Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 41 - Kembali ke dalam Portal

Chapter 41 - Kembali ke dalam Portal

Setibanya di rumah, Rin terus sahaja memasang sensor pada keliling biliknya. Dia melihat jam locengnya. Ia menunjukkan tepat jam 7 petang. Tanpa membuang masa dia terus menyarungkan Mini Portalnya.

Detecting user...

Loading account..

account linked.. verifying user..

Logging in..

Sensor tersebut mengimbas badan Rin. Perlahan-lahan badan Rin bertukar menjadi bit data. Suasana cerah menyelubungi Rin. Pakaiannya berubah kepada pakaian default pemain baru. Dia berada di hadapan pintu masuk Cirk Capital. Ramai pemain sudah log masuk ke dalam permainan. Banyak cahaya terang kelihatan menunjukkan para pemain sedang berduyun-duyun masuk. Rin membuka G.U.I permainan.

Nampaknya akaun aku dah kena reset. Eh? Apa ni?

Kelihatan ikon kotak hadiah pada inventorinya.. Tertulis Beta Tester present. Rin membuka bungkusan tersebut. Kesemua inventorinya semasa beta test dahulu dikembalikan.

Panggilan masuk?

"Ye?"

"Rin, aku ni Ren.." kata Yu menggunakan in game name atau IGN.

"Oh, ada apa?"

"Kami semua dah log masuk permainan."

"Eh, kau kat mana sekarang ni?"

"Ala tempat biasa. Rest Inn." jawab Yu selamba.

"Okey aku on the way."

Rin tiba di Rest Inn. Rakan-rakannya yang lain sudah sedia menunggunya. Tsumiki merupakan orang yang paling gembira apabila melihat Rin.

"Rin-kun!" Tsumiki terus memeluk Rin.

"Eleh, senpai ni macam dah seribu tahun tak jumpa Rin." kata Kazuo.

"Wah, semua dah ada kat sini." ujar Rin teruja untuk bermain bersama.

"Sebenarnya ni kali pertama saya main game RPG ni." kata Nagisa.

"Jangan risau, kita kan ada pemain beta tester." kata Kazuo.

"Apa maksud beta tester? Saya tak berapa faham." tanya Nagisa.

"Maksudnya mereka sudah bermain permainan ni sebelum permainan ni dikeluarkan lagi." jelas Yu-kun.

"Jadi game ni ada berapa tester sebenarnya?" Nagisa masih bingung.

"10, separuh dari mereka ada di sini. Rin-kun, Yu-kun, Takanashi-senpai, dan adik beradik Okumura." jelas Minori.

"Wah, Yoroshiku.. Sila beri tunjuk ajar." kata Nagisa.

"Game on!" kata Yu-kun teruja.

"Latihan?" Kazuo mencelah.

"Yep, saya pasti kamu semua belum biasa dengan cara permainan ni berfungsi." balas Yu.

"Yosh! Tak sabar rasanya." kata Kazuo.

Mereka ke kawasan lapang di luar Cirk Capital.

"Wah, pemandangan Bandar Cirk dari luar sangat cantik!" kata Minori.

"Makin meriah kan bandar Cirk ni berbanding dari masa kita beta test dulu." kata Yu-kun.

"Em, baguslah." Rin nampak kurang gembira.

"Kenapa ni Rin? Happy lah sikit, bukankah ini yang awak impikan dulu? Game ni dah dikormesialkan ke seluruh dunia sekarang." kata Okumura.

"Dia fikirkan pasal parents dia lah tu." kata Kinra.

Kazuo menepuk bahu Rin.

"Jangan risaulah Rin, diorang kan developer permainan ni. Tahulah diorang macam mana nak jaga diri." kata Kazuo.

"Kami akan tolong apa yang termampu." kata Minori cuba untuk memberi Rin semangat.

"Arigato minna. Kalau bukan sebab korang, tak mungkin saya berada di sini hari ni."

"Alright! Latihan bermula sekarang!" arah Yu-kun sebelum meniup wisel yang dia dapat entah dari mana.

Yu-kun atau Ren melatih mereka cara menggunakan manual command, voice command dan body posture command. Perlahan-lahan mereka memahiri skil asas tersebut.

"Wah, senangnya! Kalau macam ni kacang je nak tewaskan monster tu." kata Kazuo sambil menghunus pedangnya kearah raksasa yang berbentuk kacang besar.

"Itu boss area ni. Tak mungkinlah kau dapat tewaskannya kalau level masih rendah kan sensei." kata Takanashi.

"Tak juga." kata Rin kurang setuju dengan Takanashi.

"Eh? Boleh ke?"

"Boleh kalau awak ada senjata yang bagus dan mahir setiap skill asas." ujar Rin.

Rin bingkas bangun.

"Tapi sensei awak masih tahap 1. Bukankah karakter kita dah kena reset?" kata Takanashi.

"Sabar, awak tak tahu Rin tu macam mana." kata Yu-kun, dia nampak yakin dengan Rin.

"Eh?"

Rin menghunuskan short swordnya. Dia mengamati maklumat yang tertera pada skrin.

Hmm.. Nutghost tahap 15, boss area, hp 3500 mudah je ni.

