Kagamine-sensei membawa Tsumiki dan lain-lain ke hospital tempat Rin dibawa. Rin kini berada di wad kecemasan bersama dengan Kinra. Tsumiki dan yang lain menunggu dengan sabar walaupun ia sudah lewat malam. Dia teringat kembali memori lamanya, ia memori pahit yang terpaksa dilaluinya. Dia kehilangan orang yang paling disayanginya pada masa itu. Kini dia terpaksa menerima hakikat kerana dia akan melaluinya sekali lagi. Rin... awak dah janji kan... tolonglah jangan pergi lagi..
Dia mengalirkan air mata. Begitu juga dengan yang lain. Rin merupakan orang yang istimewa bagi mereka. Kehilangannya seperti kehilangan separuh dari diri mereka. Apatah lagi Okumura dia terpaksa menerima hakikat yang kedua-dua orang yang disayanginya berada di wad kecemasan. Keadaan di ruang menunggu yang senyap itu menambahkan lagi keresahan mereka. Tidak lama kemudian doktor keluar dari wad tersebut. Berita yang ditunggu-tunggu sudah sampai.
"Doktor macam mana keadaan mereka?" kata Kagamine-sensei.
"Kinra hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian rusuknya. Dia bernasib baik kerana ia tidak mengenai organ penting. Tapi dia akan sembuh dalam berberapa minggu. Kami akan memindahkan dia ke Hospital di Jepun." kata Doktor.
"Doktor bagaimana dengan Rin?" kata Tsumiki.
"Oh, maksud kamu Nazrin. Dia agak parah. Kecederaannya agak dalam. Dia memerlukan rawatan rapi. Kami tidak membenarkan pelawat buat masa ini."
Keesokannya, mereka pulang ke Jepun bersama dengan Pesawat yang membawa Kinra. Jennifer dan Sarah pula kembali ke England. Rachell dan Ritchell kembali bekerja dengan International Intelligence cawangan Amerika. Nama mereka dibersihkan kerana mereka memberi semua maklumat tentang Kumpulan Mike.
Setelah berberapa minggu, Rin akhirnya sedar dari koma. Orihara-kun atau nama sebenarnya Yusuf Eizlan ialah pelawat pertamanya. Pintu wad C302 dibuka perlahan-lahan. Dan kelihatan Rin sedang baring di katil yang agak selesa. Di tepi katilnya terdapat bunga-bungaan yang dihantar oleh rakan-rakannya dari luar negara.
"Assalamualaikum." kata Yusuf.
"Waalaikumusalam."
Yusuf mengambil tempat duduk di tepi katil Rin.
"Alhamdulillah, awak semakin sembuh. Saya ingat saya takkan dapat jumpa awak lagi."
"Ye, Alhamdulillah." kata Rin. Ia merupakan pertama kali dia senyum sejak peristiwa yang menimpanya. Ia memberikan pengalaman pahit dan manis.
"Wah, banyaknya bunga. Siapa bagi?"
"Oh, tester lain yang kirim dan kawan-kawan kita dari Jepun." kata Rin.
"Oh ya Rin." kata Yusuf sebelum menghulurkan sepucuk surat.
"Surat? Dari siapa?"
"Tak tahu. Awak bacalah."
Rin membuka sampul surat itu dengan perlahan-lahan.
Menemui anak buahku Rin, pakcik minta maaf kerana tidak dapat untuk mempertahankan hak jagaan selepas kehilangan ibu bapa kamu. Saya dihalang oleh pihak ESCOM kerana mereka menyatakan yang Tuan Hakeem mendapat hak penjagaan yang sah dari ibu bapa kamu. Saya sangat kesal kerana tidak dapat menjaga kamu. Nah ambillah kad ini gunakan untuk perbelanjaan harian kamu. Ia adalah wang yang dikumpulkan oleh ibu bapa kamu untuk kamu Rin. Mereka sudah bersedia untuk semua ini. Sekali lagi pakcik minta maaf atas semua yang berlaku atas kamu. Kalau sudi datanglah ke rumah pakcik.
Surat tersebut disertakan dengan kad kredit dan juga alamat rumah pakcik Rin.
"Eh? Pakcik awak?"
"Ye, seingat saya saya pernah pergi ke rumahnya dulu masa saya berumur 10 tahun"
"Oh, begitu. Nah Rin. Ini dari Kagamine-sensei."
"Eh? Surat lagi?"
"Ini surat jemputan untuk kemasukan semula ke sekolah kita kat Jepun. Awak nak pergi ke?"
