Farisha lisa seorang budak kampung dengan kehidupan bersederhana sahaja. keluarga yang cukup dengan kasih sayang, sangat rapat dan manja dengan ibunya tapi dia mempunyai ayah yang garang. sikap selalu kuat berfikir dan pemalu membuat dia kurang berkawan.
....
dup dap dup dap
'aishh asal berdegup kencang sangat dada aku ni?'
"hah! ape yang termenung sangat tu?" tanya izara sambil mencubit pipi Farisha lisa yang gebu itu.
Angin di koridor sekolah menengah kampung bukit buatkan Farisha lisa tenang dengan fikirannya pemandangan sawah dan berbukit bukau.
Izara seorang rakan yang membesar dan sentiasa belajar bersama Farisha lisa(seperti adik beradik). perangai mereka masingĀ² memahami.
"ishh kau ni sakitlah pipi aku. hah tengok dah bengkak pipi aku" runggut Farisha lisa sambil mengusap pipinya.
"ololo... maafkan patik tuanku" izara menunjukkan gaya minta ampun
dan disambung gelak ketawa mereka berdua...
"Lisa jomlah ke kantin... aku lapar ni" pinta izara kerana melihat Farisha lisa kembali melayan perasaan diri sendiri.
"kau pergi jelah aku tak ade selera ni..." jawap Farisha lisa dengan senyuman terpaksa.
"banyaklah kau tak ade selera dah jom.. aku blanje" Farisha lisa akur dengan kata izara dan mereka berdua pergi ke kantin bersama.
Mereka berdua berborak dengan usik mengusik sesama sambil bercampur gelak ketawa. Tanpa sedar seseorang memerhati tingkah laku mereka.