Chereads / NERAKA(wattpad) / Chapter 1 - BAB 1

NERAKA(wattpad)

iamfirdauz
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 76.8k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - BAB 1

Rumah bungalow dua tingkat yang usang itu mula di buka satu-persatu tingkapnya oleh seorang maid berbangsa Indonesia. Maid yang berumur lingkungan 56 tahun itu sudah hampir 30 tahun berkerja di rumah bungalow itu, namun tidak pernah bergaul rapat dengan penduduk sekitar. Dia menghabiskan masanya hampir 21 jam berkerja di dalam rumah bungalow usang itu. Maid yang juga hanya keluar untuk membeli barangan dapur itu di panggil oleh majikannya.

"mak Ijah!!" suara seorang pemuda kedengaran daripada sebuah bilik di tingkat dua rumah bungalow usang itu.

"ya tuan" pangilan pemuda itu yang seakan - akan memarahinya, memaksanya mempercepatkan langkahnya ke tingkat atas.Walaupun umurnya tidak membenarkan, dia tetap melakukan demikian.

Penuh dengan asap kemenyan berlegar - legar bersama udara di ruangan tingkat atas rumah itu. Setiap kali ke tingkat atas, mak Ijah terpaksa menghirup udara yang berbau kemenyan itu walaupun baunya tidak lah sebegitu wangi.

Langkahnya terhenti tepat di hadapan pintu bilik pemuda itu. Dia di larang sama sekali untuk memasuki bilik besar pemuda itu yang merupakan punca utama kehadiran asap kemenyan.

"ya tuan, tuan perlukan apa-apa saya boleh bawakan?" soal mak Ijah dari luar bilik itu. Mak Ijah kelihatan seperti takut akan sesuatu.

"Aku perlukan lima helai daun limau purut dan tiga batang serai sekarang." Pemuda itu bersuara dari dalam bilik.

Mak Ijah yang kelihatan pucat itu cepat - cepat meninggalkan tingkat atas dan menuju ke tingkat bawah untuk melangsaikan permintaan majikannya itu. Mak Ijah jarang ke tingkat atas rumah itu kecuali jika di panggil oleh majikanya sahaja. Selama 30 tahun berkerja di situ, dia hanya melakukan kerja - kerja sebagai seorang maid hanya di tingkat bawah. Maklumlah hanya seorang sahaja yang menetap di rumah itu. Itupun seorang pemuda lelaki yang asyik terperap dalam biliknya. Jika majikan itu memerlukan apa - apa, dia akan meletakkanya di hadapan pintu bilik majikanya itu, lalu terus beredar. Termasuklah makanan yang di sediakan untuk majikannya itu.

"IBU!! " Anne menyapa ibunya yang sedang cuba membakar borang permohonannya untuk menyambung pelajaran di City University, Selangor. Lalu spontan menarik borang itu daripada tangan ibunya itu.

"Anne, buat apa nak sambung belajar lagi, kamu kan dah tamatkan zaman mahasiswi kamu tiga tahun lepas. Dah mula kerja dah pun dalam bidang penyiasatan." Ibunya membebel panjang. Namun Anne hanya tersenyum melihat ibunya. Dia tahu ibunya berbuat demikian kerana tidak mahu berjauhan dengannya.

"Jangan lupa, umur kamu tu semakin lama semakin meningkat. Sudah mencapai 27 tahun. Bila ibu nak merasa terima menantu?" ibunya bersuara lagi.

"ibu, kalau nak belajar umur bukannya penghalang." kata Anne sambil mengusap tangan ibunya dengan lembut.

"Pasal menantu nanti - nantilah kita fikir ibu, sekarang nih Anne nak habiskan masa Anne dengan ibu kesayangan Anne nih." kata Anne lagi sambil tersenyum manja.

Anne meninggalkan ibunya itu dan terus ke ruang tamu sambil membawa borang permohonannya bersama. Lalu membuka laptop miliknya itu untuk mengisi maklumat peribadi dan di e-mail kan kepada pengurus kemasukan pelajar - pelajar baru di Universiti pilihan hati.

Ruang tamu rumah Anne bukan lah seperti kebiasaan ruang tamu rumah - rumah lain. Ruang tamu rumah lain biasanya di penuhi dengan gambar - gambar keluarga. Tetapi ruang tamu rumah Anne hanya terpapar gambar dia dan ibunya sahaja. Anak kelahiran Sabah tanpa bapa yang sah ini telah banyak terganggu emosinya apabila dihina oleh rakan - rakan sekolah yang mengata dan menggelar dirinya sebagai 'anak haram'. Mungkin itu sebabnya dia tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi dia tetap perlu meneruskan hidup. Ialah bukan dia yang bersalah dalam hal ini. Inilah takdir hidupnya, hidup seorang Anne.

MAK IJAH yang baru sahaja pulang dari membeli barangan dapur yang habis terkejut apa bila melihat majikannya itu berada di hadapan pintu store sambil mengunci pintu kayu yang penuh dengan ukiran tengkorak itu.

"Tuan?" soal mak Ijah secara tiba - tiba. Ialah lelaki yang menghabiskan masanya 24 jam di dalam bilik berada di tingkat bawah. Itu pon dihadapan pintu store. Apa yang dia lakukan olehnya?

Tanpa berkata apa - apa, pemuda itu terus sahaja naik ke biliknya. Tombol pintu biliknya di pulas perlahan lalu terus membolos masuk ke dalam dan menutup pintu biliknya yang kelihatan di penuhi lilin - lilin yang di pasangnya sendiri.

ANNE yang sedang mengemas bag bajunya untuk persiapan melapor diri terdengar pintu biliknya itu diketuk lalu ibunya masuk.

"Anne! Anne serious nak tinggal ibu sorang - sorang?" soal ibunya sejurus melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan anak kesayangnya itu.