Rin hanya membalas dengan senyuman.
Festival sekolah telah bermula, Minori dan ahli kelab hobi yang lain sedang sibuk menguruskan Gerai makanan untuk kelab Hobi. Terdapat ramai pengunjung yang datang ke festival tersebut. Ia termasuklah ibu bapa dan pelajar dari sekolah lain. Sedang mereka sibuk menguruskan gerai, mereka terlihat dua orang pengunjung yang agak familiar.
"Eh, Kinra-kun, Okumura-san."
"Yo." kata Kinra. Dia nampak lebih peramah dari sebelum ini.
"Yokatta, kamu sudah sembuh ye. Eh? Okumura-san, bukankah kamu bertugas di gerai kopi kelas 1-A." kata Minori-san.
"Mereka dah terlebih pekerja. Kamu perlu bantuan?"
"Ye, kami kekurangan tenaga kerja ni. Bagus juga kamu berdua ada kat sini." kata Itsuka-san.
Mereka semua membuat riak muka pelik. Seakan-akan mereka cuba mengenakan adik beradik itu sesuatu.
"Eh, apa maksud awak 'kamu berdua'. Takkanlah saya bekerja juga." kata Kinra.
Mereka diberikan baju cosplay.
"Ehh! Kenapa pula saya perlu pakai baju ni!" kata Kinra. Dia sedang memakai sut Panda.
"Wah, kawaii. Okumura-san. Awak dah bersiap ke. Keluarlah." kata Akira.
"Perlu ke saya pakai baju ni?" kata Okumura-san dengan muka kemerah-merahan. Dia diberikan pakaian maid.
"Wah.. kamu berdua kawaiii.." kata Akira sebelum jatuh pengsan kerana terpegun melihat kecomelan mereka berdua.
Kedatangan dua pekerja baru mereka mendapat perhatian dari pengunjung. Semakin ramai yang mengunjungi gerai makanan Kelab hobi. Ada diantara pengunjung hanya mengambil gambar sahaja.
"Siapa yang membeli lebih dari 500 yen akan dapat mengambil gambar bersama maid atau panda yeng comel ni!" kata Kazuo.
"Oioi, tak ke ia keterlaluan." kata Takanashi.
"WAAAA!!" kedengaran ramai orang berpusu-pusu menuju ke gerai mereka.
Ia merancakkan lagi jualan.
Petang menjelma, akhirnya mereka dapat berehat kerana pengunjung kini menikmati slot untuk malam itu. Mereka sedang berehat di bawah pokok berdekatan dengan padang sekolah.
"Nee, kamu rasa Rin macam mana eh? Saya dengar dia dah sedarkan diri." kata Kazuo.
Sebaik sahaja mendengar nama Rin. Senyuman Minori pudar.
"Tak tahulah. Mungkin dia sedang bergembira sekarang. Saya harap semua kembali seperti dulu. Tapi mustahilkan, yelah dia datang sini bukannya untuk bersekolah pun." Kata Minori.
"Tak! Saya yakin. Dia pasti akan kembali." kata Itsuka-san.
"Sensei.... saya rindukan awak!" kata Takanashi. Dia yang dahulunya berhati keras dan suka memukul orang telah berubah kerana Rin.
"Saya sebenarnya.. nak minta maaf dengan dia kerana selama ini saya silap tentang dia." kata Kinra. Dia masih memakai sut panda.
Takanashi menahan ketawa.
"Oi orang tua besi. Apa yang lucu?"
"A...awa...awak masih pakai sut panda tu. Hahah."
"I..ia.. selesalah! Itulah saya masih pakai." kata Kinra. Mukanya kemerahan.
Mereka melihat ke langit. Perlahan-lahan langit yang kemerah-merahan itu bertukar gelap. Ia dihiasi oleh bintang-bintang yang cantik. Tiba-tiba mereka terlihat tahi bintang.
"Jom buat permintaan." ajak Okumura-san.
Mengikut kepercayaan orang Jepun sesiapa yang membuat permintaan semasa melihat tahi bintang jatuh, permintaan mereka akan dikabulkan. Sedang mereka membuat permintaan kedengaran seseorang sedang mendekati mereka.
"Yo! Apa khabar semua?" kata Rin.
"Rin!"
"Rin-kun!"
"Sensei!"
Mereka semua terus meluru kearah Rin dan memeluknya. Minori ialah orang pertama yang berbuat demikian. Kelihatan Akira sedang mencari-cari seseorang. Dia melihat di sekeliling.
