Tulisan 'New skill aquired' terpampang di hadapan Rin. Letupan besar dari peluru yang ditembak oleh Zack mengegarkan kawasan tersebut. Mereka semua terdiam melihat kejadian itu. Mereka rasa seperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Minori dan yang lain tidak sanggup melihat skrin. Mereka merasakan Rin sudah tiada lagi.
"Cis, kalau dia dapat kalahkan Rin.. tak mungkin kita semua dapat kalahkan dia." kata Kinra.
"Tak.. tak mungkin.. Rin.." Kata Okumura yang sudah hilang harapan.
Tsumiki yang melihat kejadian itu merasakan yang dia kehilangan orang kesayangannya buat kali kedua. Dia menitiskan air mata. Kagamine-sensei cuba menenangkan Tsumiki.Asap yang memenuhi gelanggang perlawanan mula hilang. Kelihatan Zack sedang berdiri dan ketawa terbahak-bahak. Rin tidak kelihatan. Apabila asap hilang sepenuhnya kelihatan kelibat seseorang di hujung gelanggang. Dia ialah Rin. Dia sedang berdiri seperti tiada apa-apa berlaku padanya tadi.
"Apa yang terjadi tadi?" kata Takanashi.
Mereka memerhatikan ulang tayang kajadian tadi. Dalam gerak perlahan kelihatan Rin memang terkena tembakan dari Zack. Tetapi bagaimanakah Rin boleh terselamat?
"Seal Break!" kata Rin. Suaranya agak lain dari biasa.
Serta-merta badan Rin berubah. Dia dikelilingi oleh aura hitam seperti yang ada pada Aries. Dua per tiga muka Rin ditutupi oleh topeng. Hanya mata kanannya yang kelihatan.
"Keadaan semakin menarik! Awak belum bersedia untuk menyerah kalah ye!"
Rin kini dapat mengikut rentak kelajuan lawan. Serangan demi serangan lawan dipatahkan dengan mudah. Rin mula membalas serangan dengan menyerang bahagian yang terdedah. Zack membalas dengan menembak tiga kali kearah Rin. Rin mengelak dengan mudah.
Rin tidak menyedari yang tembakan itu hanya untuk mengalihkan perhatiannya. Semasa dia sedang sibuk mengelak serangan tadi Zack dengan pantas mendekati Rin. Zack menendang Rin dan Rin terpelanting ke belakang. Tidak cukup dengan itu Zack menggunakan Skill Warpnya untuk teleport ke belakang Rin dan menendangnya sekali lagi.Hp Rin kini pada tahap kritikal. Dia terpaksa menggunakan Final Blow dan ia adalah skill ultimate bagi Dark Berserk Knight. Ia mempunyai cooldown yang tinggi. Dia tidak boleh tersasar.
"Final... Blow!"
Zack menyedari yang ia sudah terlambat untuk mengelak serangan Rin. Dia juga menggunakan skill ultimate Sniper untuk menghalang serangan Rin.
"Kardel's Shot!"Serangan mereka bertembung dan letupan besar sekali lagi mengegarkan kawasan tersebut. Siapakah yang terselamat?
IMBAS SEMULA
Di suatu tempat di luar Bandar Cirk, seseorang sedang berlatih untuk meningkatkan tahapnya.
"Fuh, susahnya nak bunuh monster ni." kata seorang budak.
Rin sedang berjalan-jalan di kawasan sekitar terlihat budak tersebut. Dia tidak pernah melihatnya sebelum ni. Mungkinkah dia pemain tester baru?
"Hmm, hai." kata Rin menegur budak tersebut yang tengah berehat di bawah pokok untuk memulihkan semula hpnya.Budak tersebut agak terkejut.
"H..hh..hai."
"Eh.. baru tahap 12? Kebanyakan tester dah tahap 60 sekarang ni."
"Hehe. ye.. saya baru main hari ini."
"Eh.. oh ye.. awaklah pemain ke sepuluh tu kan."
Mereka menyambung perbualan mereka. Sedang mereka berbual Okumura dan Takanashi menyertai mereka.
"Eh.. pemain kesepuluh?.. comelnye.." kata Okumura-san.
"Kalau awak ada apa-apa masalah tanya je jangan malu-malu. Siapa nama awak?" kata Takanashi.
"Nama saya Zack. Berasal dari Terengganu, Malaysia."
Merekapun memperkenalkan diri masing-masing. Setiap hari Zack akan berlatih bersama-sama Takanashi untuk kekuatan fizikal dan berlatih bersama Okumura untuk mengawal skill magik. Hubungannya dengan pemain lain juga tidak terkecuali. Dia agak peramah. Mereka selalu berkumpul di Rest Inn di Cirk Capital setiap kali sebelum mereka hendak keluar Portal.Suatu hari, mereka berkumpul di Rest Inn.
"Apa kata kita buat Raid hari ini." kata Rin.
"Eh? Di mana?" kata Sarah.
"Hmm, apa kata kalau di Cyclops Dungeon." kata Takanashi.