"Ibu, Anne bukan pergi Selangor tuh terus! Nanti ada cuti Anne janji Anne balik. Kalau ibu rindu Anne, kita boleh video call sekali kan macam masa Anne belajar dulu." Panjang Anne terangkan kepada ibunya supaya ibunya faham sambil menyusun baju yang telah di lipat ke dalam bag baju berwarna merahnya .

"Ok la kalau macam tuh. Satu ja ibu nak pesan. Jaga diri elok - elok. Jangan lalai dan jangan terpedaya dengan lelaki. Jangan ulang kesalahan yang ibu pernah lakukan dulu." Air mata ibunya mula menitis satu - persatu.

"Ibu jangan risau, Anne dah besar. Anne pandai jaga diri Anne. Lagi pun apa yang terjadi kat ibu dulu bukan salah ibu." Anne bersuara lalu memeluk ibunya.

"Oh ibu lupa! Ibu ada kerja kat dapur tu." kata puan Mariana lalu menapak meninggalkan bilik anaknya itu.

"Good night ibu." Anne bersuara

"Oh.." Anne bersuara secara tiba - tiba bagaikan terlupa akan sesuatu. Lalu mengatur langkah menuju ke almari pakaian.

Anne membuka laci barangannya lalu menggeluarkan sebuah keratan akhbar. Lalu dia membaca tajuk utama yang tertera pada keratan akhbar tersebut. 'PEMBUNUHAN KEJAM PASANGAN SUAMI ISTERI'. Dia menyusun langkahnya kembali, lalu meletakkan keratan akhbar itu kedalam bag pakaiannya.

"Here my next target!" kata Anne sambil zip bag pakaiannya itu. Apa kaitannya dengan akhbar tersebut?. Mengapa perlu dia bawa sekali?

JAM menunjukan pukul 10 malam. Mak Ijah sudah pun melabur tirainya untuk memulakan hari yang esok. Mak Ijah dilarang sama sekali untuk keluar daripada biliknya dan belegar - legar di dalam bungalow usang itu. Apa lagi pilihan yang dia ada selain daripada tidur. Mak Ijah sering tidur lebih awal jika kerjanya sudah siap sepenuhnya kerana tidak sanggup mendengar suara-suara entiti halus dan pelik dari tingkat atas rumah bungalow itu. Setiap malam dia akan mendengar suara yang sama dari tingkat atas. Mungkin itulah punca dia berasa takut jika berada di tingkat atas.

Pemuda yang sedang menikmati pemandangan indah ladang tebu di belakang rumahnya itu terdengar suara pelik dari arah belakangnya.

"Apa kau nak lagi? Kan aku dah bagi kau makan tadi." Pemuda itu berkata sejurus mengalihkan pandangannya ke arah belakang. Namun tiada siapa yang kelihatan. Yang pasti, hanya suara sahaja yang kedengaran.

"Kalau kau nak kuasa kau bertambah kuat berlipat kali ganda, aku perlukan 47 nyawa anak dara. Kau perlu korbankan 47 nyawa untuk aku." spontan suara ngeri itu menghilang bersama sepoi - sepoi angin malam.

Mundar - mandir pemuda itu berjalan di dalam bilik besarnya itu sambil berfikir apa tindakan yang perlu dilakukannya untuk menunaikan permintaan 'suara' itu. Lilin di bakar satu - persatu. Kemenyan juga dibakarnya. Dia memulakan bacaan - bacaannya sambil menaburkan garam ke dalam bekas kemenyan yamg dikelilinggi beberapa tengkorak manusia untuk mendapatkan idea bagi menunaikan permintaan suara itu.

"Hahahahah" pemuda itu tergelak jahat sendiri bagaikan sudah mendapatkan penyelesaian kepada persoalannya. Siapakah pemuda ini?Adakah dia seorang dukun? Apa kaitan pemuda ini dengan suara itu?

KUNCI Honda City dibuka lalu bagasi kereta tersebut mula di penuhkan dengan barang - barang keperluan yang di perlukan oleh Anne di universiti nanti. Terdapat sebuah bag merah berisi pakaian , dua buah bag berwarna hitam yang seakan - akan seperti bag laptop tetapi tidak di kenal pasti isinya dan sebuah bag laptop. Anne termenung lama melihat dua buah bag berwarna hitam miliknya yang sudah lama tidak dikeluarkan daripada bagasi kereta Honda berwarna putih itu.

" Aku perlukan bag nih. Senang kerja aku nanti. " hati Anne berbisik sambil tangannya membetulkan sedikit susunan bag di dalam bagasi itu. Kaki memulakan langkah menuju ke dalam rumah untuk memohon restu Puan Mariana yang daripada tadi kelihatan seakan - akan memikirkan sesuatu.

"Ibu! " Anne menyapa Puan Mariana dari belakang.

" Anne, marilah sarapan dulu sebelum bertolak ke Selangor tuh. Nanti berbunyi pulak perut tuh. " Puan Mariana memperlawa anaknya itu sejurus sahaja Anne tiba di meja makan.

" Tak apalah ibu. Anne sudah lambat. Anne perlu melaporkan diri. Jauh Anne nak ke Selangor dari Sabah di bawah junjungan bayu ni. " Kata Anne sambil mengusap lembut tangan puan Mariana lalu di salam hormat dan manja sekali. Masing - masing mengatur langkah ke arah pintu hadapan.

" Humm. Hati - hati ya Anne memandu tu. Jangan buat ibu risau. Message atau call ibu terus lepas kamu sampai nanti. " kata Puan Mariana sejurus sahaja sampai di hadapan pintu kereta Anne lalu dicium dahi anaknya itu sebelum Anne memasuki kereta.