"Cari seseorang ke?" ia suara seseorang yang dikenalinya.
Apabila dia menoleh ke belakang, dia ialah Orihara-kun. Tanpa berfikir panjang Akira memeluknya.
"Gome, saya banyak tipu awak."
Akira menggelangkan kepala. "Tak, awak buat tu sebab nak tutup identiti sebenar awak kan." katanya. Dia berasa sebak mengingati hari-harinya tanpa Orihara-kun. Tanpa disedarinya dia menangis di bahu Orihara. "Jangan pergi lagi..."
"Ye, saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi."
"Mulai sekarang boleh saya panggil awak Yu-kun?" kata Akira.
"Emm boleh."
"Arigato."
"Er.. Rin. Saya nak pergi ke dewan dengan Akira. Awak tak nak ikut ke?"
"Jom." ajak Rin.
Mereka ke dewan besar di mana konsert sedang berlangsung. Sebaik sahaja mereka memasuki dewan. Minori memeluk tangan Rin dan membawa dia pergi jauh dari yang lain.
"Eh, Minori. Kenapa ni?"
"Rin,. Awak buat saya risau. Saya ingat awak takkan kembali."
"Em, salah ke kalau saya kembali?"
"Tak! Tak salah pun.. saya.. sangat gembira awak tau."
Kedengaran lagu romantik sedang dimainkan. Kesemua pengunjung mula menari dengan pasangan masing-masing.
"Jom." ajak Minori.
"Eh, saya tak berapa pandai menari."
"Takpe, ikut je rentak saya." kata Minori.
Merekapun menari. Perlahan-lahan Rin mengikut rentak Minori.
"Senang je kan." kata Minori.
Rin hanya tersenyum.
"Wah, romantiknya Rin dengan Minori kan." kata Itsuka.
"Eh, awak tak cemburu ke lihat Rin dengan Minori-chan tu." kata Okumura-san.
Mendengar kata-kata itu dia terus meluru kearah Rin dan membawa dia pergi dari situ.
"Eh?" Rin kebingungan.
Itsuka membawa Rin ke bilik kelab hobi.
"R..Rin-kun. Sebab awak curang dengan saya awak kena bawa saya date nanti." kata Itsuka sambil menoleh kearah lain untuk menyembunyikan muka nervousnya.
Suara Rin tidak kedengaran. Dia mula merasakan yang Rin marah terhadap tindakannya membawanya pergi dari Minori tadi.
"Ehehe, takdelah saya main-main je. Gome, sebab bawa awak lari tadi." kata Itsuka-san. "S...sebenarnya ..ss... saya nak cakap yang saya ...ss...SUKI DESU!"
Sebaik sahaja dia berpaling untuk melihat reaksi Rin. Dia menyedari yang Rin sudah tidak berada di situ. Rupanya Rin dibawa lari oleh Okumura-san ke kelasnya yang terletak tidak jauh dari situ. Rin tercungap-cungap.
"Gome Rin, tapi saya perlu bagi awak ni."
"Eh? Apa lagi ni?" bisik hati Rin.
"Nah, terimalah hadiah dari saya." kata Okumura sambil menghulurkan patung figura Karakter Elguard Online yang dibelinya sehari sebelum itu. "Sebenarnya saya nak pos barang ni esok tapi memandangkan awak dah ada kat sini... terimalah. Onegai." kata Okumura. Dia perlahan-lahan menuju ke arah Rin dan tiba-iba kejadian yang tidak disangka berlaku. Okumura tergelncir dan terjatuh di atas Rin.
Tepat-tepat pada waktu itu Minori dan yang lain tiba di sana.
"Oh di sini rupanya kamu berdua. Eh!" kata Akira.
"Rin! Apa awak buat tu!" kata Minori.
"Sensei!"
"Saya tak buat apa-apa lah! Ini cuma kemalangan... kemalangan!" kata Rin.
Mereka ketawa apabila melihat muka Rin yang kemerah-merahan itu. Mereka berdua terus berdiri dan berlagak seperti tiada apa berlaku. Muka Okumura masih kemerahan kerana kejadian tadi.
"Oh, ya. Baru saya sedar. Kamu ada nampak Tsumiki-senpai?" tanya Rin.
"Sebenarnya Rin.. Sejak hari tu Senpai tak pernah pergi sekolah lagi." Terang Kazuo.
"Eh, bukankah esok hari jadi Tsumiki-senpai?" kata Akira.
"Saya ada satu idea." kata Rin.