Kuala Kangsar-Wad wanita 2013
"Hmmm.." Nafas yang berat, merengus kasar. Wajah, dipaling ke sisi. Dia merengus lagi. Badannya terasa penat, dan matanya terasa berat.
Berdengung-dengung kepalanya, menahan rasa mengantuk yang menyapa diri. Lalu, dia duduk dan membetulkan bantal yang meriba kepalanya, diletakkan bantal itu bertindih-tindih sebelum dirinya kembali bersandar pada ketinggian bantal. Matanya yang kuyu, semakin mengecil dan berkelip berkali-kali.
Malam ini, kesemua yang berada di dalam wad kenanga sudah lengang dari tamu yang datang berziarah. Hanya segelintir kelibat jururawat dan kakitangan hospital sahaja yang tinggal, berkeliaran menjaga pesakit. Ramai juga yang tidur kelelahan dalam derita sakit masing-masing.
Ainaa mengalihkan renungan matanya merenung pada ibunya yang tersenguk mengantuk di bangku kecil, yang terletak diantara katilnya dan katil Sofea. Dalam samar-kelam cahaya yang membias, kedutan di wajah ibunya. Menyerlahkan usia. Hati Ainaa bergumam kecil.
Dia tidak tahu, kenapa dia terlalu emosi. Tak terkawal rasa marahnya pada ustaz muda, yang datang untuk merawat adiknya.
Bersambung...