Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 22 - Pentas Terakhir

Chapter 22 - Pentas Terakhir

"Eh!" kata Okumura-san.

Dia agak terkejut apabila dia mendapati mereka semua sudah berada di hadapan pintu dungeon yang mereka tuju.

"Wah! Lebih pantas dari yang dijangkakan." kata Orihara-kun.

"Yosh! Tak perlu risau lagi tentang kembali semula ke Cirk." kata Takanashi.

Pemain-pemain yang terbunuh dalam dungeon akan dihidpukan semula di luar dungeon. Mereka masuk ke dalam dungeon tersebut dengan penuh berhati-hati kerana tidak mahu ada sesiapa terkorban sebelum sampai ke tempat Aries berada. Sama seperti mana-mana dungeon, ia mempunyai jerangkap samar dan pengawal-pengawal yang agresif dan kuat. Ini merupakan dungeon terkhir dalam beta test dan ia merupakan dungeon yang mempunyai pengawal yang agak kuat setakat ni dengan purata tahap monster 80 hingga 90.

Had tahap pemain setakat ni ialah 95 dan hanya berberapa yang mencapai tahap itu seperti Rin, Ren dan Takanashi. Mereka menewaskan Skeleton Guard dan Nightmare Eve dengan mudah.

"Dark Guard Eldas? Dia takde di sini sebelum ni." kata Orihara-kun sebaik sahaja tiba di luar pintu masuk ke tempat Aries berada.

"Dark Guard Eldas. Tahap 90. Ia mempunyai skill Instant kill dan ia hampir sama taraf dengan Dungeon Boss." kata Okumura memberikan info tentang lawan.

Rin mengarahkan semua bersedia. Mereka menggunakan formasi seperti sebelum ni iaitu Takanashi dan Sarah berada di barisan hadapan menahan segala bentuk damage dari terkena pemain lain. Dark Berserk Knight dan Samurai akan memberikan DPS. Mereka ialah Rin, Ren dan Kinra. Cleric akan heal dari barisan belakang.

Serangan dimulakan. Dengan pantas Takanashi dan Sarah meluru ke hadapan dan menarik perhatian Dark Guard Eldas untuk menyerang mereka. Dark Guard Eldas termakan umpan tersebut. Mereka menggunakan continous skill seperti Knight's Might untuk meningkatkan pertahanan mereka. Okumura dan Jennifer yang mengambil peranan sebagai healer mengguakan skill Burst heal untuk menyembuhkan hp kedua-dua Royal Guardian tersebut setiap kali ia mencapai 50%.

Rin, Ren dan Kinra sedaya upaya mengekalkan dps mereka. Rin terlihat sesuatu yang mencurigakan. Dark Guard Eldas menunjukkan pergerakan yang pelik.

"Hati-hati semua!" kata Rin.

Mendengar kata-kata Rin itu mereka semua mencari perindungan. Panahan kilat dan aura kegelapan memenuhi ruang tempat mereka bertarung. Beza antara hidup dan mati mereka hanya berberapa saat. Nasib baik Rin menyedari pergerakan itu. Hp Dark Guard hanya tinggal berberapa peratus. Rin meluru kearahnya dan menggunakan skill Final Blow. Sesuatu sedang berubah. Dark Guard Eldas membuang lembingnya kearah Rin dan ia sempat detepis oleh Takanashi. Serangan Final Blow Rin tersasar.

"Sensei! Awak tak apa-apa?" kata Takanashi risau.

Data binari sedang mengalir keluar dari bahu kirinya. Dia tercedera akibat serangan tadi.

"Saya tak apa-apa. Cis, dia mengubah corak serangannya." kata Rin.

RIn cuba memikirkan strategi lain untuk menewaskan penjaga pintu itu.

"Nampaknya serangannya semakin pantas. Kita tak mungkin dapat mendekatinya." kata Takanashi.

"Senpai! Awak dan Sarah guna skill Divine Shield kamu! Kami semua akan meluru kearah Dark Guard sebaik sahaja Divine Shield digunakan." arah Rin.

"Tapi cooldown Divine shield agak lama! Bukankah kita perlukannya untuk menewaskan Aries nanti?" kata Takanashi.

"Ini sahaja peluang kita ada atau kita akan tewas sebelum dapat melangkah masuk ke boss area." kata Rin cuba meyakinkan Takanashi.

