Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 29 - Chapter 29

Chapter 29 - Chapter 29

Selangor-24 Januari 2013

Petaling jaya

MEOR mengenggam kedua-dua penumbuknya. Berdensing anak telinganya tatkala, ramai di antara sahabat handainya menuduh dirinya inginkan perhatian pihak media. Marahnya membuak-buak.

Sudahlah anaknya, satu-satu keturunan dan zuriatnya hilang tidak tahu entah ke mana dan masih dalam pencarian pihak polis. Ada juga ura-ura mengatakan dia cemburu akan kejayaan rakan sekerjanya dan sengaja menuduh Ainaa supaya dirinya diraih perhatian.

Bodoh apakah dia, untuk melakukan hal yang tidak menguntungkan.

"Bang..." Fathi, memujuk lembut. Kedua matanya yang bengkak dan merah, mula bergenang air mata. Mala petaka apakah yang menguji mereka suami isteri.

Mendengar suara serak si isteri, hati Meor bergolak dengan perasaan kecewa dan sedih. Mungkin dia terlalu tertekan dan dalam keadaan terdesak, tambahan pula apa yang berlaku ke atas keluarganya benar-benar mirip dengan cerita yang di papar di halam blog milik adik Ainaa.

Semua benda itu, terlalu mustahil untuk dia lebarkan sebagai kebetulan. Setiap yang berlaku, ditulis secara terperinci dan yang menjadi persoalan. Tarikh cerita yang diupdate, sama dengan tarikh kehilangan anaknya.

"Bang..." pengangan lembut, yang merangkul lengannya membuatkan Meor melurutkan rasa amarah di hati. Tangannya, pantas menepuk mesra tangan si isteri. Memberi semangat walhal, dirinya juga lelah dan luluh.

"Bang...." esak tangis, kedengaran bergema.

"Emm.." Meor lekas menjawab. Rangkulan si isteri, terlerai tatkala isterinya menunjukkan halaman blog baru. Berjuraian air mata isterinya, tika Meor merenung wajah tersebut. Hatinya berdebar.

Saat matanya membaca setiap baris yang tertera berdigit di halaman blog Sofea. Kedua kakinya, seakan lemah. Sendi kakinya, tak mampu menahan perasaan yang merangkul jiwanya kini.

Meor memandang Fathi. Isterinya sudah lama teresak dalam tangisan. Dia mengeleng. Perkara yang belum pasti, jangan dipercayai. Halaman baru itu, baru sahaja diupdate sedangkan dia masih belum mendapatkan khabar makluman dari balai.

Meor menggemgam tangan Fathi. Membujuk sang isteri supaya jangan percaya pada halaman blog. Semua yang berlaku sebelum ini adalah kepercayaan yang membuta tuli. Walaupun sebelum ini, dia mengatakan kembar seiras itu punca kehilangan anaknya.

Kringggg!!! Seminit berlalu.

Fathi memandang suaminya. Begitu juga Meor, membalas pandangan isterinya sebelum ganggang talian itu disambut. Debaran hatinya kian memuncak tinggi

"Ya." jawab Meor, tatkala pengawai polis itu menanyakan tentang perihal dirinya. Namun seketika, lelaki itu merunduk kepala ke lantai. Air mata yang kelihatan di tubir mata, mulai membasahkan wajah lelakinya.

Bergetar tangan Meor saat, ganggang talian diputuskan. Dia membuang pandang melihat wajah isterinya ketika mana wajahnya sudah lebat dengan deraian air mata. Seolah-olah faham akan maksud sang suami. Fathi merangkul tubuh suaminya dengan esakkan yang melebat.

Apakah ini suratan yang mereka harus tempuh.

Bersambung....