"Tempat tu sesuai untuk pemain yang agak advanced. Mungkin ianya bagus untuk pengalaman Raid pertama awak kan Zack."
Muka Zack kemerahan. Dia agak malu kerana walaupun tahapnya mencapai tahap 55 tetapi dia tidak pernah mengikuti mana-mana Raid sebelum ini. Mereka tiba di pintu hadapan Cyclops Dungeon.
"Awak dah bersedia." kata Takanashi.Zack hanya mengangguk.
"Mereka seperti adik beradik kan." kata Okumura-san.
Mereka memasuki dungeon. Perlahan-lahan mereka mara ke kawasan boss. Zack hanya dapat melihat sahaja pertarungan pada kebanyakan masa. Dia banyak belajar perkara baru dalam Raid tersebut. Selama ini dia hanya fikir Raid ini hanya berlawan tanpa strategi. Tetapi dia silap. Mereka memasuki kawasan boss. Cyclops iaitu raksasa bermata satu bersenjatakan belantan sedang berdiri di hadapan mereka.
Mereka melaksanakan peranan masing-masing. Pada waktu itu Zack dapat melihat dengan jelas strategi yang dirancang oleh Rin semasa di Rest Inn.Mereka melaksanakan peranan masing-masing untuk menjayakan Raid tersebut. Zack juga turut serta menyerang. Dia menyerang dari barisan belakang kerana dia adalah satu-satunya tester class sniper. Tiba-tiba apabila Hp Cyclops mencecah 10%, dia mengeluarkan skill paralyze. Ia melumpuhkan kesemua pemain. Hanya Zack yang terselamat kerana dia berada di barisan belakang sekali.
Dia adalah harapan kumpulan tersebut. Dialah penentu samaada Raid tersebut berjaya atau gagal pada masa itu. Dia mempunyai satu peluang sahaja. Jika dia tersasar mereka akan kembali ke Cirk dengan tangan kosong. Dia menarik nafas panjang sebelum menyasarkan muncung laras senapangnya kearah mata Cyclops. Saya pasti boleh.. Dia mengingati semula apa yang di ajar oleh Takanashi dan Okumura kepadanya.
"Kardel's Shot."
Tembakan dilepaskan. Ia mengenai tepat di mata Cyclops. Ia merupakan pertama kali Zack membunuh dungeon boss. Setelah boss menghilang, kesan skill paralyze juga menghilang. Mereka meraikan kejayaan mereka di Rest Inn. Zack menyedari dia mendapat rare drop dari boss. Ia ialah Cyclops Eyedrop. Ia memberikan penggunanya kesan kekal iaitu Critical Damage +7%.
Malam itu ialah malam terakhir sebelum Closed Beta Test ditutup. Zack berada di beranda menikmati suasana malam yang dingin. Rin ternampak Zack berada di luar keseorangan.
"Belum tidur lagi ke?" kata Rin.
Zack mengangguk. "Saya terfikir yang kalau-kalau kita tak jumpa lagi selepas ni." katanya.
Dia agak sedih.
"Saya pasti kita akan berjumpa lagi bila game ni dah kena released." kata Rin cuba untuk mengembirakan hati Zack.
"Ye ke? Kalau begitu saya nak buat Guild khas untuk kita semua."
"Saya akan pegang kata-kata awak."
Tekanan mula dirasai. Mereka tidak dapat melihat kelibat kedua-dua pemain kerana asap tebal memenuhi gelanggang perlawanan. Perlahan-lahan asap tersebut hilang. Kelihatan Zack terbaring di pangkuan Rin. Tidak lama kemudian dinding lutsinar yang mengelilingi mereka hilang. Tanpa berlengah Okumura dan tester lain berlari kearah Rin.
"Rin! Awak tak apa-apa?" kata Jennifer.
Okumura terus menggunakan skill Healingnya untuk memulihkan Hp Rin.
"Saya tak apa-apa.. Tapi.." dia melihat kearah jasad Zack yang semakin menghilang.
Rachell kemudian menggunakan skill Revivalnya untuk cuba menghidupkan semula rakan seperjuangan mereka semasa closed beta dulu.
"Ia berkesan?" tanya Rin.
Rachell mengelengkan kepala setelah berkali-kali mencuba. Mereka berasa sangat kecewa. Takanashi menumbuk tanah untuk melepaskan kekecewaannya.
"Kenapa! Kenapa ia berakhir macam ni!" kata Takanashi.
"Dia seorang budak yang baik.. dia tak pernah bersikap macam tu.." kata Sarah.
"Saya tahu siapa yang bertanggungjawab." kata Rin.
Perlahan-lahan badan Zack menghilang. 'Portasec aquired'. Sungguhpun mendapat Portasec mereka kehilangan salah seorang kawan baik mereka iaitu Zack. Rin mengaktifkan Portasec dengan panduan dari peta yang diberikan oleh Raja Arian IV.
"Baiklah, misi kita sudah selesai." kata Rin.
Mereka semua menghadap ke pintu dungeon dan tunduk untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Zack.