Akhirnya mereka akur dengan arahan Rin. Takanashi dan Sarah menggunakan skill Divine Shield seperti yang diarahkan. Gabungan kuasa mereka telah membuat dua lapis perisai yang sangat kukuh. Dark Guard menghentam perisai tersebut bertubi-tubi dengan menggunakan lembingnya. Rin dan yang lain meluru ke arah Dark Guard Eldas dan menyerang dengan sepenuh kuasa dengan baki Mp yang mereka ada. Akhirnya Dark Guard dapat ditewaskan.

"Pertarungan yang hebat. Kamu semua sangat kuat. Selama ditugaskan untuk menjaga dungeon ini belum pernah ada lagi sesiapa yang berjaya menewaskan saya. Saya pasti kamu dapat menewaskan Aries. Kamu boleh masuk.

"Pintu boss area terbuka luas. Ia dipanggil Hellish Chamber kerana ia nampak seperti apa yang digambarkan sebagai neraka.

Sebaik sahaja Rin dan yang lain melangkah masuk, pintu masuk ditutup rapat oleh Dark Guard Eldas. Kelihatan raksasa yang berbadan naga dan berkepala kambing sedang menunggu mereka.Tiba-tiba tanda amaran tentang 'Merge' keluar.

"Merge? Tak pernah dengar sebelum ni." kata Rin.

Okumura membuka GUI permainan dan mencari maklumat tentang amaran 'Merge'. Dia amat terkejut dengan maklumat yang didapatinya.

"Rin! Berita buruk!" kata Okumura. "Merge ialah program yang membuatkan kita semua terdedah!"

"Apa maksud awak?" tanya Rin.

"Data protection pemain tidak berfungsi di kawasan Merge! Jika kita mati di sini, kita takkan kembali lagi!" kata Okumura.

"Ini mesti ciri-ciri yang dipasang untuk membuatkan pencuri mustahil untuk mendapatkan Portasec. Apapun kita takde masa untuk berpatah balik. Kita mesti dapatkan Portasec sebelum Portal jatuh ke tangan Hacker!" kata Rin cuba untuk meyakinkan mereka semua.

"Jadi awak nak kami gadaikan nyawa kami!" kata Kinra.

"Nasib nyawa berbilion manusia sedang dalam bahaya sekarang! Kalau kita tak dapatkan Portasec sekarang dunia pasti musnah!" kata Rin. "Sesiapa yang hendak menarik diri, buatlah pilihan kamu sekarang. Saya akan dapatkan Portasec walaupun saya terpaksa mendapatkannya seorang diri!" sambung Rin menyatakan tekadnya untuk mendapatkan Portasec.

"Tidak Rin! Awak kawan kami! Tiada kawan yang meninggalkan sahabatnya seorang diri! Saya akan berjuang bersama awak hingga ke akhirnya!" kata Orihara-kun bersemangat.

Akhirnya semangat mereka pulih apabila mendengar kata-kata Orihara. Mereka perlu dapatkan Portasec walaupun mereka terpaksa mengadaikan nyawa mereka. Mereka mendekati raksasa itu.

"Sudah lama saya menjaga kawasan ini. Akhirnya ada juga yang berani mencabar saya!" kata Aries.

"Mana Portasec tu?" kata Rin.

"Oh, yang terpilih.. saya memang dah lama menunggu kedatangan yang terpilih." kata Aries. "Saya dah bosan menjaga benda ni.. tapi demi untuk menebus dosa yang telah saya lakukan.. saya perlu menjaga benda ni dari jatuh ke tangan orang lain." sambungnya sambil menunjukkan portasec yang berupa batu bersurat.

"Berikan benda tu pada kami!" kata Rin.

"Tak mungkin! Walaupun saya dah tahu kamulah yang terpilih.. saya tak boleh berikannya kepada kamu.. kecuali.. kamu dapat tewaskan saya hahah!"

"Kami dah takde masa nak main-main Aries.. kami sangat Perlukan Portasec tu sekarang!" kata Rin marah.

"Bagi kepada awak? Yang terpilih.. awak tak faham-faham lagi ke.. selagi saya masih hidup.. selagi tu Portasec takkan jatuh ke tangan sesiapa.. itu janji saya." Aries berkeras untuk tidak memberikan Portasec.

"Nampaknya kita semua dah takde pilihan lain.. kita perlu tewaskan dia walau apa cara sekalipun untuk dapatkan Portasec." kata Rin kemudian mengeluarkan pedang Saber XII. Pedang Rin dan Aries berlaga antara satu sama lain dan menghasilkan percikan api.

"Wah wah, sungguh berani kamu menghayunkan pedang Saber XII kearah tuannya yang sebenar." kata Aries.

"Rin! Jangan terburu-buru!" kata Orihara-kun.