" Assalamualaikum ibu. " salam diberikan sebagai kata akhir perbualan lalu Anne memandu keluar.

MAK IJAH yang sudah pun menyiapkan breakfirst untuk majikanya itu terus mendaki satu - persatu anak tangga rumah bungalow usang itu bagi meletakan makanan tersebut di hadapan pintu bilik majikan yang mengupahnya itu. Tangan mak Ijah mula mengeletar sedikit.

" Tuan makanan tuan sudah saya sediakan " dia meletakan makanan itu di hadapan pintu bilik pemuda itu lalu beredar. Asap kemenyan yang berwarna sedikit kekuningan itu tidak lagi kelihatan. Ini bermaksud majikannya tidak berada di bilik besar itu.

" Kemana tuan pagi - pagi ni? " Bisik hati mak Ijah sambil melangkah ke arah tangga. Mak Ijah berasa sangsi. Ialah bukan mudah majikanya hendak tinggal kan bilik itu pada waktu begini. Kemana agaknya pemuda itu?

" wow! agaknya aku lah paling awal sampai City Universty harini. " perkataan pertama yang keluar dari mulutnya setelah sampai tidak jauh dari meja pendaftaran. Jam di tangan menunjukkan jam 10 pagi.

" Siapa pun tak ada lagi. Maksudnya aku lah paling awal. " Senyuman di bibir merah mulusnya kelihatan. Langkah mula disusun ke arah meja pendaftaran.

"Nama cik? " soal petugas di meja pendaftaran. Petugas yang asyik melihat wajah manis ayu gadis itu memaksa gadis itu mempercepatkan proses di situ. Siapa sahaja yang akan selesa jika wajahnya di tenung oleh lelaki tidak di kenali?

" Nurita binti Naufal. " gadis itu menyebut namanya sambil mencari di dalam nama pelajar baru. Tanda tanganya di letakan bersebelahan namanya sebagai tanda kehadirannya.

" Course? " soal pertugas tadi.

" Communication. " jawab Ita dengan ringkas. Sempat dia melihat ke nama - nama pelajar lain yang tertera di atas kertas itu.

" Banyaknya nama yang dah ada tanda tangan. Maksudnya aku bukan paling awal. " bisik hati Ita sambil termenung.

" Cik?.. Cik! " pertugas yang merupakan pelajar senior itu memangil Ita yang masih termenung.

" Ya! " Ita bersuara sambil cover malu.

" Nih no seat cik " kata pertugas itu sambil menghulurkan kepingan card berwarna merah jambu itu.

" Seat number!. Arghh. Nih mesti ada ceramah ringkas pagi - pagi nih. Malasnya. " bisik hati Ita secara sepontan mengambil card itu lalu melangkah ke arah dewan.

" Ya cik seat number berapa?. " soal seorang pelajar senior yang bertugas. Kebanyakan pelajar yang menyertai course event manegement ditugaskan untuk melayan pelajar - pelajar baru.

" 56 " secara sepontan Ita menjawab pertanyaan pelajar tersebut.

" Ouhh.. pelajar course cummunication ya. Terus ke kiri dan barisan belakang sekali. " pelajar senior itu berkata.

" Baik. Terima kasih " memandangkan pelajar senior itu si gadis, maka Ita berkelakuan lebih lembut dan ayu. Ialah zaman sekarang ni mana boleh berlembut dengan si teruna nanti kesempatan yang di ambil mereka.

"Agaknya seat di susun mengikut course yang diambil. Maksudnya semua yang sebaris dengan aku pelajar course communication la ya?" Persoalan yang bermain di dalam fikirannya. Sejurus sahaja sampai di seat. Kelihatan pelajar sebelahnya adalah seorang lelaki. Mula la dia nak berkelakuan garang. Memandangkan dia tidak sebegitu suka akan lelaki. Dia menginjakkan sedikit seat nya berjauhan dengan lelaki itu. Lelaki itu hanya berdiam diri melihat tindakkanya. Walaupun berasa hairan dengan tindakan Ita itu.

" Aduh. GPS nih pun. Time macam ni lah nak buat hal pun! " Anne berleter berseorangan di dalam keretanya memandangkan petunjuk jalan yang di gunakannya tidak berfungsi. Perjalanan masih lagi jauh. Dia memarkir kenderaanya di bahu jalan. Lalu dia melihat jam keretanya yang menunjukan pukul 11.

" Pendaftaran mesti dah habis ni. Aku pulak tak sampai lagi. GPS buat hal pulak. " Kata Anne lagi sambil membuka e-mail nya lalu menghantar e-mail kepada pengurus kemasukan pelajar baru bahawa kehadirannya sedikit lewat.

SETELAH tamat ceramah pendek yang disampaikan kepada pelajar baru di dewan. Semua pelajar di bekalkan dengan kunci bilik berserta pasangan bilik masing - masing bagi pelajar yang berdaftar untuk menetap di hostel.

" Tingkat 3! " terkejut Ita apa bila melihat tingkat di mana biliknya ditetapkan. Terbeliak sedikit mata bulatnya itu.

" Aku dah lah malas. Tingginya aku kena naik tangga. " kata Ita lagi sambil menarik bag roda miliknya itu untuk ke bilik bernombor 19. Secara tiba - tiba seseorang menyapa dia dari arah belakang.

"Hai! " seorang gadis berbangsa india yang juga pelajar baru di situ berdiri tepat sambil memegang bag bajunya.

"Ya hi. Awak? " soal Ita sambil mengerutkan dahinya.

"awak Nurita kan?. By the way, Saya Geetha. Room mate awak. " Geetha, gadis berbangsa india yang mengikuti course business manegement memperkenalkan dirinya.

"Ouhh hi . Selamat berkenalan. Kalau begitu marilah kita cari bilik kita. " mereka berjabat tangan sambil melangkah ke arah tangga block C bersama.

