Mereka tiba di persimpangan. Seperti yang ada di dalam peta, terdapat dua jalan ke perkampungan yang mereka tuju. Mereka tidak pasti jalan sebenar ke perkampungan tersebut kerana ia tidak ditunjukkan di dalam peta. Tetapi yang pasti salah satu jalan tersebut adalah perangkap.
Bagi mengurangkan risiko, mereka berpecah kepada dua kumpulan. Jika salah satu kumpulan termasuk dalam perangkap, sekurang-kurangnya satu lagi kumpulan sampai ke destinasi. Kumpulan pertama terdiri daripada Rin, Okumura dan Sarah. Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada Takanashi, Orihara-kun,Jennifer dan Kinra.
"Baiklah, kami ikut jalan kiri. Kalau kamu rasa itu ialah jalan perangkap terus je patah balik dan jangan lupa hantar masej kalau ada apa-apa berlaku. Jalan ini agak jauh, saya tak mahu ada ahli yang terpaksa berjalan semula dari Cirk ke sini." kata Rin yang bertindak selaku ketua pasukan ekspedisi.
Rin dan Orihara masing-masing mempunyai sebuah kereta kuda dan boleh diseru pada bila-bila masa. Mereka menggunakan kemudahan tersebut untuk mempercepatkan perjalanan mereka. Tanpa berlengah mereka masing-masing menyeru kereta kuda mereka.
"Ehh! Kereta kuda kepten lagi cantiklah. Tak adil." kata Jennifer bergurau.
"Jangan nak mengeluh. Naik je." kata Orihara-kun sambil mengheret Jennifer memasuki kereta kudanya yang agak lama itu.
"Ceh, budak ni lagi!" kata Takanashi.
"Diamlah orang tua." kata Kinra.
"Oi, kamu berdua jangan asyik nak bergaduh je. Jom naik. Dah nak bertolak ni." kata Orihara-kun.
Takanashi dan Kinra masing-masing tidak mahu berpandangan walaupun berada di dalam kereta kuda.
"Mereka berdua agak rapat kan." kata Jennifer.
"Rapat awak kata." kata Orihara hairan.
Mereka sudah berjalan lebih 3 jam masa sebenar. Kedua-dua kumpulan tidak terserempak dengan mana-mana monster di jalan itu dan ia menimbulkan rasa pelik. Adakah monster di kawasan itu tahap rendah?
"Rin, jauh lagi ke?" kata Sarah. Dia nampak penat.
"Kalau ikut peta ni dah tak jauh lagi." kata Okumura.
"Kenapalah kita terpaksa jalan kaki setiap kali kereta kuda tu hilang. Tak bolehke seru balik je kereta kuda tu?" kata Sarah mengeluh.
"Jangan salahkan saya. Kereta kuda tu ada had penggunaannya. Setiap 2 jam dunia sebenar (bersamaan dengan setengah hari masa dalam game) ia ada cooldown yang agak lama." jelas Rin.
Mereka meneruskan perjalanan. Perjalanan tersebut mengambil masa yang lama kerana jalan yang mereka lalui berbukit-bukau. Hutan tersebut agak aman dengan haiwan-haiwan biasa sahaja yang kelihatan. Tidak ada zombie atau forest troll yang menganggu. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi di kawasan belukar di tepi jalan tersebut. Ia ialah serangan hendap dari forest troll!
"Divine Shield! Ini akan menahan mereka buat sementara waktu." kata Sarah.
"Rin! Cepat fikirkan strategi!"
Dianggarkan lebih 100 forest troll yang sedang menyerbu mereka. Purata tahap forest troll ialah tahap 70. Inilah jalan perangkap itu! Mereka sudah terlalu hampir dengan perkampungan yang dituju. Sudah terlambat untuk berpatah balik. Rin mengarahkan Okumura menggunakan skill healing berterusan keatasnya. Dia kemudian keluar dari Divine Shield dan memulakan serangan yang agak terburu-buru.
Dia berlari masuk ke dalam kerumunan Forest Troll. Dengan ketangkasan kelas Dark Berserk Knight Rin dengan sedaya upaya meminimumkan damage yang dialaminya dengan mengelak semua serangan yang dilontarkan kepadanya. Strateginya berhasil apabila dia menggunakan skill Final blow yang merupakan skill AoE yang mampu memberikan damage yang sangat besar. Serangan Rin tadi melumpuhkan kekuatan musuh sepenuhnya.
Walaupun begitu, Rin kehilangan 70% hpnya disebabkan damage yang diterimanya sebelum itu.
"Fuhh nasib baik." kata Okumura lega.
"Kalau bukan sebab rapid healing awak dah tentu kita akan terbunuh. Arigato, Okumura-san."
Riak muka Okumura-san jelas menunjukkan yang dia gembira menerima pujian dari Rin. Ia merupakan pertama kali Rin memujinya.