Tester yang lain datang membantu. Kinra pergi ke belakang Aries dan menggunakan Swift Strike untuk memecahkan perisai Aries. Malangnya ia tidak berkesan langsung. Aries menyedari belakangnya telah diserang. Dia berpaling ke arah Kinra dan menghayunkan pedangnya. Libasan itu hampir mengenai Kinra. Kinra bernasib baik.

Sarah dan Takanashi menggunakan skill Provoke mereka dan memaksa Aries untuk menyerang mereka. Rin mengambil peluang itu untuk menyerang titik lemah Aries iaitu di kakinya. Tiba-tiba sesuatu telah pecah. Ia nampak seperti seal.

"Hahah, terima kasih untuk itu." kata Aries.

"Rin! Kuasanya bertambah 2 kali ganda!" kata Okumura. Dia dapat mengesan perubahan kuasa menggunakan skill Skill Sixth Eye.

Mereka meneruskan pertarungan. Hp Aries hanya berkurang sedikit dan lebih memburukkan keadaan salah satu lagi seal Aries telah pecah dan dia menjadi lebih kuat. Kedua-dua tester Cleric telah kehabisan Mp dan sudah tiada tempat bergantung. Mereka kini kekurangan Hp. Tambahan pula mereka sudah menggunakan Divine Shield semasa bertarung dengan Eldas tadi.

"Rin! Kita perlu berundur!" kata Takanashi.

Aries menggunakan skill area of effect! Ia hampir sahaja membunuh semua pemain. Mereka rata-rata hanya mempunyai 5% Hp yang tinggal. Hanya Rin sahaja yang terselamat dari serangan tersebut.

"Jadi pedang tu telah menyelamatkan kamu ye." kata Aries.

Dia meluru kearah Rin dan melibas pedangnya menyasarkan tangan kanan Rin. Libasan tersebut tepat mengenai tangan Rin. Hp Rin hanya tinggal 10% lagi. Skali libasan lagi Rin pasti akan terbunuh! Libasan kedua menghampiri Rin. Rin yang kepenatan itu hanya kaku menunggu nasibnya ditentukan. Masa menjadi perlahan. Kalihatan tester-tester lain memanggil nama Rin cuba untuk menyedarkan Rin yang kaku itu.

Inikah pengakhirannya? Saya mengecewakan mereka semua. Saya mengecewakan dunia. Mak ayah... maafkan Rin...

Rin yang sudah berputus asa ketika itu menutup mata seperti hendak menunggu hukuman bunuh dijatuhkan. Tiba-tiba kedengaran bunyi perisai besi dihentam dengan kuat.

"Ritchell, Rachell! Apa kamu buat kat sini.. Saya ingat kamu dah menghilangkan diri?" kata Rin setelah menyedari yang libasan pedang tersebut dihalang oleh Ritchell.

"Maafkan kami Rin kerana lambat sedikit. Panjang ceritanya." kata Rachell sebelum memapah Rin ke tempat yang selamat di hujung gelanggang bersama dengan tester lain yang cedera teruk.

Ritchell terus bertahan dan Rachell memberikan support sebagai healer. Mereka akan menahan serangan Aries sehingga Rin dan yang lain sembuh sepenuhnya. Rin dan yang lain menghabiskan stok potion yang dibawa oleh Ritchell dan Rachell untuk menyembuhkan Hp dan Mp mereka semua.

Mereka kembali bertarung dengan Aries. Kali ini dengan lebih bertenaga. Dengan adanya Ritchell dan Rachell, formasi mereka semakin kuat. Hp Aries hanya tinggal 50% lagi. Rachell menggunakan Divine Shieldnya. Kesemua tester lain tampil membantu Rin untuk memberikan sebanyak mungkin DPS pada 10 saat yang penting.

"Sarah dan Takanashi! Bantu Rin untuk DPS!" arah Ritchell.

"Tapi..." kata Sarah.

"Saya tak apa-apa.. pergi cepat!" arah Ritchell sambil menahan serangan Aries.

Sarah dan Takanashi pergi membantu Rin. Aries diserang habis-habisan di semua arah. Hpnya menurun dengan pantas.

"Rin! Tinggal 5 saat lagi!" jerit Ritchell.

"Baiklah!" Rin menyediakan pedangnya untuk serangan terkhir. "Final Blow!"

Serangan tersebut telah mengalahkan Aries.

"Maafkan saya Zaphyr .. saya .. tewas."

Demon itu bertukar menjadi aura hitam sebelum menghilang. Suasana senyap seketika.

"Kita berjaya!!" jerit Takanashi. Mereka semua bersorak gembira meraikan kemenangan itu.