Di block C kebanyakan pelajarnya adalah pelajar senior berbanding block A dan block B. Jadi lebih mudah mereka mencari bilik mereka. Memandangkan kelas mereka akan bermula selepas tiga hari. Lebih banyak lah masa untuk mereka berkenalan.

MAK IJAH yang sibuk dengan kerja - kerjanya sudah pun siapkan makanan tengahari untuk majikannya. Makanan yang sudah siap di hidangkan dalam pingang kaca berukiran bunga di bawa naik ke tingkat atas rumah bungalow dua tingkat itu. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik majikannya, dia mendapati makanan breakfast yang di sediakannya tidak terusik. Ini bermaksud majikannya itu tidak berada di rumah.

Secara tiba - tiba dia terdengar suara dari dalam bilik itu. Dia cuba untuk membuka pintu bilik itu walaupun dia tahu tindakanya itu boleh mengundang masalah kepadanya. Tangannya memulas perlahan tombol pintu bilik itu. Secara tiba - tiba majikanya menyapanya daripada belakang.

"Mak Ijah!" pemuda itu memanggilnya dari arah belakang. Pemuda itu kelihatan sedikit marah.

"Tuan saya dah sediakan makanan tengahhari tuan. " kata Mak Ijah. Tangan mual bergeletar. Mukanya kelihatan takut dan mula berasa cuak.

"Mulai esok, Mak Ijah tak perlu sediakan saya breakfast dan makanan tengahari " kata pemuda itu dan terus memulas tombol pintunya. Mak Ijah pula terus menyusun langkahnya untuk beredar sambil membawa makanan yang di bawanya tadi turun semula ke dapur.

"Tunggu!. Jangan lupa peraturan rumah ni. " kata pemuda itu lalu terus memasuki biliknya.

"Baik tuan. " jawab Mak Ijah lalu mempercepatkan langkahnya. Mak Iajh kelihatan seperti takut akan majikan mudanya itu.

Apa yang sedang berlaku? Mengapa pemuda itu tidak mahu makanannya di sediakan? Mungkinkah dia tidak berada di rumah ketika itu? Kemana dia pergi? Apakah rancangan dia untuk menunaikan permintaan suara itu?

"ALHAMDULILLAH." sampai juga akhirnya. Perkataan pertama yang keluar dari mulut Anne sejurus sahaja memakir Honda City miliknya di kawasan parkir City University. Jam pada dashboard kereta dilihat. Jam menunjukan pukul 2 petang. Tangan Anne mula mencapai bag tangannya. I-phone merah miliknya dikeluarkan daripada bag tangan itu.

" Hello ibu, Anne dah sampai. Baru sahaja.ya ibu. Baik ibu.Waalaikummussalam. " menghubungi Puan Mariana yang sedang kerisauan di rumah menjadi tindakan pertamanya.

" Haish... jam dah pukul 2 petang nih. Aku dah lambat nih. Kena cepat!." Hati Anne mula berbisik. Pintu keretanya di buka lalu di kunci. Satu - persatu langkah kakinya di susun ke meja pendaftaran pelajar baru. Sejurus tiba di hadapan meja pendaftaran, Kelihatan meja pendaftaran tidak ada penjaganya.

"Aduh. Apa aku nak buat nih." Mulutnya mula beleter kerisauan. Bag tangan yang di bawa bersamanya di letakkan di atas meja pendaftaran tersebut. Pandangannya mula ditujukan ke kiri dan kanan. Secara tiba - tiba, seseorang menyapanya daripada belakang.

" Hi cik Nur Anneriana binti Abdullah "Suara seorang jejaka menyapanya dari arah belakang.

"Hi, Encik?." soal Anne kerana tidak pernah melihat jejaka tersebut. Dia kehairanan bagaimana jejaka tersebut boleh mengenalinya.

" Saya, Daniel. Muhammad Daniel bin Harras. Pengurus kemasukan pelajar baru City University. " Jejaka itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Mereka berjabat tangan.

" Tadi awak ada e-mail kan saya yang awak akan lewat. Jadi saya tunggu di sini. " kata Encik Daniel lagi.

"Ouhh. Encik bagaimana tentang pendaftaran saya?." Soal Anne kepada Encik Daniel Sambil tangannya mengambil kembali bag yang diletakkan tadi.

"Pasal pendaftaran, awak tak perlu risau. Saya dah settle kan semuanya. Tapi saya ada satu persoalan, kenapa awak nak sambung belajar lagi. Awak dah 27 tahun. Sama dengan umur saya?."soalan panjang Encik Daniel yang di tujukan kepada Anne. Anne mendiamkan diri seketika. Mukanya mula mengeruh.

" Saya tak kira umur dalam menuntut ilmu dan satu lagi, saya tak mahu umur saya didedahkan kepada pelajar disini!" jawapan ringkas Anne yang menamatkan perbualan mereka tentang had umur. Sedikit jelingan berserta renungan redup Anne lontarkan kepada Encik Daniel. Encik Daniel pula hanya terangguk - angguk.

"Macam mana aku nak mintak bilik yang boleh aku menetap seorang?"persoalan yang bermain dalam fikirannya.

"Senang kerja aku kalau aku seorang yang menetap. Tiada siapa boleh menganggu!" bisik hatinya lagi sambil termenung seketika.

"Tentang bilik awak, awak terpaksa tinggal seorang. Sebab saya tak dapat carikan roommate untuk awak. Masing - masing sudah ada pasangan tersendiri " jelas Encik Daniel sambil tersenyum.

"Baik saya tak kisah, boleh saya dapatkan kunci bilik saya?"soal Anne sambil tersenyum riang. Ialah memang itu yang dia mahukan. Kunci bilik yang dihulurkan Encik Daniel diambilnya dengan hati yang girang.