Dia meluru kearah Nutghost. Musuh menyedari serangan tersebut dan mengelak. Dengan ketangkasannya dia mengubah arah dan cuba untuk menyerang Nutghost. Setiap serangan Rin berjaya ditepis oleh Nutghost. Nutghost menyerang balas dengan melibas Rin dengan akarnya. Rin terjatuh akibat serangan tadi.

"Alamak kita perlu bantu Rin." kata Minori.

"Relax. Jangan risaulah Rin boleh tu." kata Yu.

"Tapi Hp dia dah nak habis tu." kata Akira risau.

"Hmph, nampak je begitu. selagi dia ada walaupun 1 hp dia takkan mengalah." kata Kinra.

Rin kembali berdiri. Dia mula menukar strategi. Dia ternampak titik lemah pada bahagian belakang Nutghost.

"Dash!" dengan kelajuan halilintar Rin sudah berada di belakang Nutghost. Ini peluangnya untuk menyerang titik lemah tersebut.

"Weapon Swap! Saber XII!"

"Eh? Saber XII? Bukankah akaun kita dah kena reset? Macam mana dia boleh dapat Saber XII?" Kinra kebingungan.

"Power slash!"

Oleh kerana senjata yang digunakan oleh Rin mempunyai base damage yang tinggi, walaupun statsnya masih rendah dia dapat menewaskan Nutghost dengan mudah. Sedang Rin berlawan tadi, ramai pemain yang berkumpul untuk melihat bossfight tadi.

"Wah, baru tahap 1 dah dapat tewaskan monster tahap area boss.. sangat menakjubkan!" kata seorang pemain yang berpakaian seperti Adept (kelas terendah bagi class tree Magik).

"Pakaian awak masih default, mesti awak belum pilih class tree ni kan." tanya salah soerang pemain.

"Belum pilih? Jadi dia guna skill yang paling asaslah tadi tu?"

"Cis, kami yang dah tahap 4 ni nak tewaskan Nutseed pun susah apa lagi Nutghost.. mesti awak main tipu ni!" kata pemain yang berpakaian seperti Squire (kelas terendah bagi class tree warrior).

"Jaga sikit mulut tu, sensei tak main tipu, dia cuma mahir guna skill asas yang diberikan tu je." kata Takanashi.

"Jadi senjata tadi tu apa hah! Takkanlah baru hari pertama dah dapat senjata macam tu!"

"Kejap-kejap.. saya macam kenal awak.." Adept tersebut seperti mengingati sesuatu.

Dia membuka tetingkap (window) dan mencari sesuatu.

"Bukankah ni awak?" dia menunjukkan berita yang ditunjukkan tempoh hari.

Rin mendiamkan diri.

"Jadi betullah awak ni tester."

"Tester?"

"Cis, tester rupanya. tak heranlah kalau dia dapat tewaskan Nutghost dengan mudah." akhirnya budak Squire tersebut berpuas hati.

"Wah tester, boleh tolong ajarkan kami asas game ni tak?"

"Jomlah kita gi raid."

"Siapa nama awak?"

Semakin ramai pemain mengerumuni kawasan tersebut.

"Rin, jomlah kita pergi dari sini. Keadaan makin tak terkawal. Lagipun ni kawasan bebas. Tak mustahil lepas nampak senjata awak tadi ada Player Killer yang sedang target awak sekarang." bisik Yu.

Mereka menggunakan skrol teleport untuk pergi ke bandar semula.

"Cis." seorang berhud hitam menyimpan semula pedangnya.

"Fuh, nasib baik kita dah set tempat respawn kat Rest Inn ni." kata Akira.

"Ye, kalau tak, tak tahulah apa jadi." kata Minori.

"Ye, lagipun bandar ni besar. Sedangkan pemain yang berpengalaman seperti saya pun boleh sesat, apa lagi pemain baru." kata Takanashi.

"Ceh, awak tu dah tua memanglah senang je sesat."ejek Kinra.

"Apa kau cakap! Mari sini kita duel! Oi, nak ke mana tu!"

"Eh, Rin-kun, macam mana awak boleh dapat Saber XII awak balik? Bukankah akaun kita dah kena reset?" tanya Arc_Light.

"Cuba buka inventori korang."

"Eh, ada kotak hadiahlah!"

Mereka masing-masing membuka kotak hadiah tersebut.

"Oh macam ni lah awak dapat senjata awak balik." kata Ren.

"Yahoo.. perisai kesayanganku." kata Takanashi teruja.

"Hmph, senjata ni lagi." kata Kinra. Dia kurang berpuas hati.

"Pakai jelah dulu.. nanti mungkin awak akan jumpa senjata yang lebih baik." kata Rin.

"Hmph." kata Kinra.

"Alamak dah jam 11:30 malam dah ni.. Minta diri dulu.. jumpa esok ye." kata Rin sebelum log keluar dari permainan.

"Eh, Minori.. awak rasa Rin tu ok ke? Sejak game ni kena release. Dia macam stress je." kata Akira.

"Memanglah stress. Ni tentang nasib parents dia. Saya harap dia akan kembali normal bila dia dah jumpa perents dia nanti." jawab Minori.

"Harapnya begitulah."

Rin berada di biliknya. Malam tersebut ialah malam bulan purnama. Biliknya diterangi oleh cahaya bulan. Rin sedang baring di katilnya. Dia masih memakai Mini Portal pada tangannya.