BERNAMA, 21 Ogos 2013-SERAMAI 37 orang terkorban di dalam sebuah nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di kilometer (KM) 3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.
Kemalangan itu juga telah mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota, lapor Bernama .
Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azizi Wan Ismail.
"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Sri. Ahmad Syukri berkata lima pakar dan lapan pegawai perubatan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.
"Itu, berita semalam." Ujar Puan Zahrah yang muncul tiba-tiba di balkoni ruang menunggu di hadapan blok pesakit wanita, tatkala anak sulungnya yang sepatutnya berehat, tidak berada di atas katil. Anaknya yang sedang ralit membaca akhbar, langsung tidak menyedari akan kehadirannya.
Ainaa yang terkejut, terpaja-paja akan sapaan ibunya dan hampir sahaja, dia menjerit ketakutan. Masakan tidak, tiba-tiba dia ditegur suara pada waktu lewat tengah malam. Mana ada manusia, yang berkeliaran tengah-tengah malam. Berdegup laju jantungnya berdebar-debar, dia cuba lurutkan dengan tangannya. Dia segera, melipat akhbar besar itu menjadi lipatan yang kecil lalu diletak di tempat yang tidak jauh dari dirinya. Masih ada sesuatu yang perlu dia baca, walaupun dia mendapat cuti sebulan. Tak bermakna dia perlu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang wartawan.. "Ibu, dari mana?" tanyanya apabila Puan Zahrah, mengambil tempat duduk yang tidak berada jauh darinya.
Dia yang pada mulanya, sedang bersandar di sofa panjang, lantas berdiri dan kemudian datang menghampiri ibunya, lantas duduk di atas kerusi rotan yang disusun kemas.
Puan Zahrah senyum kecil. "Cari kamu.." ujarnya pendek.
"Usah risaulah ibu..tak ada apa." Ucapnya. Dalam masa yang sama, tangan ibunya dielus dalam pengangannya.
"Ibu, cuma risau. Kamu masih perlukan rehat yang banyak, dahlah tiba-tiba kamu hilang dari katil. Lain kali, pesan pada ibu" tambahnya.Tangannya, ditarik lalu ditepuk lembut bahu si anak. Dia kemudian bangun sambil tangannya melurutkan kain baju kurung yang renyuk berkedut ke bawah supaya bajunya tidak terselak terlalu tinggi dan menampakkan bahagian auratnya.
"Ibu, dah nak masuk dalam ke? Tak nak, sembang-sembang panjang ke?" Tanya Ainaa, mengajak ibunya berbual lama. Santai-santai sementara matanya masih segar bugar. Lagipula, sudah lama dia tidak duduk berborak dengan ibunya.
Puan Zahrah mengangguk. "Risau dengan adik kamu."
Ainaa mencebik. "Ibu, dia bukan kanak-kanak. Tahulah dia. Lagipun, diakan isteri orang." Bicara Ainaa. Terselit sedikit perasaan cemburu apabila ibunya seperti melebihkan kasih. Bukan budak kecil yang perlu dijaga penuh. Sudah besar panjang, dan sudah bersuami. Lainlah dia, masih belum berpasangan.
"Dia masih anak ibu.." utara Puan Zahrah. Bicara anaknya, dibaca dengan jelas. "Kamu, jangan lama-lama di luar ni. Tak sihat." Pesan Puan Zahrah pada anaknya.
Ainaa merengus. "Yelah…,nanti akak masuk. Akak nak baca akhbar." Ujarnya, mengambil semula akhbar yang dilipat. Namun, sebaik Puan Zahrah ingin berlalu mendapatkan anak bongsunya. Anak sulungnya, memanggil dirinya semula.
"Apa?" Tanya Puan Zahrah.
"Ibu..saya ada sesuatu yang nak bincang." Buat ketika, tiba-tiba Ainaa teringat akan sesuatu perkara mustahak yang perlu dibawa berbincang dengan ibunya. Perkara ini, tidak boleh diatngguh-tangguh. Risau bahaya akan datang tanpa diduga. Lagipula, ibunya perlu tahu walaupun adiknya pernah mengingatkan dia bahawa perkara ini menjadi rahsia bagi mereka berdua.
Puan Zahrah, mengangkat kening. "Apa dia?" tanyanya pula. Dia yang baru bergerak pergi, mematikan langkah. Ainaa datang mendekatinya lalu, mengajaknya duduk di atas kerusi yang sama.
"Tentang Sofea." utara Ainaa, berhati-hati. Matanya, melingas ke sekeliling. Bayang lembaga yang selalu mengekorinya, seakan lenyap tanpa pernah wujud sejak ustaz muda itu, membacakan doa ke atasnya. Adakah mereka benar-benar sudah hilang atau pandangannya yang sudah ditutup deria penglihatannya.
Tatkala dia diajak anaknya untuk duduk. Puan Zahrah kembali duduk, malah dia yang sedang menanti ujaran anaknya turut memandang sekeliling tanpa tahu apa-apa apabila anaknya melingas melihat suasana sekeliling. Perilaku anaknya, aneh. Bahkan, tingkah anaknya, kelihatan cemas yang dia tidak tahu seperti ada sesuatu yang luar dari batas pengetahuannya. "Kamu, cari apa?" spontan pertanyaannya itu, diajukan.
Ainaa memandang ibunya, tika dia ditanya sebelum mengeleng dengan senyuman ringkas. "Tak ada apa.." tuturnya, seraya mengutil kuku jarinya yang panjang. Dia terpaksa menipu.
Lembaga itu, betul-betul hilang dari pandangannya. Bisik hatinya, seakan tidak percaya. Adakah rawatan dari ustaz itu berjaya? Entah…dia juga sangsi.
"Apa yang kamu, nak bincang?" soal Puan Zahrah, berbalik pada pertanyaan pada anak sulungnya. Ainaa mengangguk, bila diaju ibunya sebelum bersuara. Sudah lama dia ingin membincangkan isu adiknya. Namun, ada sahaja yang berlaku ke atasnya mereka berdua dan adiknya lebih gemar perkara ini menjadi rahsia dari ibu mereka.
"Apa dia? Hairanlah ibu, dengan kamu. Termenung…seperti ada sesuatu yang penting yang kamu na tanya ibu. Apa, dia?" Anaknya yang sering termenung, ditegurnya lagi. Apa yang menganggu fikiran anaknya??
"Ibu..,kak?" Terguran dari pintu lif, membuatkan dua wanita itu menoleh serentak.
Bersambung...