"Terima kasih Encik Daniel "Kata terakhir yang dikeluarkan oleh Anne untuk menamatkan perbualannya lalu beredar dari situ untuk mengambil bag pakaiannya.

Bagasi kereta dibuka, lalu Anne menarik keluar bag pakaian dan bag laptop nya. Dia sempat melihat dua buah bag berwarna hitamnya.

"Aku kena bawak juga dua bag aku nih. Senang kerja aku nanti"bisik hati Anne sambil termenung bagaikan sedang memikirkan sesuatu. Kerja apakah yang akan Anne selesaikan di sini? Tag kunci yang diberikan kepadanya dilihat sekilas.

"Haaa!.tingkat 3!"Anne terkejut melihat tingkat biliknya di block C.

"Dah lah banyak bag aku nih. Tingkat 3 pulak tuh. Bilik no 20. "Anne berleter seorang diri.

MAK IJAH sedang sibuk memanjang dengan kerja pembersihannya di toilet. Ialah bukan satu dua toilet nya. Rumah bungalow dua tingkat bukan sikit toilet nya. Hanya dua orang menetap di rumah usang itu. Tetapi toilet nya sentiasa kotor. Itu yang membuatkan dia hairan.

Secara tiba - tiba dia terdengar bunyi pintu store dibuka. Dia berjalan ke arah pintu tersebut. Dia terkejut melihat majikanya itu memasuki store itu dengan mengenakan pakaian berupa jubah berwarna hitam. Pintu yang diukirkan dengan gambar tengkorak itu lalu di tutup setelah majikannya itu masuk ke dalamnya.

"Apa tuan buat dalam tuh agaknya?. "persoalan yang bermain didalam fikirannya ketika itu. Tergiang - giang di telinga mak Ijah akan peraturan rumah ini, maka siapalah dia untuk mengingkari arahan majikannya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menyambung kerjanya tadi. Mak Ijah tidak lagi menghiraukan apa yang terjadi dalam rumah bungalow usang itu. Sudah berbagai macam perkara pelik berlaku dalam rumah usang itu. Tambahan pula di tingkat atas rumah itu.

Beberapa jam selepas itu. Pemuda itu keluar dari store tersebut lalu ke biliknya. Mata yang dipenuhi celak di usapnya. Sampai sahaja di biliknya, pemuda itu membakar kemenyan berserta lada hitam di dalam sebuah piring. Lilin juga dibakarnya. Sebuah bekas tanah liat berisi air yang dihiasi dengan daun limau purut di letakkan di antara tengah - tengah bulatan api yang dikelilingi tengkorak. Pelbagai mentera dan jampi di bacanya. Memang sah bahawa pemuda ini seorang dukun!

Segenggam garam dari tangannya di campakkan kedalam air tersebut diikuti dengan bacaan mentera - mentera yang pelbagai. Lalu secara tiba - tiba dia berhenti membaca menteranya. Pemuda itu melihat ke dalam air tadi. Ketawa jahat dilontarkan. Bayangan gadis muda terpapar dalam air tersebut.

"Kau bakal menjadi mangsa aku!" "kata pemuda itu sambil melontarkan ketawa jahat yang penuh bermakna.

Apakah pemuda ini akan lakukan? Siapakah bayangan gadis yang dilihat oleh pemuda itu? Siapakah yang bakal menjadi mangsanya untuk menambah kekuatan kuasa di dalam dirinya?

PINTU bilik no 20 di hostel itu dibuka oleh Anne. "wow" perkataan pertama yang keluar dari mulut Anne ketika itu.

"Untungnya aku harini. Dah la dapat bilik seorang. Dapat pulak bilik besar. Senang la kerja aku!" Anne berbisik girang dalam hatinya. Bag yang dibawanya di masukan ke dalam bilik. Lalu pintu bilik dikuncinya. Semua pakaian yang dibawanya di susun kedalam almari baju yang disediakan. Tangannya mula mencapai kedua buah bag hitamnya itu. Satu persatu daripadanya dibuka. Kelihatan set lengkap camera terkandung di dalam bag itu. Dia mengelap lembut set camera yang beribu harganya itu. Butang on ditekannya.

Kaki melangkah perlahan menuju ke arah tingkap bilik tersebut. Lalu dibukanya Camera yang di pegangnya dihalakan ke sebuah pokok lalu dia cuba meng 'klik' gambar pokok tersebut.

"Hmm masih jelas" kata Anne lalu meletakkan kembali camera tersebut ke tempat asalnya. Apakah tujuannya membawa camera itu bersama? Adakah dia mengikuti course phothograpy? Tanganya mula mencapai satu lagi bag hitam. Belum sempat dia membuka bag itu. Pintu biliknya diketuk. Dia cepat - cepat menarik selimut di atas kati itu lalu menutup kedua buah bag itu. Mengapa dia perlu sorok?

Pintu bilik dibuka dengan penuh kehairanan. Kelihatan seorang gadis berbangsa melayu berdiri dihadapan pintu.

"Hi, awak pelajar yang mengikuti course communication kan?" Soal gadis itu.

"Ya saya " jawab ringkas Anne. Dia melihat gadis itu dari atas sampai ke bawah. Bagaimana gadis itu boleh tahu tentangnya? Dia berasa hairan. Belum sempat dia tanya, gadis itu bersuara lagi.

" Esok kita akan adakan sesi pengenalan diri di dewan 3. Harap awak dapat hadir. " gadis itu berkata lalu beredar ke bilik sebelah sambil memegang sekeping kertas. Mungkin gadis itu mengenali Anne melalui kertas itu. Anne menghembus nafas lega. Pintu bilik dikunci kembali. Bag berwarna hitam di capai kembali. Lalu dibukanya. Terdapat set lengkap peralatan penyiasatan yang selalunya dimiliki oleh polis berpangkat CID. Lalu dia menutup kembali bag itu. Kedua buah bag hitam itu disorok dibawah katilnya. Mengapakah Anne memiliki semua peralatan ini? Adakah dia seorang penyiasat rahsia?

