tanya Fia.

"Online lah apa lagi." Rin nampak bersemangat.

"Wah, bersemangatnya awak hari ni.."

"Mestilah. Oh ya saya terfikir kalau-kalau awak dapat masuk dalam game tu." cadang Rin.

"Saya.. er.." Fia teragak-agak.

"Cubalah, taklah awak bosan tengok kami bermain je.."

"Okey nanti saya try.."

"Baiklah.. jumpa nanti Fia." kata Rin sebelum perlahan-lahan menghilang.

"Masuk dalam Elguard Online.. dengan Rin." dia membayangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan bersama dengan Rin masa dia dalam game tu nanti. "Wah, mesti seronok! Nak peluk Rin, hehe . Yosh!"

Entering Elguard …creating account... extracting information... creating character 1%... 4%...