Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 29 - Kehilangan..

Chapter 29 - Kehilangan..

Keesokan paginya, Rin bangun agak awal. Sedang diamengemas begnya dia perasan ada sesuatu yang hilang.

"Alamak! Manakerja rumah saya.. bukankah saya dah siapkan semalam?"

Dia mencari di merata tempat dalam biliknya. Namun, dia tidak menemuinya. Dia kemudian mencari di ruang tamu. Kebetulan pula dia terserempak dengan Kagamine-sensei yang baru bangun.

"Neesan.. Ade nampak kertas tak?"

"Eh takde pula." kata Kagamine-sensei. "Kenapa Rin?"

"Kerja rumah saya.. saya perlu hantar hari ini."

Tanpa berfikir panjang Kagamine-sensei juga turut membantu Rin untuk mencari kerja rumahnya. Setelah bertungkus-lumus mencari mereka tidak menjumpai apa-apa.

Minori dan yang lain sudah berada di kelas.

"Mana Rin?" tanya Minori.

"Entahlah, selalunya dia tiba lebih awal dari kita semua." kata Kazuo.

"Mungkin dia.. tengah dating." kata Akira bergurau.

"Tak mungkinlah, Rin bukan jenis orang yang macam tu." bantah Kazuo.

"Itupun dia." kata Akira.

Rin masuk ke kelas dengan muka muram.

"Rin, kenapa ni?" tanya Minori.

Rin tidak menjawab.

"Rin, kalau awak ada masalah beritahulah kami." kataKazuo.

Akhirnya Rin membuka mulut. "Kk..kerja."

"Kerja? Kerja berat?" kata Kazuo.

Rin menggelengkan kepala.

"Habis tu?" kata Akira.

"Kerja rumah English saya hilang."

"Eh macam mana boleh hilang?" kata Minori.

"Saya tertinggal benda tu kat Perpustakaan semalam.Saya dah pergi tengok. Ia dah takde kat sana. Habislah aku." Dia membayangkan muka garang cikgu Englishnya.

Tiba-tiba pintu belakang kelas mereka terbuka dengan kuat. Seseorang sedang mendekati Rin.

"Rin awak tertinggal ni semalam." kata Itsuka-san sambil menghulurkan kerja rumah Rin.

"A..arigato.. saya tak tahulah macam mana nak balas jasa awak Itsuka-san."

"Eh, takpe.. aa.. saya nak ke kelas dulu. Kelas dah nak mula. Jumpa lagi Rin-kun." kata Itsuka-san sebelum keluar darikelas 1-B. Dia nampak tergesa-gesa.

"Alamak!" kata Kazuo.

"Eh? Awak kenapa Suzuki-kun? Buang tabiat ke?" kata Minori.

"Kelas PE pula hari ini." katanya mengeluh.

"Kazuo tak suka kelas PE. Dia trauma kena Dodgeball masa kami sekolah rendah dulu." Bisik Akira kepada Rin.

Tidak lama kemudian, kelas PE atau Physical Exercise bermula. Rin dan pelajar lelaki lain sudah bersedia dengan pakaian PE mereka. Kazuo masih berada di bilik salinan lelaki.

"Kazuo, tak nak pergi kelas PE ke?" tanya Rin.

"Rin, biarlah dia tu. Dia memang macam tu." kata salah seorang pelajar lelaki.

"Ya, kamu pergilah dulu. Nanti saya menyusul." kata Kazuo cuba meyakinkan Rin walaupun sebenarnya dia tidak mahumenyertai mereka.

Rin dan yang lain menuju ke dewan. Sebaik sahaja mereka masuk ke dewan, kelihatan pelajar 1-B dan 2-A sedang menjalani kelas PE.

"Eh, itu Rin lah..." kata salah seorang pelajar perempuan kelas 2-A.

"Wahh! Kawaii."

"Rin agak popular kan." kata Akira.

Minori hanya tunduk. Dia malu untuk menegur Rin pada masa itu kerana ramai pelajar perempuan dari kelab peminat Rin sedang berada di sana. Setelah kesemua pelajar lelaki kelas 1-B siap berjogging sebanyak 3 pusingan, mereka kemudian bermain bola keranjang.

Wisel dibunyikan. Permainan pun bermula. Pelajar lelaki kelas 2-A menentang pelajar lelaki kelas 1-B. Rin mendapat bola. Dia cuba membawa bola tesebut melepasi barisan pertahanan lawan. Belum sempat mendekati tempat jaringan dia dihalang oleh dua orang pemainyang berbadan agak besar.

"Rin! Sini!" kata pemain kanan kelas 1-B. Dia agak tinggi dan boleh melakukan slam dunk dengan mudah.

Rin memberikan bola tersebut kepadanya. Dia berjaya melepasi barisan pertahanan terakhir. Tiada sesiapa dapat menghalangnya dari melakukan jaringan pertama untuk pasukan kelas1-B. Sorakan gemuruh dan tepukan mengiringi jaringan pertama.