Pandangan Anne ditujukan disekitar dinding bilik sambil mencekak pingang.

" Dekat mana aku nak lekat?" soal Anne pada dirinya sendiri. Pandanganya terhenti tepat pada sebuah photo frame yang bersaiz sedikit besar dan menghiasi ruangan dinding bilik itu. Gambar bunga yang terpapar menarik perhatianya untuk mendekati photo frame itu lalu dia mengangkat photo frame tersebut. Apa yang cuba Anne lakukan?. Selepas sahaja mengangkat photo frame itu. Dia mencapai keratan akhbar yang mempaparkan berita 'PEMBUNUHAN KEJAM PASANGAN SUAMI ISTERI' yang dibawanya lalu dilekatkannya di dinding tersebut. Mengapakah dia bertindak sedemikian?

" Aku akan merungkai segala rahsia nih. Kau bakal terperangkap" Anne berkata lalu meletakkan kembali photo frame tersebut di tempat asalnya supaya keratan akhbar yang dilekatnya tidak kelihatan, sebaliknya tersembunyi disebalik photo frame yang indah. Memang sah Anne ni seorang penyiasat rahsia 'CID'!. Kehadiran dia ke Selagor adalah untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut. Tapi mengapa perlu menyamar di Universiti?.

MALAM mula melabuhkan tirainya. Kedengaran bunyi cengkerik menyanyi riang serta bintang - bintang di langit bersinar gemerlap memagari bulan nan satu yang setia menghiasi langit malam. Itu lah keadaan ketika Anne menghadap meja belajar yang di sediakan sementelah termenung seketika melihat ke arah luar tingkap biliknya yang sunyi. Memandangkan meja belajar Anne berhampiran tingkap bilik itu, Suasana malam dapat di lihat dengan jelas. Yang sebetulnya Anne bukanlah termenung melihat suasana malam itu sebaliknya dia sedang berfikir apa tindakan seterusnya yang akan di lakukan untuk menangkap pembunuh yang tiada hati perut itu. Maklumlah, kerja yang diberikan kepada 'CID' tidak sepatutnya dilengah - lengahkan!

"Ouhh yaa! " Anne bersuara secara tiba - tiba bagaikan sudah pun mendapatkan idea. Anne bergerak ke arah katilnya, lalu mengeluarkan satu daripada kedua bag hitamnya dari bawah katil. Bag hitam itu diletakkan di atas katil lalu dibuka. Tangan Anne mula mencari - cari sesuatu di dalam bag penyiasatan miliknya itu. Sebuah file berwarna hitam likat dikeluarkannya.

" Dalam nih aku akan dapat semua maklumat penting yang berjaya dikumpul oleh penyiasat sebelum aku. Good job " Kata Anne lalu melabuhkan punggungnya kembali di kerusi meja belajar tersebut. Pada masa yang sama Anne berasa hairan. Kes ini sudah menjangkau hampir setahun tetapi tidak lagi nampak penyelesaiannya. Apa yang lebih mengejutkan Anne, keenam orang penyiasat yang telah di lantik satu - persatu untuk menyiasat dan menangkap pelaku pembunuhan yang maha kejam ini telah pun menarik diri di pertengahan jalan. Malah salah seorang daripada mereka telah resign kerjanya walaupun telah berkerja dalam bidang penyiasatan ini hampir bertahun lamanya. Pelik. Tetapi mengapa? Pasti ada rahsia di sebaliknya!

File itu dibuka, lalu dikeluarkan beberapa helaian kertas yang mengandungi butiran kejadian kes itu dan 6 keping gambar. Dua daripada gambar tersebut merupakan gambar pasangan suami isteri yang di bunuh dan selebihnya menunjukkan gambar 4 orang lelaki. Lelaki - lelaki dalam kesemua gambar itu merupakan pensyarah yang pernah mengajar dan yang masih sedang mengajar di City University. Mungkin inilah sebab Anne memilih untuk menyamar sebagai mahasiswi di universiti ini supaya dapat memantau aktiviti mereka. Kecekalan Anne tidak ada tandingannya sehingga terpilih menyelesaikan kes berprestij tinggi ini. Keenam - enam kepingan gambar itu disusunnya satu persatu di atas meja belajar.

" Macam mana aku nak mengenal pasti keempat pemilik gambar ni? Course apa yang di ajar oleh mereka?. Di mana rumah mereka?. Kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan kes ini. Sebab tu penyiasat sebelum aku nih simpan gambar - gambar ni. " Anne berbisik sendiri sambil mengerutkan dahinya. Secara tiba - tiba sekeping dari keempat gambar itu terjatuh dari mejanya. Gambar yang terjatuh secara terbalik membuatkan Anne tersenyum sendiri.

"Yes. Ada maklumat setiap pemilik gambar ni tertulis di belakang kepingan gambar nih! Senang kerja aku!" Anne berkata lalu mengambil gambar itu. Sehelai kertas A4 kosong di keluarkan lalu di tulis setiap maklumat tersebut. Maklumat yang di tulis penyiasat sebelum Anne lengkap dengan alamat, umur dan course yang di ajar oleh pemilik gambar tersebut. Setiap gambar - gambar tersebut di lekatkan di belakang photo frame yang menempatkan keratan akhbar tersebut.

Tanpa menyedari jam sudah pun menunjukan angka pukul 1 pagi. Anne meneruskan lagi penyiasatannya melalui helaian - helaian kertas yang diperolehinya di dalam file tersebut. Sehelai kertas di tariknya keluar dari dalam file itu.

