Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 50 - Chapter 50

Chapter 50 - Chapter 50

Lata berembun-masa kini

Avienna yang masih bersembunyi diri, bangun seketika. Antara dua pilihan yang dia ada kini, antara membiarkan dua lelaki muda itu membawa sofea keluar dari lubuk persembunyian ini atau, menghentikan tindakan dua lelaki itu tidak kira dengan pelbagai cara.

"Aku perlu buat sesuatu." ujarnya dengan nada perlahan, sekadar membisik pada diri sendiri. Dia mencapai kayu yang dirasakan sesuai digunakan yang berada di kawasan sekitar, lalu menapak menghampiri mereka. Langkah kian bertambah dan geraknya semakin pantas. Lajunya, dia mengatur langkah menghampiri mereka, telah membuatkan dua pemuda itu menoleh serentak. Bahkan Avienna juga, berhenti mengejut.

Tang!!

Hentakan kuat yang tepat, di umbun-umbun kepala Suhail, telah membuatkan lelaki itu terkejut dan kaku ditempatnya. Kemudian, tumbang ke tanah. Tersebam mukanya ke dada bumi tanpa dirinya rela. Dia pitam, tak sedarkan diri sedangkan Danish pula seakan dipukau tatkala melihat sahabatnya rebah ke bumi, dihadapan matanya.

Avienna juga hampir melompat ke sisi. Gerakkannya yang bejat dan teragak-agak yang kononnya untuk menyelamatkan Sofea, terhenti serta merta apabila Ainaa muncul dan bertindak. Sepantas itu, lelaki itu rebah.

"Jangan dekat!!" Danish bersuara, tatkala wajah serupa itu mendekatinya.

"Weh, maaf...aku.." Avienna yang ingin mencelah, bernada perlahan. Dia cuba menjelaskan tingkahnya yang agak kaku dan sukar bertindak sepertinya, dan dia cuba untuk menerangkan akan situasinya,telah terdiam dengan sendiri. Berderau darahnya, apabila Ainaa memandangnya dengan marah.

Danish yang masih berundur, hampir-hampir terduduk melihat si kembar yang mulai menghayun kayu ke arahnya, namun hayunan itu berhenti di pertengahan. Betul-betul berada di sisi kepalanya yang pada bila-bila masa sahaja, kepalanya boleh menjadi mangsa kepada pukulan yang kuat. Dua pasang deria matanya hanya memerhati ulah gadis mirip pada wanita yang disangkakan Ainaa yang masih pitam di belakang jasadnya dan dia hanya membatukan diri sewaktu menyaksikan rakan sekampungnya jatuh rebah di atas tanah bertimbunan dedaun mati.

"Sorry, i'm not mean to hurt your's friend. Yet, you wanna to take this women out without our's consent. She's was mine, and if you want to take her out. You must to deal with me." balas Ainaa, dalam bahasa latin inggeris. Lengan Sofea, ditarik ke arahnya.

Danish seakan buntu. Apakah yang harus, dia lakukan. Mana-mana pihak, tidak punya hak ke atas rakan perempuannya, termasuklah dia.

"Kau..kau nak buat apa pada dia?" Dengan perasaan yang masih tersisa sedikit keberanian, Danish mengutarakan soalan.

"You does't have to know." balas Avienna, pendek. Jasad Sofea yang mulai terlurut di dalam pengangannya, ditahan oleh Danish.

"Lepaskan!" arah Danish. Marah!

Bersambung...