Akira dan Minori memerhati permainan tersebut dari tepi gelanggang.

"Rin-kun nampak bersemangat bila dia bermain." bisikhati Minori. "Muka Rin,, dia .. kawaii."

"Minori.. Minori-chan!" teguran Akira menyedarkan Minori dari lamunannya.

"Eh.. gome-gome. Awak ada cakap apa-apa ke tadi?"

"Macam yang saya cakap tadi, macam mana hubungan awak dengan Rin?" tanya Akira ingin tahu.

"Er..err..."

"Beritahulah saya.. saya kan kawan baik awak. Manalah tahu saya boleh tolong awak."

"Dia... anggap saya kawan baik je." kata Minori. Mukanya tiba-tiba menjadi muram.

"Kenapa awak tak beritahu je perasaan awak kepada dia." kata Akira.

"Tak! Tak boleh, saya tak boleh beritahu dia. Macam mana kalau dia tolak saya. Apa saya nak buat lepastu!"

"Itu lain cerita. Apa yang penting sekarang, awak confess je.. yelah supaya awak tak terus begini."

"Hmm, saya akan cuba." mendengar nasihat Akira tadi, riak mukanya jelas menunjukkan perubahan.

"Macam tulah Minori-chan saya." kata Akira sebelum memberikan senyuman yang manis.

"Apa yang kamu berdua bualkan tu?"

"Yu-kun! Apa awak buat kat sini? Bukan tengah main tadi?"

"Kena ganti.. penat main." katanya walaupun sebenarnya dia mahu menonton perlawanan tersebut bersama Akira. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Akira.

Akira perasan yang Orihara berada sangat dekat dengannya. Yu-kun.. dekat sangat.. Melihat keadaan itu, Minori meminta diri. Akira menunjukkan isyarat yang dia sangat memerlukan pertolongan. Minori hanya membalasnya dengan senyuman dan lambaian.

"Kalaulah saya dengan Rin macam tu kan." bisik hati Minori.

Perlawanan itu menuju ke minit-minit terakhir. Kelas1-B memungut 43 mata manakala kelas 2-A mendahului dengan pungutan 45 mata.

"Cis, kita tak boleh kalah." kata kepten pasukan 1-B.

Kelas 2-A melancarkan serangan pantas untuk memastikan kemenangan milik mereka. Malangnya serangan tersebut berjaya dipatahkan dan bola kembali dalam kawalan kelas 1-B. Kini giliran mereka menyerang. Mereka menggunakan taktik untuk mengelirukan pihak lawan. Akhirnya mereka berjaya mendekati garisan 3 point. Jika mereka dapat menjaringkan gol dari sana sudah pasti kelas 1-B akan memenangi perlawanan tersebut.

Bola sedang dalam kawalan Rin. Sekali lagi dia dihalang oleh 2 orang pemain yang berbadan besar. Dia tidak dapat menjaringkan gol kerana adanya halangan tersebut. Masa semakin suntuk. Tiba-tiba dia melihat kelibat seseorang di gelanggang sebelah kirinya sedang meminta bola. Tanpa berfikir panjang Rin memberikan bola kepada orang tersebut. Sebaik sahaja mendapat bola, dia terus melakukan percubaan. Masa menjadi perlahan. Bola tersebut menghampiri gol. Tepat-tepat masa permainan tamat, kelas 1-B menjaringkan goldengan memungut 3 mata. Ini menjadikan mereka 1 mata di hadapan kelas2-A. Sorakan mengiringi kemenangan 1-B. Perlawanan persahabatan itu seolah-olah pertandingan kerana kedua-dua kelas mempunyai pemain yang mewakili sekolah.

Rin pergi kearah pemain kelas mereka yang menjaringkangol kemenangan tersebut.

"Eh? Kazuo! Awak ke yang menjaringkan gol tadi?"

"Ye, gome buat awak risau. Saya cuba melawan traumasaya. Saya janji takkan ponteng kelas PE lagi."

"Hah macam tulah Kazuo kami hahah!" kata salah seorang pemain.

"Wohoo.. Kazuo hero kita!"

Tidak lama kemudian, seluruh pemain kelas 1-B mengerumuni mereka berdua. Rin keluar dari kerumunan tersebut. Kelihatan Tsumiki sedang menunggunya.

"Tahniah Rin-kun." katanya sebelum memberikan tuala kepada Rin.

"Arigato."

Kepten pasukan 2-A memanggil Rin.

"Tahniah." katanya. Dia mendekatkan mukanya pada Rin. "Kalau awak dekat dengan Tsumiki lagi. Siaplah awak!" katanya separuh berbisik.

Dia dan gengnya meninggalkan Rin setelah memberi amaran kepadanya.

Tsumiki perasan sesuatu sedang berlaku. Dia terus pergike arah Rin.

"Rin. Apa yang dia kata pada awak?"

"Dia cuma mengucapkan tahniah je." kata Rin menyembunyikan perkara sebenar.