" Posmourtem report " bibirnya membaca tulisan yang terdapat pada kertas itu. Sebuah kepingan gambar wanita bersaiz pasport terlekat di penjuru kertas itu.

" Nur Masyitah, 37 tahun " nama dan umur mangsa pertama di bacanya. Nur Masyitah merupakan pensyarah di universiti ini yang juga merupakan isteri kepada muhammad Rahim, 42 tahun yang merupakan mangsa kedua dalam kes ini. Mereka berdua di laporkan hilang oleh Azmeer,anak tunggal mereka ketika pulang dari kerja. Tiga hari selepas kehilangan mereka. Mayat mereka di temui dalam keadaan bogel dan penuh dengan kesan - kesan cedera bagaikan di dera dan di seksa dengan kejam di sebuah ladang tebu yang berada di belakang sebuah rumah bungalow.

" Apa yang terjadi kepada pasangan itu selama tiga hari? Siapakah pembunuhnya? " Berbagai persoalan yang sedang bermain di dalam fikiran Anne ketika itu. Hampir meletup kepalanya mencari jawapan di sebalik apa yang berlaku. Dia sempat membaca keadaan mayat ketika di temui yang terdapat dalam laporan itu.

•Kepala kedua mangsa berasingan dengan tubuh.

•Setiap kuku kedua mangsa di cabut.

• Penemuan bungkusan kain putih yang mengandungi lada,garam dan paku di dalam mulut kedua mangsa.

•Puluhan jarum jahit pakaian di tusuk pada tapak kaki kedua mangsa.

•Bekas - bekas torehan pisau berbentuk pangkah di bahagian kaki, perut dan di tangan kedua mangsa.

•50°/° bekas lecuran di belakang badan kedua mangsa.

•kelopak mata kedua mangsa dibakar.

•Semua gigi dipecahkan.

"kejamnyaa!" Anne terkejut sambil matanya mula berair. Anne memasukan kembali laporan - laporan tersebut ke dalam file itu. File kemudiannya diletakkan kembali di tempat asal. Siapakah yang sanggup melakukan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan sebegini? Apakah tindakan Anne yang seterusnya selepas mengetahui tentang apa yang terjadi kepada mangsa. Anne termenung seketika. Jam di handphone nya dilihat sekilas pandang.

"Ahh! Dah pukul berapa nih. Aku kena tidur. Esok aku harus bangun awal!" Anne terkejut lalu membaringkan dirinya di atas katil. Mata terasa sungguh berat untuk di lelapkannya kerana membayangkan penderitaan yang di tangung oleh Nur Masyitah dan suaminya Rahim. Namun begitu, dipaksan juga dirinya untuk tidur.

RAMAI pelajar mula memenuhi ruang dalam dewan 3 universiti. Tetapi kelibat Anne masih lagi tidak kelihatan. Mungkin kerana semalaman dia melakukan kerjanya. Hampir kesemua pelajar di dalam dewan itu adalah pelajar baru yang hadir untuk sesi pengenalan. Hanya segelintir daripadanya pelajar senior yang ditugaskan untuk mengaturcarakan majlis. Terdapat sekumpulan pelajar yang berbual bagaikan sudah mengenali antara satu sama lain.

" Geetha! " kedengaran suara Ita dari arah pintu dewan. Ita melihat geetha hanya bersendirian di dalam dewan, lalu memanggil romemate nya itu. Geetha yang masih tidak menyedari namanya di sebut akibat keadaan dewan yang diriangi dengan suara-suara mahasiswa dan mahasiswi, memaksa Ita mempercepatkan langkahnya ke arah Geetha.

" Geetha kenapa tak kejut aku sekali?" Soal Ita sejurus tiba di hadapan Geetha. Inilah masalah anak muda masa kini yang suka mensia - siakan masa rehat sambil membazirkan masa yang diperuntukkan untuk kerja.

"Bukan saya tak kejut awak, saya dah kejut. Tapi awak tuh liat sangat!" Jawab Geetha dengan selamba. Masing - masing kelihatan sudah berada dalam beberapa kumpulan kecil sambil berbual. Tetapi Ita dan Geetha hanya berduaan sahaja. Tak dapat kawan lagi ke? Lambat bergaul!

" By the way kau tak dapat kawan lagi ka? " soal Ita sambil melihat suasana sekitar dewan.

"Dah, kau la kawan aku " jawab Geetha sambil mencuit pinggang Ita.

"Eeee kau nih. Jom laa kita pergi berbual dengan mereka" Ita mempelawa Geetha.

"Tak payah laa. Lama - kelamaan kita akan berkenalan juga. Mereka lebih cepat berkenalan sebab mereka di tempatkan di doom. Jadi lagi mudah untuk mereka berkenalan. Kita di tempatkan di bilik, jadi saya kenal awak ja la." Panjang penerangan Geetha. Betul juga apa yang Geetha terangkan.

MAK IJAH yang sibuk mengemop lantai itu terkejut melihat majikannya sedang menuruni tangga dengan mengenakan pakaian formal. Baju kemeja berwarna blue black yang dikenakan dengan tie berwarna kelabu serta seluar slack. Sebuah bag sandang hitam jugak disandang majikannya. Mak Ijah berasa hairan dengan gaya yang dikenakan oleh majikannya. Ialah, dia tidak pernah melihat majikannya sebegitu. Kemana majikanya itu hendak pergi? Walau banyak mana pun persoalan bermain dalam fikirannya itu. Mak Ijah tidak berani untuk menyoal majikannya itu. Mengapa mak Ijah terlalu takut akan majikanya itu?