"Eh, takde apa-apalah. Memang dah tugas Cleric untuk heal rakannya." kata Okumura-san.
Mereka kembali meneruskan perjalanan. Setelah 30 minit berjalan akhirnya mereka tiba di perkampungan tersebut.
"Eh, itu kumpulan Rin!" kata Jennifer yang sedang berdiri di pintu masuk perkampungan tersebut.
"Sensei!" kata Takanashi.
"Kenapa kamu lambat? Risau kami.. ingatkan kamu dah kembali ke Cirk Capital." tanya Ren.
"Kami diserang hendap oleh Forest Troll tadi. Ia jalan perangkap. Nasib baiklah Rin dapat tewaskan mereka semua. Kalau tak terpaksalah kami mulakan semula perjalanan." terang Sarah.
Mereka kemudian menuju ke bangunan utama kampung tersebut di mana tempat ketua kampung tersebut tinggal. Semasa mereka berjalan ke sana mereka menyedari yang mereka diperhatikan oleh penduduk kampung tersebut. Suasana di sana jauh berbeza berbanding di Cirk. Perkampungan tersebut agak senyap dan kurang peramah. Bangunan di kampung tersebut dibina dari kayu yang biasa didapati di sana. Kampung tersebut juga dikelilingi oleh benteng yang diperbuat dari batu. Bangunan utama mereka terletak di atas bukit dan ia juga dikelilingi dengan kubu kayu.
Mereka tiba di pintu masuk bangunan utama. Kelihatan dua orang pengawal lengkap bersenjatakan lembing.
"Kamu semua bersenjata!" kata salah seorang pengawal sambil menghalakan lembingnya kearah Rin.
"Sabar, kami datang sini dengan aman." kata Rin.
"Kalau begitu tinggalkan senjata kamu di sini." kata seorang pengawal lagi.
Mereka mengikut seperti yang diarahkan. Akhirnya mereka dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan ketua kampung. Bahagian dalaman bangunan tersebut tak ubah seperti gereja.
Seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang serta berpakaian seperti wizard datang menjemput mereka.
"Wah wah, pengembara. Saya mendengar khabar tentang kamu. Kamu sedang mencari sejenis bahan suci yang dinamakan Portasec kan." kata Orang tua tersebut.
"Apa maksud kamu item suci?" tanya Okumura.
"Ia ialah benda yang boleh mengubah dunia ini. Bahan yang dibuat di Sky Peak tempat tinggal para Angels.
"Mereka pernah mendengar perkara tersebut dari Raja Arian IV.
"Apa yang kamu tahu tentangnya?" tanya Rin cuba untuk mengetahui lebih lanjut tentang Portasec.
"Apa yang kami tahu? Kamilah penjaga kepada item suci itu." kata Orang tua itu. Dia melihat dengan teliti muka Rin. "Kamukah orang terpilih itu?"
"Eh?" Rin agak bingung.
Orang tua tersebut memegang tengkuk Rin dan menggunakan sejenis magik untuk melihat Chip yang ada pada Rin.
"Ye, kamulah orangnya." katanya sebelum tunduk hormat.
'New quest begins' terpapar di hadapan mereka.
Tanpa bercakap banyak, orang tua tersebut menunjukkan mereka jalan rahsia ke dungeon terakhir. Senjata mereka semua dikembalikan.
"Semoga berjaya, Yang terpilih. Hati-hati.. Portasec sedang berada dalam jagaan Aries.. salah seorang dari Fallen Angel." kata Orang tua tersebut sebelum menghilangkan diri.Rin membuka peta.
"Patutlah kita tak jumpa jalan ni." kata Rin.
"Ni jalan bawah tanah." sambungnya.
"Fallen Angel? Demon?" kata Takanashi.
"Tak tahulah. Tak diberitahu pun sebelum ni masa kita raid dia dulu." kata Ren.
"Menurut lagenda.. Aries ialah penjaga bandar kuno dekat-dekat sini.. mereka dirasuk oleh demon dan membuat kemusnahan. Akhirnya, dia ditewaskan oleh Guardian Angel dan dikurung di dalam dungeon." kata Okumura yang sedang memerhati tetingkap pemain yang menunjukkan sejarah Aries.
"Ada lagi maklumat lain tak?" kata Jennifer.
"Ada tapi kebanyakan maklumat dah dipadam." jawab Okumura.
"Eh? Dipadam? Takkanlah admin buat camtu.." kata Sarah yang sudah arif dengan permainan MMORPG.
"Tak tahulah.."
Mereka meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian mereka ternampak suatu cahaya yang terang dan menyilaukan mata. Ia merupakan sebuah warp gate. Warp gate membolehkan pemain warp ke tempat yang telah ditentukan. Walaupun mereka tidak pasti kemana arah warp itu akan membawa mereka, mereka tetap memasukinya.