"Mak Ijah.. saya nak mak Ijah sediakan seekor kambing betina. Tambatkan bawah pokok di belakang rumah. Saya dah beli. Mak Ijah hanya perlu pergi ambil sahaja. " Kata pemuda itu sambil mengusap sedikit celak dibawah matanya yang masih tidak hilang sepenuhnya lalu secara sepontan membuka pintu lalu keluar. Mak Ijah yang kehairanan itu hanya terangguk - angguk kepalanya lalu menyambung semula kerjanya. Apa yang pemuda itu mahu lakukan dengan kambing betina yang dimintanya? Hairan mak Ijah.

ANNE yang mengenakan baju kemeja berserta seluar jeans itu melangkah laju ke arah dewan 3 universiti. Baju kemeja yang juga di tuck in dikemaskan sedikit sejurus sampai di hadapan pintu dewan. Belum sempat dia melangkah keluar handphone berbunyi. 'ibu' perkataan yang tertera di scrin I-phone miliknya. Belum sempat dia menjawab panggilan ibunya itu. Batery handphone itu mati pulak!

"Ahhh!. Lupa nak charge malam tadi. Kau la Anne. Buat ibu risau aja! "Anne memarahi dirinya sendiri sambil menepuk perlahan dahinya. Kakinya melangkah masuk ke dewan.

"Apa aku nak buat nih. Aku tak kenal siapa pun. Aku datang sini bukan nak berkenal atau belajar. Bila kerja aku nak siap kalau masa aku di habiskan untuk aktiviti macam ni. "Hati Anne berbisik lalu cuba untuk berpatah balik. Baginya mungkin masa ini boleh digunakan untuk melakukan penyiasatannya. Belum sempat dia meninggalkan dewan itu. Seseorang menyapanya.

"Hi. Awak nak kemana tuh?" soal Geetha yang melihat gadis itu berada hadapan pintu dewan. Geetha sudah pun menyedari kehadiran Anne dari awal lagi. Dia sempat melihat tindakan Anne menepuk dahinya sendiri. Dia terus melangkah ke arah Anne, mungkin boleh bantu gadis itu jika dia mempunyai masalah.

"Tak kemana. Awak?" Soal Anne sambil melihat ke arah gadis berbangsa india itu.

"By the way, saya Geetha. Dia ni pula Ita. Romemate saya. Saya perasan awak tadi macam perlukan bantuan?" Kata Geetha sambil mengukir senyuman di bibirnya.

"ouhh.. Hi, Saya Anne. Saya seorang sahaja dekat sini. Roommate pon tiada. Itu yang kelihatan kelam kabut tadi." Kata Anne kepada mereka. Kemudian mereka berjabat tangan sebagai tanda perkenalan.

"Jom lah ke dalam, boleh berbual lagi." Ita yang dari tadi berdiam diri mula bersuara. Anne hanya terangguk - angguk. Mereka masing - masing bergerak ke arah meja yang masih kosong. Lalu melabuhkan punggung di situ.

"Awak pelajar course apa? saya pelajar course communication." Anne menyoal bagi membuka bicara.

"Sama lah dengan aku. Geetha pula pelajar course business management. Kau menetap di block berapa?" Soal Ita pula.

"Saya menetap di block C tingkat tiga, bilik number 20 " jawab Anne sambil matanya melihat ke arah seorang gadis. Tumpuanya tidak diberikan sepenuhnya pada Ita dan Geetha. Sebaliknya melihat persekitaran dewan itu.

"Ouhh.. Kalau awak nak tahu kami jiran awak. Kami menetap bersebelahan sahaja dengan awak. Hahahah. Tak sangka pula" Geetha bersuara sambil menepuk perlahan bahu Ita.

"ouhh!.. "Anne terkejut lalu menyusun langkah ke arah gadis yang di lihatnya tadi. Ita dan Geetha hairan dengan tindakan Anne yang meninggalkan mereka begitu sahaja di situ.

"Hi. Awak ada masalah?" soal Anne sejurus melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. Gadis itu kelihatan sedih dan resah bagaikan sesuatu bermain di fikirannya. Namun gadis itu hanya meninggalkan Anne bersendirian di situ. Soalannya juga tidak di jawab. Gadis itu terus sahaja memasuki tandas wanita yang berada di bahagian belakang dewan. Anne tahu bahawa gadis bertudung labuh itu dilanda masalah. Maklumlah, dirinya merupakan seorang polis penyiasat. Sudah pasti bijak dalam mengenal pasti situasi orang lain. Anne mengekori gadis itu dari belakang. Geetha dan Ita yang masih di meja itu sambung perbualan mereka. Mereka hanya menganggap Anne mempunyai kerja sendiri.

Anne mempercepatkan langkahnya ketika mengekori gadis itu dengan niat ingin membantu. Keadaan dewan yang dipenuhi pelajar menyukarkan lagi tindakanya itu. Secara tiba - tiba, dia berlaga dengan seorang lelaki. Handphone yang dipegang oleh lelaki yang mengenakan baju kemeja lengan panjang berwarna blue black yang dikenakan tanpa tie itu telah terjatuh. Anne langsung tidak menghiraukannya malah terus mengekori gadis tadi. Lelaki itu sempat mengecam wajah manis Anne lalu dia tersenyum sendiri.

"Haish. Gadis ouhh gadis. Kenapalah kau cantik sangat.." Kata lelaki itu lalu dia mengambil handphone miliknya yang terjatuh. Kecantikan dan kemanisan muka Anne yang berasal dari Sabah itu telah menjadi sebab asbab lelaki itu tidak jadi marah dengan tindakan Anne yang melanggar dirinya dengan sewenangnya. Sebaliknya, lelaki itu lebih suka dengan apa yang terjadi. Tapi siapakah lelaki ini? Mengapakah dia berpakaian seperti pemuda yang merupakan dukun itu? Adakah dia pemuda itu?